Dr Asri Tak Pernah Bukak Buku Sejarah??

Tinggalkan komen

Dr Asri Tak Pernah Bukak Buku Sejarah??

“Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Mnzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat,”

eXception berasa kasihan dengan Dr Asri, kerana mungkin semasa waktu sekolahnya dulu, beliau telah FAILED mata pelajaran sejarah… Sebab itu beliau mencela Sultan Melaka tanpa merujuk sejarah terlebih dahulu… Tak mengapalah Dr Asri, nanti cukup duit Dr Asri pergi la cari buku Hikayat Hang Tuah… Baca sampai habis ya??

Kenyataan Dr Asri di dalam twitternya itu amat melucukan sekali… Ibarat pemikiran seorang murid sekolah rendah… Jika yang mengeluarkan kenyataan murid sekolah rendah, boleh lah dimaafkan… Tetapi yang mengeluarkan kenyataan sebegini ialah bekas Mufti…

Mungkin Dr Asri tidak tahu, Sultan Melaka telah termakan hasutan kalangan pembesar yang memfitnah Hang Tuah kononnya Hang Tuah telah bermukah dengan seorang dayang… Pembesar yang iri hati dengan hubungan rapat antara Sultan dan Hang Tuah lima bersaudara… Maka mereka merancang untuk menyingkirkan Hang Tuah dari Istana dengan melakukan fitnah…

Pada mulanya Sultan Melaka enggan percaya… Tetapi setelah dipengaruhi oleh pembesar Istana yang berniat serong bercampur dengan amarah, akhirnya Sultan Melaka termakan fitnah yang dilemparkan oleh Hang Tuah. Di zaman itu mana ada CSI wujud… Apa lagi alat poligraf… Malah CCTV pun belum wujud sebagai bahan bukti… Maka Hang Tuah dijatuhkan hukuman bunuh… Datuk Bendahara kemudian menyembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka dengan harapan selepas amarah Sultan Melaka reda, baginda akan mengampunkan Hang Tuah…

Hang Jebat yang sudah dilantik sebagai Laksamana menggantikan Hang Tuah, berdendam dengan tindakan Sultan Melaka menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa terhadap Hang Tuah telah bertindak menderhaka terhadap Sultan Melaka… Hang Jebat berjaya menawan Istana Melaka serta merampas keris taming sari manakala Sultan Melaka telah melarikan diri… Tindakan Hang Jebat adalah didorong oleh perasaan amarah dan dendam… Malah Hang Jebat juga telah membunuh ramai pegawai dalam istana dan rakyat negeri Melaka.

Sultan Melaka mengeluh, baginda menyatakan kekesalan membunuh Hang Tuah. Apabila melihat keadaan Sultan sedemikian, akhirnya Datuk Bendahara mendedahkan bahawa Hang Tuah masih hidup dan sedang bersembunyi di Hulu Melaka… Menjunjung titah Sultan, maka Hang Tuah mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Hang Jebat… Pertarungan antara dua pendekar ini tidak dapat dielakkan lagi, dan Hang Jebat bertambah marah apabila mengetahui Hang Tuah tetap setia pada Sultan walaupun Sultan menghukum Hang Tuah tanpa usul periksa… Dalam pertarungan ini Hang Tuah akhirnya berjaya membunuh Hang Jebat.

Tindakan Hang Tuah membunuh Hang Jebat adalah atas dasar kesetiaan tanpa belah bahagia terhadap Sultan dan kedua disebab Hang Jebat telah melakukan kerosakan dan membunuh pegawai Istana dan rakyat jelata.

Barangkali Dr Asri juga terlupa bagaimana Islam boleh tersebar di Tanah Melayu jika tidak kerana Sultan Melaka juga… Jika tidak kerana Sultan Melaka, maka Islam tidak berkembang di Tanah Melayu… Tahukah Dr Asri, siapakah Sultan Melaka pertama yang memeluk Islam kemudian mengembangkan ajaran Islam ke seluruh Tanah Melayu?? Tahukah Dr Asri, disebabkan Sultan Melaka yang Dr Asri gelarkan celaka itulah Melaka menjadi terkenal suatu masa dulu. Melaka antara bandar paling sibuk Tanah Melayu… Tahukah Dr Asri bahawa dari Sultan Melaka yang Dr Asri celakakan itulah lahirnya Sultan-Sultan di negeri-negeri lain, seperti Pahang, Terengganu, Perak dan Johor. Barangkali Dr Asri terlupa bahawa Kesultanan Perak sekarang adalah warisan dari Kesultanan Melayu Melaka? Tak percaya?? Kaji sejarah!!

Dr Asri juga membuat perbandingan yang salah berkenaan pengalaman British dengan dunia Islam dimana kononnya British memberikan kebabasan kepada warganya untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin.

Kenyataan Dr Asri seolah-olah mengangung-agungkan barat… eXception tahu Dr Asri TAK PERNAH MERASA sengsara hidup di zaman darurat… Tahukah Dr Asri berapa ramaikah pejuang kita mati dibunuh askar British? Tahukah Dr Asri, bahawa mereka mengkritik dasar British yang mengenakan cukai yang amat tinggi kepada rakyat, kemudian mereka digelar pemberontak dan terus diburu untuk dibunuh. Tahukah Dr Asri mengapa pahlawan melayu seperti Datuk Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan lain-lain menentang British?? Ini disebabkan dasar British itu sendiri yang keras dan tidak bertolak ansur.

Memang British memberikan kebebasan rakyatnya mengkritik raja, tetapi adakah ianya dipandang serius atau dipandang sepi? Cuba Dr Asri lihat… Majlis perkahwinan antara Putera William dan Kate Middleton yang berlangsung dengan mewah… Berapa ramaikah rakyat Britain yang mengkritik perbelanjaan mewah itu?? Adakah sampai kini ianya dibicarakan??

eXception ingin bertanya, berapa ramaikah yang sudah dipenjarakan kerana memfitnah serta memperlekehkan Datuk Seri Najib?? Tindakan YB Nizar adalah kerana memfitnah Sultan Johor… Tahukah Dr Asri bahawa Sultan Johor mempunyai pendapatan sendiri, malah membayar zakat sebanyak RM 1 Juta? Dr Asri pernah ke beri zakat sebanyak tu?? Wajarkah Dr Asri mempertahankan seorang blogger yang menulis dalam keadaan khayal dadah??

Kepada Dr Asri, eXception meminta maaf jika terkasar bahasa… Bukan niat eXception mahu mengajar apa lagi mahu berkurang hajar… Tetapi sebagai orang yang bijak dan lebih arif dalam soal agama, sepatutnya Dr Asri kaji dahulu sejarah sebelum kita berkata sesuatu yang kita sendiri tak pasti. Tertubuhnya Malaysia ini juga atas tertubuhnya Kesultanan Melayu Melaka juga… Jika tak suka… Boleh pindah Indon…

Sumber:

Sultan Melaka Yang Celaka Kata Dr Asri

Sultan Johor Bayar Zakat RM1 Juta

Advertisements

Salam Kemerdekaan…

Tinggalkan komen

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke 53

Di sini eXception dengan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke 53 kepada semua blogger seangkatan serta pelawat-pelawat (tak termasuk peliwat tegar)…

Sudah 53 tahun kita merdeka tetapi masih ada lagi anak muda Malaysia mempunyai minda terjajah. Terjajah dengan agenda mahu menjahanamkan negara Malaysia yang tercinta ini semata-mata memenuhi kehendak nafsu politik opportunist yang tidak mahu Malaysia ini aman dan damai…

Malah setelah 53 tahun merdeka masih ramai lagi kaum yang mempunyai minda chauvinist… Mereka berterusan menyalak tak berhenti-henti siang dan malam menuntut hak mereka…

Hak? Hak apa yang mereka ada? Adakah nenek-moyang mereka asal di sini? Adakah nenek-moyang mereka terlibat menentang penjajahan sejak penjajahan Portugis lagi? Tidak… Kita bangsa melayu yang sedaya upaya berusaha untuk mempertahankan kedaulatan Tanah Melayu sehingga ke titisan darah terakhir…

Aku sedih apabila kaum-kaum chauvinist anjing kurap ini cuba memutar belit sejarah kononnya Hang Tuah lima bersaudara keturunan cina… Ini satu pembohongan paling melucukan dan menyedihkan… Apakan tidaknya, dikatakan Hang Tuah lima bersaudara dari keturunan rombongan Puteri Hang Li Po yang datang ke Melaka…

Aku pernah membaca buku Hikayat Hang Tuah… Buku tsb berusia lebih dari buku-buku teks sejarah di sekolah-sekolah kerana penggunaan gaya bahasa lama… Seingat aku, Hang Tuah lima bersaudara inilah pergi menghadap Maharaja China mewakili rombongan Sultan Melaka untuk meminang Puteri Hang Li Poh… Apa logiknya jika Hang Tuah lima bersaudara ini anak kepada rombongan Puteri Hang Li Poh ke Melaka?

Ini adalah salah satu cara memesongkan minda kita dengan membuktikan sejarah palsu hasil kajian yang entah kafir laknat mana aku tak tahu hanya semata-mata kerana nama Hang Tuah lima bersaudara bermula dari ‘Hang’.

Hang Tuah dilahirkan di Kampung Sungai Duyong, Melaka. Bapanya bernama Hang Mahmud (bukan keturunan cina), ibunya bernama Dang Merdu Wati (bukan keturunan cina juga). Mungkin kebetulan namanya bermula dari ‘Hang’ seperti Puteri Hang Li Poh… Malah ramai lagi pendekar zaman kesultanan Melaka namanya bermula dari ‘Hang’, seperti Hang Isap. Nama Hang Isap banyak diabadikan sebagai nama jalan di Kuala Lumpur. Lagipun sekarang juga ada juga orang bernama Hang Mokhtar, juga bukan keturunan cina. Beliau orang melayu sejati…

Oleh itu jangan kita percaya bulat-bulat dengan teori hipotesis atau hippopotamus sekalipun… Taat setia Hang Tuah pada Sultan sepeti taat setia orang melayu kepada Sultan. Itu sikap orang melayu. Orang cina takkan taat kepada Raja-Raja Melayu. Ini kita boleh lihat sekarang… Kaum cina semakin kurang hajar terhadap Raja-Raja Melayu malah menghasut kita orang melayu melawan Raja-Raja Melayu…

Ingatlah Jebat menderhaka Sultan kerana anasir luar iaitu Pateh Kerma Wijaya yang cuba menghasut Sultan dan memfitnah Hang Tuah kononnya bermukah dengan salah seorang dayang istana… Jangan kita menderhaka kepada Raja-Raja Melayu kerana anasir ini.

Apapun ingatlah nak membina satu-satu negara dan untuk mendapatkan kemerdekaan sangat payah… Banyak darah pejuang melayu mengalir seperti Mat Kilau (bukan keturunan cina), Tok Gajah (bukan keturunan cina), Datuk Bahaman (bukan keturunan cina), Tok Janggut (bukan keturunan cina), Mat Saleh (bukan keturunan cina), Rentap (bukan keturunan cina) dan lain-lain pejuang yang semuanya takde seorang pun berketurunan cina… Masing-masing berjuang menentang (Inggeris) British…

Proses kemerdekaan ini bukan mudah… bayangkan bermula dari 1511 hingga 1957, berapa lama kita dijajah? Kenangkan zaman pemerintahan kuku besi Jepun di mana, nenek-moyang kita terpaksa berlapar dan makan ubi kayu sahaja kerana tiada bekalan makanan mencukupi. Kemudian tiba pula zaman darurat komunis yang memaksa kita mematuhi perintah berkurung. Komunis ini memperjuangkan idealogi komunis di mana mereka tak percayakan Tuhan… Mereka tidak percayakan agama… Komunis bertindak sesuka hati menyerang balai-balai Polis untuk merampas senjata. Ramai anggota Polis yang terkorban terutamanya peristiwa Bukit Kepong.

Kita generasi selepas merdeka sudah pasti tidak akan ingat tragedi-tragedi berdarah yang berlaku dahulu. Kerana anda semua sudah dilalaikan dengan dakyah-dakyah kononnya komunis itu baik. Chin Peng itu baik. Aku bersumpah, selagi nyawa masih ada, aku akan tentang habis-habisan mana-mana cadangan untuk membawa balik Chin Peng ke Malaysia…