Bagaimana Mengelakkan Blog Kena Godam

Di sini eXception nak berkongsi pengetahuan dengan semua blogger-blogger tak kira yang sealiran atau tidak mengenai cara untuk mengelakkan blog, facebook, emel dan laman web kita digodam.

Di sini eXception ingin memperkenalkan teknik-teknik yang selalu digunakan oleh penggodam…

Pertama ialah Phishing… Bunyinya macam ‘fishing’, tetapi maksudnya sama, cuma phishing digunakan untuk ‘mengumpan’ pengguna Internet yang lalai supaya memberikan kata laluan akaun mereka kepada penggodam. Antara caranya ialah penggodam tersebut membina satu page yang menyerupai antaramuka login akaun, tak kiralah akaun emel, facebook mahupun e-banking. Mereka akan menyamar sebagai pentadbir sistem akaun berkenaan dengan meminta anda menukar kata laluan atau mengemaskini maklumat akaun. Banyak kes terjadi apabila kes-kes kehilangan wang dari akaun bank berlaku, akibat terpedaya dengan phishing.

Di bawah ini salah satu contoh emel phising yang sentiasa memenuhi inbox emel eXception, tetapi tak pernah dilayan dan kebiasaannya menjadi penghuni tong sampah…

Anda akan di bawa ke laman sebegini yang bukan milik institusi kewangan tersebut.

Inilah bahayanya phishing… Jadi rakan-rakan sekelian harap berhati-hati..

Di dalam dunia hacker, adakalanya seseorang hacker itu akan menggunakan teknik dictionary attack, di mana hacker akan berterusan meneka kata laluan akaun mangsa sehingga berjaya. Penggunaan kata laluan alfanumerik yang bercampur huruf dan angka berjaya mengurangkan risiko daripada di godam. Sebagai contoh kata laluan seperti: rafflesia2011, paranoid1979, sab3rt00th, sk8t3rboy2011, n3rdh3rd dan lain-lain…

Elakkan daripada menggunakan kata laluan seperti no kad pengenalan, tarikh lahir, kata laluan yang pendek kurang daripada 9 aksara juga memudahkan penggodam menceroboh akaun anda.

Selain itu penggunaan Internet Security yang berkesan juga mampu menangkis serangan penggodam, adakalanya penggodam menghantar program keylogger untuk merekod penggunaan kekunci pada keyboard komputer dan maklumat tersebut akan dihantar kepada penggodam. eXception cadangkan perisian seperti Kaspersky Internet Security dan Norton Internet Security… Kerana ianya mampu menangkis sebarang aktiviti serangan seperti backdoor attack… Backdoor atack mampu ditangkis jika penggunaan perisian Internet Security yang berkesan dan sentiasa dikemaskini.

Serangan penggodam bukan satu perkara yang baru, banyak lagi kaedah-kaedah dalam dunia penggodaman yang perlu diketahui supaya kita boleh mengelakkan ianya dari berlaku ke atas kita…

Advertisements