Kementerian Belia & Sukan Minta Maaf… Apa Kes?

Tinggalkan komen


KBS Minta Maaf Atas Pengajuran Konsert K-Pop Semasa HBN2012

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon maaf sekiranya persembahan artis dikenali sebagai KPop dari Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu, menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang.

“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis dari luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.

Ahmad Shabery berkata, beliau menerima dengan baik teguran membina mana-mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu.

Menurutnya, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara diadakan. “Mungkin ada beberapa acara perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat.

Malah banyak program keagamaan dan modal insan turut diadakan,” katanya.


Tahniah Datuk Seri… Kerana berani meminta maaf atas ketelanjuran KBS dalam melaksanakan program-program di dalam Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya minggu yang lepas. eXception juga harap pada Himpunan Jutaan Belia yang akan datang, kurangkan pentas konsert… eXception lihat terlalu banyak pentas konsert…

Kemudian adakan lagi Maha Youth, ianya sangat bermanfaat bagi belia menceburkan diri dalam bidang pertanian. Malah sediakan khidmat nasihat dalam bidang pertanian untuk belia bagi memudahkan mereka mendapat maklumat dengan lebih jelas.

Pameran pasukan beruniform sepatutnya diperhebatkan lagi, bukan sahaja dengan demonstrasi menyelamat, malah adakan lebih banyak lagi aktiviti.

Apapun tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kerana berani mengaku kekhilafan KBS…

Jadi bagaimana pula dengan Nik Aziz?? Berani ke korang desak beliau meminta maaf atas kegagalan beliau mengekang budaya K-Pop (Kelate Pop) Di Kelantan??

Bagaimana pula dengan MB Selangor yang membawa masuk artis K-Pop untuk membuat persembahan di MTV World Stage?? Berani ke korang desak Khalid Gagap ni meminta maaf kerana membawa budaya yang tidak sihat?

Advertisements

Artis K-Pop Dibayar RM 2.04 Juta Pakai Duit Siapa??

Tinggalkan komen

Artis K-Pop Dibayar RM 2.04 Juta Pakai Duit Siapa??


Wonder Girls @ MTV World Stage Malaysia

Seperti biasa Anak Derhaka… Eh silap… Anak Sungai Derhaka berterusan bermain dengan wayang kulit… Dialah jadi Tok Dalang… Dia jadi penonton… Dia jugak jadi tukang sorak…

Tajuk artikelnya: Himpunan Jutaan Belia : Atris ‘K-Pop’ dibayar RM2.04 Juta.. Sungguh melucukan… Malah… Dalam artikel Anak Anjing Derhaka… Eh silap lagi… Anak Sungai Derhaka laa… Menyatakan…

“Selasa lalu Keadilany Daily telah melapurkan seorang pesara kakitangan kerajaan yang menghubungi pejabat Keadilany Daily mendakwa Kerajaan UMNO/BN telah berbelanja sebanyak RM20Juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu.

Pesara yang enggan namanya didedahkan itu memberitahu Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu.

“Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut,” kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily.”

Kah kah kah kah kah!! Pembohong besar la hang Anak Tapir Derhaka…. Eh silap… Anak Sungai Derhaka… Di sini aku nak bagi tau kat hang… Kementerian Belia dan Sukan menerima tajaan lebih RM 20 juta daripada pihak swasta bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei hingga 27 Mei lepas. Antara penaja program ini termasuklah TM, 100 Plus, Genting Malaysia dan lain-lain…

Jika minggu lepas Anak Hamlau Derhaka… Eh silap lagi… Anak Sungai Derhaka ‘KANTOI’ apabila dibongkar isu ceramah Ustaz Azhar Idrus yang sengaja diperbesar-besarkan. Kali ini buat kesekian kalinya Anak Jin Derhaka… Eh silap lak… Anak Sungai Derhaka dikantoikan lagi dalam edisi fitnahnya yang entah kali berapa pun tak tahu lah…

Sumber Haram:

Himpunan Jutaan Belia : Atris ‘K-Pop’ dibayar RM2.04 Juta..

Sumber Halal:

Sinar Harian: Swasta taja lebih RM20 juta

Utusan Malaysia: Swasta taja lebih RM20 juta

Nota: Akibat excited nak memfitnah sampaikan Anak Haram Derhaka ni tersilap taip ‘Artis’ jadi ‘Atris’… Ha ha ha ha ha ha… STUPID!!

Anak Babi Derhaka, aku nak tanya kat hang, berapa juta Kerajaan Selangor belanjakan untuk bayar artis-artis antarabangsa ini untuk membuat persembahan di MTV World Stage kat Selangor?? Ini senarai artis antarabangsa yang membuat persembahan dari tahun 2010 sampai 2012… Katy Perry, Tokio Hotel, Wonder Girls (South Korean girl band), 30 Seconds to Mars, Neon Trees, BEAST (South Korean boy band), Justin Bieber, Jay Park (South Korean singer) dan KARA (South Korean girl band). Ada penyanyi K-Pop lagi tu…!!

Konsert K-Pop Wonder Girls Di I-City Shah Alam??

1 Komen

Konsert K-Pop Di MTV Stage I-City Shah Alam. PAS Digesa Segera Bantah

SHAH ALAM: Konsert MTV World Stage di i-City, Seksyen 7 di sini pada 24 Julai ini akan dapat membantu dalam mempromosi bandar raya Shah Alam di peringkat antarabangsa, kata Datuk Bandar Datuk Mohd Jaafar Atan.

Beliau berkata, konsert yang akan membabitkan artis-artis antarabangsa itu dijangka mampu menarik tumpuan orang ramai di seluruh dunia kepada bandar raya Shah Alam.

“Kepercayaan yang diberikan membuktikan bahawa Shah Alam dan i-City khususnya diiktiraf sebagai lokasi yang dilengkapi dengan kemudahan kelas pertama untuk sebarang acara bertaraf antarabangsa,” katanya ketika berucap pada majlis penerangan media berhubung penganjuran konsert itu di i-City di sini, Rabu.

Beliau berkata, penganjuran konsert bertaraf antarabangsa itu sejajar dengan impian untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar berpengetahuan dan impian antarabangsa.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif i-Bhd, Tan Sri Lim Kim Hong berkata, pemilihan i-City yang dikenali sebagai “Bandar Cahaya Digital” sangat bersesuaian dengan suasana lampu yang ceria dan menjadi tumpuan remaja.

“Kami amat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada konsert ini. Beberapa aktiviti membabitkan remaja dan belia juga akan dianjurkan bagi tujuan menyampaikan mesej yang berguna,” katanya lagi.

Antara artis yang mengesahkan penyertaan pada konsert itu ialah ’30 Second To Mars’ iaitu pemenang Band Rock Terbaik di MTV Europe Music Award 2010 dan band tempatan Pop Shuvit.

Dalam edisi tahun lalu yang berlangsung di Sunway Lagoon Resort, antara yang mengambil bahagian ialah bintang pop Amerika Katy Perry, kumpulan rock dari Jerman, Tokio Hotel dan kumpulan sensasi Korea, Wonder Girls.

Sumber: Konsert MTV World Di I-City Shah Alam 24 Julai Depan


Pemimpin PAS Selangor digesa segera mengemukakan bantahan kepada Menteri Besar Selangor berkenaan dengan penganjuran konsert K-POP di MTV World I-City Shah Alam pada 24 Julai nanti.

Jika semasa Himpunan Jutaan Belia yang lepas PAS antara yang kuat menyalak apabila kumpulan K-POP Dal Shabet menjadi artis jemputan untuk membuat persembahan.

Kali ini eXception mahu lihat, adakah pemimpin PAS bersungguh-sungguh, ataupun hanya sekadar ‘RETORIK’ sahaja… Jangan bula bantah macam melepaskan batok di tangga pula…

Apapun… eXception cabar pemimpin PAS agar segera BANTAH KONSERT INI… Ataupun korang digelar sebagai BACHOL!!!

Wasotiyah Najib VS Wasotiyah Nik Aziz

21 Komen

Wasotiyah Najib VS Wasotiyah Nik Aziz

Gambar di atas tersebar di dalam Facebook yang menunjukkan aksi penyanyi K-POP dari Korea iaitu Dal Shabet yang memakai pakaian agak menjolok mata dan ketat… Mereka beraksi sebagai artis jemputan semasa Himpunan Sejuta Belia 2012 baru-baru ini… Sepatutnya Putrajaya sebagai tuan rumah, perlu menasihati Dal Shabet supaya memakai baju kurung dan bertudung semasa melakukan persembahan…

Putrajaya perlu mencontohi artis-artis Kelantan yang penuh dengan adab kesopanan dan kesusilaan… Artis-artis Kelantan tersangat sopan berbanding dengan Dal Shabet yang kita sedia maklum yang mereka ini semua bukan Islam… eXception harap pada sambutan Hari Belia tahun depan, Kementerian Belia dan Sukan perlu menjemput artis-artis Kelantan pula beraksi di atas pentas… Nama-nama mereka memang tak asing lagi… Sebut sahaja Rosalinda, Elyana, Wanie, Erna, Erma serta Ain… Semua orang pakat kenal belaka… Dibandingkan dengan Dal Shabet yang bukan Islam, mereka lebih bersopan dan melambangkan budaya sebenar Islam PAS…

Lihatlah gambar-gambar dari video klip artis-artis ni… Cukup hebat… Inilah artis Kelantan hasil asuhan Tok Guru Nik Aziz sejak dari PASTI lagi… Maka lahirlah artis yang ‘cukup bersopan’ ini…

Panas!! Mengapa Ceramah Ustaz Azhar Idrus Dibatalkan??

11 Komen

Panas!! Mengapa Ceramah Ustaz Azhar Idrus Dibatalkan??

Memang panas!! Banyak blog-blog dan media elektronik tanpa segan dan silu mengunyah fitnah yang dilemparkan mentah-mentah… Tanpa memikirkan apa yang dikunyahnya itu adalah dari bahan yang HARAM atau HALAL… Apabila sudah ditelan dan baru mengetahui bahawa bahan yang ditelannya itu berunsur HARAM barulah dok terpekik terlolong salahkan kerajaan… Kebodohan mereka tidak mahu menyelidik sesuatu berita disampaikan kemudian menyalahkan orang lain tidak menyampaikan cerita yang betul kepada mereka sememangnya sudah dijangka… Apa lagi dengan mentaliti kelas keempat rakyat Malaysia terutama sekali di kalangan kebanyakan orang melayu… Lebih-lebih lagi remaja… Kalangan remaja melayu majoriti mempunyai mentaliti kelas rendah… Mereka menelan sahaja apa disuap tanpa mempedulikan yang disuap itu tahi atau nasi…

Maka begitulah ceriteranya hikayat sang Anak Sungai Derhaka yang beriya-iya dok menyebar agenda kununnya ceramah Ustaz Azhar Idrus yang dikatakan diadakan di PICC DIBATALKAN… Ramai blogger Pro BN mengatakan ceramah Ust Azhar Idrus di pindahkan ke Puchong… Tapi eXception mempunyai pendapat lain…

Pertama… Sewaktu kebanyakan aktiviti kerohanian dilakukan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, mengapa hanya ceramah Ust Azhar Idrus diadakan di PICC?? Apa istimewanya Ustaz Azhar Idrus ini sampai dapat buat ceramah kat PICC, adakah Masjid Sultan Mizan tak mampu menampung jemaah?? Kecik sangat ke Masjid Sultan Mizan ni? Mengapa Kuliah Maghrib perlu diadakan di PICC bukan di masjid?? Ini yang menjadi PERSOALAN… Soal poster, itu boleh direka-reka oleh totok PR… Siapa tak kenal dengan totok PR… Kaki fitnah nombor WAHID!! Dah banyak kali kantoi fitnah… Masih tak serik…

Kedua… Jika hendak dikatakan bahawa ceramah ini dibatalkan pada saat-saat akhir, ianya tidak ada langsung dalam agenda Himpunan Sejuta Belia 2012… Malah dalam laman web Hari Belia Negara di dalam segmen Modal Insan tidak ada dimasukkan ceramah Ustaz Azhar Idrus… Malah segmen ini tidak pernah dipinda sejak 21 Mei 2012… Boleh lihat di bahagian bawah laman web Hari Belia di segmen tersebut di mana tercatat: Last Updated on Monday, 21 May 2012 09:34

Ketiga… Dikatakan PICC memberikan tempat untuk World Youth Jazz Festival mengadakan acara. Tetapi hakikatnya acara World Youth Jazz Festival adalah bertempat di Dataran Gemilang, Putrajaya BUKAN di PICC seperti yang dihikayatkan oleh Anak Sungai Derhaka…

Keempat… Dikatakan PICC memberikan tempat untuk konsert K-POP. Tetapi hakikatnya konsert K-POP tidak diadakan di dalam PICC, tetapi di pentas utama (antara NRE dan Istana Kehakiman) pada 25 dan 26 Mei… Ianya tidaklah seperti yang dihikayatkan oleh Anak Sungai Derhaka…

Kelima… Banyak segmen berbentuk KEROHANIAN dan KEISLAMAN dianjurkan… Tetapi satu pun TAK DIHIKAYATKAN OLEH ANAK SUNGAI DERHAKA… MENGAPA?? Antara segmen atau program berbentuk kerohanian dan ke Islaman termasuklah…

– PERTANDINGAN AMAL ISLAMI – KATEGORI MARHABAN
– PERTANDINGAN AMAL ISLAMI – TILAWAH AL-QURAN
– PROGRAM SUBUH BERSAMA PENDAKWAH MUDA
– PERSEMBAHAN NASYID
– PERTANDINGAN AMAL ISLAMI – KATEGORI HAFAZAN AL-QURAN
– PROGRAM TADARRUS AL-QURAN
– KURSUS PERKAHWINAN
– MAJLIS TAHLIL DOA SELAMAT HARI BELIA NEGARA/TAHLIL
– DOA SELAMAT/KHUTBAH & SOLAT JUMAAT/SOLAT HAJAT
– PERTANDINGAN AMAL ISLAMI AKHIR – NASYID
– SIARAN LANGSUNG AL-KULIYAH

Keenam… Totok PAS mengatakan program-program Hari Belia Negara banyak berunsur maksiat… Program manakah yang berunsur maksiat?? Adakah Hari Belia Negara ada menganjurkan Konsert Karburetor Dung yang menayangkan buntut?? Adakah Hari Belia Negara menayangkan klip video seks Anwar Ibrahim dan aksi Duduk & Kulum Azmin Ali?? Adakah Hari Belia Negara tidak menyediakan china doll yang gebu-gebu untuk Anwar?? Atau mungkin disebabkan banyak bilik hotel yang penuh dibooking menyebabkan pemimpin Pakatan Rakyat tak boleh melakukan kaunseling bersama isteri orang pada jam 3 pagi? Atau adakah ianya disebabkan bilik hotel 121 telah dibooking oleh pelanggan menyebabkan Abang Mat Sabu tak dapat jual ubat kuat??

Ketujuh… Jika hendak mengatakan program Hari Belia Negara banyak maksiat, bagaimana dengan perlawanan bola sepak yang melibat aksi penyokong Kelantan??

Kelapan… Jika hendak mengatakan penganjuran Himpunan Jutaan Belia adalah MAKSIAT… Mana lebih MAKSIAT antara Putrajaya dengan Kota Bharu?? Siapa tak kenal gelaran baru Kelantan… SERAMBI MAKSIAT?? Pusat pelacuran terkenal ialah Kg Limau Manis dan Jalan Hamzah…

Nota: eXception tidak hairan sangat dengan mentaliti anak muda melayu zaman sekarang… Zaman manusia malas membaca… Zaman manusia malas nak mencari maklumat… Hanya menanti maklumat disuap terus ke dalam mulut… Lantak korang la…

Sumber:

Segmen Modal Insan HBN 2012

World Youth Jazz Festival

Jadual Acara HBN 23 Mei 2013

Jadual Acara HBN 24 Mei 2013

Jadual Acara HBN 25 Mei 2013

Jadual Acara HBN 26 Mei 2013

Jadual Acara HBN 27 Mei 2013