PAS Selangor cuba membodek DAP

5 Komen

Ini aku petik dari akhbar HaprakDaily…


PAS negeri Selangor menegaskan kewujudan pusat hiburan, judi dan spa haram yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo berjumlah sebanyak 4,000 buah telah wujud sejak BN memerintah Selangor.

Penegasan tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Perhubungan PAS, Khairuddin Othman ekoran dakwaan Khir sejak Selangor ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat pusat hiburan haram wujud berleluasa.

Cheh!! Inilah kerjanya orang mempunyai mentaliti gred E (seperti yang dikatakan Garamanis). Taunya dok salahkan orang lain… Kalau ikhlas nak bendungkan maksiat, kenapa tak tarik balik je lesen tersebut? La ni tengok makin galak lak diorang bukak rumah urut haram.

Beliau turut mendesak Khir Toyo supaya mengakui secara terbuka bahawa semua lesen-lesen perjudian, spa dan pusat hiburan diluluskan ketika kerajaan BN mentadbir kerana selama setahun empat bulan kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor tidak pernah meluluskan lesen baru untuk premis tersebut.

PAS negeri Selangor mendakwa Khir tidak pernah serius dalam menangani kes-kes kewujudan pusat hiburan haram ketika beliau memegang tampuk pemerintahan negeri Selangor.

Macamlah PAS serius sangat nak tanganinya. Kalo dah tahu Khir Toyo tak boleh harap. PAS Selangor boleh pakai ke? Taunya salahkan orang lain, pastu membodek DAP. Kalo berani aku cabar PAS Selangor, tarik balik semua lesen SPA dan pusat hiburan haram tersebut. Jangan jadi macam anjing yang tau menyalak siang dan malam, tapi sayang dah diikat kat tiang rumah oleh bosnya (DAP).

Katanya, kenapa baru sekarang Khir mendedahkan tentang masalah rumah urut sedangkan ketika beliau menjadi Menteri Besar dahulu rumah urut beroperasi tanpa kawalan dan pemantauan daripadanya.

Justeru, PAS negeri Selangor berpendapat dakwaan Khir itu tidak berasas sebaliknya ia merupakan usaha terdesak beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu penyelewengan yang dilakukan.

“Penyelewengan beliau seperti isu banglo bernilai RM24juta, isu pemindahan dana Balkis RM9.9 juta dan sebagainya,” tegas beliau.

Sehubungan itu beliau menegaskan Khir Toyo perlu menjawab terlebih dahulu semua dakwaan terhadapnya sebelum membuat pelbagai fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

“Khir Toyo boleh mengelabui mata rakyat tetapi bukan kepada kami rakyat Selangor,” tegasnya.

Habis tu bagaimana dengan kes penyelewengan Exco DAP tu? Tak nak ulas ke? Aku pasti PAS Selangor takkan berani ulas punya pasal penyelewengan Exco DAP tu. Isu Banglo tu dah basi la PAS. Semua dah tahu nilai banglo tak sampai puluhan juta. PAS bodoh sangat dengar berita palsu. Sampai sekarang ianya senyap.

Bagaimana dengan ini:

Bagaimanapula dengan ini:

Jawablah… Jangan tau tuduh je…

Oh ya, bagaimana dengan bekas ADUN Melur, yang mana bekas isterinya membuat tuntutan sebanyak RM 3 Juta? Malah bekas ADUN tersebut juga mempunyai rumah banglo mewah. Tak nak ulas ke? Aku gerenti takkan berani punya. BALKIS itu persatuan berdaftar, maka pengerusi persatuan berhak membubarkan persatuan dan menyalurkan duit persatuan ke persatuan lain dengan persetujuan semua ahli. Orang lain tak berhak campur tangan urusan BALKIS. Aku tahu sebab aku pernah pergi kursus pendaftar pertubuhan. BALKIS tak melanggar peraturan pun. Malah sumber kewangan BALKIS bukan dari kerajaan Selangor, tetapi hasil dari sumbangan. Apabila ianya merupakan satu sumbangan, maka persatuan tsb berhak menguruskan kewangan tersebut mengikut cara mereka atau menyalurkannya ke persatuan lain.

Kenapa bantah MIC beli Kg Buah pala?

Tinggalkan komen


KUALA LUMPUR – Kesesakan lalu lintas teruk selama dua jam di Jalan Ipoh dan Jalan Tun Razak di sini sejak jam 11 pagi semalam adalah berikutan perhimpunan haram lebih 100 orang membantah tindakan Maika Holding, syarikat milik parti MIC yang didakwa akan membeli tanah Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.

Katua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, perhimpunan itu yang diketuai oleh beberapa pemimimpin parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bermula jam 11.30 pagi di sebuah hospital swasta berhampiran Ibu Pejabat MIC di Jalan Rahmat sebelum berarak menuju ke bangunan tersebut.

Beliau berkata, bagi mengelakkan berlaku kekecohan dan pergaduhan, polis mengambil tindakan dengan menempatkan beberapa anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mengawal keadaan.

“Polis telah dapat mengawal keadaan dan tiada sebarang kekecohan yang berlaku, serta tiada tangkapan dibuat,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa kain rentang yang dibawa dan berjaya menyuraikan perhimpunan itu pada 1 tengah hari.

Antara pemimpin DAP dan PKR yang turut serta dalam perhimpunan itu adalah Naib Pengerusi DAP M. Kula Segaran, Timbalan Setiausaha-Agung DAP, Profesor P Ramasamy, yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Naib Presiden PKR, R. Sivarasa dan Ahli Parlimen Klang, S Manikavasagam. – Bernama

Kenapa PR beriya-iya mahu menghalang niat baik MIC mahu membeli tanah Kg Buah Pala? Apa motif mereka? Bukankah niat MIC itu baik? Inilah PR, apa yang mereka tahu nak bangkang aje… Itu bangkang, ini bangkang… MIC nak bantu nasib penduduk Kg Buah Pala pun nak dihalang. Jika PR benar-benar mahu bantu, penduduk Kg Buah Pala, kenapa tak bantu sejak awal lagi? Aku pun tak faham apa dalam otak mangkuk-mangkuk tingkat ni sebenarnya…

Siapa dia ‘Orang Dalam’ itu?

Tinggalkan komen


GEORGETOWN – Polis tidak menolak kemungkinan terdapat pembabitan ‘orang dalam’ berhubung penyeludupan pil eramin 5 bernilai RM20 juta yang dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Sungai Dua di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, kesemua pil khayal berkenaan dibawa masuk melalui kargo udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) dari Taiwan tanpa sebarang masalah.

“Walaupun tangkapan dilakukan di tempat lain iaitu ketika mereka memunggah barang dari lori di di Sungai Dua, polis masih menyiasat bagaimana kargo ini berjaya melepasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Bayan Lepas.

“Kita mahu mengenal pasti sama ada terdapat syarikat atau ‘orang dalam’ di LTAB yang bersubahat dengan sindiket ini memandangkan ia diseludup melalui lapangan terbang itu dari Taiwan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kelmarin, seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ antara 13 ditahan berhubung penemuan sejuta biji pil khayal itu dalam serbuan di gudang terbabit.

Tujuh daripadanya termasuk ‘Datuk’ itu direman selama seminggu di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabit kesalahan membawa hukuman mati mandatori manakala enam lagi di bawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 yang membolehkan mereka ditahan sehingga 60 hari.

Beliau berkata, rampasan itu adalah kejayaan terbesar polis di Pulau Pinang setakat ini hasil risikan dan kemahiran teknikal serta kerjasama orang ramai yang semakin menggalakkan.

Turut dirampas pelbagai barangan yang bernilai kira-kira RM3.5 juta iaitu wang tunai RM558,013, peralatan elektrik (RM30,000), 10 kenderaan (RM1.97 juta), barang kemas (RM218,453) dan enam jam berjenama (RM741,000).

Ayub berkata, siasatan awal mendapati sindiket penyeludupan dan pengedaran pil berkenaan mempunyai rangkaian di beberapa negeri lain dan aktif sejak setahun lepas.

“Terima kasih kepada polis Taiwan yang menyalurkan maklumat kepada kita sehingga berjaya merampas pil berkenaan di gudang yang dipercayai dijadikan tempat pemunggahan serta penyimpanan stok dadah itu,” katanya.

Katanya, polis percaya pil yang dijual dengan harga RM20 sebiji itu untuk pasaran dalam negara.

Sehubungan itu, polis Pulau Pinang akan terus meningkatkan usaha bagi melumpuhkan kegiatan itu serta mengurangkan bekalan dadah yang dibawa masuk ke negeri ini serta penagihnya.

Selain itu, ia mewujudkan empat pasukan khas untuk membanteras aktiviti judi, maksiat, ah long dan cakera padat video (VCD) bagi mewujudkan persekitaran yang selamat untuk didiami.

Agak-agak siapa orang dalam itu ya? Adakah orang dalam kerajaan negeri sendiri?
So Lim Guan Eng, apa komen anda?

Penyelewengan & Kronisme Pakatan Rosak Selangor

9 Komen


Selangor akan mendapat kerajaan baru, kerajaan pakatan haram yang berusia 16 bulan dilihat rakyat terlalu korup, rakus, gagal dan gila kuasa sekarang ini. itu lah kata-kata seorang pegawai tinggi pejabat daerah, yang daerah tu ada banyak kilang ketika det temui pagi tadi.

Menurut kawan det tu, cerita yang det keluarkan semalam mengenai pengambilalihan tanah wakaf di selangor ni benar-benar berlaku dan sekarang ini proses itu sedang dan sudah pun berjalan, yang menjadi batu penghalang untuk mereka ialah Baitumal dan Pusat Zakat dan juga Jabatan Agama Islam, sekiranya mereka-mereka yang rakus ini berjaya mempengaruhi pegawai-pegawai di tiga agensi itu, maka selepas ini tidak ada lagi tanah wakaf untuk kubur, untuk masjid dan surau di selangor.

Pembaziran juga berlaku di kesemua Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya di seluruh selangor, det tanya pembaziran apa yang dia maksudkan, menurut kawan det tu, dulu semasa BN/UMNO memerintah Ahli-ahli majlis dilantik empat ke lima tahun sekali, bila mereka ni di lantik untuk satu tempoh masa yang lama, maka kerberkesanan mereka untuk berkhidmat kepada rakyat lebih berkesan. tetapi sekarang ni semasa pemerintahan khalid, ahli-ahli majlis di lantik setahun sekali, maka setiap kali lantikan di buat sudah tentu berberapa perkara perlu di tukar, kita ambil contong paling kecil ialah kad nama (name card) seorang ahli majlis mendapat sekuarang-kurangnya 10 kotak, emblem (logo kereta) latter head dan rubber stamp. itu kita tak kira lagi tentang elaun-elaun mereka, kalau ahli majlis tu mewakili parti politik maka elaun mereka ni berbeza dengan dengan ahli-ahli majlis yang mewakili ngo.

Itu kalau kita kira satu PBT, di selangor ni ada berapa banyak PBT? sekarang ni menurut kawan det, kalau kerajaan pakatan haram ni bubar dun pun percayalah kemenangan akan berpihak semula kepada BN/UMNO, menurut dia pegawai-pegawai kerajaan negeri semuanya sudah fedup dengan perangai daripada MB, Exco, Ahli Majlis sampai la ke machai-machai politik ni, mereka ni semuanya berlagak, dulu pernah det tulis yang seorang ADO dibaling file ke mukanya dan perkara ini tidak pernah berlaku dulu.

Dia menambah lagi, ada berberapa kontraktor pembersihan milik orang-orang PAS mengadu pada dia yang sejak pakatan haram ni menang mereka langsung tak dapat projek dari PBT, kontraktor PAS tu kata segala projek pembersihan (maintenance dan landscape) semua nya di sapu oleh puak-puak PKR, kalau ada pun orang PAS yang dapat projek tu maka mereka ni memang kroni adun atau ahli majlis. ini amat jauh berbeza sekali sewaktu pemerintahan UMNO dulu, mereka ni boleh di katakan hidup senang kerana walau pun UMNO dikatakan mengamalkan kronisma dalam pengagihan projek (kerja-kerja inden) tapi mereka pun turut menikmati juga, det tanya macam mane tu? ye la, UMNO bagi projek untuk kroni dia supaya kalau ada ape-ape program kecil parti, kroni dia boleh fund balik kepada parti, takan la dalam satu PBT ada 60 kerja umno nak tibai semua, kalau umno ambik pun hanya 20-30 peratus je kerja-kerja tu, yang lain PBT open tender la, lagi satu walau pun ada puak-puak umno ni yang dapat projek tapi dia orang ni sub kan balik kepada kontraktor yang kecil-kecilan ni, contoh kontraktor kecil-kecilan ni ialah kontraktor yang tak ada lesen atau modal tak cukup, so kira sama dapat sama rasa, lagi satu puak-puak umno ni dia bukan kira sangat kontraktor tu parti ape janji yang dia tahu kau tu melayu.

Rasuah yang melibatkan Exco-exco selangor semakin membarah, menurut kawan det tu, kalau makin banyak pendedahan yang dibuat oleh blogger dan pihak-pihak tertentu mengenai perlakuan rasuah mereka ni kawan det tu cukup yakin kerajan khalid akan tumbang dalam masa seratus hari dari sekarang. rakyat sudah tahu temberang mereka dan rakyat menunggu masa sahaja sekarang ini untuk menghukum mereka.

Pertemuan det dengan kawan tu di akhiri pada jam 10 pagi, kawan det sempat berpesan, “korang buat la ape yang patut, makin lama korang biarkan orang melayu akan hilang tanah, orang islam dah tak de kubur, nak harapkan PAS ? khaaa…thuiiii…

Kawan det juga sampaikan salam kepada berberapa orang blogger seperti GAP, Medan Info dan berberapa blogger lain di selangor ni. dengan ucapan Terima Kasih dan teruskan usaha anda…

Petikan dari blog: Darul Ehsan Today

Siapa kata UMNO je amal kroni? PKR pun dua kali lima jugak. Tapi kroni PKR mana yang menjilat jubur Khalid je la yang dapat. Mana yang tak jilat, tak dapat la. Bukan sedap pun jubur Khalid. Kurap banyak la… Tu pun ntah basuh berak, istinjak pakai batu jer… Ha ha ha ha ha… Oh ya… Khalid kan banyak duit, dah semstinya istinjak pakai duit kertas RM 50… Apa yang pasti, Pakatan rakyat Selangor bakal ditumbangkan. Mungkin sebelum PRU nanti. Siapa tahu?

Lim Guan Eng – Ubat tamat tempoh

3 Komen


Keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) supaya menarik balik kelulusan memajukan tanah seluas 6.5 ekar di Kg. Buah Pala, Pulau Pinang bakal menyebabkan penduduk dan kerajaan terus diserang migraine.

Keputusan menarik balik kelulusan pembangunan kondo mewah yang bernilai hamper RM 200 juta itu hanyalah dianggap sebagai “usaha kerajaan memberikan panadol”, bagi melegakan buat beberapa hari keresahan penduduk.

Ini kerana yang ditarik balik ialah pembangunannya, tetapi “pemaju boleh merobohkan rumah penduduk yang terlibat pada 3 Ogos 2009.” Tanah tersebut tetap menjadi hak milik Kooperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Pulau Pinang Berhad yang dibeli secara sah dengan harga RM 3.42 juta.

Guan Eng telah memuktamadkan pembelian tesebut pada 27 Mac 2008, dan menerima baki pembayaran melebih RM 2.47 juta. Jadi, beliaulah sebenarnya patut dipersalahkan kerana tidak “menghalang pertukaran milik tanah tersebut” dan menyempurnakannya.

Dengan penarikan tersebut, Guan Eng seakan ingin melepaskan tanggungjawabnya apabila mengatakan “kerajaan negeri sekarang tidak terlibat dengan sebarang urusan atau kelulusan projek yang dicadangkan dan jika pemaju mahu meneruskan projek itu, mereka perlu mengambil kira aspek sosial penduduk di situ.”

Penyelesaian itu masih dianggap terlalu mudah dan seakan-akan menghampiri bentuk komedi slapstick. Nalar penyelesaiannya menyamai dengan bentuk tindakan awal apabila menyalahkan kerajaan negeri terdahulu menjual tanah tersebut dan kepimpinan terdahulu itulah yang perlu menyelesaikannya.

Kerana nalar pemikiran yang slapstick itulah menyebabkan penduduk mendesak beliau meletakkan jawatan dan kembali ke Melaka, “tidak memahami budaya penduduk Pulau Pinang.” Lantaran itu, penduduk terus mendedahkan sikap sebenar parti-parti pembangkang yang “hanya menangguk diair keruh” ketika berkempen dalam pilihan raya umum lalu.

Dengan membatalkan kelulusan tersebut, apakah Guan Eng telah Berjaya memujuk penduduk agar mempercayainya dan menyokong kepimpinannya? Rasanya masih jauh lagi, kerana masih banyak ujian yang bakal dihadapi oleh Guan Eng berhubung tuntutan penduduk yang masih belum jelas, mengembalikan tanah tersebut kepada mereka.

Untuk membayar balik, Guan Eng sudah tercabar apabila MIC sanggup mengeluarkan sejumlah RM 3.42 juta. Guan Eng sudah malu muka kerana mengatakan “kerajaan negeri tidak ada duit, minta kerajaan pusat membayar.” Tetapi, Perdana Menteri memberikan keputusan, tidak akan melakukannya kerana ia akan menyebabkan banyak lagi tuntutan penduduk dibuat pada masa depan.

Dulu sebelum berkuasa, Guan Eng terlalu sibuk melayani penduduk setinggan yang kawasan mereka diroboh oleh pihak berkuasa tempatan, itupun yang melibatkan penduduk majoritinya ialah Cina. Tapi kali ini kerana majority penduduk adalah India, manakala beberapa keluarga Melayu sudah pun menerima tawaran pemaju dan berpindah, Guan Eng tidak sanggup turun padang berjuang bersama.

Penduduk ikut terpukul apabila dua kali perjumpaan tidak dibenarkan membawa peguam. Dan perjumpaan dilakukan di KOMTAR, dan bukannya di Kg. Buah Pala. Dua hari lepas, rebut kembali melanda KOMTAR apabila pembantu kepada Timbalan Ketua Menteri II ditumbuk oleh pemuda MIC kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan mencaci.

Prof Ramasamy memberikan komen bahawa tingkah laku tersebut tidak “mengikut budaya Malaysia”, tetapi beliau mungkin terlupa bahawa memaki hamun juga bukanlah “budaya Malaysia.” Maki hamun ialah budaya baru yang diamalkan oleh parti-parti pembangkang sejak sekian lama bagi mendapat sokongan.

Seharusnya pembantu peribadi atau Prof Ramasamy sendiri yang menerima memorandum tersebut, kerana ia merupakan pandangan dan resolusi yang diwakili mereka. Soal untuk melaksanakannya atau bersetuju dengan tuntutan tersebut, ia adalah isu yang lain. Jika memorandum itu diterima secara terhormat, bukan sahaja insiden itu tidak akan berlaku, beliau sendiri akan dilihat turut simpati dengan penduduk Kg. Buah Pala.

Guan Eng seakan tercabar apabila pemuda MIC sanggup “membeli balik tanah tersebut dengan harga RM 3.42 juta” tetapi sebaliknya menganggap ia adalah “permainan politik” kerana tidak menyerahkan wang tersebut kepada kerajaan negeri. Di sini nampaknya, kerajaan negeri terlalu kemaruk wang kerana jika MIC ingin membayar balik tanah tersebut, ia perlu diserahkakan kepada Kooperasi dan bukannya kerajaan negeri.

Lim Guan Eng berusaha dalam apa cara sekalipun ingin membuktikan “ada keuntungan di pihaknya” termasuk “tidak terlibat dengan pembangunan Kg. Buah Pala” selepas pembatalan kelulusan tersebut.

Guan Eng masih perlu melalui lebih banyak lagi jalan berliku. Antaranya kemungkinan menghadapi tindakan undang-undang kerana membatalkan projek tersebut yang mengakibatkan pemilik dan pemaju mengalami kerugian setelah berbelanja untuk merancang porjek tersebut.

Jika pemaju berkeras untuk memajukan tanah tersebut, dan membenarkan penduduk berada di situ, boleh sahaja menyebabkan sekelompok penduduk asal akan mengalami kegundahan rasa apabila memandang di sebelah sana kondo mewah tersergam angkuh. Pemaju mungkin memberikan ruang untuk mereka tinggal, tetapi ruang-ruang yang lain akan dibangunkan sepenuhnya, maka mungkin pemaju akan berbelanja menyediakan jambatan masuk kepada bakal pembeli.

Penduduk dibenarkan tinggal di bawah, kerana ingin terus kekal di sana bagi membolehkan “kandang lembu” yang menjadi ciri khusus High Chaparal terus kekal. Lembu-lembu tersebut mungkin suatu hari nanti akan menghadapi “kemurungan” kerana terkurung di bawah dan terperangkap dengan bangunan batu.Sedangkan tuannya, masih berada di situ sebagai penduduk setinggan, kerana tanah tersebut tetap menjadi milik sah Kooperasi.

Untuk jangka masa panjang, Kg. Buah Pala mungkin hanya berada di bahagian bawah bangunan, manakala bangunan-bangunan di atasnya akan terus menyebabkan panadol tidak lagi mampu mengubati migraine.Lim Guan Eng tidak akan boleh tidur lena, penduduk asal tetap akan berteriak, bilakah tanah itu akan dikembalikan. Ia adalah warisan kami, yang diamanahkan oleh Tuan Brown, yang membina kekayaan dengan membuka estet koko dan kelapa di Pulau Pinang apabila dasar mercantile diluluskan oleh British bagi menampung keperluan revolusi industri.

Janji tetap janji. Tetapi janji itulah yang menyebabkan Guan Eng terus dilanda migraine. DVD khabarnya telah beredar terus dalam masyarakat, dan kerana itu, jangan hanya pandai berjanji kalau tidak mampu menunaikannya. Manusia dipegang pada janjinya, kerbau dipegang pada talinya.

Jerat tidak pernah lupa kepada pelanduk, tetapi pelanduk seringkali lupa akan jerat.

Petikan dari blog: Selamba-U

Lim Guan Eng boleh diibarat sebagai ubat yang dah luput tarikh. Seperti Lim Kit Siang juga. Lim Guan Eng cuma memberi ubat yang dah expired kepada penduduk Kg Buah Pala. Tindakan yang kononnya mahu selesaikan masalah penduduk kampung tersebut, hanyalah penyelesai masalah dia sendiri sahaja. Lepas tu dia akan cuci tangan dan cari kampung lain sebagai mangsa. So kepada rakyat Pulau Pinang, next PRU, pangkahlah lagi DAP. Maka tanah-tanah milik orang melayu juga termasuk tanah pusaka akan dirampas oleh DAP… Mereka akan lakukan seperti mana Singapura memperlakukan kepada keturunan raja-raja melayu di sana. Ingatlah, pelanduk boleh melupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Hari ni boleh terlepas, esok lusa belum tahu lagi…

DENDAM NICK AJISZZ PADA UMNO…

2 Komen


PERGI JAHANAM DENGAN
UMNO

 

Itulah kata seorang yang dikatakan
ULAMA dalam
PARTI PAS. Wah sungguh molek dan
berbudi bahasa kata TUAN GURU NIK AJIS NIKMAT pada UMNO. Awat marah sangat NIK
AJIS ni pada parti UMNO???

Ramai tidak menyedari perjalanan politik NIK
AJIS ini. Siapa NIK AJIS???

NIK AJIS ORANG SEBELAH KAMPUNG AKU JE…KENAL
SANGAT AKU NI DENGAN DIA. NAMUN KALAU NAK HORMAT NIK AJIS TU AKU HORMAT SEBAGAI
ORANG YANG LEBIH TUA JE LAH…KALAU NAK HORMAT SEBAGAI TOK GURU KAT NIK AJIS TU
PADA AKU BOLEH BLAH!!!

NIK AJIS NI DULU PADA ASALNYA UMNO. LEPAS TAMAT
BELAJAR NIK AJIS NI MASUK PARTI UMNO. PADA MASA ITU NIK AJIS BERKERJA DENGAN
KEMAS. BIASALAH BARU TAMAT BELAJAR DAN DARAH MUDA KATAKAN……

NIK AJIS NI AGAK DRASTIK DALAM KENAIKAN PANGKAT.
AIII MACAM BIASALAH KALAU DAH KERJA NI MESTI ADA LOBI MELOBI NAK NAIK PANGKAT.
NIK AJIS PUNYALAH LOBI NAK NAIK PANGKAT DALAM KEMAS DAN UMNO TAPI ALANGKAH
SEDIHNYA NIK AJIS TIDAK MENDAPAT APA YANG DI HAJATKAN. KALAU NIK AJIS LOBI NAIK
PANGKAT DAN DAPAT PANGKAT DALAM KEMAS DAN UMNO MASA ITU AKU PERCAYA 200% NIK
AJIS SAMPAI SEKARANG NI MASIH DALAM UMNO, SILAP-SILAP MENTERI.

NIK AJIS MERAJUK BILA TAK NAIK
PANGKAT DALAM KEMAS. DAN DENGAN AGAK MEMBERONTAK NIK AJIS KELUAR UMNO DAN
BERHENTI DENGAN KEMAS. BILA NIK AJIS KELUAR UMNO MAKA JADILAH
NIK AJIS INI KATAK!!! KATAK YANG
MELOMPAT MASUK PARTI PAS.

DENDAM NIK
AJIS
KERANA TIDAK DAPAT PANGKAT DALAM KEMAS SEMAKIN MEMBARA. SATU DEMI
SATU NIK AJIS PERDAJALKAN KEMAS DAN UMNO
NI. SEBAB ITU DARI DULU SAMPAI SEKARANG NIK AJIS HANYA MENYERANG 2 PEKARA SAHAJA.
UMNO DAN KEMAS. PADA NIK AJIS 2 PEKARA INILAH YANG MENYEKAT KEKUASAANYA!!!

MANA-MANA PAS MEMERINTAH PASTI NIK AJIS AKAN
ARAHKAN TABIKA KEMAS YANG MANA DIBANGUNKAN KERAJAAN UNTUK KELUARGA YANG KURANG
BERKEMAMPUAN MENGHANTAR ANAK MEREKA MENDAPATKAN PELAJARAN DENGAN YURAN TERMURAH
DI MALAYSIA INI. PASAL APA NIK AJIS
HARAMKAN TABIKA KEMAS INI???
BIASALAH DENDAM NIK AJIS PADA KEMAS INI
SUDAH MEMBUAK-BUAK SEHINGGAKAN KANAK-KANAK
SEKALIPUN NIK AJIS SANGGUP
PERDAJALKAN
DEMI KEPUASAAN NYA ITU!!!

UMNO SEMAKIN KUAT DAN PARTI UMNO YANG SECARA
DASARNYA ADALAH PARTI ORANG MELAYU DAN ISLAM SEMAKIN BERKEMBANG DAN MENJADI
PILIHAN SEMUA GOLONGAN DALAM MENJADIKAN MALAYSIA INI TERUS MEMBANGUN SEIRING
DENGAN ILMU ISLAM.

NIK AJIS
DENGKI DAN DENDAM NYA TIDAK AKAN LUPUT SAMA SEKALI.
KEKECEWAANNYA PADA
UMNO KERANA TIDAK DI NAIKKAN PANGKAT TERUS DI JADIKAN AZAM NYA UTK
MEMBALAS DENDAM PADA UMNO.
SATU PERSATU NIK AJIS INI
MENFITNAH UMNO. MALAH TIDAK CUKUP
DENGAN ITU NIK AJIS SANGGUP
MENGKAFIRKAN UMNO.

APA SUDAH BUTA NIK AJIS INI??? UMNO DI SAMAKAN
DENGAN KAFIR!!! KERANA
DENDAM NIK AJIS PADA UMNO SANGGUP NIK AJIS INI MENGKAFIRKAN SESAMA UMAT ISLAM
ITU SENDIRI.
UMNO DI CERCA DENGAN BEGITU HINA OLEH NIK AJIS INI.
SAMPAIKAN DIHASUT PENYOKONGNYA AGAR MENJADI TAKSUB SEHINGGAKAN SANGGUP
MENENTANG SESAMA UMAT
ISLAM.

DAP KAFIR YANG NIK AJIS TENTANG SEBELUM INI
TELAH MENJADI RAKAN SEPERJUANGAN NIK AJIS DALAM MEJAJAH MALAYSIA INI. NIK AJIS
SANGGUP MENGELUARKAN FATWA NYA AGAR PENGIKUTNYA MENDAMPINGI SI KAFIR DAP INI.
KIRA PAS DAN DAP PADA SEKARANG INI CIUM
MULUT LAH!!!

UMNO TERUS DITENTANG OLEH NIK AJIS SERTA RAKAN
KAFIRNYA DALAM DAP DAN PKR INI. MALAH PENGIKUT TAKSUB NIK AJIS INI YANG BERAGAMA
ISLAM DAN BANGSA MELAYU JUGA SAMA-SAMA MENENTANG UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU
DALAM PARTI UMNO. DENGAN BANTUAN ANWAR AL-JUBURI NIK AJIS BERJAYA DALAM
MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM DAN BANGSA
MELAYU
DI MALAYSIA INI.

NIK AJIS SUDAH SEMAKIN KEMARUK DENGAN DENDAM
NYA PADA UMNO. SEHINGGAKAN SANGGUP BERGABUNG DENGAN
DAP KAFIR YANG MENENTANG ISLAM.
MALAH PELIWAT RAKYAT ANWAR AL-JUBURI
JUGA DI DAMPINGI NIK AJIS INI. WALHALKAN NIK AJIS INI DULU CUKUP SUKA MEMAKI
HAMUN ANWAR AL-JUBURI INI.

NIK AJIS MENJADI
DALANG PERPECAHAN UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU
DI MALAYSIA INI. NIK AJIS
SANGGUP MENGAKIRKAN SESAMA UMAT DEMI DENDAM NYA PADA UMNO. NIK AJIS SANGGUP
BERSEKONGKOL DENGAN DAP KAFIR DEMI MATLAMATNYA. NIK AJIS
MENGHALALKAN APA YANG HARAM DALAM ISLAM ITU.

PADA AKU YANG SEORANG RAKYAT KELANTAN YANG MANA
KAMPUNG AKU SEBELAH KAMPUNG NIK AJIS INI AKU LAYAK MEMBERIKAN PENGHORMATAN PADA
NIK AJIS INI DENGAN GELARAN….

 


PEMUSNAH PERPADUAN
ISLAM

DAN BANGSA MELAYU

PERGI JAHANAM DENGAN
NIK AJIS

Petikan dari blog: Gomounited

Nick Ajiszz barangkali sudah terlupa atau nyanyuk sehingga lupa kisah silamnya dengan UMNO. Dek kerana kecewa tak dapat melobi jawatan, Nick Ajiszz masuk PAS. Kah kah kah kah, rupa-rupanya Nick Ajiszz ni ada dendam dengan UMNO.

Nick Ajiszz dah nyanyuk agaknya…

15 Komen


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan apakah peruntukan RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta kepada Kelantan bagi projek bekalan air bersih membuktikan kerajaan Pusat menganiaya negeri terbabit.

Menurut beliau, dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kerajaan Pusat menyekat bantuan kepada Kelantan adalah tidak berasas dan tidak sepatutnya dibangkitkan.

“Tidak benar. Dakwaan itu tidak berbangkit. Apa yang menjadi hak (kerajaan Kelantan) di bawah undang-undang dan Perlembagaan, kita tak pernah abaikan. Bukan saja Kelantan malah semua negeri dari segi geran peruntukan termasuk soal pembangunan terutama membina sekolah dan infrastruktur.

“Kalau hendak diikutkan, kalau kita tidak salurkan RM600 juta untuk pembekalan air bersih, orang Kelantan akan minum air kotor. Itu adalah bantuan Kerajaan Pusat dalam bentuk pinjaman mudah. Jadi soal kerajaan negeri tidak dibantu atau telah dianiaya tidak berbangkit,” katanya seperti dilaporkan kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Dialog Perkongsian Pintar di Uganda.

Beliau mengulas dakwaan bahawa Kerajaan Pusat menyekat bantuan kepada negeri itu dan menyifatkan ia sebagai melanggar peruntukan Perlembagaan.

Menurut Muhyiddin, dakwaan Nik Aziz tersebut tidak berasas kerana sejak sekian lama kerajaan Pusat tidak pernah menganiaya mana-mana negeri dan tetap menyalurkan bantuan serta peruntukan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan. – 28/7/2009

Sumber: Agenda Daily

Nick Ajiszz mungkin buat-buat lupa atau sebenarnya sudah nyanyuk. Dia pasti sudah lupa hutang Kerajaan Kelantan terhadap Kerajaan Pusat. Nick Ajiszz barangkali sudag nyanyuk. Orang yang nyanyuk tidak lagi layak menjadi pemimpin. Kalo Nick Ajiszz berbohong, bermakna Nick Ajiszz bukan ulamak, tapi ular la mak… Yang tahu cakap berbelit-belit. Sudah-sudah la tu Nick Ajiszz, ko marah sangat dengan UMNO, ko peluk la Lim Kit Siang hari-hari, aku tak marah pun. Ko main liwat-liwat dengan Anwar, aku tak marah. Tapi yang aku marah sekali, nko meliwat agama Islam. Depan nko buat lain, belakang nko buat lain. Insaflah Nick Ajiszz.

Older Entries