Ayuh Kita Boikot Produk Keluaran Bumiputera!!

Tinggalkan komen

Ayuh Kita Boikot Produk Keluaran Bumiputera!!

Ramai yang sibuk nak memboikot produk tudung Al-Humaira ini disebabkan tindakan syarikat tersebut menamatkan kontrak Abby (Yang Bangang) Abadi tanpa mengetahui atau menyelidik puncanya. Mereka hanya mempercayai kata-kata Abby (Yang Bangang) Abadi kononnya kontraknya ditamatkan disebabkan dia masuk PAS… What a joke!!

Mari kita lihat pula kenyataan Al-Humaira Contemporary…

MAKLUMAN : Mungkin sesetengah daripada anda dah tahu isu yg melibatkan Al-Humaira’ Contemporary (AHC) dan juga seorang artis yg baru beberapa bulan bertudung yg juga merupakan bekas duta AHC. Sampaikan dah mendapat liputan media yg agak luas…

Apa yg boleh kami katakan buat masa sekarang, kami amat sedih dgn apa yg berlaku dan terkilan kerana dituduh pelbagai pihak dgn kata2 kesat, cacian dan ugutan yg langsung tak menggambarkan keindahan Islam yg mereka perjuangkan. Amat tidak adil untuk kami kerana mereka langsung tidak tahu pokok pangkal dan sebab musabab kenapa kami mengambil tindakan untuk menamatkan kontrak artis tersebut…

Tindakan utk menamatkan kontrak beliau tiada kaitan dgn penolakan kami kpd ajaran Islam ataupun menolak konsep rezeki Allah seperti yg diperkatan oleh pengikut beliau. Cuma objektif sebenar kontrak yg telah kami tandatangani sebenarnya tidak mencapai matlamat spt yg kami harapkan & pihak kami sebenarnya berhak mengikut undang2 utk menamatkan kontrak pada bila2 masa as we deem fit according to situation / circumstances. Itu ialah hak kami dan kami berharap semua pihak boleh respect keputusan ini.

Harap maklum. Jika anda ada sebarang komen, komenlah dgn akhlak dan kata2 yg baik. Terima kasih. 🙂

Hanya disebabkan ditamatkan kontrak, maka Abby (Yang Bangang) Abadi telah mengalami sindrom meroyan tahap melampau hingga mempolitikkan isu penamatan kontrak tersebut. Al-Humaira mempunyai hak untuk menamatkan kontrak mana-mana duta mereka sekiranya Al-Humaira sendiri berdasarkan situasi tertentu. Mengapa Abby (Yang Bangang) Abadi perlu meroyan?? Sebab hubungan antara Al-Humairan dengan Abby (Yang Bangang) Abadi adalah hubungan majikan dan pekerja.

Sekiranya pekerja tidak melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, maka majikan berhak menamatkan kontrak pekerja tersebut. Abby (Yang Bangang) Abadi tak perlu BUTTHURT secara berlebihan, sebab Abby (Yang Bangang) Abadi sudah tandatangan kontrak tersebut…

Senang cerita macam ni la… Jika Abby (Yang Bangang) Abadi tidak puas hati dengan penamatan kontrak tersebut dan merasakan teraniaya, upah seorang peguam dan cuba saman Al-Humaira Contemporary sebanyak 1 Juta ke… 2 Juta ke… Ini cabaran eXception kepada Abby (Yang Bangang) Abadi… Ada berani?? Gerenti Abby (Yang Bangang) Abadi takkan berani punya… Sebab dia sendiri faham isi kandungan kontrak dan dia sendiri yang tandatangani kontrak dan dia juga yang melanggarkan kontrak. Abby (Yang Bangang) Abadi kena diri sendirilah apa yang menyebabkan kontrak terbatal…

Jadi kepada rakyat Malaysia terutama sekali bangsa melayu sekelian… Ayuh kita memboikot produk bumiputera Islam… Teruskan menyokong produk kafir harbi dan kafir zimmi… Kita jatuhkan ekonomi orang Islam dan kita bantu naikkan ekonomi orang kafir… Bila ekonomi orang melayu Islam punah ranah dan bangsa melayu merempat… Kita salahkan sahaja UMNO… Mudah bukan??

At Last!! Blogger Gila Resign Juga…

1 Komen

At Last!! Blogger Gila Resign Juga…

Kah kah kah kah!! Akhirnya blogger gila apa mengundurkan dirinya dari dunia blogging… Lepas kena bantai kiri dan kanan… Mungkin disebabkan BUTTHURT yang melampau, akhirnya blogger gila ni mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari dunia blogging dan komuniti blogger…

Tapi… Boleh percaya ke lakonan dia ni?? Keh keh keh keh… Mana la tahu disebalik pengumuman tu cuma sekadar hendak meredakan hentaman bertalu-talu komet Halley-Berry berperisa Strawberry tu?? Siapa tahu?? Hanya dia dan BOSS dia sahaja yang tahu…

Imej di atas merupakan header baru blog Aku Peduli Apa… Kononnya sudah bertukar admin baru… Ha ha ha ha ha… eXception harap, lakonan hang berjaya laa….

Panas!! MyVi Dijual Di Israel??

1 Komen

Panas!! MyVi Dijual Di Israel??

Mohd Sayuti Omar tak habis-habis dengan fitnah… Bulan Ramadhan pun nak fitnah… Tengoklah kenyataannya di bawah ini berkenaan gambar di atas…

Cuba perhatinkan gambar kereta yang ditanda dengan bulatan merah itu. Apakah itu bukan Myvy… kereta keluaran Produa yang terhebat di Malaysia. Para penggemar automobil Malaysia berbangga dengan kereta ini ia adalah buatan Malaysia. Kalau kita setuju dengan dakwaan itu, persoalan timbul apakah Malaysia menjadi pengeksport Myvy ke luar negara termasuk negara Yahudi Isreal yang kita benci kononnya? Gambar ini dirakam di satu persimpangan jalan di Israel.

Menurut amalan negara Zinois itu plat berwarna kuning adalah kereta milik orang Yahudi, manakala berwarna putih bukan Yahudi. Kereta yang sama jenis dengan Myvy ini platnya berwarna kuning?
Mungkin sesiapa ada idea untuk memberi jawaban untuk menafikan Malaysia bukan mengeksport Myvy ke Israel atau lebih tepat lagi tidak berdagang dengan Israel seperti dinafikan. Wasalam.

Mungkin Mohd Sayuti Omar dilahirkan untuk memperbodohkan dirinya atau memperbodohkan orang lain… Kenderaan di atas bukan Perodua MyVi… Berdasarkan design belakang, ianya jelas ialah Daihatsu Boon…



Di bawah ini barulah MyVi…





Nak fitnah tu beragak la sikit… Lain kali selidik dulu sebelum sebar fitnah…

Satu lagi nak beritahu… Perodua TIDAK PERNAH MENCIPLAK DESIGN dari pengeluar lain seperti Daihatsu dan Toyota… CIPLAK bermaksud menggunakan design kereta tanpa kebenaran… Tetapi Perodua sudah mempunyai perjanjian dengan Daihatsu dan Toyota untuk menggunakan design kedua-dua pengeluar itu untuk produk keluaran Perodua. Jika tidak, sudah lama Perodua sudah diheret ke Mahkamah kerana melanggar Akta Hakcipta…

Kepada Mohd Sayuti Omar… Len kali nak fitnah tu, biarlah nampak REAL…

Sumber Fitnah: Mohd Sayuti Omar Wall Photos

Hari Kemerdekaan Ke 55 Tiada Logo Rasmi?

Tinggalkan komen

Hari Kemerdekaan Ke 55 Tiada Logo Rasmi?

Lepas satu… satu kontroversi yang dibuat oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim ni… Naik berpinar mata eXception… Kali ni buat pertama kalinya sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 tidak ada logo rasmi… Dafuq is this??

Sudah lah lagu tema Hari Kemerdekaan ke 55 pulak macam hampeh… eXception rasa sepatutnya lagu tema hari Kemerdekaan terbaik pernah eXception dengar ialah, lagu Keranamu Malaysia yang dicipta oleh Pak Ngah dan Siso Kopratasa. Yang mana lagu ini liriknya mudah dan puitis. Malah budak tadika pun boleh menyanyikannya… Entah mengapa seolah-olah Malaysia ni dah ketandusan penggubah lagu sampai lagu tahap sampah dijadikan lagu tema Hari Kemerdekaan… Malah lagu tema Hari Kemerdekaan ke 55 pula menjadi bahan jenaka orang-ramai… Shame on you!!

Nampaknya sudah sampai masa Datuk Seri Utama Rais Yatim mengundurkan diri dan memberikan peluang kepada orang yang lebih kreatif menggantikan Datuk Seri Utama Rais Yatim… Bila otak dah berkarat… Pemikiran sudah tak kreatif, maka terhasilah perkara yang merapu-rapu…

Molek La… Sorang Gila… Sorang Lagi Mabuk Dadah…

Tinggalkan komen

Blogger A.P.A Tinggalkan UMNO?? Ada Aku Kesah??

Haa… Molek la tu… Dua-dua kawan baik kan??? Sorang gila… Sorang mabuk dadah… Siapa tak kenal dengan blogger taik dadah, Uncleseekers… Segala apa melintas depan dia dikatakan hantu… Kucing melintas dikatanya toyol melintas… Ayam berkokok atas pokok dikatanya langsuir mengilai atas pokok… Biasalah bila otak dalam pengaruh dadah… Macam-macam boleh nampak… Benda yang tak wujud dikatakan wujud…


Program bual-bicara antara Uncle dengan Dr Fadzilah Kamsah jelas menunjukkan kebodohan Uncle

Uncle mengamuk bila ditanya isu penipuan rancangan Seekers

Selepas membernya si Uncle sudah kena tahan sebab positif dadah, Azmi si blogger gila nak propa pulak… Kononnya dia nak tinggalkan UMNO…

Satu pertanyaan aku buat Azmi… MASA BILA HANG JADI AHLI UMNO!!?? MASA BILA HANG DILANTIK JADI BLOGGER UMNO?? HANG CUMA BLOGGER UMB!!

Sudah-sudah la meroyan Azmi oii… Walaupun hang tua dari aku, tapi aku juga ada hak menegur serta mengecam perangai meroyan hang… Masa bila hang menyebelahi UMNO?? Banyak artikel dalam blog hang yang ditulis sedap tekak… Tak sudah-sudah merapu… Aku tau hang cuma ‘anjing belaaan’ untuk dijadikan senjata tuan hang meraih populariti dalam parti dan diarahkan untuk menggigit sesiapa sahaja yang cuba menggugat tuan hang tu… Kirim salam la kat tuan hang tu…

Oh ya… Satu lagi… Aku nak cakap… MAHKOTA TOP BLOGGER PRO BN sejak awal lagi adalah milik Papa Gomo… Hang toksah berangan la bila hang mengaku dapat mahkota tu… Masa bila hang jadi blogger Pro BN?? Aku sendiri tak mengaku hang ni blogger pro BN… SEDARLAH DIRI TU SIKIT!!! Hang cuma ada MAHKOTA BLOGGER GILA NOMBOR 1 sahaja!!

Jadi… Hang nak tinggalkan BN ke… UMNO ke… ADA AKU KESAH?? Hang kena terima hakikat… Hang bukan blogger BN… Bukan blogger UMNO… Kami takde blogger gila macam hang ni…

Sumber: Lagi Bloggers Pro Umno Tinggalkan Umno

Nota: Artikel ditulis pada jam 12:56 pagi dan diset autopublish jam 8.00 pagi

Duit Raya Untuk Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan

Tinggalkan komen

Datuk Seri Najib Umum Pemberian Bonus Raya Kepada Kakitangan Awam Serta Insentif Untuk Pesara Kerajaan

KUALA LUMPUR 25 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. – BERNAMA


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT… Terima kasih Datuk Seri Najib atas pemberian bonus raya untuk kami semua kakitangan awam… Malah pemberian insentif raya kepada pesara kerajaan juga amat dialu-alukan…

Inilah sebenar-benarnya kerajaan berkebajikan yang menepati janjinya… Tidak seperti kerajaan PR yang hanya pandai menabur janji tapi banyak yang tidak ditepati… Semoga Allah memberikan berkali-ganda rahmat kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib dan keluarga…

Panas!! Menteri Tukar Profession Jadi Tukang Kipas??

Tinggalkan komen

Panas!! Menteri Tukar Profession Jadi Tukang Kipas??

Al-kisahnya… Nak dijadikan cerita…

Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dikatakan telah menukar professionnya…

Benarkah ura-ura yang sedang bertiup kencang ini??

Petang tadi eXception menyaksikan sendiri…

Datuk Seri Ismail Sabri, telah menukar profession sebagai tukang kipas…

Apa kes Datuk Seri?? Dah boring ke jadi menteri??

Jom terjah!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sebenarnya Datuk Seri Ismail Sabri membuat lawatan ke Bazar Ramadhan di Presint 2, Putrajaya. Sambil melawat tu, beliau mengambil kesempatan beramah-mesra dengan peniaga dan pengunjung bazar Ramadhan ini…

Kebetulan semasa hendak membeli juadah untuk berbuka, eXception terserempak dengan Datuk Seri Ismail Sabri. Maka kesempatan yang ada, eXception rakamkannya…

Older Entries