Akhbar Fitnah Habis Di Pasaran??

Puas eXception memusing cari akhbar Utusan Malaysia yang di cap sebagai akhbar fitnah oleh blogger-blogger PR. Malah digelar sebagai Utusan Meloya oleh kalangan anjing-anjing ini… Pelik… Akhbar ini cepat habis, padahal baru jam 8 pagi… Ini mesti penangan Bajet 2012 yang dibentangkan semalam…

Hairan… Akhbar telus 100% seperti Harakah yang tak pernah buat cerita fitnah dan Suara Keadilan masih berlonggok lagi… Macam tak luak… Apa kes? Kenapa akhbar yang dicop sebagai akhbar fitnah ini jugak jadi pilihan rakyat Malaysia? Mengapa tidak Harakah yang sentiasa jujur melaporkan berita? Mengapa tidak Suara Keadilan yang sentiasa telus menyampaikan berita? Mengapa? Mengapa??

Mengapa buku Jingga tidak mendapat sambutan, walhal dalam buku Jingga terkandung Bajet yang lebih hebat dari Bajet yang dibentang oleh Datuk Seri Najib?? Pelik?? Mengapa Utusan Malaysia jugak yang dicari-cari? Bajet yang dibentangkan Datuk Seri Najib taklah hebat mana berbanding bajet yang dibentangkan oleh Anwar Ibrahim… Yang mana bajet yang dibentang Datuk Seri Najib dikatakan dicedok dari buku Jingga? Yang pelik buku Jingga masih tak laku-laku… Utusan Malaysia jugak yang laku…

Patutlah pemimpin PR cukup tak senang hati dengan Utusan Malaysia. Malah mereka sanggup mengadalan kempen boikot Utusan Malaysia seluruh negeri bawah PR… Tetapi mengapa rakyat di negeri PR masih membaca Utusan Malaysia? Atau mereka sengaja membelinya kemudian menjadikan tempat alas kucing beranak?

Apapun… Bravo buat Utusan Malaysia kerana akhbar anda laku hari ini macam goreng pisang panas… Satu Putrajaya dengan Cyberjaya eXception meronda cari Utusan Malaysia… Semuanya sudah habis seawal jam 7 pagi lagi… Dahsyat… Dahsyat… Masih ramai lagi yang percayakan Utusan Malaysia ni rupanya… Takpelah… Dapat beli Berita Harian pun dah kira bagus…