Satu laporan polis telah dibuat oleh blogger Parpukari berikutan beliau menyedari cermin keretanya dipecahkan pada pukul 7 pagi tadi. Pihak polis tidak menolak adanya perbuatan khianat dilakukan kerana cermin kereta beliau pecah seribu di bahagian hadapan pemandu (Pencuri biasanya memecahkan cermin bahagian sisi pemandu).

Blogger Parpukari juga di dalam laporannya menyatakan mereka yang berkemungkinan melakukan perbuatan yang berunsur ugutan ini adalah daripada pihak Pakatan Pembangkang dan mungkin daripada kalangan orang dalam sendiri kerana tiada siapa yang mengetahui identiti beliau melainkan mereka yang pernah berjumpa dengan beliau(orang dalam).

Untuk rekod , blogger Parpukari adalah blogger yang sering mengkritik Pakatan Pembangkang dan baru-baru ini mula mengkritik Khairy Jamaluddin. Blog beliau parpukari.blogspot.com. Moga keselamatan beliau dan keluarga senantiasa terjamin. Amin..

Petikan dari blog: Analisis Ringan

Parpu, aku percaya org yang pecahkan cermin kereta nko pasti puak-puak penjilat KJ yang kepanasan bila asyik kena hentam… Heh heh heh heh… Nampak sangat pernagai jahat budak-budak takde moral ni…