KUALA LUMPUR 12 Ogos – Qari Iraq, Usama Abdullah dan qariah Malaysia, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman masing-masing muncul juara majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-51 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Usama yang memperdengarkan Ayat 16 Surah At-Taubah, meraih markah 91.96 peratus, manakala Sharifah Khasif yang membaca Ayat 51 Surah Al-Anbiya memperoleh 94.75 peratus.

Qari Iran, Jafar Hadi Fardi Aghchay mendapat tempat kedua dengan markah 91.92 peratus dan tempat ketiga dimenangi oleh Azhar Darma Djunaidi dari Indonesia dengan markah 91.71 peratus.- Utusan.

Tahniah kepada Qariah Negara, iaitu Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman. Andalah sepatutnya menjadi contoh anak gadis di Malaysia ini. Semoga pada masa akan datang Malaysia akan terus melahirkan Qari dan Qariah yang terbaik.

Advertisements