Gangguan Bekalan Air Akibat Pencemaran Sungai Selangor

Tiga Juta Pengguna Hadapi Gangguan Air Akibat Pencemaran Teruk Sungai Selangor

SHAH ALAM, 5 DIS : Kira- kira tiga juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur menghadapi risiko gangguan bekalan air berikutan pencemaran ”luar biasa” Sungai Selangor yang menjejaskan bekalan kepada empat loji rawatan air utama di negeri itu.

”Kejadian pencemaran air mentah seumpama ini amat membimbangkan pihak SYABAS sekiranya tempoh masa pengurangan pengeluaran loji rawatan air ini berterusan melepasi jam 8.00 malam hari ini,” kata Syabas dalam satu kenyataan.

”Ianya akan mengakibatkan gangguan bekalan air bersih kepada lebih kurang 700,000 akaun bekalan air atau kira-kira 3 juta pengguna di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, selain daripada pengguna komersial dan industri,” tambah kenyataan itu.

Menurut Syabas, pihaknya terpaksa mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah di Kuala Lumpur, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sabak Bernam pada jam 4.00 petang tadi ekoran pengurangan pengeluaran air oleh empat buah loji rawatan air.

Loji berkenaan adalah Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), dan Loji Rawatan Air Rantau Panjang.

Langkah itu terpaksa diambil kerana kandungan kekeruhan (turbidity) luar biasa yang dikesan di muka sauk keempat-empat loji berkenaan mulai jam 10.30 pagi hari ini.

Syabas berkata empat loji rawatan air ini membekalkan air bersih 2,460 Juta Liter Sehari (JLH) kepada 60 peratus penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

Berikutan pencemaran Sungei Selangor, jumlah pengeluaran air terawat di keempat-empat loji dikurangkan dari 2,460 JLH ke 1,000 JLH setelah kekeruhan luar biasa yang mencatatkan lebih 6,000 NTU (Nephelometric Turbidity Unit) berbanding 300 NTU pada waktu biasa.

”Sekiranya gangguan bekalan air dengan skala besar ini berterusan melebihi lapan jam, pihak SYABAS akan memaklumkan perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Selangor agar bersiap sedia untuk tindakan kecemasan, tambah Syabas.

”Pihak operator loji masih belum mendapat kepastian berhubung punca pencemaran Sungai Selangor dan pihak berkuasa termasuk Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih menjalankan siasatan berkenaan perkara ini,” tambah Syabas.

Syarikat itu telah menyediakan sebanyak 42 buah lori tangki dan 230 tangki statik untuk dihantar ke kawasan-kawasan yang kritikal mengikut keutamaan.

Walau bagaimanapun, bantuan bekalan air yang disediakan ini tidak mampu untuk menampung keperluan bagi semua pengguna yang terlibat.

Pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut, kata Syabas.

Sumber: Tiga Juta Pengguna Hadapi Gangguan Air Akibat Pencemaran Teruk Sungai Selangor


Inilah hadiah terbesar Kerajaan Pakatan Haram Jadah Selangor buat seluruh rakyat Selangor dan Lembah Kelang… Syabas pernah memberi amaran berkenaan gangguan bekalan air besar-besaran akan berlaku… Tetapi MB Selangor yang bongok dan bebal enggan percaya dan menunjukkan keegoan serta kebahlolan dengan tidak meneruskan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2…

Kini mimpi ngeri penduduk Selangor dan Lembah Kelang bakal bermula apabila gangguan bekalan air berperingkat mula berlaku sekitar Lembah Kelang hari ini. Diharap anda bangun pagi nanti kawasan anda masih belum terlibat dengan gangguan ini. Sudah pastinya pagi nanti penggunaan air tahap maksima akan berlaku di mana satu Malaysia akan bangun pagi untuk bersolat dan keluar berkerja…

eXception pasti ramai yang akan menyumpah-nyumpah kepada Syabas akibat gangguan tersebut. Tetapi sedarkah anda bahawa orang yang perlu bertanggungjawab ialah MB Selangor sendiri. Dengan adanya Loji Rawatan Air Sungai Langat 2, ianya dapat menampung keperluan air sekitar Lembah Kelang sekiranya loji-loji rawatan air Syabas yang lain mengalami gangguan.

Apapun nak maki pun sudah tidak ada gunanya… Sebab korang sendiri yang pangkah MB bebal macam tu… Jadi korang sendiri la rugi dan tanggung… Boleh dikatakan banyak keputusan MB Selangor dibuat secara terburu-buru dan semberono tanpa kajian mendalam… Maka natijahnya apa yang anda dapat sekarang…

Pada 2 Disember lalu Kajang mengalami banjir kilat yang paling buruk dalam sejarah. Juga disebabkan keputusan bebal MB Selangor membatalkan projek Canal City yang melencongkan aliran air dari Sg Langat ke Sg Kelang sekiranya berlakunya banjir.

Berita Berkaitan:

Kerajaan Negeri Tidak Akan Akur Tekanan Pusat Bina Loji Rawatan Air Langat

Loji Langat 2: Selangor tak akan tunduk tekanan Putrajaya

Rakyat Lembah Kelang Bakal Mati Kering Disebabkan Kerakusan Khalid Ibrahim

Projek Langat 2 mesti disegera

Kerajaan Negeri Selangor Bakal Disaman?

Rujukan Maklumat Gangguan Bekalan Air Syabas

Twitter: Puspel

Facebook: Puspel

Advertisements