Sampai Bila Rakyat Kelantan Terus Ditipu Kerajaan Kelantan??

Tinggalkan komen

Sampai Bila Rakyat Kelantan Terus Ditipu Kerajaan Kelantan??

Pagi tadi berlangsung perhimpunan oleh anak Kelantan yang memakai baju merah di hadapan Istana Keadilan Putrajaya bagi menuntut royalti petroleum dari Kerajaan Persekutuan. Bilangan yang hadir tidak seramai mana, adalah dalam kira-kira 200 orang.

Di bawah ini adalah antara gambar-gambar yang eXception sempat ambil pagi tadi…

Inilah salah satu contoh ajaran Islamn ala PAS… Main redah je… Tak kaji betul-betul simbol tangan ni simbol apa… Bila dikatakan bodoh, naik angin… Lepas tu mewariskan anak-anak dengan kebodohan kita… Maka anak pun ikut bodoh macam mak bapak dia… Lepas tu mak bapak marah-marah bila anak bodoh macam lembu padahal merekalah yang mencorakkan anak mereka menjadi bodoh dan tolol… Jangan salahkan cikgu bila anak jadi bodoh, salahkah ibu yang mengajarnya jadi bodoh…

Untuk mengetahui simbol apakah ini, sila baca artikel ini: Elemen Kristianisasi Meresap Ke Dalam PAS??

eXception sempat bersembang dengan seorang pakcik kat sana… Bersemangat sungguh dengan berpakaian merah dan bendera Kelantan dililit kat leher… eXception sempat juga bertanya kat pakcik tu kot-kot dia faham pasal isu petroleum ni… Rupanya langsung tak tau yang petroleum yang digali berada jauh dari perairan Kelantan… Selama ni dia ingat petroleum tu berada dalam perairan Kelantan… eXception tambah lagi soalan… Kenapa tak tuntut royalti balak dengan emas kat kerajaan Negeri Kelantan?? Rasanya rakyat Kelantan juga mempunyai hak untuk menuntut royalti balak dengan emas… Terkedu orang tua tu bila diajukan soalan macam tu… eXception jolok lagi… Kenapa pakcik tak pergi tuntut air bersih kat Kelantan? Saya kesian tengok rakyat Kelantan minum air karat dan berlumpur… eXception tengok, air muka orang tua tu berubah…

Selama ini rakyat Kelantan ditipu hidup-hidup oleh Kerajaan mereka sendiri… Mereka ditipu kononnya Kerajaan Persekutuan tak pernah salurkan peruntukan, sedangkan berbilion disalurkan kepada Kelantan setiap tahun… Persoalan sekarang, kemanakah duit peruntukan tersebut pergi??

Artikel Berkaitan: Menuntut Hak Rakyat Atau Hak Poket Sendiri???

Advertisements

Antara Royalti Minyak Dan Air Bersih. Mana Pilihan Rakyat Kelantan??

Tinggalkan komen

Antara Royalti Minyak Dan Air Bersih. Mana Pilihan Rakyat Kelantan??

Isu royalti minyak sentiasa dibangkitkan PAS walaupun mereka sedar hakikatnya mereka tidak layak menuntutnya dari segi perundangan.

Malah PAS telah menjaja kononnya royalti minyak ini adalah hak rakyat…

Bukan sahaja PAS, malah Ku Li pun turut tumpang sekaki seronok mengencing rakyat Kelantan…

Tapi hakikatnya yang naaaakkkk sangat royalti tu bukan rakyat Kelantan…

Tetapi yang naaakkkk sangat ialah pemimpin PAS Kelantan umumnya…

Mereka sudah tidak boleh mengharapkan duit hasil balak lagi sebagai dana menampung kempen PRU 13 nanti…

Malah duit dari hasil tabung derma pun banyak disonglap oleh pemimpin-pemimpin PAS…

Lihat sahaja pemimpin PAS semuanya mewah… Ada yang mampu memandu kereta Mercedes, Alphard dan BMW…

Yang kemaruk duit royalti minyak tu diorang sahaja…

Tetapi sungguh menghairankan PERKARA YANG PALING PENTING SEPATUTNYA MEREKA LAKUKAN…

Iaitu menyediakan bekalan air bersih yang secukupnya kepada rakyat Kelantan…

Mereka gagal melakukannya… Tetapi mereka cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada royalit minyak…

Bijak bukan??

Bagi mereka isu air bersih perlu diketepikan… Mereka mahukan duit royalti minyak…

Duit tu nanti bukan disalurkan terus kepada rakyat, tetapi akan melalui kerajaan PAS Kelantan jugak…

Derma untuk pembinaan lebuhraya sudah mencapai jutaan ringgit…

Tapi bayang jentera untuk membina lebuhraya rakyat tak kelihatan langsung…

Yang boleh kedengaran nun dalam hutan ialah bunyi gergaji berantai yang rakus membaham batang kayu…

Semua hasil balak masuk ke dalam poket pemimpin PAS…

Ada ke kerajaan PAS Kelantan agih-agihkan duit balak tu kat rakyat??

Sorry naik lori la kalau nak diberi kat rakyat…

Jadi kepada rakyat Kelantan… Pilihan di tangan anda…

PRU 13 nanti pakat undi Barisan Nasional…

Biar Barisan Nasional kembali mentadbir Kelantan…

Jangankan air bersih… Royalti minyak pun kerajaan boleh bagi terus kepada rakyat…

Tak perlu risau ianya disonglap oleh pemimpin PAS lagi…

InsyaAllah!!

Kerajaan BN Zalim… RON 97 Turun 20 Sen…

Tinggalkan komen

Kerajaan BN Zalim… RON 97 Turun 20 Sen…

Kezaliman Kerajaan Barisan Nasional hari ini didedahkan…

Berkuatkuasa hari ini, petrol RON 97 turun sebanyak 20 sen, menjadikan harga petrol tersebut turun kepada RM 2.60 sen seliter.

Zalim sungguh Kerajaan Barisan Nasional…

Sudah lah bulan yang lepas RON 97 turun sebanyak 10 sen…

Hari ni turun lagi??

Memang zalim… Lepas ni eXception nak pangkah PAS laa…

RON 95 VS RON 97: Mana Yang Mudah Terbakar?

2 Komen

Eksperimen: Benarkah Petrol Ron 95 Lebih Mudah Terbakar?

Banyak pendapat dari yang kurang pakar mengatakan jika kenderaan anda menggunakan petrol Ron 95, risiko kenderaan anda untuk terbakar adalah tinggi berbanding penggunaan petrol Ron 97. Benarkah pendapat ini?

Hari ini eXception nak ajak korang semua buat satu ujikaji sains… Kita nak membuktikan benarkah petrol Ron 95 lebih mudah terbakar berbanding petrol Ron 97… Mula-mula korang dapatkan dua buah tong plastik untuk mengisi minyak. Pergilah ke stesen minyak paling hampir… Tak kiralah Petronas ke, Esso ke, Mobil ke, Shell ke… Satu tong anda isikan penuh dengan petrol Ron 95, manakala satu tong lagi isikan penuh dengan petrol Ron 97. (Ujikaji ni perlu guna duit sendiri. eXception takkan menanggungnya)

Kemudian, anda balik rumah dan dapatkan kenderaan anda (seeloknya kereta). Curahkan atau siram petrol Ron 95 di bahagian hadapan kenderaan anda dan petrol Ron 97 pula di bahagian belakang kenderaan anda… (rujuk gambar di bawah)

Setelah habis petrol anda siram, kemudian dapatkan mancis. Jangan gunakan pemetik api… Nyalakan mancis, kemudian cucuh pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan anda, kemudian anda duduk sebentar sambil menikmati teh ais dan roti bakar sambil menyaksikan eksperimen sedang berjalan…

Sekiranya hanya bahagian hadapan kereta anda yang terbakar ini jelas membuktikan bahawa petrol Ron 95 sememangnya mudah terbakar dan tidak digalakkan untuk diisi ke dalam kenderaan anda. Akan tetapi sekiranya kedua-dua belah depan dan belakang terbakar, ini membuktikan bahawa kedua-dua petrol Ron 95 dan Ron 97 adalah mudah terbakar…

Teruskan menikmati teh ais sambil mengalirkan air mata melihat kenderaan anda terbakar. Peringatan: eXception tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa atas eksperimen ini. Sila dapatkan tunjuk ajar serta nasihat dari orang yang lebih dewasa…

Eksperimen ini dijalankan untuk menutup mulut pihak-pihak yang bukan pakar dalam bidang enjin dan petrol berkenaan petrol Ron 95 adalah petrol mudah terbakar. Hakikatnya semua bahan api berunsur petroleum adalah BAHAN MUDAH TERBAKAR!!

Sila rujuk artikel di bawah untuk mendapatkan cerita yang lebih lanjut:

Teori Konspirasi Mengenai RON 95
Honda City Yang Terbakar Itu Menggunakan Petrol RON 97
Lori Yang Terbakar Ini Menggunakan Diesel

Kredit: Ondscene.my

Kenaikan Harga Petrol Dan Kesannya Terhadap Sokongan BN

1 Komen

Harga Petrol Naik 5 Sen. Sokongan Rakyat Terhadap BN Dijangka Akan Menurun?

Sewaktu dunia belum pulih dari kelembapan ekonomi. Sewaktu rakyat Malaysia masih belum ada yang melepasi garis kemiskinan. Sewaktu gaji kakitangan awam masih lagi berada ditahap cukup makan. Sewaktu peniaga-peniaga tamak menaikkan harga barangan sesuka hati. Dan pada ketika itulah DS Najib mengumumkan sesuatu yang bakal memberi implikasi terhadap sokongan rakyat terhadap beliau.

Pengumuman tentang kenaikan harga petrol, gula dan gas memasak sedikit-sebanyak berjaya membuatkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan DS Najib yang mulanya semakin meningkat dijangka akan mula merosot.

Walaupun kenaikan harga petrol hanya 5 sen, tetapi ianya tetap memberi kesan terutamanya terhadap rakyat yang masih belum keluar dari belenggu kemiskinan. Sepatutnya sewaktu ini DS Najib perlu membantu rakyat keluar dari garis kemiskinan. Akan tetapi ketika rakyat bergelut dengan kenaikan harga barang, kekurangan bekalan gula dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Malah dengan kadar gaji kakitangan awam yang masih belum cukup untuk menampung keperluan kos sara hidup yang semakin tinggi. Maka keputusan DS Najib dijangkakan pasti akan memberi kesan terhadap sokongan rakyat terhadap beliau. Isu ini pastinya akan dimainkan dan diputarkan oleh pembangkang untuk menghentam DS Najib. Sama-sama kita nantikan…

Anwar Mulai Mengencing Penduduk Hulu Selangor

3 Komen

Anwar Mengencing Penduduk Hulu Selangor Dengan Isu Minyak Antara Malaysia dan Iran

Jika korang baca artikel di dalam Malaysian Insider mengenai modal si Al-Juburi mengenai kononnya Malaysia menarik balik pengeksportan minyak ke Iran di sebabkan oleh PM kita tunduk kepada Obama…


Anwar sedang mengelepet penduduk Hulu Selangor dengan cerita reka-fitnahnya

Sila baca di sini: Pakatan guna isu KL henti bekal Iran minyak, tunduk tekanan Obama

Adalah satu perkara yang paling melucukan di dalam dunia ini di mana sebuah negara yang merupakan ahli kepada Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mahu mengimport minyak dari Malaysia yang sumber minyaknya tak seberapa….

Untuk pengetahuan korang Iran merupakan antara negara yang mengeluarkan minyak terbesar. Untuk apa Iran mahu import minyak dai Malaysia? Cuba korang fikir?

Kepada penduduk Hulu Selangor janganlah anda terpedaya dengan tipu daya Al-Juburi, sememangnya sikap Al-Juburi ini suka menabur fitnah keliling kampung. Mula-mula pasal Altantuya, pastu pasal APCO, pastu pasal minyak… agaknya lepas ni apa modal Al-Juburi…

Anda boleh merujuk senarai negara ahli OPEC di sini: Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum

Di sini pula adalah kenyataan Datuk Seri Najib bagi menangkis fitnah yang dijaja oleh Al-Juburi: Laporan Mengenai Penghentian Bekalan Minyak Ke Iran Tidak Betul, Kata Najib