Berlagak Nak Mampus!! Buat Masjid Macam Tokong!!

Tinggalkan komen

Teresa Kok Berlagak Nak Mampus. Enggan Tutup Aurat Di Dalam Masjid

Korang tengoklah sendiri gelagat Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh yang BIADAP!! Main terjah masjid tanpa menutup aurat… Dah la tak mandi hadas… Main ikut sedap suka sahaja masuk masjid… Apa ko ingat masjid ni Tokong Buddha ker? Ko ingat masjid ni kuil hindu ker??

Inilah jadinya bila DAP ibarat kaduk naik junjung… BIADAP dan KURANG AJAR!! Inikah pemimpin yang dipuja-puja oleh PAS?? Jangan ko ingat ko ni Ahli Parlimen nko boleh sesuka hati masuk dalam masjid macam ko masuk rumah mak bapak nko!! Masjid ialah rumah Allah… Tempat suci orang Islam beribadah… Bukan tempat kafir nak tunjuk lagak!!

Di bawah ini adalah adab ketika hendak masuk masjid… Perhatikan bahagian yang eXception highlight ini…

1. Pakaian hendaklah sopan dan menutupi aurat.

2. Wanita mesti suci dari haid dan nifas. Wanita yang dalam keadaan haid dan nifas tidak boleh masuk ke dalam masjid, walaupun anda yakin tidak kebocoran.

3. Sesudah berwudhu, apabila hendak masuk pintu masjid hendaklah memberi salam kepada malaikat penjaga masjid.

4. Bacalah doa " Ya Allah aku memohon rahmat darimu." sambil berjalan memasukki masjid.

5. Lakukan solat sunat tahiyatul masjid 2 rakaat.

6. Tidak boleh bercakap-cakap ketika didalam masjid menuggu waktu. (Orang yang masuk kedalam masjid malaikat berselawat ke atasnya selagi dia tidak besuara atau bercakap-cakap)

7. Apabila selesai solat sunat hendaklah berdiam diri atau berdoa atau berzikir atau membaca al-quran. Ketika berdiam diri eloklah niat iktiqaf dalam rumah Allah (mendapat pahala mudah)

8. Kemudian anda hendak masuk baris atau saf untuk rsolat berjemaah, hendaklah masuk baris dari kiri saf dan naik ke kanan untuk merapatkan saf.

9. Lakukan solat berjemaah dengan tertib melakukan pergerakkan mengikut imam beberapa saat selepas dia melakukan pergerakan tersebut tidak boleh mendahuluinya.

10. Bacaan anda tidaklah boleh kuat hanya perlu dengar ketelinga anda sahaja. Tidak boleh kuat mengganggu makmum lain.

11. Seeloknya tidak boleh keluar dari tempat duduk sehingga imam selesai membaca doa.

12. Tidak boleh berniaga atau membincangkan hal bisness didalam masjid. Jika anda berniaga dalam masjid ada hadith mengatakan di jamin anda akan kerugian.

13. Berdoalah agar kita akan selalu suka datang ke masjid, " Ya Allah sangkutkanlah hatiku di rumah-Mu ini."

14. Ketika melangkah keluar hendaklah berdoa, " Ya Allah aku mengharap rahmat-Mu"

Nota: eXception nak tanya kepada puak-puak PAS, jika anda yakin nyonya ni bersih dan suci dari hadas, boleh beritahu bagaimana orang kafir harbi macam Teresa Kok ni mengangkat hadas besar?

Gereja Katholik seret Al-Islam ke balai

Tinggalkan komen

Roti suci yang diberi makan kepada penganut Kristian menjadi isu besar terhadap wartawan Al-Islam yang menyamar untuk menyiasat dakwaan wujudnya usaha memurtadkan gadis bertudung.

Dalam satu laporan polis minggu lalu terhadap majalah bulanan tersebut, dua penganut Kristian turut meminta roti putih itu dikembalikan kepada pihak gereja.

Dalam artikel “Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad” yang diterbitkan dalam edisi Mei lalu, roti tersebut diluahkan dari mulut penulis untuk diambil foto.

Dalam aduan Joachim Francis Xavier dan rakannya Sudhagaran Stanley di balai polis daerah Timur Laut, Pulau Pinang, tindakan wartawan lelaki tersebut juga dianggap menghina Katholik.

“Perbuatan dua lelaki ini iaitu meninjau di dalam gereja, menerima roti putih ini (daripada paderi), meludah keluar roti putih tersebut bagi tujuan mengambil gambar dan kemudian menulis mengenai pengalaman tersebut dalam majalah Al-Islam merupakan perbuatan yang amat menghinakan kepada umat Katholik dan berprovokasi,” aduan polis 8 Julai lalu dipetik.

“Kami juga meminta polis supaya pihak Al-Islam mengembalikan secepat mungkin roti putih tersebut kepada pihak atasan gereja.”

Mereka juga dilaporkan mendakwa perbuatan wartawan itu sebagai “pencerobohan” satu majlis keagamaan di gereja dan boleh dianggap mempermain-mainkan ajaran agama tersebut.

Joachim memberitahu Malaysiakini dalam program video “Citizen Journalism” semalam, wartawan itu hadir di gereja dengan tanggapan yang salah.

“Isunya ialah mereka mengintip tentang aktiviti gereja yang pada sangkaan mereka menjalankan aktiviti memurtadkan orang Islam tertentu kepada agama Kristian,” katanya.

“Jadi mereka datang dalam keadaan andaian yang salah, (dan membuat) laporan salah. Bukan itu sahaja malah mereka juga tidak memahami maksud tubuh Isa.”

Sementara Sudhagaran, ditemubual dalam video “Police report against Al-Islam”, berkata setelah membelek-belek majalah tersebut, beliau rasa terkejut dan marah dengan gambar roti suci di majalah tersebut sehingga mendorongnya dan Joachim membuat aduan polis.

Artikel Muhammad Ridhwan Abdul Jalil tentang pengalamannya di dua gereja, termasuk sebuah dekat Puduraya, dimuatkan di halaman 28-30 edisi Mei yang menfokuskan isu “Al-Islam Masuk Gereja Cari Gadis Bertudung Murtad”.

Bagaimanapun siasatan majalah tersebut tidak menemui isu murtad seperti khabar angin yang sering kedengaran dalam masyarakat Islam.

“Apa pun, sepanjang tinjauan yang dibuat, kami dapati dakwaan-dakwaan yang mengatakan ramai remaja Melayu dimurtadkan di gereja-gereja pada setiap hari Ahad tidak kami temui.

“Yang ada hanyalah mereka yang berwajah Melayu tetapi berasal dari Sabah yang menganut Kristian sejak lahir,” artikel itu dipetik.

Penulis turut memuji akhlak penganut Kristian di gereja.

“Sewaktu kami membuat tinjauan ini, kami berasa amat kagum melihat akhlak mereka yang hadir.

“Mereka sangat menghormati satu sama lain dan sangat mudah mesra kerana mereka sangat berpegang kepada konsep kasih sayang dan hormat menghormati,” tulis Muhammad Ridhwan.

“Mereka turut berjabat tangan dan diikuti dengan senyuman yang manis dengan kami apabila paderi memberi arahan ramah dan mesralah bersama saudara-saudaramu.”

Sumber: Malaysiakini

Ini satu lagi gerakan cuba memurtadkan pelajar-pelajar Islam. Bagi gereja tersebut tindakan wartawan Al-Islam menghina agama Katholik. Tetapi mereka tidak sedar, bahawa tindakan mereka memurtadkan pelajar-pelajar melayu beragama Islam lebih menghina Agama Islam. Mereka ingat negara Malaysia ni demokrasi, mereka boleh melakukan sesuka hati? Malah tindakan untuk menggunakan nama Allah dalam anutan mereka juga lebih jelas menghina Agama Islam. Marilah sama-sama kita menentang pemurtadan orang Islam.