Ahli Kariah Mengamuk!! Masjid Dirampas Di Seri Kembangan!!

Tinggalkan komen

Ahli Kariah Mengamuk!! Masjid Dirampas Di Seri Kembangan!!

Selepas solat Jumaat petang tadi, eXception segera bergegas ke Taman Equine, Seri Kembangan dari Masjid Sultan Mizan, di Putrajaya.

Tujuan eXception ialah Masjid Al-Muttaqin, di mana satu sidang media diadakan oleh ahli kariah Masjid Al-Muttaqin bagi membantah campur tangan parti politik dalam jawatankuasa masjid…

Ketika eXception tiba di sana, sidang media sudah pun bermula… eXception ambil kesempatan untuk mengambil beberapa gambar semasa sidang media berlangsung… Kelihatan wartawan TV3, Sinar Harian berada di sana… Wartawan lain eXception tidak dapat mengecam mereka, kerana eXception mengecam berdasarkan kenderaan media berkenaan.

Apa sebenarnya yang berlaku??

Sebenarnya Ahli Jawatankuasa Masjid yang lama, telah mengisytiharkan keluar dari PAS sejak kemenangan Mat Sabu dalam parti kemudian, hari ini Masjid mereka ‘dirampas’. Ahli Jawatankuasa Masjid yang baru dilantik tidak mengikut prosedur malah kalangan Ahli Jawatankuasa Masjid baru bukan dari ahli kariah masjid tersebut. Mereka adalah dari ahli kariah luar yang di bawa masuk secara HARAM.

Tujuan sidang media ini dilakukan ialah untuk menerangkan kepada media tentang perkara sebenar yang berlaku di dalam masjid tersebut. Satu memorandum telah dibuat dan akan dihantar terus kepada Sultan Selangor nanti tanpa melalui mana-mana badan atau organisasi dalam Kerajaan Negeri Selangor hatta JAIS sekalipun…

Berikut adalah sebahagian dari gambar-gambar semasa sidang media sedang berlangsung…

Di bawah ini ialah Surat Perlantikan Pegawai Masjid Dan Jawatankuasa Kariah

Dokumen ini menyatakan ada ahli jawatankuasa yang dilantik adalah dari luar kariah dan ada yang jarang kelihatan di masjid. Malah ada juga ahli jawatankuasa yang dilantik tanpa persetujuannya dan membantah perlantikannya. Kebanyakan yang dilantik merupakan ahli PAS dan bukan dari kariah tersebut.

Ini adalah buku Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 yang mengandungi peraturan, prosedur dan tatacara perlantikan ahli jawatankuasa masjid.

Ini pula ialah memorandum yang akan dihantar kepada Sultan Selangor…

Di bawah ini pula antara bukti bergambar penglibatan Imam 1, Setiausaha, AJK masjid dalam Perhimpunan Bersih serta majlis anjuran PAS…

Di bawah ini pula adalah gambar antara ahli kariah yang hadir untuk turut membantah rampasan Masjid Al-Muttaqin…

Advertisements

Antara Sikap Berat Sebelah & Pilih Bulu JAIS…

15 Komen

MENGAPA PENDAKWAH ISLAM BERCERAMAH DITANGKAP TETAPI KAFIR LAKNAT BERCERAMAH DI MASJID DIBIARKAN? KENAPA PERLU PILIH BULU? JAIS SILA JAWAB!!

Ini merupakan rentetan daripada isu penahanan Dr Asri yang ditahan oleh JAIS ketika memberi ceramah baru-baru ini. Persoalannya kenapa JAIS perlu bersikap berat sebelah dan memilih bulu? Adakah kerana Dr Asri menyebelahi kerajaan pusat? Adakah kerana Dr Asri tidak menyebelahi pembangkang terutama PAS yang kuat menghentam Dr Asri kerana fahaman Wahabinya itu?

Kenapa pemimpin kafir laknat Selangor memberi ceramah di masjid JAIS tidak ambil peduli. Adakah kerana dia merupakan pemimpin kerajaan laknat PKR Selangor? JAIS menurut perintah siapa sebenarnya? Siapa big bos JAIS? Sultan Selangor kah? Atau Khalid Ibrahim kah? Ataupun Anwar Ibrahim kah?

Lihat sahaja gambar di bawah ini betapa tanpa rasa bersalah mereka membiarkan pemimpin kafir memberi ceramah di dalam masjid… Adakah pemimpin kafir ini mengajak umat Islam menyembah Allah? Adakah pemimpin kafir ini mengajak umat Islam membaca Al-Quran? Adakah pemimpin kafir laknat ini mahu mengajak umat Islam melakukan amal makruf dan meninggalkan nahi mungkar?? Tidak sama sekali…

Gambar Ihsan Blog Gerakan Anti PKR


Aku pasti, antara kalangan penyokong pembangkan pasti akan merelakan perbuatan kafir laknat ini dengan mengatakan bahawa dia ingin mendalami Islam. Persoalannya, kenapa dia masih berpegang pada ajaran Kristian jika ikhlas nak masuk Islam?

Yang pasti korang sedarlah bahawa korang sedang ditipu oleh laknat-laknat ini… Mereka mempengaruhi korang untuk membolak-balikkan Islam dengan tipu daya dan muslihat mereka. Itulah orang kafir…

Korang nak tahu siapa dia KAFIR LAKNAT di dalam gambar-gambar di atas? Siapa tidak kenal dengan Dr Xavier Jeyakumar… Laknat ini pernah mencadangkan agar duit dari baitulmal, serta duit hasil kutipan zakat disalurkan kepada orang bukan Islam… Laknat ini juga pernah memperlekehkan Sekolah Kebangsaan dan mengatakan ianya terlalu ‘Islamic’…

Kenapa JAIS tidak menahan Dr Xavier? Kenapa Dr Asri di tahan? Kenapa selepas ditahan tidak ada langsung sebarang pendakwaan? Seolah-olah perkara tersebut dirancang secara mendadak…

So kepada penyokong pembangkang sekelian termasuklah PAS. Di mana anda boleh melihat terdapat pemimpin PAS Selangor di dalam gambar ini… Begitu mereka memuliakan kafir laknat ini dari memuliakan kesucian masjid….

Penahanan Dr Asri Adakah Bermotif Politik?

4 Komen



KUALA LUMPUR – “Saya sendiri tidak tahu atas kesalahan apa saya ditahan. Dalam hal ini, saya ditangkap dulu baru dicari pertuduhan. Selain itu, saya juga tertanya-tanya siapakah `tangan ghaib` yang mengeluarkan arahan. Sehingga kini saya masih belum diambil keterangan,” kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, jika benarlah dakwaan beliau ditahan kerana memberi ceramah tanpa tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), mengapa keterangannya tidak diambil sebelum kejadian malam kelmarin.

“Kalau nak kata kes saya tak ada tauliah (untuk memberi ceramah), terlalu ramai, sampai 30 orang (datang membuat tangkapan). Sampai sekarang belum tahu kes apa, tunggulah dia orang charge (dakwa) dulu,” katanya.

Beliau hadir lebih kurang jam 9 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam seperti yang diarahkan Jais untuk dirakamkan keterangan sebaik tangkapan terhadapnya dilakukan di sebuah rumah milik ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, kelmarin.

Bagaimanapun, setelah hampir satu jam 45 minit menunggu di mahkamah tersebut dan Jais masih tidak hadir, Asri menyifatkan apa yang berlaku terhadapnya adalah suatu bentuk `sabotaj`.

Menurutnya, individu yang bertanggungjawab untuk menjalankan dakwaan terhadapnya juga gagal dihubungi walaupun telah cuba mendapatkannya berulang kali.

“Dia tidak dapat dihubungi, hilang entah ke mana. Dia biarkan saya tunggu di sini. Saya ‘public figure’, saya ada urusan yang lain, dan ramai NGO (badan bukan Kerajaan) serta orang lain (yang turut hadir) ada kerja masing-masing.

“Saya ingat jika lewat sangat dan pihak mereka masih tidak datang, saya nak buat laporan polis untuk beritahu yang saya dah datang tapi mereka tak datang,” katanya.

Ketika ditanya berhubung atas kesalahan apa beliau ditahan, Asri berkata, beliau sendiri tidak tahu.

Namun, katanya, beliau difahamkan ditahan atas kesalahan memberi ceramah agama tanpa tauliah sekali gus menafikan dakwaan yang dilaporkan media bahawa dirinya mengamalkan fahaman Wahabi.

“Itu adalah rekaaan semata-mata,” katanya ringkas.

Ketika ditanya adakah beliau pernah memohon tauliah daripada Jais untuk mengajar di Selangor, dalam nada menyindir Dr Asri berkata: “Saya ingin beritahu, ketika saya menjadi Mufti Perlis, mereka (Jais) mengatakan semua mufti boleh mengajar di Selangor kecuali Mufti Perlis.

“Bayangkanlah kalau mereka tanya saya mengapa tak mohon tauliah (kini, selepas menjadi bekas mufti)… ketika saya ada jawatan mufti pun mereka mengecualikan saya daripada memiliki ruang bercakap dalam Selangor.”

Beliau kemudian dilepaskan dengan bon jaminan tanpa cagaran yang ditawarkan pegawai penguat kuasa Jais.

Sementara itu, peguam Zulkifli Che Yong yang mewakili Mohd Asri ketika ditemui berkata, berkata pertuduhan belum dilakukan dan pihak Jais masih menyiasat lagi perkara ini.

Berkemungkinan terdapat tangan ghaib yang memberi arahan kepada JAIS untuk membuat serbuan dan menahan Dr Asri. Ianya mungkin bermotofkan politik. Kita sudah sedia maklum bahawa Dr Asri pernah menghentam para pemimpin PAS dalam kenyataannya malah beliau juga pernah digelar ‘Bapak Setan’ oleh seorang pemimpin PAS yang bergelar Ustaz hanya kerana beliau berfahaman Wahabi…