Ustaz Nasha Digugurkan Keanggotaan Dalam Majlis Syura

Tinggalkan komen

Ustaz Nasha Digugurkan Keanggotaan Dalam Majlis Syura

Ustaz Nasharuddin Mat Isa telah digugurkan keanggotaannya di dalam Majlis Syura PAS tanpa diberi peluang membela diri. Didalam mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu, Majlis Syura telah memutuskan untuk menggugurkan keanggotaan Ustaz Nasha.

Keputusan itu dibuat atas alasan kononnya Ustaz Nasha telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS mengikut laporan Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013. Nik Muhamad Zawawi Salleh, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS mengatakan bahawa selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Ustaz Nasha didakwa sebagai ‘merugikan parti’.

Apa punya keadilan yang PAS perjuangkan apabila mengugurkan keanggotaan Ustaz Nasha tanpa memberi peluang beliau membela diri? Apa pula kesalahan yang Ustaz Nasha lakukan? Hanya kerana mengikut rombongan Datuk Seri Najib ke Gaza? Sepatutnya PAS berbangga kerana ada wakil PAS melihat sendiri penderitaan rakyat Palestine di Gaza. Akan tetapi PAS langsung tidak berbangga dengan Ustaz Nasha.

Bagaimana pula dengan pemimpin PAS lain yang mempunyai rekod kesalahan seksual tetapi masih kekal menjadi pemimpin? Sebut sahaja Mat Sabu… Semua pasti ingat dengan kes zina dengan isteri kawan baiknya sendiri di dalam bilik 121 Hotel Perdana. Sebut sahaja Din Puduraya… Semua pasti ingat dengan skandal zina di dalam hotel Puduraya. Mengapa mereka masih kekal tanpa dipecat. Jawapannya, kerana mereka semua mempunyai hubungan akrab dengan Anwar. Mana-mana ahli PAS yang mempunyai hubungan akrab dengan Anwar akan cepat naik pangkat… Mana-mana ahli PAS yang menentang Anwar maka, ke tong sampah la jawabnya…

Bagaimana pula dengan Nik Aziz dan Hadi Awang yang pernah bersama-sama dengan Datuk Seri Najib dalam satu majlis? Mereka juga wajar digugurkan dari jawatan Mursyidul Am dan Presiden PAS… Tindakan mereka juga boleh dilihat sebagai ‘merugikan PAS’.

Contoh Pemimpin Bahalol. Semua Benda Dia Nak Politikkan.

Tinggalkan komen

Contoh Pemimpin Bahalol. Semua Benda Dia Nak Politikkan.

Inilah salah satu contoh pemimpin bodoh, bangang, bahalol dan kelabu asap… Habis semua benda nak dipolitikkan… Kehilangan adik William Yau juga nak dipolitikkan. Semua nak disalahkan Kerajaaan BN. Esok lembu beranak pun dia nak salahkan Kerajaan BN. Biawak mati kena lenyek pun nak salahkan Kerajaan BN. Anak buaya menetas pun salahkan BN… Pemimpin bahalol macam ni tak layak jadi pemimpin… Orang yang ikut akan turut jadi bahalol macam dia…

Sudah jelas kehilangan adik William Yau bukan sebab diculik atau dibawa lari oleh orang lain. Tetapi atas kecuaian ibu-bapa sendiri. eXception ingin memetik semula artikel di dalam Sinar Harian.

Pada Rabu lepas, anak kedua daripada tiga beradik itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights dekat sini apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.

Jelas di sini kecuaian ibu-bapa menjadi penyebab anaknya hilang. Sekiranya ibu-bapa membawa anaknya masuk ke kedai, mungkin perkara ini tidak akan berlaku. Sekiranya ibu-bapa menggunakan child lock pada pintu, perkara sebegini tidak akan berlaku. Apapun, kita sembang pun tak guna… Sebab yang dah berlaku tetap berlaku. Jika isu ini dipolitikkan sekalipun takkan hidupkan semula kanak-kanak itu.

Apapun, eXception ucapkan takziah kepada keluarga mendiang William Yau. Kepada ibu-bapa di luar sana, jadikan perkara ini sebaagai iktibar… Jangan tinggalkan anak anda berseorangan di dalam kereta… Pastikan ada orang dewasa yang menjaganya semasa ditinggalkan di dalam kereta… Sesal dulu pendapatan… Sesal kemudian pun takde guna nak ditangiskan lagi…

Sumber: William Yau diklasifikasi ‘orang hilang’, bukan diculik

Lebih 1000 Sokong Ustaz Nasharuddin Mat Isa Bakal Presiden PAS

Tinggalkan komen

Lebih 1000 Sokong Ustaz Nasharuddin Mat Isa Bakal Presiden PAS

Sejumlah 1,379 pengikut fan page Isu Politik Semasa (IPS) menyokong Ustaz Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS menjadi bakal Presiden PAS bagi menggantikan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Berdasarkan pendapat fan page IPS, rata-rata menyokong Ustaz Nasha menjadi Presiden PAS memandangkan Presiden PAS sedia ada kelihatan terlalu tunduk kepada DAP lebih-lebih lagi berkaitan isu kalimah Allah.

Malah sokongan terhadap Ustaz Nasha bukan sahaja dari kalangan penyokong PAS, malah kalangan penyokong UMNO yang menyokong cadangan pelan perpaduan antara UMNO dan PAS yang pernah disuarakan oleh Ustaz Nasha dan Tuan Guru Hj Hadi Awang dulu, turut menyokong demi menyatupadukan semula umat Islam di Malaysia.

Walaupun demikian, Tuan Guru Hj Hadi Awang segera akur dengan titah perintah Tok Garu Nik Aziz yang mana menentang dasar perpaduan antara UMNO dan PAS. Malah akibat menyokong dasar tersebut, Tuan Guru Hj Hadi pernah dipulaukan semasa pilihanraya kecil yang mana poster beliau tidak dinaikkan sebagai poster.

Demi kebaikan perpaduan sesama Islam di Malaysia, eXception juga turut menyokong cadangan Ustaz Nasha sebagai bakal Presiden PAS… Ini dilihat dengan penglibatan Ustaz Nasha dengan rombongan Datuk Seri Najib ke Gaza baru-baru ini dan ke Mekah tidak lama dahulu… Ustaz Nasha dilihat sebagai insan yang bakal membuat perubahan besar di dalam PAS dan bakal mengembalikan pengaruh ulamak memandangkan kini PAS masih dikuasai oleh mereka yang mempunyai kepentingan dan tunduk dengan dasar Anwar Ibrahim dan dasar DAP…

Sumber: Isu Politik Semasa

Ada Pihak Sengaja Beri Laporan Salah Lawatan DS @NajibRazak Ke Gaza

Tinggalkan komen

Ada Pihak Sengaja Beri Laporan Salah Lawatan DS @NajibRazak Ke Gaza

Ada pihak yang tidak senang dengan lawatan Datuk Seri Najib ke Gaza. Ianya bukan sahaja datang dari dalam Malaysia, malah datang dari luar Malaysia. Pihak ini sengaja beri laporan yang salah untuk menimbulkan kemarahan Presiden Palestine, Mahmoud Abbas.

Pihak ini sengaja melakukan provokasi terhadap Presiden Mahmoud Abbas untuk membuat kecaman terhadap Datuk Seri Najib hanya disebabkan Datuk Seri Najib tidak melawat Tebing Barat.

Datuk Seri Najib menjelaskan kegagalan beliau melawat Tebing Barat adalah disebabkan ianya di bawah kawalan Israel. Hanya negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sahaja dibenarkan masuk ke Tebing Barat.

Menurut Datuk Seri Najib lagi, dalam perancangan awal beliau sudah merancang untuk melawat Gaza dan Tebing Barat. Akan tetapi sekatan pada Tebing Barat membantutkan perancangan tersebut.

Malah dipercayai media Pee-Arr hanya mencedok daripada sumber agensi berita dari Israel bukan merujuk kepada laporan dari pejabat Presiden Palestine sendiri…

Jelas sekali media Pakatan Rakyat (Pee-Arr) sengaja menimbulkan isu ini kerana iri hati dan dengki dengan lawatan Datuk Seri Najib ke Gaza. Ini kerana pemimpin agung mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan mempunyai hubungan akrab dengan Israel… Maka tak hairanlah pemimpin tersebut secara terbuka menyatakan sokongan terhadap mempertahankan keselamatan negara Israel.

Ketua Dewan Pemuda PAS Dicemuh Ahli PAS?

Tinggalkan komen

Ketua Dewan Pemuda PAS Dicemuh Ahli PAS?

Inilah akibatnya bila busuk hati… Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi dikecam oleh pengikutnya sendiri di dalam Facebook gara-gara mempertikaikan dan mencemuh lawatan Datuk Seri Najib ke Gaza. Mungkin tindakam Nasrudin itu sendiri didorong oleh mahu mengampu Anwar dan Nik Aziz untuk memudahkannya tercalon dalam Pilihanraya Umum yang akan datang…

Pengikut Nasrudin Hassan di dalam Facebook mengecam beliau kerana tidak menghargai sokongan tertinggi ditunjukkan Datuk Seri Najib terhadap nasib rakyat Palestin sebaliknya mencemuh lawatan bersejarah itu. Pengikut Nasrudin Hassan sendiri mempersoal mengapa sebagai orang yang bergelar Ustaz, sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak kurang menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas itu iri hati. Malah Nasrudin Hassan juga menuduh lawatan Datuk Seri Najib bersifat politik dan cuba memancing undi.

Jika diundurkan semula masa, siapakah dulu yang sanggup pergi ke Mekah dan Madinah berkempen Bersih 3.0 di sana? Siapakah dulu yang pergi ke Mekah dan Madinah semata-mata untuk tujuan politik?

Jika hendak dikatakan tujuan Datuk Seri Najib melawat Gaza semata-mata mahu memancing undi… Adakah penduduk Gaza boleh mengundi Barisan Nasional?? Inilah bila kedengkian membusuk di dalam hati… Yang nyata, jelas tindakan Nasarudin Hassan dikecam oleh pengikutnya dari kalangan ahli PAS sendiri…

Apapun… Tahniah kepad Datuk Seri Najib kerana menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejakkan kaki di Palestine… Malah sebelum ini Tun Dr Mahathir juga pernah menjejakkan kaki di Bosnia membantu penduduk Islam di Bosnia…

Dalam rangka lawatan ke Gaza, Datuk Seri Najib tidak berkesempatan ke Tebing Barat untuk bertemu dengan Presiden Palestine, Mahmoud Abbas, disebabkan masalah keselamatan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Tinggalkan komen

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Kesempatan ini eXception ingin ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam seluruh Malaysia…

eXception cukup minat lagu nasyid ni bila didengarkan semasa iklan Sambutan Maulidur Rasul di TV… Jadi suka eXception ingin kongsikan dengan semua pembaca blog ini…

Tajuk lagi ini ialah Junjungan Mulia yang dibawa oleh kumpulan nasyid Al-Mizan yang pernah popular sekitar tahun 70an… Memang lagu ni sudah dikira klasik tapi masih sedap didengar…

Buat rakan-rakan yang menyertai perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Putrajaya, eXception minta maaf kerana tak dapat menyertai disebabkan perlu bertugas… Hu hu hu hu hu…

Apapun… Selamat Menyambut Maulidur Muhammad Rasullullah SAW…

Suara Pakatan Rakyat Gelarkan Hamas Sebagai Pengganas

Tinggalkan komen

Suara Pakatan Rakyat Gelarkan Hamas Sebagai Pengganas

Jika dulu Pakatan Rakyat (Pee-Arr) sibuk dok mengata konon UMNO tak iktiraf HAMAS… Alih-alih sendiri keluarkan kenyataan mengatakan Hamas merupakan pertubuhan pengganas…

Antara kenyataan tersebut yang paling tak boleh diterima ialah…

Rakyat negara ini juga perlu diyakinkan bahawa negara ini tidak akan sesekali bekerjasama dengan pengganas seperti Hamas seperti dilakukan pentadbiran Najib. Kita tidak akan memilih kerajaan yang bekerjasama dengan pertubuhan pengganas yang membunuh kanak-kanak dan orang tidak berdosa di Israel.

Memang sial penulis Suara Pakatan Rakyat ni…

Bagaimanapun… Macam biasalah… Bila isu ni timbul… Semua pencacai Pee-Arr tak mengaku Suara Pakatan Rakyat merupakan lidah rasmi Pee-Arr… Macam LAHANAT perangai… Habis dikorner baring sampai cecah telinga… Cheh!! Bila dah kantoi… Mula la tak mengaku… Ye lah siapa nak mengaku berak atas jalan kan??

Sumber:

Isu Politik Semasa

Lawatan Najib Ke Gaza Memalukan Rakyat Malaysia

Najib’s Visit To Gaza Is An Embarrassment For Malaysians

Wakil Pengganas Jumpa Najib Di PWTC

Datuk Seri Najib Tiba Di Gaza Mengunjungi Rakan Sejawat

Tinggalkan komen

Datuk Seri Najib Tiba Di Gaza Mengunjungi Rakan Sejawat

Alhamdulillah… Semalam Perdana Menteri kesayangan kita tiba dengan selamat di Gaza dalam rangka lawatan beliau ke sana… Datuk Seri Najib Razak ditemani isteri beliau dan delegasi lain iaitu Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Menteri Luar Dato’ Seri Anifah Aman & Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom dan lain-lain delegasi.

Kunjungan Datuk Seri Najib ini mencipta sejarah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejakkan kaki ke wilayah bergolak itu. Lawatan Perdana Menteri itu merupakan sebagai sebahagian daripada lawatan kerja beliau selama tiga Najib ke Kaherah, Mesir serta Gaza, yang berjiran dengan Palestin.

Kunjungan Datuk Seri Najib disambut oleh rakan sejawat beliau, Perdana Menteri Palestine Ismail Haniyeh. Melalui perjalanan darat dari Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish di Mesir dekat sempadan Gaza, Najib dan isteri melalui sempadan Mesir-Gaza di Rafah dan memasuki bilik menunggu sementara menunggu pasport mereka untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan memasuki Gaza.

Rombongan Datuk Seri Najib juga turut berkesempatan melawat kawasan kejadian serangan udara Israel yang mengorbankan seorang rakyat Palestine, Ahmed Al-Jaabari serta menyedekahkan Al-Fatihah dan berdoa.


Porsche Cayman Ini Milik Pesuruhjaya PAS Perlis??

Tinggalkan komen

Porsche Cayman Ini Milik Pesuruhjaya PAS Perlis??

Memang dahsyat, bila seorang Pesuruhjaya PAS mampu memiliki sebuah kereta Porsche Cayman yang mana jika diikutkan harga sekitar RM 300,000.00. Walaupun kereta tersebut bukanlah kereta baru, tetapi second hand… Nilainya masih lagi tinggi… Malah kenderaan ini dikategorikan sebagai kenderaan mewah…

Bagaimana seorang yang hanya menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS mampu memiliki kenderaan ini?? Ianya cukup menghairankan, melainkan beliau mempunyai kekayaan melimpah ruah. Atau mungkin kemampuannya membeli Porsche tersebut adalah dari hasil ini??


Kita tak perlu hairan, kerana duit kutipan setiap ceramah PAS ini semua TAK PERNAH DIAUDIT… Apabila duit kutipan ceramah ni tak diaudit… Sudah tentulah dibahagi-bahagikan sesama sendiri… Satu untuk kau… Dua untuk aku… Tiga untuk kau… Empat untuk aku…

Di bawah adalah dokumen yang mengesahkan pemilik kenderaan tersebut adalah beliau…

Malah jangan terkejut jika pemilik kenderaan ini mempunyai 13 saman melibatkan 2 kenderaan iaitu WWF3000 dan RD6943 (Proton Wira). Jumlah saman yang masih belum dibayar berjumlah RM 1250.00. Kereta mewah mampu beli, tapi saman liat nak bayar…

Apabila isu ini disiarkan di dalam page Isu Politik Semasa, seperti biasa la… Ayat standard macai-macai Pee-Arr… Akan dok backing sehabis mungkin…

Bagaimana jika ianya melibatkan pemimpin dalam UMNO, apa reaksi diorang?


BERLUMBA LUMBA MILIKI KERETA MEWAH DI UMNO BAHAGIAN JERANTUT.. APA CERITA KEPERLUAN RAKYAT MARHAEN??????

Pemimpin UMNO Kaya Raya – Datuk Seri Jamil Khir Miliki Rumah Mewah Bernilai Jutaan Ringgit, Baru 3 Tahun Jadi Menteri !

KERETA – PEMIMPIN MEWAH RAKYAT SUSAH

Lihatlah sikap double standard dan pilih bulu pencacai Pakatan Kencing Rakyat (Pee-Arr), jika pemimpin mereka memiliki kenderaan mewah… Nada menjadi lunak… Bila melibatkan pemimpin UMNO, terus dituduh amalkan rasuah… Inilah sikap pencacai Pee-Arr, maka tak hairanlah tidak seorang pun berani menegur pemimpin mereka… Mereka hanya boleh angguk-angguk sahaja… Mungkin dalam Pee-Arr, RASUAH, PENYELEWENGAN, KRONISME dan NEPOTISME semua menjadi HALALAN TOYYIBAN… Tak seorang pun dalam Pee-Arr yang mampu menyanggah pemimpin atasan Pee-Arr…

Jelas sekali di dalam Pee-Arr kebanyakan pengikutnya adalah bacul dan pondan… Tak berani nak menegur kepimpinan atasan… Hanya pakat angguk-angguk dan angguk tanpa mampu menggeleng-geleng… Bagaimana pencacai Pee-Arr mampu persoalkan kemampuan pemimpin UMNO yang mampu memiliki kenderaan mewah, sedangkan mereka tak mampu persoalkan kemampuan pemimpin sendiri berkereta mewah?? Inilah belang sebenar Pee-Arr…

Sumber: Isu Politik Semasa

Surat Kelulusan Bible Bahasa Melayu Oleh Najib Adalah Palsu!!

Tinggalkan komen

Surat Kelulusan Bible Bahasa Melayu Oleh Najib Adalah Palsu!!

Cukup mudah untuk memfitnah… Cukup sekadar reka satu surat mengatakan Bible dalam Bahasa Melayu diluluskan oleh Datuk Seri Najib letak kepala surat yang cukup simple… Berserta tandatangan Datuk Seri Najib, sudah cukup membuatkan orang yang melihatnya terus percaya…

Tetapi ada beberapa kecacatan pada surat tersebut yang akan eXception dedahkan. Kecacatan yang cukup mudah membuktikan surat ini adalah surat palsu…

Pertama, rujukan surat adalah merujuk kepada unit PEMANDU… Apakah unit PEMANDU itu… Apakah sebenarnya tugas unit PEMANDU ni??

Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dengan rasminya telah ditubuhkan pada 16 September, 2009 dan merupakan satu unit di bawah Jabatan Perdana Menteri. Tujuan utama dan objektif PEMANDU adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri.

Pengerusi bagi PEMANDU ialah YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi portfolio Perpaduan Kebangsaan dan Pengurusan Prestasi. Jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Ketua Eksekutif pula disandang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Sri Idris Jala.

Sementara tanggungjawab penyampaian menyeluruh untuk keberhasilan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) bergantung kepada Menteri yang berkaitan, dan kejayaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bergantung kepada sektor swasta, PEMANDU telah diberi mandat untuk menjadi pemangkin perubahan dalam penyampaian sektor awam dan swasta, menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian dan menyediakan pandangan bebas berkaitan dengan prestasi dan kemajuan kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri.

Melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam NKEA, PEMANDU telah ditugaskan untuk memudahcara pelaksanaan Projek Permulaan (EPP) dan Peluang Perniagaan (BO) yang telah dikenalpasti untuk memastikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Untuk membolehkan PEMANDU menjalankan tugasnya dengan lebih efektif, sumber manusianya menggabungkan kepakaran yang terbaik dari sektor swasta dan juga perkhidmatan awam.

Tengoklah… Satu kecacatan dah terdedah… Fungsi PEMANDU tidak ada kena mengena langsung dengan isu bible Bahasa Melayu ni… Jelas ianya satu fitnah…

Kemudian kepala surat juga terlalu ringkas, hanya mempunyai jata negara dan perkataan Prime Minister Malaysia… Sepatutnya kepala surat rasmi kerajaan selain mempunyai jata negara, ianya juga memaparkan alamat pejabat yang mengeluarkan surat tersebut.

Satu lagi kecacatan ialah tulisan tangan ‘Dear Bishop Ng,’, seolah-olah ianya tertinggal dan tergesa-gesa membetulkan dengan menulisnya dengan tulisan tangan. Beginikah rupa surat rasmi seorang Perdana Menteri?? Sudah tentu tidak… Ditambah lagi, dengan perkataan ‘Dear Bishop Ng,’ yang jarang digunakan dalam surat rasmi… Sepatutnya digunakan ‘Attn: Bishop Ng’. Malah di atas tandatangan Datuk Seri Najib juga terdapat perkataan ‘Yours sincerely,’ ataupun ‘Yours truly.’ juga jarang digunakan dalam surat rasmi kerana biasa digunakan dalam surat tidak rasmi. Biasanya dalam surat rasmi Jabatan Kerajaan akan meletakkan motto sebagai contoh, ‘Majulah Sukan Untuk Negara’, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’, ‘Berkhidmat Untuk Negara’ dan diikuti dengan ‘Saya Yang Menurut Perintah’ yang menandakan semua kakitangan awam menurut titah perintah SPB YDP Agong dalam menjalankan tugas.

Lihat salah satu contoh surat rasmi di bawah…


Jelas sekali surat yang didakwa dari Datuk Seri Najib, adalah satu rekaan fitnah semata-mata… Tujuannya cuma satu, untuk membuat korner baring atas isu penggunaan kalimah Allah dalam bible… Ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kelemahan pemimpin parti tersebut. Maka dengan cara ini, rakyat akan mengalihkan perhatian dari isu penggunaan kalimah Allah dalam bible oleh oleh Pakatan Rakyat.

Older Entries