#Bajet2013 – Kerajaan BN Zalim!! Bagi Bonus Tiga Kali Kat Kakitangan Awam!?

Tinggalkan komen

Bajet 2013 – Kerajaan BN Zalim!! Bagi Bonus Tiga Kali Kat Kakitangan Awam!?

Satu lagi KEZALIMAN TERBESAR Kerajaan Barisan Nasional terpaksa eXception dedahkan. Sebagai kakitangan awam, eXception cukup marah dengan penganiayaan yang dilakukan terhadap kakitangan awam. Mana tak marah… Dapat bonus setengah bulan gaji sebanyak tiga kali pulak tu… Siapa tak hangin!! Ini dah membebankan kakitangan awam!!

Kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan memberikan bonus setengah bulan gaji sebanyak tiga kali, iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan Disember depan dan bulan Januari tahun depan, ini sudah cukup menaikkan darah kakitangan awam.

Apakah ini balasan Kerajaan Barisan Nasional kepada segelintir kakitangan awam yang selama ini langsung TAK PERNAH MENYOKONG BN?? Bagi eXception balasan sebegini cukup zalim… Lagi zalim dari Firaun…

Apa yang pasti… Sebagai menunjukkan protes dan kemarahan eXception terhadap KEZALIMAN ini… eXception bersumpah… Pada PRU 13 nanti… eXception tidak sekali-kali akan memangkah… Logo BULAN… Logo MATA SATU… Logo ROKET… Ataupun logo-logo lain… Selain logo DACING…

eXception hanya akan memangkah LOGO DACING PUTIH BERLATAR BELAKANG WARNA BIRU… Jika kezaliman ini yang Kerajaan Barisan Nasional lakukan terhadap kakitangan kerajaan… Nanti sahajalah PRU 13 nanti… eXception akan menunjukkan kuasa sebagai pengundi…

eXception akan mempengaruhi keluarga dan saudara mara untuk tidak memangkah mana-mana logo selain logo DACING sahaja pada PRU 13 nanti… Kita tunggu!! PRU 13 kita akan pastikan parti selain yang ada logo DACING PUTIH BERLATAR BELAKANG WARNA BIRU… TUMBANG!!!

Ingat ya!! Kita pastikan TIDAK akan memangkah parti SELAIN dari parti yang mempunyai logo di bawah ini…

Advertisements

Benarkah Kakitangan Kerajaan Dipaksa Sertai Himpunan Merdeka??

Tinggalkan komen

Benarkah Kakitangan Kerajaan Dipaksa Sertai Himpunan Merdeka??

eXception tak pasti samaada benar atau tidak perkara ini…

Benarkah kakitangan kerajaan dipaksa dan dikerah untuk menyertai himpunan merdeka di Bukit Jalil??

Selama 5 tahun lebih eXception bertugas di jabatan kerajaan, tak pernah lagi menerima arahan kerahan secara paksa ke mana-mana majlis anjuran kerajaan…

Memang eXception ada menerima emel pekeliling daripada Ketua Jabatan untuk secara sukarela memberikan nama tetapi disebabkan eXception mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang lain, jadi eXception terpaksa menolaknya…

Memang di dalam emel tersebut menyatakan kehadiran akan direkodkan…

Ada sebab mengapa kehadiran perlu direkodkan…

1) Aktiviti persiapan akan dilakukan pada waktu kerja, ini bagi memastikan mereka yang secara sukarela memberikan nama hadir bagi mengelakkan peserta ponteng.

2) Untuk memudahkan peserta membuat tuntutan perjalanan apabila kehadiran direkodkan.

3) Untuk memudahkan jabatan mencetak sijil penyertaan untuk peserta.

Tidak timbul isu kerahan… Jika isu ini timbul. Mungkin berpunca dari kakitangan awam itu sendiri… Patut salahkan diri sendiri yang secara sukarela memberikan namanya…

Jika tak sanggup jangan bagi nama… Jangan ingat ianya peluang untuk ponteng kerja…

Duit Raya Untuk Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan

Tinggalkan komen

Datuk Seri Najib Umum Pemberian Bonus Raya Kepada Kakitangan Awam Serta Insentif Untuk Pesara Kerajaan

KUALA LUMPUR 25 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. – BERNAMA


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT… Terima kasih Datuk Seri Najib atas pemberian bonus raya untuk kami semua kakitangan awam… Malah pemberian insentif raya kepada pesara kerajaan juga amat dialu-alukan…

Inilah sebenar-benarnya kerajaan berkebajikan yang menepati janjinya… Tidak seperti kerajaan PR yang hanya pandai menabur janji tapi banyak yang tidak ditepati… Semoga Allah memberikan berkali-ganda rahmat kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib dan keluarga…

Tips Hangat!!: Bagaimana Hendak Dapatkan Pengecualian Tol?

Tinggalkan komen

Cuepacs Cadangkan Agar Semua Kenderaan Kerajaan Dapat Pengecualian Tol

Kecualikan tol kepada semua kenderaan kerajaan – CUEPACS

KOTA BHARU 12 Feb. — Selepas membuat saranan agar kenderaan bomba dan penyelamat dikecualikan daripada tol, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPCAS) kini turut mencadangkan skop pengecualian bayaran tol dibuat ke atas semua kenderaan rasmi kerajaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata langkah itu bagi meringankan beban pemandu yang terpaksa membayar sendiri tol ketika menjalankan tugas.

“Bagaimanapun perlu dipastikan kenderaan yang akan dikecualikan tol mempunyai logo rasmi jabatan,” katanya di sini hari ini.

Omar berkata, Cuepacs sebelum ini hanya meminta kerajaan mengecualikan tol bagi kenderaan bomba dan penyelamat serta ambulans. — BERNAMA


Di sini eXception nak beri tips kat korang untuk turut dapat pengecualian tol seperti yang Cuepacs minta…

Cara pertama, dapatkan pelekat jabatan kerajaan… Lagi bagus saiz besar untuk dilekatkan pada pintu kereta…

Contoh logo…

Contoh pemasangan…

Lepas menepati syarat yang seperti mana diminta oleh Cuepacs (lihat ayat yang digariskan), maka korang bolehlah guna mana-mana lebuhraya selepas ini (apabila permintaan Cuepacs dipersetujui) tanpa perlu khuatir pasal kos tol, sebab korang boleh masuk lebuhraya secara PERCUMA!!!

Kepada Cuepacs… Sebelum nak beri cadangan yang bukan-bukan… Sila kaji dulu… Sebab ramai kalangan kakitangan kerajaan suka menyalah gunakan kenderaan jabatan untuk kegunaan peribadi… Ini ialah HAKIKAT…

Jika sebelum ini pengecualian tol percuma HANYA diberi kepada kenderaan jabatan kerajaan yang melakukan tugas rasmi seperti rondaan, menyelamat termasuklah kenderaan Bomba, JPJ, Polis, ambulans, SPAD, Jabatan Penjara (sila rujuk artikel di bawah…)


PLUS perjelas isu tol

KUALA LUMPUR 11 Feb. – PLUS Expressways Bhd., pengendali Lebuh Raya Utara Selatan hari ini menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengenakan bayaran tol kepada kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menjalankan tugas-tugas memadam kebakaran atau kecemasan.

Pengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abd. Hamid (gambar) berkata, pengecualian tersebut turut diberikan kepada ambulans, kenderaan menyelamat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis, tentera serta Jabatan Penjara.

“Pengecualian ini adalah berdasarkan peruntukan Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984, Perintah Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pungutan Tol) (Jadual Keempat Belas (Perenggan 4) yang memperuntukkan bayaran tol tidak dikenakan ke atas semua kenderaan kerajaan.

“Justeru, semua kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menjalankan tugas kecemasan diberi pengecualian tol, termasuk kenderaan Jabatan Bomba yang menjalankan latihan operasi menyelamat serta operasi rondaan semasa musim perayaan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai ketetapan yang diputuskan oleh Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk menggunakan lebuh raya Persekutuan sahaja jika kenderaan rasmi masih dikenakan bayaran.

Menurut Noorizah, caj tol hanya dikenakan ke atas kenderaan Jabatan Bomba yang tidak menjalankan kerja-kerja kecemasan atau menyelamat.

“Kenderaan Jabatan Bomba yang membawa kakitangan atau pegawai bagi menghadiri tugas rasmi seperti mesyuarat, seminar dan kursus serta van yang membawa barangan pejabat masih dikenakan caj tol.

“Selain itu, lori jabatan tersebut yang membawa barangan atau peralatan yang tidak melibatkan peralatan menyelamat dan kecemasan juga turut dikenakan bayaran,” katanya.

Oleh itu jelasnya, arahan telah diberikan kepada kakitangan plaza tol untuk membuka laluan di lorong SmartTAG dan Touch n’ Go kepada kenderaan yang melakukan tugas-tugas kecemasan sekiranya berlaku kesesakan di lorong tunai.

Katanya, PLUS sentiasa memberi kerjasama kepada kenderaan-kenderaan kecemasan untuk membolehkan mereka memberikan bantuan kepada orang ramai secepat mungkin.

Sumber:

PLUS perjelas isu tol

Kecualikan tol kepada semua kenderaan kerajaan – CUEPACS