Bodyguard Anwar Tak Puas Hati Kena Tangkap??

Tinggalkan komen

Bodyguard Anwar Tak Puas Hati Kena Tangkap??

Insiden panas mengaitkan pengawal peribadi Anwar ditahan Polis kerana mengacukan pistol terhadap orang awam menjadi isu besar semalam… Walaupun begitu pengawal peribadi Anwar seolah-olah tidak berpuas hati apabila ditahan Polis… Mana tak angin jika dia acu pistol, Polis tahan… Tapi bos dia acu pistol tak kena tahan Polis pun…

Sila klik fail sulit di bawah untuk melihat gambar-gambar selanjutnya… Awas!! 18SX!! Kanak-kanak bawah umur 18 tahun sila dapatkan nasihat dari China Doll terlebih dahulu… Ha ha ha ha ha!!

Click Me!!

Klik imej di atas…

Advertisements

Jenayah Meningkat Salahkan BN. Tapi Mereka Sokong Penjenayah.

Tinggalkan komen

Jenayah Meningkat Salahkan BN. Tapi Mereka Sokong Penjenayah.

Bila kes-kes jenayah meningkat, Pakatan Rakyat segera menuding jari kepada Barisan Nasional…

Mereka menuduh bahawa Barisan Nasional menjadi penyebab peningkatan kes-kes jenayah…

Pakatan Rakyat cuba ‘membasuh’ pemikiran rakyat untuk membenci Polis serta Barisan Nasional…

Tetapi pada masa yang sama… Mereka bersandiwara pula dengan bersimpati dan menyokong penjenayah…









Rakyat Malaysia tak perlu terpesona dengan sandiwara Pakatan Rakyat…

Sokongan mereka terhadap penjenayah tak pernah berubah…

Malah kalangan ahli dalam PR juga terdiri daripada PENJENAYAH!!

Lihatlah apabila melayu dibunuh oleh penjenayah dari kalangan ahli PR…

Adakah mereka akan bantu keluarga mangsa??

Adakah mereka bersimpati??

Adakah mereka mengutuk pembunuh tersebut??


Mereka di bawah juga adalah mangsa penjenayah…

Mahukah korang lihat ahli keluarga korang jadi begini??

Hanya polis yang mampu membenteras jenayah…

Tetapi Pakatan Rakyat juga membencikan pasukan Polis…

Malah ada yang mahu membunuh anggota Polis…

Bagaimana jenayah hendak kurang…

Pakatan Rakyat menyokong penjenayah…

Pakatan Rakyat juga memusuhi pasukan Polis…

Hanya penjenayah sahaja takut dan bencikan Polis…

Tak perlu terpedaya lagi dengan sandiwara demi sandiwara oleh Pakatan Rakyat…

Artikel Berkaitan: PDRM – Rakan Jenayah Si Mati Dakwa Polis Lepaskan Tembakan Ala Ala Filem Koboi.

Bakar Kekasih. Teman Lelaki Akhirnya Ditahan Polis.

Tinggalkan komen

Bakar Kekasih. Teman Lelaki Akhirnya Ditahan Polis.

KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju pada awal pagi 13 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata lelaki itu ditahan awal pagi ini di sebuah rumah panjang di Setapak Jaya.
“Suspek ditahan bersama seorang wanita,” katanya menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada BERNAMA, di sini.

Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan reman lima hari bermula hari ini.

Polis sebelum ini memburu Mohd Amir Mohd Anuar, 18, dari Taman Keramat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian itu, teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dipercayai menyimbah petrol ke tubuh gadis berkenaan sebelum membakarnya, menyebabkan mangsa terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan.

Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. – BERNAMA

Alhamdulillah… Akhirnya penjenayah kejam ini berjaya juga ditahan Polis… Harap muka je poyo… Perangai macam lahanat… Tahniah kepada PDRM kerana berjaya juga menahan penjenayah ini… Harap penjenayah ini diberi hukuman yang berat dan setimpal dengan perbuatannya itu…

eXception doakan semoga adik Nurul Firzanah kembali sihat dan berupaya meneruskan hidup secara normal…

Kereta Peronda Polis Langgar Orang?? Gambar Ini Buktinya…

8 Komen

Bukti Bergambar Kereta Peronda Polis Langgar Orang Semasa Riot Bersih 3.0

eXception malas nak ulas panjang-panjang… korang tengok sendiri la…

Nota: Dialog eXception sengaja tambah untuk mendapatkan kesan dramatik saat-saat demonstran Bersih menyelamatkan rakannya di bawah kereta… Kah kah kah kah kah kah!!

Panas!! Bagaimana Hendak Jadi Jutawan Segera??

Tinggalkan komen

Panas!! Tips Bagaimana Hendak Jadi Jutawan Segera!!


Di sini eXception nak bagi tips kat korang bagaimana cara hendak jadi jutawan segera… Dengan cara yang amat mudah… Tak perlu join mana-mana skim cepat kaya atau Multi Level Marketing semata-mata nak kaya… Tak perlu jual dadah jika nak cepat jadi kaya… Tak perlu membuat apa-apa pelaburan… Caranya amat mudah…

1) Cari sekatan jalanraya yang dibuat oleh Polis…

2) Bila sampai di sekatan jalanraya tersebut, pura-pura jatuh dari motor.

3) Bertengkar dengan Polis sambil mengatakan Polis menendang motor anda menyebabkan anda jatuh.

4) Upah seorang peguam. Pastikan peguam tersebut merupakan penyokong Pakatan Rakyat. Cipta drama dengan peguam kononnya anda ditendang oleh Polis dan anda mahu menuntut ganti rugi jutaan ringgit…

5) Berpakat dengan peguam dan adakan sidang akhbar. Panggil semua wartawan termasuklah Malaysiakini, Keadilan Daily, Harakah dan yang sewaktu dengannya… Ulang balik drama yang anda telah reka untuk mendapatkan simpati…

6) Tuntut jutaan ringgit dari Polis Di Raja Malaysia sebagai ganti rugi akibat jatuh dari motor kerana ditendang oleh Polis.

Nota: Taktik ini sedang popular sekarang… Cubalah….

Selamat Hari Polis Ke 204

Tinggalkan komen

Selamat Hari Polis Ke 204

Di sini eXception ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Polis kepada semua warga PDRM yang bertugas di mana sahaja. Tak kira yang bertugas di bawah terik mentari menjaga lalulintas, yang sedang membuat rondaan cegah jenayah serta yang sedang menjalankan operasi hari ini…

Walaupun Hari Polis, warga PDRM tidak pernah berehat dari menjalankan tugas… Tidak seperti Hari Guru, di mana guru-guru akan berehat dan diraikan oleh anak-anak didik mereka… Warga PDRM tidak pernah berhenti serta berehat menjalankan tanggungjawabnya walaupun satu hari… Bayangkan jika semua Polis di Malaysia bercuti untuk satu hari, semua tanggungjawab, tugas anggota Polis siapa yang akan pikul? Pada masa itu penjenayah akan bermaharajalela selama satu hari tanpa risau diberkas oleh Polis. Nak takut apa kan? Polis cuti?

Akan tetapi ramai yang mencemuh Polis… Terutama sekali kalangan pro-pembangkang, mereka mengeji dan menghina Polis… Akan tetapi apabila mereka menjadi mangsa kepada penjenayah, kepada siapa yang akan mereka laporkan? Adakah pada Balai Bomba? Balairaya? Ketua Kampung? Tok Batin? Sudah tentu Polis yang mereka dok hina dan kutuk itu juga yang akan mereka cari tanpa rasa segan dan malu walau sekelumit pun… Apa akan jadi pada Malaysia apabila ditakdirkan pada suatu hari Pasukan Polis dibubarkan? Adakah anda berasa gembira apabila tiada Polis maka amanlah Malaysia? Disebalik kegembiraan anda, ada yang LEBIH GEMBIRA… iaitu penjenayah… Mereka akan melakukan modus operandi mereka dengan aman dan tanpa rasa takut… Pembunuhan boleh berlaku di mana-mana, hatta di tepi jalanraya sekalipun… Nak takut apa, Malaysia sudah tiada penguatkuasa undang-undang… Itulah yang diharap-harapkan oleh rakyat Malaysia? Tanpa Polis Malaysia aman?

Apapun di sini eXception ingin mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada semua warga PDRM di seluruh Malaysia samaada yang sedang bertugas atau yang sedang pulang dari tempat kerja… Jasa anda semua amat dihargai… Tetapi pesan eXception, jangan gunakan tanggungjawab tersebut untuk bertindak sesuka hati seperti memeras ugut orang lain… Ingat, anda adalah adalah pasukan Polis Di Raja Malaysia… Bukan pasukan Polis Raja Di Malaysia

T. Murugiah Gelabah Puyuh

Tinggalkan komen

T.Murugiah Gelabah Puyuh Bila Dikaitkan Dengan Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati

Murugiah buat laporan polis kaitkannya dengan suspek utama kes Sosilawati

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah hari ini membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang beliau terima mengaitkannya dengan suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Beliau berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Pekan Baru, Ipoh berikutan SMS yang dihantar melalui telefon bimbit yang berbaur fitnah.

“SMS ini adalah fitnah terhadap saya yang sengaja mengaitkan saya dengan suspek utama pembunuhan kejam Sosilawati di mana SMS berkenaan tidak benar sama sekali,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata antara kandungan SMS itu berbunyi :”peguam yang kena tuduh dalam kes Sosilawati bercadang sertai MIC kata Murugiah yang juga kawan baik beliau. Peguam ini juga adalah salah seorang penasihat Timbalan Menteri berkenaan dalam kes ROS (Pendaftar Pertubuhan). Murugiah adalah rakan kongsi peguam dalam perniagaan di mana Murugiah dapat RM3 juta dalam urusan itu”.

Murugiah berkata suspek tersebut bukan peguam yang mengendalikan kes ROS seperti yang dinyatakan dan SMS itu sengaja dihantar bagi menjejaskan imej dan kedudukannya dalam politik dan sebagai Timbalan Menteri.

“Saya yakin SMS berkenaan kemungkinan dihantar oleh orang yang mempunyai kepentingan politik dan mendapat manfaat sekiranya karier politik saya dibunuh.

“Perkara ini amat serius bukan sahaja ia SMS fitnah terhadap saya tetapi juga penyebarannya boleh menjejaskan penyiasatan kes Sosilawati yang merupakan kes berprofil tinggi,” katanya.

Sebelum ini Murugiah ketika menziarahi keluarga Sosilawati mendedahkan pernah bertemu dengan suspek utama pembunuhan tersebut, iaitu peguam bergelar Datuk itu dalam satu majlis penyampaian sumbangan hari raya di Banting, Selangor pada 8 September lalu.

Pada majlis itu suspek turut menyatakan hasratnya kepada Murugiah untuk menyertai MIC.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berkenaan daripada Murugiah.

Beliau berkata setiausaha Timbalan Menteri berkenaan membuat laporan di Balai Polis Pekan Baru 10 pagi tadi.

“SMS berkenaan diterima ketika Timbalan Menteri itu menghadiri satu program di Teluk Intan (Perak) semalam,” katanya.

Selain itu, menurutnya satu laporan polis berkaitan perkara itu turut dibuat oleh setiausaha beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan semalam. – BERNAMA


Kah… kah… kah… Gelabah puyuh T.Murugiah gara-gara SMS fitnah yang diterimanya. Kenapa perlu gelabah kalau tak betul? Sedangkan Datuk Seri Najib tenang sahaja apabila dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya. Tak gelabah pun sampai nak report Polis.

Dulu muka dia ni la sibuk menuduh dan memfitnah Polis mengatakan Polis membelasah penjenayah bernama Kugan. Kemudian di arak keliling Malaysia cerita Polis belasah Kugan di dalam lokap. Memang muka tak tahu malu… Dulu fitnah Polis sekarang bila kena fitnah cuba mintak bantuan Polis pulak. Dasar muka tak tahu malu!!

Older Entries