Selamat Datang Kepada Semua Perwakilan #PAU2012

Tinggalkan komen

Selamat Datang Kepada Semua Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2012

eXception mengucapkan selamat datang kepada perwakilan-perwakilan yang datang dari seluruh pelusuk negeri di dalam Malaysia…

Hari ini akan diadakan sesi pendaftaran untuk para perwakilan bahagian di Bilik Melati, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra… Malah serentak itu juga akan berlangsung Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO yang mana lokasi persidangan berbeza-beza.

Sila rujuk bawah untuk mengetahui waktu dan lokasi Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO…

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC

PERSIDANGAN PERGERAKAN WANITA
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC

Kepada semua perwakilan bagi Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO… eXception ucapkan selamat bersidang…

Advertisements

Panas!! BN Youth Job Fair Kembali Lagi

Tinggalkan komen

Panas!! BN Youth Job Fair Kembali Lagi

BN Youth Job Fair kembali lagi… Kepada penganggur 1 Malaysia yang masih belum mendapat pekerjaan, dialu-alukan untuk hadir ke Job Fair yang terbesar di Malaysia ini. Pesta Kerjaya ini bermula dari 16 November (Jumaat) hingga 18 November (Ahad).

Antara organisasi yang turut serta termasuklah…

My-Partners Sdn Bhd
Bank Pertanian Malaysia Berhad (AgroBank)
Malayan Banking Berhad
SRG Asia Pacific Sdn Bhd
OCBC Bank (M) Berhad
Honda Malaysia Sdn Bhd
GEMS Malaysia Sdn Bhd
AIA AFG Takaful Bhd.
Brandt International Sdn Bhd
Permanis Sdn Bhd
UTS Marketing Solutions Sdn Bhd
Westports Malaysia Sdn Bhd
Golden Scoop Sdn Bhd (Baskin Robbins)
CIMB Group
Affin Bank Berhad
Agensi Pekerjaan Aspiration Sdn Bhd
DreamEDGE
Kolej WIT Sdn Bhd
UEM Group Berhad
Top Glove Sdn Bhd
Tim Bodycare Training Centre
KL Airport Services Sdn Bhd
S P Setia Berhad
Integrated Logistics Solutions Sdn Bhd
Johor Corporation
Biz Suria Management (M) Sdn Bhd
Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia WP Kuala Lumpur / Putrajaya
Syarikat Takaful Malaysia Berhad
Agensi Pekerjaan Allstaff Outsourcing Sdn Bhd
Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB)
Kontena Nasional Berhad
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
HD Marketing & Distribution Sdn Bhd (Haagen-Dazs)
Perodua Sales Sdn Bhd
Golden Arches Restaurants Sdn Bhd
Public Mutual Berhad
Johawaki Holdings Sdn Bhd
Open University Malaysia
MNRB Holdings Berhad
Northern Corridor Implementation Authority (NCIR)
Habib Jewels Sdn Bhd
Malaysia Airports Holdings Berhad
Capital Dynamics Asset Management Sdn Bhd
Flextronics Shah Alam Sdn Bhd
PadiBeras Nasional Berhad (Bernas)
Keretapi Tanah Melayu Berhad
SilTerra Malaysia Sdn Bhd
Felda Global Ventures Holdings Berhad
YR Retail Sdn Bhd
Samsung Electronics Display (M) Sdn Bhd
Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd
88DB Malaysia Sdn Bhd
Celcom Axiata Berhad
HumanTech Services Sdn Bhd
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Scicom Academy Sdn Bhd
TM Info-Media Sdn Bhd
Vads Business Process Sdn Bhd
Malaysia Building Society Berhad
KLIA Premier Holdings Sdn Bhd
Bank Islam Malaysia Bhd
Petronas

Dan banyak lagi…

Jangan salahkan UMNO jika korang masih lagi menganggur… Tiap-tiap tahun Pemuda UMNO anjurkan Job Fair ni… Cuma korang je malas nak rebut peluang…

Sekarang peluang sudah terbentang depan mata, apa lagi… Segeralah ke PWTC… Takkan pasal kerja pun nak kena suap jugak??

Pemutihan Ahli – Lakukan Dari Akar Umbi Bukan Cantas Pucuk Hijau Dulu

9 Komen

Pemuda UMNO laksana proses pemutihan ahli

PUTRAJAYA 7 Feb. – Pergerakan Pemuda UMNO akan menjalankan proses pemutihan keahlian bagi membersihkan mereka yang telah menyertai parti pembangkang daripada senarai ahli parti.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan sasaran parti untuk menambah keahlian dapat dijalankan dengan lancar.

“Apa yang disebut oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor adalah menjalankan proses pemutihan ahli dulu.

“Jadi siapa yang sudah masuk pembangkang, ini akan dibersih terlebih dahulu,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Putrajaya berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Program Motivasi Pelajar 2010 di Sekolah Menengah Putrajaya Presint 16 (1) di sini hari ini.

Program melibatkan seramai 300 pelajar dari sekolah menengah sekitar Putrajaya itu dianjurkan oleh Kelab UMNO Luar Negara (Auckland) dan Biro Teknologi Maklumat (IT) dan Latihan UMNO Putrajaya.

Hadir sama Pengetua Sekolah Menengah Putrajaya Presint 16 (1), Mohd. Yusof Hassan dan Presiden Kelab UMNO Auckland, Shazana Mohd. Daud.

Sabtu lalu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, UMNO menyasarkan keahlian kira-kira empat juta orang menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zaki berkata, bagi UMNO Putrajaya, taklimat mengenai proses pemutihan tersebut telah dilakukan semalam oleh Naib Ketua Bahagiannya, Datuk Khairuddin Samad.

“Di samping itu, taklimat juga telah diberikan mengenai program Juara Rakyat bagi bulan Februari yang akan menumpukan kepada tema kebajikan.

“Bulan lalu temanya adalah pendidikan, jadi hari ini saya ucapkan tahniah kepada Biro IT dan Latihan UMNO Putrajaya kerana berjaya melaksanakan program motivasi pelajar,” katanya.

Mengenai dakwaan terdapat krisis kepimpinan dalam Pemuda UMNO, Ahmad Zaki berkata, perkara itu hanya digembar-gemburkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam laman blog.

Malahan tegasnya, tidak ada sebarang desakan khusus terhadap Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin agar beliau meletakkan jawatan.

“Yang ada hanya pertukaran pandangan, ada yang pro dan kontra dan ini adalah perkara biasa dalam parti politik.

“Exco Pemuda UMNO, Mohd. Hisamuddin Yahaya yang disebut dalam blog tersebut juga tidak mempunyai masalah kerana dua hari selepas mesyuarat itu beliau bersama Khairy dalam program parti di Labuan, Sabah,” katanya.

Utusan Malaysia

Cadangan pemutihan ahli Pemuda UMNO ini amat aku alu-alukan. Sekurang-kurangnya kita dapat membersihkan pergerakan tersebut dari talam-talam bermuka dua. Apapun aku harap janganlah hanya memangkas pucuk-pucuk muda sahaja. Tetapi terdapat juga akar-akar umbi yang bersifat talam dua muka. Jadi bersikap adillah. Sebaiknya rombak semula Pergerakan Pemuda UMNO kemudian lakukan perlantikan baru bermula dari jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Dengan ini Pergerakan Pemuda UMNO akan mendapat semangat baru apabila diterajui ketua baru yang lebih dipercayai dan berkaliber serta bersih dari amalan politik wang.

DAP parti BABI

2 Komen

Petikan dari blog: HAMDANTAHA

Al-kisahnya..

DAP Kedah umum keluar dari pakatan, antara isunya ialah tidak mendapat perhatian dan keadilan daripada parti majoriti yang mempunyai ahli dewan yang mencukupi iaitu PAS, di samping isu tanah, perumahan dan isu pasar Alor Star..tetapi yang lebih menarik ialah isu pasar BABI yang diarah pindah.

Begitu juga DAP Perak, Pulau Pinang & Selangor, mereka adalah juara kepada apa saja berkaitan dengan binatang yang namanya BABI, cuba kita ingat semula kenyataan yang di buat oleh exco kanan Selangor semasa awal pemerintahan, mereka ingin menjadikan negeri Selangor sebagai penternak dan pengeluar BABI terbesar di Asia Tenggara!! hasrat ini telah mendapat bantahan dari banyak pihak, tetapi ketika itu PAS dan PKR Selangor telah menyambut baik cadangan itu, sehingga Menteri Besar dan seorang lagi exco dari PAS iaitu Dato Hassan Ali membuat kenyataan turut menyokong, begitu juga dalam kes di Negeri Sembilan pada tahun 2000 apabila wabak JE melanda negara, semuanya berpunca dari BABI.

DAP semasa itu tetap sebagai juara BABI, apabila kerajaan terpaksa memusnahkan sebilangan besar BABI mereka di halang oleh penternak yang didalangi oleh parti dan pemimpin DAP, inilah wajah sebenarnya parti yang namanya DAP. Tiba-tiba sekarang ini dunia di serang wabak selsema BABI, seluruh manusia di dunia terancam. Penyakit ini tidak memilih mangsa yang hanya memakan BABI, bahkan yang tak makan BABI pun boleh terbunuh jika terkena penyakit ini.

Dunia telah berkali-kali di ancam oleh BABI ini melalui penyakit, itu sebabnya Islam mengharamkan sama sekali penganutnya memakan BABI, kerana bahayanya BABI itu. Orang Melayu sekarang bukan saja terancam kerana ada penyakit yang berpunca dari BABI, tetapi ada parti politik MACAM BABI, ada pulak parti nampak adil tapi pemimpin No. 1 nya perangai macam BABI, ada pulak parti politik mengharamkan BABI sebagai makanan tetapi diBABIkan pula di Perak oleh parti BABI, ada juga pemimpin politik menganggap penyokongnya macam BABI, apa saja dia buat semuanya betul..tak ada salah. Pemimpin ini tahu akan penyokongnya yang bodoh MACAM BABI, itu sebab dia boleh buat apa saja kerana dia tahu teman-teman, parti yang bersamanya, penyokong yang bersamanya bodoh macam BABI..kasihan rakyat diperbodohkan dan dibutakan.

Tetapi ALLAH S.W.T. Maha Kuasa, Maha Mengetahui lagi Maha Agung..sekarang ini pakatan mereka telah di serang JE, SELSEMA BABI dan bermacam penyakit lagi kerana parti BABI sudah menampakkan diri mereka yang sebenar. Begitu juga pemimpin utama BABI tak lama lagi satu dunia akan tahu rupanya dia perangai lebih teruk dari BABI, tapi yang paling dahsyat dan jahat ialah bini kepada pemimpin BABI..dia adalah BABI yang paling jahat kerana dia tahu laki dia adalah BABI..tapi diceritakan pula pada dunia bahawa suaminya adalah RUSA. Yang kesiannya disini adalah anak dan penyokong BABI, KERANA MEREKA TAK SEDAR MEREKA ADALAH MANGSA KEPADA BABI.

Penangguhan kes liwat Anwar jejaskan kredibiliti mahkamah – Syed Ali

Tinggalkan komen

Petikan dari blog: UMNO Bhgn Cheras

MUNGKINKAH ada dalang atau tali-barut Anwar Ibrahim di pejabat Peguam Negara ?

Itulah tanda tanya orang ramai apabila perbicaraan kes liwat Anwar yang sepatutnya bermula di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta pagi ini telah ditangguhkan pada 15 Julai depan.

Rahsia penangguhan kes tersebut mungkin juga sudah bocor kepada penyokong Anwar apabila tidak ramai yang hadhir di perkarangan Mahkamah Tinggi.

Sebelum ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) merancang menghimpunkan 5,000 orang penyokong mereka dengan berpakaian baju T berwarna hitam sebagai tanda simpati kepada Anwar.

“Mungkin ada tali-barut Anwar yang sudah sebarkan maklumat mengenai penangguhan tersebut,” tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee apabila diminta mengulas isu tersebut.

Dalam reaksi spontannya beliau berkata, ini semua cubaan untuk melengah-lengahkan kes liwat Anwar dan secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti mahkamah.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada dalang di pejabat Peguam Negara yang awal-awal lagi sudah membocorkan maklumat tersebut menyebabkan penyokong Anwar tidak ramai yang hadir.

Katanya, hari ini peguambela Suleiman Abdullah sambung cuti sakit menyebabkan kes tersebut ditangguhkan dan tidak mustahil selepas ini Anwar pula yang akan cuti sakit.

“Semuanya adalah perancangan Anwar untuk melambat-lambatkan proses perbicaraan sehingga menjejaskan kredibiliti mahkamah,” jelasnya.

Menurut Syed Ali lagi, peguambela yang mewakili Anwar difahamkan akan menfailkan notis supaya pendakwaan kes tidak diletakkan di bawah Peguam Negara, Ghani Patail.

Rabu depan mahkamah difahamkan akan memutuskan permohonan Anwar untuk dapatkan dokumen kes dan selepas itu barulah kes pertuduhan sebenar (liwat) akan dimulakan.

“Ini hanya akan memakan masa dan dalam tempoh itu, tidak mustahil Anwar akan cari helah lain lagi,” tambahnya.

Menurut beliau, Anwar amat licik permainan politiknya dan beliau menggunakan taktik psikologi supaya kesnya cair di mahkamah sehingga orang ramai termasuk pihak yang mendakwa menjadi bosan.

“Apabila sudah bosan, kes itu tidak lagi menjadi perhatian umum dan Anwar berasa lebih selesa,” katanya.

Sementara itu, Syed Ali menggesa supaya jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen dilucutkan serta merta sehingga kes pertuduhan liwatnya selesai.

Beliau mendakwa, kewibawaan Dewan Rakyat turut tercemar kerana mempunyai Ketua Pembangkang yang masih berdepan dengan masalah undang-undang.

Sehubungan itu, beliau mencabar wakil rakyat pembangkang mengemukakan usul supaya jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangakang diserahkan kepada mereka yang tidak berdepan dengan masalah di mahkamah.

“Pembangkang masih ada Haji Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang termasuk Ibrahim Ali, mereka boleh dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen,” ujarnya.

Berkemungkinan kata-kata beliau itu ada kebenarannya juga. Kerajaan perlu siasat sedalam-dalamnya

Fatwa-Fatwa Dangkal Dari Mulut Pas – Part 2

Tinggalkan komen

11 – PAS Mendakwa: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

12 – PAS Mendakwa: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..

Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

13 – Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Terengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14 – PAS Mendakwa: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA..

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

15 – PAS Mendakwa: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA..

PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

16 – PAS Mendakwa: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

KEMUDIANNYA..

PAS sekarang berkempen meng-war-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

17 – PAS Mendakwa: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA..

PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

18 – PAS Mendakwa: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..

PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

19 – Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..

PAS mengutuk mereka semua dan mentohmah dengan pelbagai tohmahan. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?

20 – PAS Mendakwa: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA..

PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hindraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..

PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

Terima Kasih: Blog Pemuda UMNO Bhgn Jasin

Fatwa-Fatwa Dangkal Dari Mulut Pas – Part 1

Tinggalkan komen

Marilah kita sama-sama perhatikan statement-statement di bawah berikut ini, terpulanglah kepada kita untuk memuhasabah diri masing-masing (terutamanya buat pendukung-pendukung PAS),

1 – PAS Mendakwa: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang redha dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan calon-calon DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

2 – PAS Mendakwa: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

3 – PAS Mendakwa: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi…”

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan mereka menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carslberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu. PAS marahkan UMNO atau marahkan kemungkaran?
Dato’ Dr.Hasan Ali menyatakan PAS tidak pernah berjanji nak hapuskan kilang arak dan judi. Beliau juga mencabar sesiapa dapat buktikan pemimpin PAS pernah membuat janji sedemikian. (Utusan m.s 15, 27 Mei 08)

4 – PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga babi”

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan babi bahkan mencanggihkan ladang babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan babi’.

5 – PAS Mendakwa: Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Mahathir bukan Pak Lah”.

6 – Ketika Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

7 – Ketika Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan pelbagai lagi tuduhan, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

8 – PAS Mendakwa: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

9 – PAS Mendakwa: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

PADA MULANYA…

10 – PAS Mendakwa: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah Mendakwa: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

Terima Kasih: Blog Pemuda UMNO Bhgn Jasin