Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan apakah peruntukan RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta kepada Kelantan bagi projek bekalan air bersih membuktikan kerajaan Pusat menganiaya negeri terbabit.

Menurut beliau, dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kerajaan Pusat menyekat bantuan kepada Kelantan adalah tidak berasas dan tidak sepatutnya dibangkitkan.

“Tidak benar. Dakwaan itu tidak berbangkit. Apa yang menjadi hak (kerajaan Kelantan) di bawah undang-undang dan Perlembagaan, kita tak pernah abaikan. Bukan saja Kelantan malah semua negeri dari segi geran peruntukan termasuk soal pembangunan terutama membina sekolah dan infrastruktur.

“Kalau hendak diikutkan, kalau kita tidak salurkan RM600 juta untuk pembekalan air bersih, orang Kelantan akan minum air kotor. Itu adalah bantuan Kerajaan Pusat dalam bentuk pinjaman mudah. Jadi soal kerajaan negeri tidak dibantu atau telah dianiaya tidak berbangkit,” katanya seperti dilaporkan kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Dialog Perkongsian Pintar di Uganda.

Beliau mengulas dakwaan bahawa Kerajaan Pusat menyekat bantuan kepada negeri itu dan menyifatkan ia sebagai melanggar peruntukan Perlembagaan.

Menurut Muhyiddin, dakwaan Nik Aziz tersebut tidak berasas kerana sejak sekian lama kerajaan Pusat tidak pernah menganiaya mana-mana negeri dan tetap menyalurkan bantuan serta peruntukan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan. – 28/7/2009

Sumber: Agenda Daily

Nick Ajiszz mungkin buat-buat lupa atau sebenarnya sudah nyanyuk. Dia pasti sudah lupa hutang Kerajaan Kelantan terhadap Kerajaan Pusat. Nick Ajiszz barangkali sudag nyanyuk. Orang yang nyanyuk tidak lagi layak menjadi pemimpin. Kalo Nick Ajiszz berbohong, bermakna Nick Ajiszz bukan ulamak, tapi ular la mak… Yang tahu cakap berbelit-belit. Sudah-sudah la tu Nick Ajiszz, ko marah sangat dengan UMNO, ko peluk la Lim Kit Siang hari-hari, aku tak marah pun. Ko main liwat-liwat dengan Anwar, aku tak marah. Tapi yang aku marah sekali, nko meliwat agama Islam. Depan nko buat lain, belakang nko buat lain. Insaflah Nick Ajiszz.

Advertisements