Kerajaan Berkebajikan Atau Kerajaan Berkebanjingan??

Tinggalkan komen

Kerajaan Berkebajikan Atau Kerajaan Berkebanjingan??

Untuk melihat poster di atas dengan lebih jelas, sila klik imej di atas untuk memaparkan poster yang lebih besar…

Poster ini bertujuan untuk menjawa retorik poster Kerajaan Berkebajikan yang PAS tawarkan…

Hakikatnya… Apa yang PAS tawarkan… Hanyalah satu benda yang PAS langsung TAK PERNAH BUAT!!

Percaya atau tidak…

Jika PAS menawarkan Kerajaan Beramanah Adil dan Bersih, PAS sepatutnya menjawab isu ke mana hilangnya duit KOHILAL dan Tabung Memali. Adakah ini contoh AMANAH?? Adakah ini contoh BERSIH?? Mengapa PAS menyingkirkan Datuk Hassan Ali semata-mata kerana beliau mengetuai pemeriksaan terhadap program yang dianjurkan oleh gereja. ADILKAH PAS??

Jika PAS menawarkan Masyarakat Penyayang Aman dan Bersatu, PAS sepatutnya merenung balik insiden semasa Demonstrasi Bershit 3.0 yang mana ahli PAS membelasah anggota Polis. Penyayangkah ini? PAS sendiri menolak penyatuan semula PAS dan UMNO… Walaupun idea tersebut datangnya dari pemimpin PAS sendiri dan disambut baik oleh pemimpin UMNO.

Jika PAS menawarkan Ekonomi Yang Mampan Adil dan Saksama, PAS sepatutnya menyokong program KR1M, program TUKAR yang dilaksanakan kerajaan. PAS sepatutnya menyokong perniagaan milik orang Islam bukan mengambil kesempatan menjahanamkan perniagaan mereka semata-mata mahu membodek kaum cina. Malah PAS juga membantah penyenaraian Felda ke Bursa Saham akibat telunjuk DAP yang tidak mahu melayu lebih kaya dari mereka.

Jika PAS menawarkan Perkhidmatan Kesihatan Cekap dan Berkualiti, PAS sepatutnya sudah membina sebuah hospital tanpa bantuan kerajaan di Kelantan. Yang menghairankan, mengapa Bob Lokman sakit dihantar ke hospital kerajaan? Mana hospital PAS?

Jika PAS menawarkan Kebajikan Langsung Menyeluruh dan Mesra Rakyat, PAS sepatutnya sudah berkaya menghapuskan kadar kemiskinan di Kelantan. Tetapi tahap kemiskinan di Kelantan masih di tahap yang sama, tidak ada peningkatan. Yang meningkat cuma harta milik pemimpin PAS.

Jika PAS menawarkan Belia, Pekerja Yang Produktif Berdaya Saing dan Terbela, PAS sepatutnya berjaya menghapuskan penagihan dadah di Kelantan. PAS juga sepatutnya berjaya mengurangkan kadar penghidap HIV di Kelantan. PAS sepatutnya membela keluarga-keluarga miskin di Kelantan dan memberi bantuan persekolahan kepada remaja yang tidak berkemampuan.

Jika PAS menawarkan Kemudahan Prasarana Berkualiti Cekap dan Bertaraf Dunia, PAS sepatutnya sudah lama menaik taraf Stesen Bas Kota Bharu setaraf KL Sentral ataupun setaraf Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan. PAS sepatutnya mampu menaik taraf Lapangan Terbang Pengkalan Chepa setaraf KLIA. Tapi yang menaik taraf lapangan terbang tersebut adalah kerajaan persekutuan.

Jika PAS menawarkan Alam Sekitar Segar Terpelihara dan Harmoni, PAS sepatutnya mengurangkan aktiviti pembalakan di Kelantan dan Kedah. Akan tetapi pembalakan di Kelantan dan Kedah semakin lama semakin tidak terkawal. Malah ada bencana alam yang berlaku seperti tanah runtuh, banjir lumpur disebabkan kerakusan PAS melakukan pembalakan.

Jika PAS menawarkan Keluarga Bahagia, Harmoni dan Bermoral, PAS sepatutnya meneropong kalangan pemimpin PAS sendiri yang terdiri dari kalangan mereka yang tidak bermoral kerana terlibat dengan zina. Malah PAS juga menyokong Anwar Ibrahim yang juga terlibat dalam salah laku moral iaitu kes liwat dan skandal dengan China Doll. Malah keluarga Anwar juga berantakan apabila skandal lamanya dengan isteri Azmin Ali semakin hangat diperkatakan.

Jika PAS menawarkan Pendidikan Berkualiti dan Berdaya Saing, PAS sepatutnya menyokong pembinaan SAR di Perak. Tetapi PAS membantahnya pula. Malah SAR kendalian PAS mempunyai banyak masalah dan ada yang ditutup.

PAS tidak perlu menabur seribu satu janji jika apa yang ada dalam Kerajaan Negeri sendiri PAS tak mampu nak laksanakan… Jika PAS memberi alasan faktor kewangan menjadi punca, PAS sepatutnya renung kembali berapa banyakkah bantuan Kerajaan Persekutuan salurkan. Berapa banyakkah hutang lapuk Kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan, malah Kerajaan Persekutuan sedikit pun tidak mengungkit perihal hutang tersebut. Kini PAS sibuk meminta-minta royalti minyak dari Kerajaan Persekutuan sedangkan hutang pun tak mahu bayar. Apa kes?

Nota: Di mana hukum hudud?? Kenapa tidak ada dalam agenda PAS ni?? Mana tawaran untuk Agama Islam?? Kenapa ianya hilang?? Mampukah PAS mempertahankan Islam sebagai Agama rasmi Malaysia?? Atau sanggup menggugurkannya demi DAP??

Advertisements

Sekiranya PAS Mentadbir Malaysia…

Tinggalkan komen

Sekiranya PAS Mentadbir Malaysia…

SEKIRANYA… PAS MENTADBIR MALAYSIA…

RAKYAT AKAN SENANG LENANG…

SEBAB YANG MENTADBIR KERAJAAN BERKEBAJIKAN…

RAKYAT NAK APA… PAS BOLEH BAGI…

RAKYAT NAK HIGHWAY??

PAS BOLEH BAGI… TAPI DENGAN SYARAT… TABUNG NI KENA KASI PENUH DULU…

RAKYAT NAK SEKOLAH??

PAS BOLEH BAGI… TAPI DENGAN SYARAT… TABUNG NI KENA KASI PENUH DULU…

RAKYAT NAK PENDIDIKAN PERCUMA??

PAS BOLEH BAGI… TAPI DENGAN SYARAT… TABUNG NI KENA KASI PENUH DULU…

RAKYAT NAK BROADBAND YANG MENYELURUH, LAJU DAN MURAH??

PAS BOLEH BAGI… TAPI DENGAN SYARAT… TABUNG NI KENA KASI PENUH DULU…

RAKYAT NAK AIR YANG BERSIH?? TAK NAK ADA KARAT?? TAK NAK ADA KELADAK??

PAS BOLEH BAGI… TAPI DENGAN SYARAT… TABUNG NI KENA KASI PENUH DULU…

RAKYAT NAK PENGANGKUTAN AWAM YANG EFISIEN DAN MURAH??

PAS BOLEH BAGI… TAPI DENGAN SYARAT… TABUNG NI KENA KASI PENUH DULU…

RAKYAT NAK APA SAHAJA… PAS BOLEH BAGI… JANJI…

SEMUA TABUNG NI KENA KASI PENUH DULU…



INILAH NEGARA BERKEBAJIKAN YANG PAS SERING WAR-WARKAN…

BERKEBAJIKANKAH??

ATAU

BERKEBANJINGANKAH??

FIKIR-FIKIRKANLAH…

MENABUR JANJI MEMANG MUDAH…

MENUNAIKAN JANJI YANG SUSAH…

MENUNTUT JANJI YANG JADI MENYAMPAH…

TAKKAN SETIAP PEMBANGUNAN RAKYAT YANG KENA BAGI DUIT??

MANA PERGI WANG PEMBAYAR CUKAI NEGARA??

Inikah hasil Kerajaan Berkebajikan Pakatan Rakyat?

9 Komen

Di Kota Damansara, diberitakan oleh
laman


Bersama Mazidul

bahawa pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengeluarkan notis mengarahkan
penduduk yang terdiri dari warga emas dan ibu tunggal mengosongkan rumah
mereka kerana dikatakan gagal melunaskan tunggakan sewaan rumah.

 

Menurut laman tersebut yang
dikendalikan oleh kakitangan TV3, pengadu yang terdiri daripada ibu tunggal
mengubungi wartawan tersebut untuk meluahkan perasaan mereka yang kecewa
dengan notis pengusiran tersebut.

 

“Masa sewa rumah RM124, memang tak
ada tunggakan. Sejak Parti Keadilan Rakyat memerintah, sewa rumah naik
RM126, sekarang dah jadi RM250. Kenaikan itu lebih 100% berbanding
sebelumnya (RM124). Kebanyakan ibu tunggal di sini tak ada kerja, uzur dan
ramai anak, mana nak mampu bayar,” ujar Siti Aishah Mohd Yusof Siti Aishah,
42 tahun, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Seksyen 8, Kota Damansara,
Petaling Jaya, seperti dipetik dari laman tersebut.

 

Manakala seorang ibu tunggal,
Khatijah Hassan, 74 tahun menyatakan kepada wartawan Tv3 seperti ditulis
dalam laman tersebut:

 

“Dulu masa sewa rumah RM124, kita
tak biasa hutang tetapi sekarang naik RM250 sebulan, kita memang tak mampu,”
kata wanita tua tersebut yang tinggal bersama cucu yang kurang upaya.

 

Jika ini adalah contoh senario yang
berlaku di negeri Selangor apalah erti Negeri Maju dan berkebajikan yang
menjadi slogan dan diwarwarkan oleh Pakatan Rakyat. Rakyat mengeluh kesah
kini selepas terpedaya dengan janji manis sewaktu plihanraya umum 2008 lalu.
Namun kini "Nasi sudah menjadi bubur" mungkin kalau mereka merasa menyesal
dengan situasi terkini di Selangor mereka terpaksa menunggu 2 tahun lagi
untuk menukarkan kembali kerajaan yang ada.

 

Mungkin pihak Pakatan Rakyat akan
meyalahkan pihak PBT, namun masyarakat lupa polisi tersebut digubal oleh
kerajaan yang memerintah sekarang. Seharusnya Exco yang menjaga PBT
dipersalahkan iaitu Roniu Liu dan Menteri Besar Selangor sendiri. Exco
tersebut kini dilihat hanya menjaga kepentingan periuk nasi kongsi gelap
sahaja berbanding menjaga kebajikan rakyat marhaen.

 

Mana pemimpin DAP, PKR dan PAS
kenapa mereka begitu beria-ia membela kematian Teoh Beng Hock dan membiarkan
penderitaan para ibu tunggal di Kota Damansara. Adakah ini yang diinginkan
pemimpin pakatan rakyat?

 

Mana ahli Parlimen Subang R.
Sivarasa yang begitu ghairah membela Anwar Ibrahim hingga terlupa membela
penduduk di Kota Damansara. Dan dimana Dr. Nasir Hashim yang ghairah
memperjuangkan hak rakyat namun rakyat dibawah naungan sendiri gagal dibela.

 

Itulah nasib Melayu dinegeri
Selangor hanya menjadi alat sahaja kepada pihak lain untuk mencapai kuasa,
selepas mendapat kuasa dibiarkan terkapai-kapai seolah seperti anak penyu
yang baru menetas bersendirian ditepi pantai, kalau sempat turun ke lautan
penyu tersebut akan terus hidup kalau lambat akan mati ditepian pantai
menjadi bangkai kepada haiwan pemangsa lain.

 

Dikala ini semua pihak ingin
membela kaum bukan Melayu sahaja, PAS yang dilihat sebagai parti orang
Melayu pun gagal memainkan peranan membela nasib orang Melayu dengan
berkesan. Adakah ini bermakna kerana mereka hanya nenjadi alat sahaja untuk
mendapat kuasa pihak lain seperti yang dinyatakan oleh MSO dalam

blognya
. Selepas mendapat kuasa dibiarkan PAS tanpa mendapat habuan.

 

Ya, benar PAS kini bebas mengadakan
pelbagai forum disana sini, namun adakah itu sahaja yang PAS mampu lakukan
dinegeri Selangor. Dimana janji-janji untuk menjadikan negeri Selangor
sebagai sebuah kerajaan yang mendapat berkat dari pencipta ilahi. Sedangkan
kemungkaran yang berlaku kini di Selangor lebih teruk berbanding kerajaan
sebelum ini.

 

Tambahan premis pusat hiburan dan
rumah urut yang mendadak itukah yang diinginkan PAS Selangor. Atau sanggup
duit zakat umat Islam Selangor yang beratus juta diusik dan dirompak oleh
Menteri Besar semata-mata tabungan kewangan negeri merosot. Bukankah negeri
kelantan yang ditadbir PAS dan dianggap miskin pun tidak pernah mengusik
duit zakat.

 

Seharusnya PAS musahasabah diri
dengan tindak tanduk rakan mereka dalam kerajaan negeri Selangor sekarang.
Sanggupkah PAS dipersoal diakhirat kelak kerana bersubahat mengabaikan
amanah rakyat yang diberikan kepada mereka. Dahulu perkara ini yang selalu
dipersoal pemimpin PAS kepada pemimpin UMNO, namun adakah kini mereka
sendiri telah menerima ujian tersebut?

Petikan dari blog: Tom Yam Pok Tek

Tahniah kepada Pakatan Rosak, inilah hasil Negara Berkebajikan yang anda war-warkan sebelum ini… Sebenarnya Negara Berkebajikan yang mereka war-warkan hanyalah kebajikan untuk tembolok pemimpin PR sendiri, di mana mereka sewenang-wenangnya menyeleweng, merompak, menyamun serta mencuri wang kerajaan dengan cara sedikit terhormat.