Semoga Ayahanda Tun Dr Mahathir Kembali Sihat

Baru-baru ni eXception dapat tahu Ayahanda Tun Dr Mahathir dimasukkan ke Hospital di Melbourne selepas mengadu sakit dada. Mudah-mudahan Allah memberikan kesihatan semula kepada Ayahanda Tun Dr Mahathir supaya beliau kembali berdiri dan berjuang bersama-sama kami untuk menentang chauvinist-chauvinist yang cuba menghancurkan Islam dan Bangsa Melayu….

eXception agak marah apabila salah seorang pemimpin PKR (Pu Ki Ar) mendoakan sesuatu yang tidak baik untuk Tun Dr Mahathir. eXception cukup geram dengan sikap pemimpin macam ni. Sedangkan Datuk Seri Najib sanggup melawat Tok Garu Nik Aziz yang terlantar di hospital pada suatu ketika dahulu walaupun berbeza pandangan politik. Inikah sikap seorang yang beragama Islam?

Inilah akibatnya apabila perasaan dendam membara dicampur adukkan dengan politik. eXception percaya kata-kata pemimpin tersebut datangnya dari Big Bossnya yang sememangnya berdendam dengan Tun Dr Mahathir sejak sekian lama.

Apapun eXception malas nak mengulas lebih-lebih pasal pemimpin yang kurang ajar tersebut. Ini kerana beliau seorang suami yang dayus kerana sanggup menggadaikan bini sendiri kepada Bossnya demi survival politik. Apa bagus sangat ke dia nak perlekehkan pasal Ayahanda Tun Dr Mahathir? Diri sendiri pun macam longkang. Boleh blah la lu!!