Abby Abadi Buta Sirah Rasulullah??

Tinggalkan komen

Benarkah Rasulullah SAW Tak Maafkan Musuhnya Hingga Ke Akhir Hayat Baginda??

Ostazah Abby Abadi yang bangang abadi di mana ilmunya hanya sejengkal panjang kail hendak menduga sirah Rasulullah SAW berjaya membuktikan kedangkalan ilmunya yang tak seberapa itu dengan mengantoikan dirinya dalam twitter di atas…

Mana mungkin Rasulullah SAW yang bersifat lembut dan zuhud itu tidak memaafkan musuhnya sehingga ke akhir hayat Baginda… Malah kisah Rasulullah SAW dilempar dengan batu ketika berdakwah sebelum peristiwa Hijrah juga membuktikan sifat pemaaf Baginda walaupun cedera dilempar oleh batu oleh penduduk Tha’if sehingga berlumuran darah.

Malah, Malaikat penjaga gunung juga menawarkan khidmatnya untuk meranapkan Tha’if dengan menimpakan sebuah gunung kepada penduduk Tha’if, tetapi ditolak oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda, “Tidak, sesungguhnya jika mereka tidak mahu beriman, mungkin anak-anak atau cucu-cucu atau keturunan mereka suatu hari akan beriman.”

Bukan itu sahaja, malahan Rasulullah SAW juga tetap bersabar apabila cubaan demi cubaan membunuh Baginda oleh golongan kafir Quraisy yang diketuai oleh Abu Jahal. Malah Rasulullah SAW tetap melayan Abu Jahal dengan lembut walaupun sedar Abu Jahal memusuhi Baginda. Walaupun begitu Baginda tak putus-putus berdoa agar Abu Jahal diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam.

Rasulullah SAW tidak pernah menyimpan dendam terhadap keluarga Abu Jahal, malah menerima Ikramah anak kepada Abu Jahal yang mahu memeluk Islam, walaupun dahulunya Ikramah pernah beberapa kali cuba membunuh Baginda dengan membantu bapanya, Abu Jahal mencekik Rasulullah SAW. Setelah memeluk Islam, Ikramah menjadi pahlawan Islam kemudian gugur sebagai syahid di dalam Perang Yarmuk.

Jadi kepada Abby Abadi, eXception cadangkan supaya Abby baca buku-buku di bawah ni ya?? Takkan tak mampu kot?? Dapat duit ceramah beribu-ribu…


Tajuk: Ensiklopedia Sejarah Muhammad
Harga RM 330.00 (Semenanjung)/ RM 333.00 (Sabah & Sarawak)


Tajuk: Biografi Muhammad bin Abdullah
Harga: RM 35.00 (Semenanjung)/RM 38.00 (Sabah & Sarawak)

Abby Abadi jangan melenting ya? Jangan fikir Abby Abadi sudah cukup Islamik bila menyertai PAS… Jangan jadi bodoh sombong…

Dr Asri Tak Pernah Bukak Buku Sejarah??

Tinggalkan komen

Dr Asri Tak Pernah Bukak Buku Sejarah??

“Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Mnzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat,”

eXception berasa kasihan dengan Dr Asri, kerana mungkin semasa waktu sekolahnya dulu, beliau telah FAILED mata pelajaran sejarah… Sebab itu beliau mencela Sultan Melaka tanpa merujuk sejarah terlebih dahulu… Tak mengapalah Dr Asri, nanti cukup duit Dr Asri pergi la cari buku Hikayat Hang Tuah… Baca sampai habis ya??

Kenyataan Dr Asri di dalam twitternya itu amat melucukan sekali… Ibarat pemikiran seorang murid sekolah rendah… Jika yang mengeluarkan kenyataan murid sekolah rendah, boleh lah dimaafkan… Tetapi yang mengeluarkan kenyataan sebegini ialah bekas Mufti…

Mungkin Dr Asri tidak tahu, Sultan Melaka telah termakan hasutan kalangan pembesar yang memfitnah Hang Tuah kononnya Hang Tuah telah bermukah dengan seorang dayang… Pembesar yang iri hati dengan hubungan rapat antara Sultan dan Hang Tuah lima bersaudara… Maka mereka merancang untuk menyingkirkan Hang Tuah dari Istana dengan melakukan fitnah…

Pada mulanya Sultan Melaka enggan percaya… Tetapi setelah dipengaruhi oleh pembesar Istana yang berniat serong bercampur dengan amarah, akhirnya Sultan Melaka termakan fitnah yang dilemparkan oleh Hang Tuah. Di zaman itu mana ada CSI wujud… Apa lagi alat poligraf… Malah CCTV pun belum wujud sebagai bahan bukti… Maka Hang Tuah dijatuhkan hukuman bunuh… Datuk Bendahara kemudian menyembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka dengan harapan selepas amarah Sultan Melaka reda, baginda akan mengampunkan Hang Tuah…

Hang Jebat yang sudah dilantik sebagai Laksamana menggantikan Hang Tuah, berdendam dengan tindakan Sultan Melaka menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa terhadap Hang Tuah telah bertindak menderhaka terhadap Sultan Melaka… Hang Jebat berjaya menawan Istana Melaka serta merampas keris taming sari manakala Sultan Melaka telah melarikan diri… Tindakan Hang Jebat adalah didorong oleh perasaan amarah dan dendam… Malah Hang Jebat juga telah membunuh ramai pegawai dalam istana dan rakyat negeri Melaka.

Sultan Melaka mengeluh, baginda menyatakan kekesalan membunuh Hang Tuah. Apabila melihat keadaan Sultan sedemikian, akhirnya Datuk Bendahara mendedahkan bahawa Hang Tuah masih hidup dan sedang bersembunyi di Hulu Melaka… Menjunjung titah Sultan, maka Hang Tuah mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Hang Jebat… Pertarungan antara dua pendekar ini tidak dapat dielakkan lagi, dan Hang Jebat bertambah marah apabila mengetahui Hang Tuah tetap setia pada Sultan walaupun Sultan menghukum Hang Tuah tanpa usul periksa… Dalam pertarungan ini Hang Tuah akhirnya berjaya membunuh Hang Jebat.

Tindakan Hang Tuah membunuh Hang Jebat adalah atas dasar kesetiaan tanpa belah bahagia terhadap Sultan dan kedua disebab Hang Jebat telah melakukan kerosakan dan membunuh pegawai Istana dan rakyat jelata.

Barangkali Dr Asri juga terlupa bagaimana Islam boleh tersebar di Tanah Melayu jika tidak kerana Sultan Melaka juga… Jika tidak kerana Sultan Melaka, maka Islam tidak berkembang di Tanah Melayu… Tahukah Dr Asri, siapakah Sultan Melaka pertama yang memeluk Islam kemudian mengembangkan ajaran Islam ke seluruh Tanah Melayu?? Tahukah Dr Asri, disebabkan Sultan Melaka yang Dr Asri gelarkan celaka itulah Melaka menjadi terkenal suatu masa dulu. Melaka antara bandar paling sibuk Tanah Melayu… Tahukah Dr Asri bahawa dari Sultan Melaka yang Dr Asri celakakan itulah lahirnya Sultan-Sultan di negeri-negeri lain, seperti Pahang, Terengganu, Perak dan Johor. Barangkali Dr Asri terlupa bahawa Kesultanan Perak sekarang adalah warisan dari Kesultanan Melayu Melaka? Tak percaya?? Kaji sejarah!!

Dr Asri juga membuat perbandingan yang salah berkenaan pengalaman British dengan dunia Islam dimana kononnya British memberikan kebabasan kepada warganya untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin.

Kenyataan Dr Asri seolah-olah mengangung-agungkan barat… eXception tahu Dr Asri TAK PERNAH MERASA sengsara hidup di zaman darurat… Tahukah Dr Asri berapa ramaikah pejuang kita mati dibunuh askar British? Tahukah Dr Asri, bahawa mereka mengkritik dasar British yang mengenakan cukai yang amat tinggi kepada rakyat, kemudian mereka digelar pemberontak dan terus diburu untuk dibunuh. Tahukah Dr Asri mengapa pahlawan melayu seperti Datuk Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan lain-lain menentang British?? Ini disebabkan dasar British itu sendiri yang keras dan tidak bertolak ansur.

Memang British memberikan kebebasan rakyatnya mengkritik raja, tetapi adakah ianya dipandang serius atau dipandang sepi? Cuba Dr Asri lihat… Majlis perkahwinan antara Putera William dan Kate Middleton yang berlangsung dengan mewah… Berapa ramaikah rakyat Britain yang mengkritik perbelanjaan mewah itu?? Adakah sampai kini ianya dibicarakan??

eXception ingin bertanya, berapa ramaikah yang sudah dipenjarakan kerana memfitnah serta memperlekehkan Datuk Seri Najib?? Tindakan YB Nizar adalah kerana memfitnah Sultan Johor… Tahukah Dr Asri bahawa Sultan Johor mempunyai pendapatan sendiri, malah membayar zakat sebanyak RM 1 Juta? Dr Asri pernah ke beri zakat sebanyak tu?? Wajarkah Dr Asri mempertahankan seorang blogger yang menulis dalam keadaan khayal dadah??

Kepada Dr Asri, eXception meminta maaf jika terkasar bahasa… Bukan niat eXception mahu mengajar apa lagi mahu berkurang hajar… Tetapi sebagai orang yang bijak dan lebih arif dalam soal agama, sepatutnya Dr Asri kaji dahulu sejarah sebelum kita berkata sesuatu yang kita sendiri tak pasti. Tertubuhnya Malaysia ini juga atas tertubuhnya Kesultanan Melayu Melaka juga… Jika tak suka… Boleh pindah Indon…

Sumber:

Sultan Melaka Yang Celaka Kata Dr Asri

Sultan Johor Bayar Zakat RM1 Juta

Sedihnya Ramai Anak Muda Buta Sejarah!!??

Tinggalkan komen

Orang muda buta sejarah!

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.

Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.

Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.

Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.

Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.

Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.

Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.

Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka ‘tidak ambil pusing’ semua itu.

Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.

Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.

Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?

Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.

Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.

Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.

Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.

Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Tiada alasan untuk melupakan tema ‘1Malaysia Menjana Transformasi’ kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.

Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.

Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.

Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti ‘Hip Hip Hooray’. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.

Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu ‘Bersekutu, Bertambah Mutu’.

Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.

Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai ‘Belang’. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.

Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.

Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.

Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.

Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.

Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.

Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:

– Remaja masa kini buta sejarah.

– Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.

– Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.

– Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.

– Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.

– Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.

– Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.

-UTUSAN MALAYSIA



Aduhai sedihnya aku dengar apabila ramai anak muda BUTA SEJARAH!! Inilah akibatnya jika sejarah tak diambil peduli dan dianggap remeh. Jika ini berterusan, maka anak muda zaman sekarang akan terus hanyut…

Pengumuman DS Najib untuk menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek WAJIB LULUS dalam SPM sangat dialu-alukan. Ini bagi meningkatkan pemahaman anak muda terhadap sejarah Malaysia, supaya tidak mudah didedah dengan sejarah palsu.

Banyak sejarah palsu yang cuba diputarkan oleh anasir-anasir tertentu yang mengatakan negara ini bukan milik orang melayu, komunis tidak pernah melakukan kekejaman, peristiwa 13 Mei 1969 didalangi oleh orang melayu dan banyak lagi.

Malah pengumuman DS Najib untuk menjadikan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus disambut dengan cercaan oleh kalangan pembangkang terutamanya DAP. Apa yang menyebabkan kemarahan mereka? Tak lain tak bukan, mereka gagal untuk menipu anak muda pada masa akan datang dengan sejarah palsu mereka cipta.

Bukti Tok Garu Buta Tentang Sejarah Rasulullah SAW

2 Komen

Pok Nik Sebenarnya Tak Tahu Langung Sejarah Kerasulan Nabi Muhammad SAW

Jika korang dengar betul-betul apa yang dikatakan Ulamak Muktamar Sesat PAS ni… Penceritaannya mengenai sejarah kerasulan Nabi Muhammad SAW teramat dangkal… Nampak sangat dia tak pernah baca sejarah kerasulan Nabi Muhammad… Atau lebih jelas lagi tak memahami apa yang terkandung di dalam Al-Quran…

Di dalam Al-Quran, Allah pernah berfirman kepada Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul terdahulu bahawa akan ada Nabi dan juga Rasul pemutus zaman yang bernama Muhammad yang merupakan Penghulu segala Nabi serta Rasul. Allah tidak pernah memilih kalangan hambanya yang tertentu untuk dilahirkan sebagai seorang Nabi atau Rasul. Bahkan kenabian dan kerasulan bukanlah satu jawatan yang boleh diisi atau dilantik…

Mengikut Pok Nik kita ni, Rasulullah SAW, ketika remaja adalah seperti budak kampung biasa. Salah satu bukti yang menunjukkan Pok Nik ni buta sejarah tentang junjungan besar kita Rasulullah SAW. Keistimewaan Rasulullah sebenarnya sudah diketahui oleh seorang pendita Nasrani (kalau tak silap) apabila beliau melihat sekumpulan awan besar yang sentiasa memayungi Baginda Rasulullah SAW… Ketika itu Baginda masih kecil. Maka Pendita tersebut memberitahu kepada penjaga Rasulullah supaya menjaga dan melindungi Banginda, kerana Pendita itu percaya kanak-kanak tersebut (Baginda Rasulullah) merupakan Rasul pemutus zaman…

Malah sewaktu kelahiran baginda, api besar sembahan kaum Majusi tiba-tiba terpadam. Api yang tak pernah kunjung padam itu tiba-tiba terpadam dengan izin Allah sewaktu kelahiran Baginda Rasulullah SAW.

Banyak peristiwa yang terjadi yang jelas menunjukkan kerasulan Baginda sewaktu kecil lagi. Lebih-lebih lagi apabila ternakan ibu susuan Baginda gemuk-gemuk belaka berbanding ternakan orang lain. Ini jelas tanda-tanda kerasulan Baginda. Ini jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW sememangnya sudah diciptakan Allah sebagai seorang Rasul. Bukan manusia biasa atau budak kampung.

Malah Pok Nik kata, Nabi Muhammad dilantik oleh Allah dari kalangan jutaan serta trilion manusia di muka bumi. Satu fakta yang teramat dangkal. Jika kenabian serta kerasulan itu merupakan satu jawatan, sudah pastinya ramai kalangan nabi akan meletakkan jawatan kerana tidak daya memikul tanggungjawab diberikan oleh Allah… Sebenarnya kenabian dan kerasulan mana-mana Nabi serta Rasul sudah ditentukan Allah. Ianya bukan jawatan yang boleh diberikan kepada sesiapa.

Malah kenyataan Pok Nik mengatakan Nabi Muhammad SAW menjadi seorang nabi apabila turunnya wahyu pertama kepada Baginda iaitu surah Al-Alaq. Di sini kita boleh lihat sememangnya Pok Nik ni tak tahu langsung sejarah kerasulan Nabi Muhammad SAW… Sebelum Baginda menerima wahyu pertama lagi sememangnya Baginda merupakan seorang Nabi… Bukan setelah turunnya wahyu baru Baginda menjadi Nabi.

Pok Nik jelas menghina Baginda Rasulullah SAW, kerana menganggap Baginda sebelum berumur 40 tahun adalah budak kampung biasa.

Pok Nik jelas menghina Allah SWT, kerana menganggap kerasulan dan kenabian adalah satu jawatan yang boleh dilantik.

Pok Nik jelas menghina Allah SWT, kerana menganggap Allah memilih kalangan manusia biasa di muka bumi untuk dilantik menjadi Nabi atau Rasul.

Insaflah Pok Nik… Haru-biru Islam di Malaysia bila Pok Nik putar belit sejarah Rasulullah SAW… Sok-sok dia kan putar cerita nabi makan babi pulak… Semata-mata nak menghalalkan ladang babi mega di Selangor… MasyaAllah…