Melaka Buat Haram!! Kelantan Buat Halal!!

Tinggalkan komen

Bina Badan VS Badan Cantik : Haram VS Halal

Bila Kerajaan Negeri Melaka menganjurkan pertandingan bina badan. Dewan Pemuda PAS Melaka meroyan marahkan Datuk Ali Rustam apabila Melaka menganjurkan Mr. Muscle Beach 2011.

Wah!! Bukan main hangat Dewan Pemuda PAS Melaka mengeluarkan segala jenis fatwa dan hadis… Meluncur laju ajer…

“Bila mana agama melarang sesuatu, sebagai contoh membuka aurat sudah pasti ia ada keburukannya kerana sifat malu yang seharusnya menjadi pendiding untuk tidak melakukan maksiat telah di buang. Seperti mana keruntuhan akhlak dan moral remaja yang berlaku hari ini kerana hilangnya sifat malu dan tidak takut pada dosa.”

Ha ha ha ha… Jadi bagaimana dengan ini? Mengapa Dewan Pemuda PAS Melaka senyap??

Gambar di atas ni merupakan Kejohanan Badan Cantik yang diadakan di Kelantan… Mengapa Dewan Pemuda PAS tak bising?? Oh lupa… Sememangnya PAS akan menghalalkan segala apa yang dilakukan oleh mereka ataupun sahabat-sahabat mereka… Sebagai contoh… Parti Buih di Hard Rock Hotel Pulau Pinang

PAS akan membuat tuli dan membutakan mata… Jika ia berlaku di negeri-negeri di bawah Barisan Nasional. Cepat sahaja PAS meroyan… Blogger-blogger anjing PAS akan mengeluarkan bermacam-macam fatwa dan hadis yang dicedok dari Internet, demi mengutuk penganjuran oleh Kerajan BN, tapi bila PAS atau DAP atau PKR yang buat… Sepi… Seolah-olah ianya tidak menjadi satu isu…

Sebagai contoh kecoh dulu mengenai Tiger Show di Hotel Marriot Putrajaya, juak-juak PAS berserta pemimpin PAS kecoh sekampung, apabila mengetahui bahawa hotel tersebut berada di dalam negeri Selangor, terus senyap. Inilah dia dinamakan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA…

Bukan eXception nak sokong penganjuran pertandingan bina badan yang dianjurkan oleh Kerajaan Melaka, sekurang-kurangnya PAS jangan bersikap double standard dan memilih bulu… Tindakan PAS yang mendiamkan diri jika berlaku kemaksiatan di negeri sendiri dan negeri PR lain jelas menunjukkan perjuangan PAS sudah semakin terpesong lebih-lebih lagi penguasaan geng-geng Erdogan di dalam PAS.

Kini slogan PAS bakal bertukar menjadi…

Wal Halalku… Wal Harammu… (Halal Bagiku… Haram Bagimu…)

Artikel Berkaitan

Acara Mr.Muscle Beach di Melaka mencemar agama dan budaya.

Kejohanan Badan Cantik Di Kelantan – Boleh Pula Dedah Aurat Ya Pak Nik?

Kelantan Anjur Aktiviti Separuh Bogel!!!

Advertisements

Tiger Show Di Negeri Khalifah Umar Lim Guan Eng

Tinggalkan komen

Dr Lo’ Lo’ Dan Hassan Tantawi Buat-Buat Tak Nampak Tiger Show Di Pulau Pinang?

Salam sejahtera kepada semua pengunjung… Anda nak tengok ‘tiger show’? Nak tau kat mana? Marriot Putrajaya?? Oh tidak… Ada satu lagi tempat di negeri pemerintahan Khalifah Umar Lim Guan Eng… Pemimpin yang disanjung kononnya lebih Islamik dari pemimpin UMNO… Pemimpin yang mana solat 5 waktunya tak pernah tinggal… Ha ha ha ha aku tipu je… LGE tu kafir, mana reti sembahyang… Suruh dia mengucap dua kalimah syahadah pun tergagap-gagap macam Khalid Gagap…

Dr Lo’ Lo’ dan Hassan Tantawi hanya nampak tiger show di Marriot sahajakah? Di Pulau Pinang kenapa tak nampak? Atau buat-buat tak nampak? Takpelah kalau buat-buat tak nampak, kita kasi nampak jer… Sila tonton video di bawah ini… Oh ya… Amaran… Untuk 18 tahun ke atas sahaja ya…

PENANG MOIS BISTRO LADY’S NITE SEXY DANCE

Ladies Night Sexy Dance at Mois Club Penang

Jadi apa kata pemimpin-pemimpin PAS sekelian? Adakah anda semua mahu memutar belit mengatakan video ini dirakam di negeri lain? Ataupun kelab malam ini dibuka sejak zaman pentadbiran BN lagi? BN jugak nak disalahkan? Kenapa tak tutup sahaja kelab-kelab malam sebegini? Ini dah mencemarkan nama baik Khalifah Umar Lim Guan Eng, yang suci longkang tersumbat…

Aku yakin pemimpin PAS seperti Dr Lo’ Lo’ yang BOLO dan Hassan Tantawi akan berdolak-dalik dalam hal ini. Sudahlah isu tiger show yang dikatakan di Putrajaya tetapi terkantoi… Rupa-rupanya Marriot tu terletak dalam Selangor, cuma kedudukannya sahaja hampir dengan Putrajaya… Inilah jadinya apabila rakyat memilih pemimpin BODOH… Zaman teknologi serba canggih ni, memang mudah menabur fitnah… Tetapi akhirnya terkantoi jua oleh teknologi… Terima kasih kepada Google Map kerana menunjukkan kebenaran… Jelas dalam Google Map, Hotel Marriot tu terletak dalam Selangor, bukan Wilayah Persekutuan Putrajaya…

Mempercayai pemimpin yang BODOH… Rakyat juga akan turut jadi BODOH dengan tindakan BODOH pemimpin yang BODOH ini…

Hari tu bertazkirah dalam masjid…
Hari ni bersenam robik dalam kawasan masjid…
Esok-lusa lak ber-tiger show di kawasan masjid…
Harap-harap takde lah sampai panggang babi di kawasan masjid dan menjamu jemaah makan babi panggang….
Semuanya jadi HALAL oleh PAS demi kuasa politik…

Isu Sebelum Ini: Dr Lo Lo Yang BOLO!! Marriot Hotel Dalam Putrajaya Ke?

Dr Lo Lo Yang BOLO!! Marriot Hotel Dalam Putrajaya Ke?

Tinggalkan komen

Marriot Hotel Terletak Dalam Negeri Selangor. Bukan Putrajaya

Isu tiger show atau tarian bogel hangat diperkatakan. Malah ada kalangan politikus murahan tanpa merujuk peta, terus menuduh Kerajaan Barisan Nasional membenarkan pertunjukan tersebut diadakan dengan hanya berpandukan kedudukan Hotel Marriot ini berhampiran dengan Putrajaya.

Cuba korang bukak Google Maps, dan cari kedudukan Marriot Hotel Putrajaya… Hanya kerana nama hotel tersebut yang hujungnya Putrajaya… Politikus murahan ini berteriak dan memekik… terlolong-lolong macam orang kena sampuk dek polong tanpa menyelidik dahulu… Kesian…

Malah Dr Lo Lo antara kalangan politikus murahan yang BODOH… Kerana tak menyelidik kedudukan Hotel Marriot yang terletak dalam negeri Selangor. Jika hanya kerana Hotel Marriot meletakkan nama Putrajaya di dalam nama hotelnya nak dijadikan isu, mengapa Kuala Lumpur International Airport yang terletak di Sepang, Selangor tak pulak jadi isu. Sedangkan jarak Sepang dengan Kuala Lumpur adalah jauh…

Dr Lo Lo di dalam blognya cuba bertindak sebagai pembela Agama Islam yang menentang maksiat… Tetapi pada masa yang sama bersikap membisu dalam isu zina pemimpin PAS termasuklah Din Puduraya… Nampak sangat perjuangan membela Islam pada PAS hanya bersikap double standard yang mana… Ahli PAS yang terjebak dengan maksiat dilindungi, manakala ahli UMNO yang terjebak dengan maksiat diheboh-hebohkan… Macam ni ke sikap orang yang nak membela Agama Islam?

Aku rasa isu Tiger Show ini perlu mendapat penjelasan daripada JAIS dan MAIS… Bukan JAKIM atau JAWI… Kepada mereka yang terpengaruh dengan cerita bohong ini, diharap sebelum percaya satu-satu berita yang disampaikan selidik terlebih dahulu… Adakalanya yang sampai kepada kita ialah fitnah…

Kepada Dr Lo Lo, dan pemimpin PAS lain, jika korang semua ikhlas nak perjuangkan Agama Islam dan membenteras maksiat… Benteras dahulu bermula dari dalam parti… Singkirkan dan buang ahli dan pemimpin yang terlibat dengan maksiat… Bukan melindungi mereka… Jika anda berbuat demikian… Perjuangan anda hanyalah gimik politik semata-mata…