Tiada Sebutan Kes Scorpene Di Perancis??

Tinggalkan komen

Tiada Sebutan Kes Scorpene Di Perancis??

Biar betul!! Takde langsung sebutan kes perbicaraan berkenaan Scorpene di Mahkamah Perancis?? Ha ha ha ha ha ha!! Sekali lagi rakyat Malaysia terus ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu dan ditipu lagi oleh Nuar Berahem dan Pakatan Biawak…

KUALA LUMPUR: A prominent French Government prosecutor has denied reports circulating among some Malaysian online news portals of an ongoing trial in France, on allegations of corruption by a French company over the purchase of two French-made Scorpene submarines by Malaysia in 2002.

Yves Charpenel said the media in Malaysia should be able to distinguish between rumours and facts, and between investigations and a trial.

“I am aware about all the fuss kicked up by certain media (organisations) in Malaysia over this matter but what I can say is that this is nothing more than a trial by the media,” he told Bernama here on Monday.

Charpenel, who was a former head of prosecution in France and now a state prosecutor and an executive member of the International Association of Anti-Corruption Authorities (IAACA), was here to attend the four-day IAACA conference and general meeting which ended Sunday.

Following a complaint filed in 2009 by Suaram, a Malaysian human rights non-governmental organisation (NGO), that a French company had allegedly paid bribes to a Malaysian firm for the submarine deal, he revealed that two independent “investigating judges” started their investigations earlier this year.

Charpenel said that in France, as in other countries practising the rule of law, all investigations were done in absolute secret.

He said, it was anybody’s right to file a complaint and due to the secret nature of the investigations, some resorted to complaining to the media.

He explained that for specific cases in France, the Justice Ministry would ask an independent judge, called an “investigating judge”, to investigate.

“He is just an investigator. This is an old system that started from the Napolean era. If the investigating judge wants someone to come to Malaysia, he has to ask from your government because we have what is called the Treaty of Mutual Legal Assistance. And the Malaysian government can say ‘yes’ or ‘no’. It has to be decided by the Malaysian authorities.

“A French investigating judge cannot take his luggage, take a plane and go to Malaysia and ask someone to answer his questions. It is impossible, it is against the French law and it is also against international law,” stressed Charpenel. He pointed out that in France, as elsewhere, the course of justice would not be dictated by the media

“In France, the time of justice is different from the time in media. Of course, the media needs data, information, news. It’s natural but the investigation is quite different. This is exactly the same, whether in France or in Malaysia.

“And, it has to be secret. We are now in the first step, maybe, we got another step, maybe not, and it is quite early to say more.”

Asked about media reports that French lawyers representing Suaram in the suit would be coming to Malaysia to brief their clients, Charpenel said any lawyer from any country was free to do so because he was paid by his clients.

“He can speak freely to the press, that’s freedom or human rights. But he is not a prosecutor. He is not an investigating judge. He is not an official.” In April this year, local Opposition politicians here had even called for Malaysian officials to testify in Paris or risk being ostracised in the European Union.

“A trial is a trial with all the rules. Investigation is another thing,” said Charpenel of the misinformation generated by certain news portals over allegations that a trial was already underway.

Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi also said over the weekend that the Auditor-General had declared the Scorpene deal was done in accordance with legal procedures. – Bernama

Jadi kepada rakyat Malaysia masih belum serik ditipu oleh Anwar, silakan tadah kepala anda untuk dikencing oleh Nuar Berahem dan juak-juaknya kagi pada masa akan datang… Pastikan kepala korang berbau hancing masam dan hanyir sebagai menandakan kejayaan Nuar Berahem dan juak-juaknya menipu anda…. Tahniah!!

Advertisements

Rafizi Bakal Menelan Maki Hamun Azmin??

1 Komen


SPRM Tutup Kes Shahrizat… Kes Azmin Dibuka Semula…

Apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak terlibat dalam kes membabitkan syarikat milik suami beliau NFCorp dan kes tersebut ditutup, Rafizi Ramli adalah orang yang paling berduka cita kerana hajat beliau untuk memfitnah Ketua Pergerakan Wanita tersebut tidak berjaya.

Apa yang terjadi sebaliknya ialah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah membuka semula kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang dikatakan mempunyai harta melebihi pendapatan sekitar tahun 1995.

Azmin yang dikatakan pada ketika itu memiliki rumah, kereta dan aset bernilai lebih dari satu juta Ringgit Malaysia, selain itu beliau juga dikatakan mempunyai wang tunai serta cek bernilai sepuluh juta Ringgit Malaysia.

Rafizi yang juga adalah Pengarah Strategi PKR kali ini tersalah strategi dalam usaha untuk menjatuhkan bekas senator tersebut, tapi Allah maha kaya, setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan dan begitu juga dengan keburukan, ianya pasti akan dibalas dengan keburukan.

Keburukan yang Sangkakala maksudkan disini ialah, Rafizi memfitnah Shahrizat dan kini Shahrizat didapati tidak bersalah dan kini apa yang terjadi ialah Azmin Ali pula yang akan didakwa semula oleh SPRM.

Dalam keadaan ini Rafizi sudah pasti akan di maki hamun oleh Azmin kerana kebodohannya membuka pekong yang akhirnya membawa kepada siasatan semula kes beliau dan turut sama akan diheret oleh SPRM, sudah pastilah Anwar Ibrahim, jadi pengarah strategi ini boleh dikatakan gagal dalam menjalankan tugas yang diberi oleh ketua pembangkang tersebut.

Sumber: SANGKALAJARI9: AZMIN ALI MAKI HAMUN RAFIZI RAMLI

Pengajaran Kes Khir Toyo Untuk Tatapan Semua

5 Komen

Pengajaran Dari Kes Khir Toyo

Khir Toyo dijatuhkan hukuman penjara 1 tahun oleh mahkamah siang tadi atas kesalahan rasuah. Marilah sama-sama kita ambil iktibar dari kes Khir Toyo agar tidak terjadi pisang berbuah dua kali…

Pengajaran pertama ialah jika hendak membeli rumah, jangan beli rumah besar-besar, kalau boleh biar sekecil-kecil reban ayam, orang takkan pertikai…

Kedua ialah, jangan tawar menawar dengan pemaju ketika membeli rumah hatta harga rumah diletakkan oleh pemaju dengan harga tidak munasabah dan munasarawak harganya hingga cecah billion ringgit…


Ketiga pula, sekiranya korang merupakan Menteri di dalam parti UMNO adalah HARAM bagi korang memiliki mana-mana banglo atau rumah agam… Cukup sekadar rumah teres atau rumah setinggan… Sebab ianya akan jadi isu… Melainkan jika anda di dalam parti PAS, PKR atau DAP… SPRM takkan siasat… Malaysiakini takkan bising… Harakah takkan jadikan isu benda ni…

Keempat pula… Jangan beli kereta mewah, cukup sekadar membeli Proton Saga FLX sahaja… Sebabnya seperti di atas… Selagi korang bukan menjadi Menteri di bawah UMNO, SPRM takkan siasat… Malaysiakini takkan bising… Harakah takkan jadikan isu benda ni… MB PAS nak pakai kereta mewah takdehal… SPRM takkan siasat… Sebab SPRM hanya akan siasat Menteri UMNO sahaja… MB Kelantan nak pakai kereta mewah atau ditaja menunaikan haji, SPRM takkan siasat… Selagi korang bukan berada di dalam UMNO SPRM takkan siasat… Malaysiakini takkan bising… Harakah takkan meroyan…

Apapun, Khir Toyo akan setia menanti Anwar dari dalam penjara… Semoga Khir dapat menjadi teman Anwar di dalam penjara nanti…

Apapun pesan eXception kepada SPRM… Jangan pilih bulu bila menyiasat… Apa cerita kes tajaan haji Nik Aziz? Apa cerita kes Bazar Tok Guru? Apa cerita kes air karat Kelantan? Apa cerita kes projek Ladang Rakyat? Apa cerita kes curi pasir di Selangor? Apa cerita kes YBK? Takkan dah kenyang kot?? Sampai buat-buat tak perasan… Sampai buat-buat lupa… Sampai buat-buat buta??

Panas!! Nama Menteri Yang Mahu Merasuah Bob Lokman Didedahkan!!

3 Komen

Menteri Yang Mahu Merasuah Bob Lokman Didedahkan

Ramai kalangan blogger Pro BN menyangkakan bahawa menteri yang didakwa oleh Bob Lokman yang mahu merasuahnya di dalam ceramahnya baru-baru ini, merupakan ilusi Bob Lokman…

Berdasarkan maklumat informer, eXception telah berjaya mengenalpasti siapakah gerangan menteri tersebut… eXception harap menteri tersebut jangan nak nafikan lagi… Sebab eXception sedia maklum bahawa menteri ini mempunyai perangai yang buruk… Maka disebabkan itu menteri ini tidak disukai oleh Raja…

Pada mulanya eXception sangkakan bahawa informer tersebut sengaja bergurau… Akan tetapi beliau telah menunjukkan gambar menteri tersebut kepada eXception… Dengan bukti yang ditunjukkan oleh informer tersebut, yakinlah bahawa kenyataan dan dakwaan Bob Lokman sememangnya benar…

eXception ingin meminta kepada rakan-rakan blogger lain agar tidak memperlekehkan dakwaan Bob Lokman… Sepatutnya kita perlu menyiasat kebenarannya….

Maka di bawah ini merupakan satu fail sulit yang tidak boleh didedahkan sesuka hati kecuali anda klik sendiri pada fail tersebut untuk membuka dokumen rahsia tersebut… Dokumen tersebut mengandungi gambar menteri yang mahu merasuah Bob Lokman… Kepada menteri terbabit, eXception meminta anda dengan segala hormatnya meletakkan jawatan anda sebagai menteri berkuatkuasa hari ini!! Ini bukan kes main-main!! Ini perkara serius kerana melibatkan rasuah!!

Click Me!!
Klik imej di atas…

JANGAN MANSUHKAN COLA (ELAUN SARA HIDUP) KAMI!!

27 Komen


URA-URA COLA AKAN DIMANSUHKAN DAN GAJI CUMA DINAIKKAN 10%

Khabar-khabar angin yang bertiup mula meresahkan jiwa kakitangan awam. Terutama bagi mereka yang bekerja di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur yang sudah ramai tahu kos sara hidup di sana amat tinggi. Khabar yang bermain di minda samaada benar atau tidak. Khabar yang membawa berita bahawa kemungkinan elaun sara hidup kakitangan awam dimansuhkan dan gaji cuma dinaikkan sebanyak 10%. Pada mulanya kami jangka ianya akan diumumkan dalam Bajet 2010, tetapi lega ianya tidak dibentangkan. Kemudian baru-baru ini mendapat lagi khabar yang sama. Tidak pasti betul atau tidak…

Mungkin bagi kakitangan awam gred 40 ke atas tak terasa sangat. Tetapi bagi kami yang bergred rendah bakal mengalami seksanya. Apa keperluannya elaun sara hidup kami dimansuhkan? Apa faedah yang akan kami dapat jika elaun sara hidup kami dimansuhkan? Kami tidak dapat sebarang faedah, malah hidup kami makin terbeban.

Ramai yang berkeinginan memiliki kenderaan sendiri bagi memudahkan perjalanan pergi dan pulang ke tempat kerja. Malah ada juga yang ingin mendirikan rumah tangga. Dari mana mereka dapat sumber kewangan tersebut? Sudah tentulah dari pinjaman bank. Bayangkan sekiranya gaji pokok hanya RM 800.00 kemudian dicampur dengan elaun tetap perumahan sebanyak RM 180.00 dan elaun sara hidup sebanyak RM 300.00. Maka gaji sebulan adalah RM 1280.00 sebulan. Kemudian terpaksa pula gaji dipotong untuk Tabung Haji, KWSP (bagi kakitangan yang baru), serta Angkasa. Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM 40,000.00 dan perlu membayar melalui potongan gaji selama 10 tahun, maka setiap bulan Angkasa akan memotong sebanyak RM 600.00 . Berapa sangatkah yang tinggal? Itu belum lagi tolak sewa rumah, bil api dan air, bil telefon, bil internet serta minyak untuk kenderaan. Yang tinggal lebih kurang RM 300 sahaja. Bayangkan jika elaun sara hidup dimansuhkan. Apa yang tinggal? Habuk!! Habuk yang tinggal.

Maka selepas itu kes-kes rasuah akan terus meningkat. Kes-kes jenayah yang sebelum ini didominasi oleh warga asing sepeti rompakan, samun dan ragut akan didominasi oleh kakitangan-kakitangan awam. Apakah puncanya? Puncanya kerajaan sendiri yang tak mahu ambil tahu rintihan hati kami. Kerajaan hanya sibuk berpolitik siang dan malam. Mencari salah dan kesilapan pembangkang, tetapi tak mahu belajar kesilapan sendiri sewaktu pilihanraya umum yang lepas. Adakah kerajaan Barisan Nasional yang hampir tumbang dulu akan tumbang pada pilihanraya akan datang? Undi di tangan rakyat. Kebanyakan rakyat juga adalah kakitangan awam juga. Jika kerajaan sendiri silap membuat keputusan yang boleh membangkitkan kemarahan kakitangan awam. Jangan mengeluh atau melenting jika semua kakitangan awam seluruh Malaysia akan melakukan mogok. Kami bukan kuli! Kami bukan hamba abdi! Kami ada maruah! Kami ada kehidupan masing-masing! Semakin lama, harga barang dan minyak akan naik. Tetapi apa yang kakitangan awam dapat? Kenaikan gaji? Bila kenaikan yang kami dapat? Ini sahaja sudah cukup membuatkan kami terseksa. Apa lagi jika elaun sara hidup kami dimansuhkan? Hidup kakitangan awam bergred rendah makin tersepit. Jika sebelum ini kami makan mee segera sekali-sekala. Kali ini mungkin kami terpaksa menjadikan mee segera makanan asasi kami. Adakah menteri-menteri sekelian mahu lihat kami kakitangan awam mogok? Adakah kamu semua tahu apa akan terjadi jika semua mogok? Ekonomi Malaysia akan jatuh merudum. Pasaran saham terpaksa ditutup. Peristiwa Kemelesetan Ekonomi tahun 1997 bakal berlaku lagi, malah lebih teruk. Malah kes-kes perceraian akan berlaku apabila suami tidak lagi mampu menyara keluarga. Malah lebih teruk akan ada ramai kakitangan awam terjun bangunan dan membunuh diri kerana terseksa dengan kehidupan di dunia. Adakah para menteri sekelian mahukan itu? Para menteri sekelian tentu tidak kisah elaun sara hidup kami dimansuhkan, kerana para menteri sendiri menikmati berbagai jenis elaun. Hinggakan isi minyak pun boleh claim lagi. Kami kakitangan awam cuma mengharapkan pada gaji sahaja untuk menyara kehidupan kami. Kami kakitangan semua menuntut…

JANGAN MANSUHKAN ELAUN SARA HIDUP KAMI!! DAN KAMI JUGA MINTA GAJI KAMI DINAIKKAN!!

Kami kakitangan awam juga ingin mengingatkan kepada kerajaan…

KAMI BUKAN KULI!! KAMI JUGA BUKAN HAMBA ABDI!!

Dan pesanan terakhir…

JANGAN BUAT KAMI HILANG KESABARAN!! INGATLAH KAMI JUGA RAKYAT!! KAMI YANG MENENTUKAN KERAJAAN MANA YANG BERHAK KAMI PILIH!!

Benarkah Nik Azmi dalang disebalik skandal rasuah YB Rodziah?

4 Komen

Nik Nazmi (tengah). Orang kepercayaan Anwar Ibrahim di Pejabat MB Selangor

Dalam masa beberapa hari ini ramai blogger yang berbicara mengenai kes rasuah yang melibatkan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail@Kak Ogy.

Saya sebenarnya tidak berminat untuk turut serta membicarakan perkara tersebut,walaupun pada peringkat awal tempohari saya turut serta membicarakan hal berkenaan. Ini kerana pada masa itu saya tidak mengetahui bahawa YB yang terlibat adalah Kak Ogy. Selepas saya mengetahuinya saya tidak campur tangan lagi.

Ini kerana saya mengenali beliau serta suaminya dan beliau juga mengenali saya sejak 11 tahun yang lalu. Perbezaan idealogi politik tidak semestinya kita mesti bermusuh atau memutuskan silaturahim sesama islam. Politik hanya idealogi,manakala silaturahim kekal berpanjangan. Saya juga tidak tergamak untuk menghentam orang yang saya kenali sekian lama.

Bukan maksud saya untuk mempertahankan beliau,sekiranya beliau bersalah maka beliau harus dihukum. Sekiranya dia tidak bersalah kita juga harus bersyukur kerana seorang muslim telah terselamat daripada hukuman penjara.

Apa yang saya ingin bicarakan disini ialah hasil pertemuan saya dengan beberapa orang ‘hard core’ PKR Shah Alam dan Batu Tiga. Saya berjumpa dengan mereka dan berbincang berbual mesra selama dua hari tanpa henti. Dua hari beb ! Jangan terkejut pulak. Jumpa jam 11.00 malam, 4.Ogos.2009 dan habis jam 3.00 pagi,5.Ogos.2009 . Maknanya dua hari.

 

Mengikut cerita mereka dokumen berkenaan diserahkan oleh seorang Pimpinan PKR Bahagian Kapar kepada Pejabat MB Selangor. Lalu MB melihatnya dan meninggalkan dalam pejabat beliau tanpa mengambil sebarang tindakan. Selepas itu timbul cerita mengenai rombakan exco Selangor yang dibangkitkan oleh Azmin Ali. MB dan semua exco Selangor membantah cadangan tersebut termasuk Kak Ogy .

 

Ini telah menimbulkan kemarahan Azmin Ali dan mentornya Anwar Ibrahim. Seperti yang kita semua tahu cadangan yang dibawa oleh Azmin itu,sudah tentu ianya cadangan Anwar Ibrahim. Azmin tidak akan berani bersuara jika tanpa arahan Anwar. Mereka berdua sudah sinonim sejak berpuluh tahun lalu. Suara Azmin,suara Anwar,cadangan Azmin,cadangan Anwar malah bini Azmin pun ‘bini’ Anwar. Tetapi bini Anwar bukan ‘bini’ Azmin.

Berbalik kepada cerita asal,keesokan harinya pada jumaat 10.julai.2009 Adun Sri Muda Suhaimie Shafie dan S/Usaha Politik MB Selangor,Nik Nazmi membuat kenyataan menyokong cadangan Azmin Ali.

Pada masa itu juga hubungan antara Khalid Ibrahim dengan Anwar dan Azmin telah pun dingin ekoran keengganan Khalid mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak untuk memberi laluan kepada Zaid Ibrahim bertanding disana.

Nik Nazmi adalah Adun Seri Setia yang juga Setpol Khalid Ibrahim. Sebelum PRU 2008 Nik Nazmi berkerja dengan Anwar Ibrahim. Selepas Nik Nazmi menang dalam PRU 2008 beliau berhenti kerja dengan Anwar dan tempat Nik Nazmi di pejabat Anwar telah diambil oleh Saiful Bukhari. Selepas Khalid dilantik sebagai MB,Anwar telah memaksa Khalid mengambil Nik Nazmi sebagai Setpol. Ini kerana Nik Nazmi adalah orang kepercayaan Anwar dan Anwar mesti pasang mata dan telinga beliau dalam pejabat MB Selangor. Supaya segala pergerakan dan perbuatan Khalid dapat dilaporkan terus kepada Anwar tanpa kelong-kelong.

Inilah yang terjadi pada Kak Ogy. Beliau menjadi mangsa kepada mata dan telinga Anwar yang berada di dalam pejabat MB Selangor. Ini semua gara-gara Kak Ogy menyokong Khalid Ibrahim dan membantah cadangan Azmin Ali agar barisan exco Selangor dirombak. ‘Kau nak lawan aku ya,takpe tunggu kau ,aku akan kenakan kau’. Itulah agaknya bisik hati Anwar,Azmin dan Nik Nazmi. Saya juga pasti ramai lagi exco Selangor yang akan menjadi mangsa mereka bertiga selepas ini.

Surat aduan penyelewengan yang kononnya dilakukan oleh Kak Ogy dihantar ke
pejabat MB dan sebagai Setpol Nik Nazmi membacanya lalu beliau lakukan satu salinan untuk disimpan bagi dijadikan senjata dimasa depan sekiranya diperlukan. Nik Nazmi serta orang-orangnya adalah dalang yang terlibat menghantar dokumen berkenaan ke Pejabat Gerak. Nik Nazmi dan orang-orangnya juga yang terlibat mengedarkan dokumen berkenaan kepada beberapa blogger agar disiarkan dalam blog. Sila klikdisini dan disini

 

Disini kita boleh lihat betapa liciknya permainan politik geng-geng ini. Siapa cuba melawan akan ‘disembelih’ oleh mereka sendiri. Selepas itu mereka ini juga berpura – pura menyokong, menghulurkan simpati dan menyalahkan UMNO. Secara logik akal pun rakyat boleh berfikir,mana mungkin orang-orang UMNO dapat menembusi pejabat MB dan keluarkan dokumen yang berkenaan. Jikalau orang UMNO boleh masuk pejabat MB dan selongkar fail,sudah lama saya masuk dan selongkar semua fail. Sudah pasti saya boleh mendapat banyak lagi fail-fail penyelewengan yang dilakukan oleh PKR dan MB sendiri ,termasuk penyelewengan pasir yang dilakukan oleh adik MB sendiri,iaitu Hajiman Ibrahim.

Tetapi inilah sebenarnya realiti politik ala Anwar Ibrahim,Pecah dan Perintah. Apabila beliau menyayangi seseorang,maka beliau akan sayang sungguh-sungguh hati. Tetapi jika seseorang itu mula melawan beliau,maka beliau akan benci habis-habisan dan akan pastikan riwayat politik orang tersebut hancur. Beliau sedaya-upaya memastikan setiap orang-orang beliau mesti bergantung kepada beliau. Tanpa beliau orang tersebut tidak boleh hidup. Beliau juga suka melaga-laga orang sana-sini.
Malah beliau juga suka cipta sesuatu isu,kemudian beliau juga yang akan menyelesaikan isu tersebut. Kemudian beliau akan dilihat sebagai hero. Contoh terbaru ialah,perebutan kerusi Permatang Pasir antara PAS dan PKR.

Sekarang Kak Ogy telah menjadi mangsa pertama di Selangor kerana melawan cakap Anwar dan Azmin. Sekarang juga sudah dua hari Kak Ogy tidak ke pejabat exco. Dikhabarkan beliau kurang sihat kerana tertekan dengan masalah-masalah yang melanda beliau sekarang. Kepada Kak Ogy dan Abang Rosdi harap bersabar dengan dugaan yang melanda ini. Yang benar tetap akan muncul.

 

Dalam PKR kalau hendak berpolitik dan hendak berjaya,mesti pandai JILAT Anwar dan Azmin. Sesiapa yang berani melawan pasti akan hancur.

Petikan dari blog: Ruang Bicara Faisal

Inilah politik cara Anwar Ibrahim, siapa tak dia berkenan dia akan tendang keluar tanpa rasa belas kasihan. Contohnya kes bekas Timb Ketua Menteri Pulau Pinang, yang di dakwa kononnya mempunyai kes rasuah. Dakwaan tersebut dilakukan oleh Angkata Muda Keadilan sendiri. Yang menghairankan mengapa AMK boleh bertindak sedemikian? Pastinya atas arahan big-boss mereka iaitu Anwar. Anwar sudah lama tidak berkenan dengan Fairus ni maka dia akan mencari jalan bagaimana hendak menyingkirkan Fairus. Iaitu mengenakannya dengan skandal rasuah dan memaksa Fairus meletakkan jawatan. Dan jawatan tersbut diberikan kepada orang kepercayaan dan kesayangan Anwar….

Rasuah RM20,000, SPRM tahan ADUN Terengganu

4 Komen

Rasuah RM20,000, SPRM tahan ADUN Terengganu

Dipercayai minta komisyen 10% bagi projek landskap di KL

KUALA TERENGGANU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki menerima rasuah RM20,000 melibatkan sebuah projek bernilai RM1.5 juta di ibu negara.

ADUN Barisan Nasional (BN) berkenaan ditahan bersama rakannya di Terengganu.

Dia dipercayai menerima wang suapan terbabit – dalam bentuk komisyen 10 peratus bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek landskap di Kuala Lumpur.

Laporan The Star menyebut, ADUN tersebut dikatakan telah menuntut bayaran secara ansuran bagi satu tempoh selama 24 bulan dari pemaju projek terbabit.

Dia setakat ini telah menerima RM20,000.

Laporan Bernama pula menyebut, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada ADUN berkenaan.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

Sumber: http://mstar.com.my

Kepada Datuk Seri Najib, inilah masanya BN membersihkan parti ini dari anasir yang tidak sihat seperti ini. Selagi perosak dalaman parti ini tidak disingkirkan, bermakna penyakit ini akan berterusan merebak…

Kami tidak mahu PERASUAH terus berada di dalam UMNO. Bersihkan UMNO dari orang-orang seperti ini. Termasuklah PENGAMAL POLITIK WANG juga harus disingkirkan…

Apapun ini membuktikan SPRM tak memilih bulu seperti didakwa pemimpin pembangkang. Jika kena batang hidung sendiri ajer, terus kata pilih bulu. SPRM tak memilih bulu… Yang bersalah tetap akan kena tidak kira apa sekalipun. Tak kiralah ianya ADUN atau MP pembangkang atau BN…

Kepada SPRM, keep up the good work. Perangi habis-habisan penyeleweng dan perasuah…

Older Entries