Aku ni kadang-kadang meluat bila mendengar pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang bising kerana nasib orang asli seolah-olah dipinggirkan oleh Kerajaan Persekutuan. Kononnya mereka ni prihatin sangat la dengan orang asli. Padahal Kerajaan dah bagi macam-macam bantuan kepada orang asli.

Aku terbaca satu artikel berkaitan pembalakan di Lojing. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Desa Negeri, Dr. Nik Mazian Nik Mohamad, punca kenapa kawasan pertanian di Lojing diberikan kepada orang luar adalah kerana orang asli malas bekerja. Di ulangi, malas bekerja.

Begitu lunak sekali suara Pakatan Rakyat membela orang asli, tetapi pada hakikatnya mereka tidak langsung peduli. Tengok, begitu mudah sahaja Dr. Nik Mazian Nik Mohamad menyatakan bahawa orang asli malas bekerja, semata-mata kerana mahu memberi kepada orang luar mengerjakan kawasan pertanian.

Artikel tersebut anda boleh baca di sini

Advertisements