Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri

Tinggalkan komen

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri

Petang tadi eXception berkesempatan untuk singgah ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Presint 2, Putrajaya. Walaupun cuaca petang itu agak panas, tetapi tetamu yang datang tetap ramai. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah bertindak selaku tuan rumah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Antara menu yang dihidangkan termasuklah nasi beriyani, nasi tomato, kambing golek, ayam panggang, laksa dan bermacam-macam lagi hidangan. Tetamu yang datang tidak putus-putus, memandangkan lokasi majlis berhampiran dengan jabatan kerajaan. Berikut adalah antara gambar-gambar sekitar majlis tersebut.

Oh ya… Korang masih ingatkah dengan wartawan bermuka toya ni?? Ni le wartawan MBIKINI yang pernah kena halau semasa Konvensyen Media Sosial di Kuala Lumpur hari tu… Tu tak lain nak memutar belit berita berkenaan majlis ini… MBIKINI… Memang terkenal dengan berita yang diputar belitkan…

Yang ni pulak… Antara muka yang boleh dikatakan LEGEND yang turut sama menghadiri majlis ini… Jauh no dia mai… Akhirnya dapat jumpa face to face dengan LEGEND ni… Ha ha ha ha ha ha… Korang kenal tak??

Ha ha ha ha ha… Apapun, terima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri khususnya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kerana mengadakan majlis sebegini… Alhamdulillah… Kenyang… Jimat budget makan tengahari… He he he he he… Terima kasih gak kepada adik eXception, yang turut bertugas dalam majlis ini kerana sudi menjemput eXception… He he he he he… Cuma terkilan tak sempat makan kambing golek… Hu hu hu hu hu… Kempunan eXception…

Nota: eXception tak sempat menanti ketibaan Datuk Seri Hj Najib, disebabkan kesuntukan masa…

Advertisements

Panas!! Menteri Tukar Profession Jadi Tukang Kipas??

Tinggalkan komen

Panas!! Menteri Tukar Profession Jadi Tukang Kipas??

Al-kisahnya… Nak dijadikan cerita…

Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dikatakan telah menukar professionnya…

Benarkah ura-ura yang sedang bertiup kencang ini??

Petang tadi eXception menyaksikan sendiri…

Datuk Seri Ismail Sabri, telah menukar profession sebagai tukang kipas…

Apa kes Datuk Seri?? Dah boring ke jadi menteri??

Jom terjah!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sebenarnya Datuk Seri Ismail Sabri membuat lawatan ke Bazar Ramadhan di Presint 2, Putrajaya. Sambil melawat tu, beliau mengambil kesempatan beramah-mesra dengan peniaga dan pengunjung bazar Ramadhan ini…

Kebetulan semasa hendak membeli juadah untuk berbuka, eXception terserempak dengan Datuk Seri Ismail Sabri. Maka kesempatan yang ada, eXception rakamkannya…

Suasana Pada Hari Terakhir Floria Putrajaya

Tinggalkan komen

Suasana Pada Hari Terakhir Floria Putrajaya

Petang tadi eXception sempat merakamkan hari terakhir Floria Putrajaya 2012, sebelum acara ini menutup tirainya pada malam ini.

Hujung minggu adalah hari yang sesuai untuk orang ramai untuk membawa keluarga ke Floria Putrajaya… eXception dapat saksikan suasana pada hari terakhir ini lebih meriah dengan para peniaga berlumba-lumpa menawarkan diskaun untuk menghabiskan stok barang niaga mereka. Malah ada juga pengunjung yang memborong hingga 5 batang anak pokok buah-buahan untuk di bawah pulang.

Percayalah… Jika anda semua berkunjung pada hari terakhir Floria Putrajaya ini, anda pasti takkan pulang dengan tangan kosong, kecuali anda datang hanya untuk mengambil gambar sahaja. Jika anda merupakan peminat pokok-pokok hiasan, inilah masanya untuk anda datang ke sini. Banyak jenis pokok yang dijual antaranya pokok hiasan, pokok buah-buahan dan pokok herba. Selain itu ada juga dijual baja dan hormon penggalak tumbuhan.

Nasib Kamu Berdua Ditentukan Malam Ini…

Tinggalkan komen

Pengedaran Akhbar Fitnah Harakah Dari Rumah Ke Rumah Di Putrajaya

Petang tadi ketika membuka pintu untuk keluar membeli makanan, dua akhbar Harakah ini sudah berada di hadapan pintu. Ha ha ha ha ha ha… Apa korang ingat eXception nak baca sangat… Dah la edar akhbar TAK LAKU… Mana tak lakunya… Edar akhbar bulan April… Apsal tak edar akhbar yang terkini?? Keh keh keh keh…

Apapun nasib kamu berdua… Akan ditentukan malam ini… eXception sedang memikirkan bentuk ‘hukuman’ yang perlu dijatuhkan ke atas kamu berdua kerana tanpa memberi salam, dok tercongok depan rumah…

Mungkin bentuk hukuman sebegini selayaknya…

Maka hasilnya nanti…

Dijadikan baja kompos… Ha ha ha ha ha ha ha!!

Hukuman ini adalah paling baik dan mesra alam… Kerana tidak melibatkan pembakaran kertas hatta pembakaran lemak untuk mencarik-carik akhbar ini. Biar mesin yang menentukannya… Keh keh keh keh keh…

Gempar!! Puak Occupy Dataran Merdeka Sudah Berkhemah Di Putrajaya??

Tinggalkan komen

Putrajaya Ditawan Puak Occupy Dataran Merdeka!!??


Gambar khemah puak occupy di Dataran Merdeka tak lama dulu

Memang menggemparkan… Mereka berkhemah di merata-rata tempat… Ada yang berkhemah di sebelah Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, ada yang berkhemah di sebelah Jambatan Seri Wawasan dan ada juga yang berkhemah di Presint 4 berhampiran dengan Jabatan Peguam Negara…

Lihat sahaja khemah-khemah yang didirikan ini… Memang banyak… Seolah-olah kehadiran mereka langsung tidak dipedulikan oleh penguatkuasa PjC (Perbadanan Putrajaya)… Tidak ada tindakan diambil seperti yang dilakukan oleh DBKL… Malah tidak ada tindakan keras dari anggota Polis… Mengapa??

Rileksss… Sabar wahai sahabat-sahabatku sekelian… Jangan pula kamu terburu-buru menyerang mereka… Heh heh heh heh heh… Mereka tidak bersalah wahai sahabatku…

Yang berkhemah ini bukanlah puak-puak occupy seperti tajuk di atas… Saja bikin GEMPAK… Heh heh heh heh… Ini semua adalah adik-adik kita yang datang dari seluruh negara untuk menyertai perkhemahan Jambori Pengakap sempena Himpunan Jutaaan Belia 2012 di Putrajaya…

Lihatlah… Inilah semangat anak muda yang kita patut banggakan… Berkhemah dengan niat yang betul… Bukan berkhemah macam puak occupy Dataran Merdeka tu… Sambil occupy sambil wat projek dalam khemah… Dah la tu niat pun tak betul… Apapun, eXception tabik kepada adik-adik scout yang sanggup berjauhan dari keluarga tercinta untuk menjayakan aktiviti perkhemahan ini… Tahniah adik-adikku sekelian… Semoga adik-adikku menjadi insan yang berguna pada Agama, Bangsa dan Negara apabila dewasa nanti… InsyaAllah…

Gadget Murah Sempena #HBN2012?? Wow!!

Tinggalkan komen

Gila!! Gadget Murah Gila Babas!! Kalah Harga Low Yat!!

Percaya atau tidak… Antara booth yang diserbu ramai pengunjung ialah booth gadget… Mau taknya… Harga gila babas punya murah!! Kalah Plaza Low Yat!! Nasib baik la eXception tak bawah duit banyak… Kalo tak dah sambar dah Samsung Galaxy S kat atas ni… Murah giler…

Selain tu tablet seperti Acer Iconia di atas juga dijual dengan harga yang murah… Serius!! Murah!! Bukan gadget-gadget ini sahaja ada… Malah kamera digital juga ada dijual… Antara korang mampu dengan tak termampu untuk membeli sahaja menjadi persoalan…

Harga kamera digital kompak paling murah ialah RM 199.00 dijual di sini… Memang berbaloi!!

Apa yang korang dok menung depan komputer lagi? Ayuh kita ke Himpunan Jutaan Belia 2012 yang sedang berlangsung di Putrajaya…

Nak cari kat mana booth gadget ni?? Mudah sahaja, booth gadget ni sepanjang laluan di hadapan bangunan KPDNKK dan Menara Usahawan… Rugi tak datang derr!!

Himpunan Jutaan Belia 2012 : Pening Kepala Fikir Nak Lepak Mana??

Tinggalkan komen

Himpunan Jutaan Belia 2012 : Pening Kepala Fikir Nak Lepak Mana??

Ini adalah khusus untuk rakan-rakan Cybertrooper UMNO/BN yang berada jauh dari Putrajaya dan mahu turun ke Putrajaya untuk sama-sama meraikan Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan berlangsung minggu hadapan.

Mungkin ramai yang dok pening kepala mengira budget sewa bilik hotel atau rumah tumpangan dan sebagainya… Lebih-lebih lagi jika korang nak lepak kat Putrajaya sepanjang acara berlangsung…

Di sini eXception ada satu alternatif kepada korang semua yang mahu mencari rumah tumpangan yang murah dan berhampiran dengan Putrajaya… Ini cuma cadangan, terpulanglah kepada masing-masing ya??

Untuk pengetahuan korang, tempat ini mempunyai kemudahan pengangkutan awam Bas Nadi Putra… Penganjur menyediakan shuttle bus percuma dari Putrajaya Sentral…

Untuk tempahan atau pertanyaan sila klik sini: Rumah Transit Putrajaya

Older Entries