Pakej Komunikasi Belia – Senarai Telefon Pintar Di Bawah Harga RM 500

Tinggalkan komen

Pakej Komunikasi Belia – Senarai Telefon Pintar Di Bawah Harga RM 500

Seperti yang anda semua sedia maklum, bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mewar-warkan tentang Pakej Komunikasi Belia yang mana pemberian rebat atau lebih mudah jika disebut sebagai diskaun sebanyak RM 200 kepada pembelian telefon pintar yang berharga RM 500 ke bawah.

Mungkin ramai yang tidak berpuas hati dengan had harga telefon pintar tersebut. Memandangkan ramai kalangan belia bercita-cita untuk memiliki iPhone 5 ataupun iPad 4… Bagaimanapun, dengan pengumuman SKMM itu, telah menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir belia…

Mungkin bagi mereka, telefon pintar berharga RM 500 ke bawah tidak banyak pilihan. Malah ada yang beranggapan telefon pintar di bawah harga RM 500 tidak berbaloi untuk dimiliki, kerana spesifikasinya yang rendah… Bagaimanapun tidak semua telefon pintar tersebut tidak berbaloi untuk dimiliki…

Di sini eXception senaraikan telefon pintar berjenama yang berharga RM 500 ke bawah… Harga yang dipaparkan di bawah ini kemungkinan berbeza dengan harga semasa, tetapi boleh dijadikan bahan rujukan… Kemungkinan telefon pintar yang dipaparkan sudah tiada di pasaran…

1 Januari 2013 nanti, barulah SKMM akan keluarkan borang permohonan Pakej Komunikasi Belia ini. Syarikat yang terlibat kemungkinan besar ialah SenQ dan Sen Heng…

eXception tidak bertanggungjawab atas sebarang perbezaan harga antara harga yang dipaparkan dan harga sebenar.

Nota: AP – Adalah untuk telefon yang mempunyai waranti kedai sahaja, manakala Ori pula adalah telefon yang mempunyai waranti pengedar sah… Harga AP set dan Ori set adalah berbeza… Harga AP set lebih murah dari Ori set… Walaupun pengilangnya sama…

Advertisements

Info – Maklumat Banjir Pantai Timur Terkini

Tinggalkan komen

Info – Maklumat Banjir Pantai Timur Terkini

Berikut adalah maklumat yang eXception perolehi dari portal banjir Majlis Keselamatan Negara dan portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran. Di bawah ini merupakan statistik keadaan banjir di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang).

Berikut adalah keadaan paras air sungai-sungai di dalam negeri Pantai Timur…

Untuk laporan banjir terkini dan semasa sila ke halaman ini: Maklumat Terkini Dan Semasa Amaran Banjir Seluruh Malaysia

Sistem Perparitan Sempit Dan Tidak Terurus Punca Banjir Kilat Di Kuantan?

Tinggalkan komen

Sistem Perparitan Sempit Dan Tidak Terurus Punca Banjir Kilat Di Kuantan?

Banjir kilat yang melanda bandar Kuantan petang semalam merupakan kejadian kedua selepas perkara yang sama berlaku pada Disember tahun lepas. Kedudukan Bandar Kuantan yang terletak di tepi Sungai Kuantan adalah satu perkara yang mustahil perkara ini boleh berlaku kecuali paras air Sungai Kuantan naik hingga ke atas.

Akan tetapi banjir yang berlaku semalam mungkin berpunca dari sistem perparitan yang tidak sempurna dan terlalu sempit untuk menampung jumlah hujan yang turun semalam. Sepatutnya Majlis Perbandaran Kuantan belajar dari peristiwa yanga berlaku pada tahun yang lepas. Sistem perparitan perlu dipastikan tidak tersekat dengan sampah sarap.

Selain itu Jabatan Pengairan dan Saliran juga perlu mengambil inisiatif untuk membuat sistem perparitan yang lebih besar untuk menampung jumlah hujan jika berlakunya banjir. Dengan kedudukan Pusat Bandar Kuantan di kawasan yang landai, memudahkan lagi banjir berlaku.

Parit besar yang terdapat di tengah bandar masih tidak cukup besar. Satu inisiatif perlu dilakukan segera untuk membina parit yang lebih besar atau sistem terowong banjir yang mengalirkan air terus ke Sungai Kuantan. Tidak perlu dibina sebesar terowong SMART. Cukup sekadar ianya memudahkan aliran air dari parit terus mengalir ke dalam Sungai Kuantan…

Diharap kejadian banjir kilat ini tidak lagi berlaku di Kuantan pada tahun hadapan. Sepatutnya MPK perlu belajar dari peristiwa yang lepas. Jangan diulang lagi perkara ini pada tahun hadapan.

Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen Kuantan juga gagal memainkan peranan yang penting bagi memastikan Bandar Kuantan bebas dari banjir kilat. Jangan asyik sibuk dengan demonstrasi di sana-sini sehingga tugas sebenar anda diabaikan. Untuk apa anda dipilih oleh rakyat?? Adakah untuk berdemo siang dan malam?? Adakah untuk meraih mileage politik?

Selamat Hari Natal 2012

Tinggalkan komen

Selamat Hari Natal 2012

eXception ucapkan Selamat Hari Natal buat semua penganut agama Kristian seluruh Malaysia…

Mungkin ramai yang terkeliru dengan persoalan mengenai ucapan Hari Natal yang dikatakan boleh menjejaskan akidah…

Berikut adalah penjelasan berkaitan hukum menyampaikan ucapan Selamat Hari Natal…

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Maklumat Terkini Dan Semasa Amaran Banjir Seluruh Malaysia

Tinggalkan komen

Maklumat Terkini Dan Semasa Amaran Banjir Seluruh Malaysia

Ketahui status keadaan paras air sungai dan keadaan hujan yang terkini melalui Twitter Public Info Banjir… Status sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0];if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=”//platform.twitter.com/widgets.js”;fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,”script”,”twitter-wjs”);

Maklumat Perkembangan Banjir Untuk Seluruh Negeri Dalam Malaysia

Tinggalkan komen

Maklumat Perkembangan Banjir Untuk Seluruh Negeri Dalam Malaysia


Gambar sekadar hiasan

Berikut adalah maklumat tentang banjir di negeri-negeri seluruh Malaysia…

Berikut adalah senarai jalan yang ditutup akibat banjir di seluruh negara. Hanya Terengganu dan Kelantan mengalami penutupan jalan akibat banjir buat masa ini.

Amaran!! Pantai Timur Mula Dilanda Banjir!!

Tinggalkan komen

Amaran!! Pantai Timur Mula Dilanda Banjir!!

Amaran hujan lebat peringkat jingga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi semalam untuk semua negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) manakala amaran peringkat jingga dikeluarkan untuk negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Daerah Mersing dan Kota Tinggi).

Di bawah adalah rekod bacaan jumlah hujan yang turun pada tengah malam 24 Disember 2012 di negeri-negeri berikut…

Kelantan

Terengganu

Pahang

Untuk negeri Johor pula hanya di Endau/Mersing dan Kota Tinggi sahaja mencatatkan rekod sebanyak 150 ke atas.

Sebagai persediaan menghadapi banjir. Bagi mereka yang berada di kawasan rendah dan biasa dilanda banjir, sila pastikan rekod-rekod diri anda dan keluarga disimpan dengan baik dan perlu di bawa bersama ke pusat pemindahan banjir sekiranya diarahkan berpindah.

Pastikan barangan elektrik anda diletakkan ditempat yang tinggi, seperti di atas almari atau loteng, bagi mengelakkan kerosakan yang besar.

Patuhi arahan untuk berpindah ke pusat pemindahan. Jangan menangguhkannya hingga ke saat-saat akhir di mana ketika paras air mulai meningkat mendadak.

Older Entries