Inilah Antara Sebab Mengapa AES Patut Diteruskan

Tinggalkan komen

Inilah Antara Sebab Mengapa AES Patut Diteruskan

Dah tengok video kat atas??

Apa pendapat korang dengan sikap semberono pemandu Alza ni??

Sudah la langgar lampu merah, lepas tu rempuh pula penunggung motorsikal…

Lepas tu bukan nak tengok keadaan penunggang motorsikal tu teruk ke tidak…

Dia terkam kereta dia dulu… Takut kereta kemek teruk…

Kalau tak nak kereta kemek teruk, jangan langgar orang…

Kalau tak nak langgar orang, patuhi lampu isyarat…

Inilah antara sebab mengapa AES memang sepatutnya dilaksanakan…

Tiada AES maka pengguna jalan raya sesuka hati melanggar lampu merah…

Terima kasih Datuk Michael Chong (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA) kerana merakam aksi bahaya pemandu Alza ini…

Advertisements

AES Akan Beroperasi Bermula Hari Ini

Tinggalkan komen

AES Akan Beroperasi Bermula Hari Ini


Smile!!! You are on candid camera!!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di 14 lokasi panas sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan di ibu negara berkuat kuasa esok.

Pelaksanaan kamera berteknologi tinggi itu merupakan fasa pertama yang terdiri daripada 10 lokas
i bagi merakam kesalahan memandu melebihi had laju dan empat lokasi lagi merakam kesalahan melanggar lampu isyarat.

Pelaksanaan AES adalah satu langkah serius kerajaan untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.

“Orang ramai harus melihat pelaksanaan AES sebagai cara untuk mendidik pengguna jalan raya, bukan untuk memberi lebih kuasa kepada JPJ untuk keluarkan saman,”

Pengguna jalan raya boleh mengetahui lokasi pemasangan kamera AES melalui papan tanda yang dipasang sebelum mereka memasuki zon operasi kamera tersebut. Kamera yang merakam kesalahan memandu melebihi had laju, papan tanda akan diletakkan dalam lingkungan dua kilometer dari lokasi kamera AES dipasang.

“Bagi kesalahan melanggar lampu isyarat pula, papan tanda akan dipasang dalam lingkungan 50 hingga 500 meter dari persimpangan lampu isyarat.

“Selain itu, orang ramai juga boleh merujuk senarai lokasi pemasangan kamera AES di laman web JPJ iaitu http://www.jpj.gov.my,”

Pemilik kenderaan yang menerima notis saman AES boleh mengajukan pertanyaan dengan menghubungi Pusat Kawalan AES di talian 03-7846 4400 bagi negeri Perak dan 03-7628 8268 untuk negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.


Lokasi AES seluruh Malaysia


Nota: Pemasangan sistem AES ini bukanlah mahu membebankan rakyat, tetapi ianya mahu mendidik rakyat supaya mematuhi undang-undang jalanraya. Sekurang-kurangnya ianya dapat mengurangkan lagi kes kemalangan akibat kenderaan dipandu melebihi had laju. Jika banyak berlaku kes kemalangan, kerajaan juga akan dipersalahkan. Bila kerajaan bertegas dengan penguatkuasaan undang-undang, kerajaan dikata zalim pula.

Apa Kejadahnya Seksyen 114A Ni!!?

Tinggalkan komen

Apa Kejadahnya Seksyen 114A Ni!!?

Berkuatkuasa 1 Jun 2012, Pindaan kepada Seksyen 114 (a) Akta Keterangan 1950 yang kini dikenali Akta Keterangan (Pindaan) 2012, akan diguna pakai untuk mendakwa individu yang dianggap bertanggungjawab menyebarkan fitnah atau dakyah yang boleh mengganggu gugat kebajikan atau privasi orang lain. Antara Pindaan kepada Seksyen 114 (a) Akta Keterangan termasuk ketetapan adalah seperti berikut:

Jika nama anda, gambar atau nama samaran dilihat di mana-mana penerbitan yang menggambarkan diri anda sebagai penulis, anda dianggap telah menerbitkan kandungan itu.

Jika paparan kenyataan diperoleh dari akaun Internet atau telefon anda, anda disifatkan sebagai penulis melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

Jika anda mempunyai kawalan atau jagaan mana-mana komputer yang menerbitkan mana-mana bahan, anda dianggap sebagai penulis melainkan ia dibuktikan sebaliknya.

Pergi jahanam la sama akta syok sendiri ni!!

eXception memang tak setuju sama sekali undang-undang berat senget sebelah ini dilaksanakan…

Apa kejadahnya!!

Kalau yang dok tabur fitnah tu Kim Jung Woo atau King Jason atau Jeneral Yakuza Ogawa

Diorang post pulak benda fitnah tu kat wall Facebook orang lain…

Pastu orang tu pulak yang kena taik diorang…

Mana adil macam ni!! Yang tukang tabur fitnah dok goyang kaki… Yang kena taik pulak kena dakwa??

Tak boleh jadi macam ni!!

Nota: eXception takkan menyertai Internet Blackout… eXception akan terus menulis… Lantak korang la kalo nak bergelap satu rumah sekalipun!!

Denda Yang Paling Murah Dalam Mahkamah…

Tinggalkan komen

Dafuq!! Tiga Penari Tarian Tiang Didenda RM 25 Sahaja??

SEREMBAN – Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.

eXception tak pasti apa sudah jadi dengan sistem mahkamah di Malaysia… Mengapa kesalahan dua orang Islam ini dirujuk ke mahkamah sivil?? Tidak di mahkamah syariah… Ini disebabkan terdapat unsur kemaksiatan di dalam kes ini… Undang-undang perlu digubal supaya kes-kes dari mahkamah sivil yang melibatkan maksiat, judi, khurafat yang melibatkan orang yang beragama Islam… Segera dipindahkan ke mahkamah syariah…

eXception faham dengan bidang kuasa mahkamah sivil adalah menyeluruh tidak mengira Islam atau tidak… Jika penari tarian tiang tersebut bukan beragama Islam dan didenda RM 25, eXception tidaklah endah sangat… Tapi jika melibatkan orang Islam… Ianya sesuatu yang memalukan… Apatah lagi hakim yang menjatuhkan hukuman ialah orang Islam sendiri…

Nampaknya undang-undang hudud, qisas dan taqzir sememangnya wajar dilaksanakan di Malaysia jika perkara ini masih berlaku lagi… Fungsi mahkamah syariah dilihat hanya terhad untuk hal berkaitan maksiat dan perceraian sahaja…

ISA Cuma Satu Nama. Yang Penting Ialah Pelaksanaan Undang-Undang Dan Keberkesanannya

Tinggalkan komen

Kecoh Bila PM Umum ISA Dimansuhkan

eXception sebenarnya malas nak mengulas panjang pasal pemansuhan ISA ni, sebab ianya sememangnya dinanti-nantikan oleh anjing-anjing kurap PR… Tetapi menghairankan apabila terdapat anjing-anjing PR ni masih dok menyalak lagi pasal ISA… Bukan dok menyalak pasal mintak mansuh ISA lagi… Tapi dok menyalak marahkan PM mansuhkan ISA… Ha ha ha ha ha… Malah ada kalangan blogger pro BN juga turut marahkan PM sebab pengumuman tersebut…

eXception tidak cepat melatah apabila mendengar pengumuman tersebut, kerana bagi eXception ISA hanyalah satu nama… PM bukan sahaja umumkan pemansuhan ISA… Malah umumkan undang-undang baru yang akan menggantikan ISA… Tak kisahlah apa nama undang-undang baru tu nanti… Letak sahajalah apa sahaja nama YAHYA ke, SAMAD ke, MAHMUD ke… Ianya cuma satu nama… Yang paling penting ialah undang-undang tersebut, bagaimana pelaksanaannya dan keberkesanannya…

Hanya orang yang berfikiran singkat marahkan PM, sebab tak berfikir secara analitik… Tetapi berfikir mengikut emosi… Apabila berfikir secara emosi, maka terhamburlah rasa tidak puas hati dan kecewa terhadap PM… Kita blogger pro BN tak perlu melatah dalam hal ini, kita hanya perlu tengok sahaja gelagat anjing-anjing PR dok melompat-lompat… Tak perlu kita terikut-ikut gelagat diorang…

eXception harap undang-undang yang baru ini berjaya mengekang elemen subversif pada masa akan datang. Oh ya, kepada PM kita Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak… eXception ingin memberikan cadangan agar jawatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri kita ini dimansuhkan… Biar hal-ehwal keselamatan dalam negeri diletakkan di bawah Perdana Menteri… Bukan di bawah seorang menteri pondan yang hanya tahu hunuskan keris…

Bravo!! Datuk Seri Najib!!

Mengapa Dr Mahathir Menolak Hudud PAS?

Tinggalkan komen

Beza Antara Hudud Allah dan Hudud PAS


Banyak persoalan berlegar-legar di pemikiran kita, mengapa Dr Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri menolak hukum Hudud. Sedangkan kita sudah jelas ianya hukum Allah dan termaktub di dalam Al-Quran. Jadi di sini aku ingin rungkaikan sedikit persoalan tersebut.

Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu:

1. Hudud
2. Qisas
3. Ta’zir

Dalam undang-undang syariah Malaysia, Qisas, Ta’zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta’zir

1. Hukum Hudud

Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

2. Qisas

Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan­kesalahan yang melibatkan hak individu.
Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

3. Diat

Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas @ Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan.
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.

4. Ta’zir

Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;

(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.

(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah. Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 utk menyediakan draf Hudud. Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya. Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan? Seperti dlm artikel Dato’ Safei Daud :


Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.

Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.

Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.

Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.

Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?

Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).
Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.

Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat. Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlm surat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan;



1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994


Permasalahan yg akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Seperti artikel Dato’ Safei Daud lagi menyatakan:
Satu perkara yang berupa prinsip paling penting ialah hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak. Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi “…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.”
Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan’ yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan. Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan. Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.


eXception: Kesimpulannya di sini ingin aku nyatakan ialah Hudud Allah dengan Hudud PAS berbeza. PAS mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud PAS adalah Hudud Allah. Menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah. Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu. Jelaslah PAS memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Dr Mahathir menolak Hudud PAS.

Nota: Terima kasih, Jessnor Eina Jizat atas artikel di dalam Facebook beliau: Why Hide Behind A private Message?

Rujukan lain:


http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2454


http://www.youtube.com/watch?v=A7Zg9waZV3g


http://www.islam.gov.my/e-rujukan/mahkamah.html