Kes Khalwat Badrul Amin. Konspirasi Terancang UMNO?

1 Komen

Konspirasi Terancang UMNO Terhadap Tangkapan Khalwat Badrul Amin

Ramai kalangan bloger BN berpendapat bahawa terkantoinya Badrul (Bapak Setan) Amin tempoh hari merupakan perancangan dalaman PKR…

Akan tetapi eXception berpendapat sebaliknya… eXception yakin bahawa ini semua adalah konspirasi terancang UMNO… Seperti yang berlaku pada Anwar Ibrahim, semuanya konspirasi terancang UMNO…

Mengapa eXception berkata sedemikian?? Lihatlah gambaran konspirasi tersebut…

Kes lain yang serupa…

Khalwat Siap Bawa Anak Untuk ‘Cover Line’

Nasihat eXception kepada Pemimpin PR…
Lepas ni jika kantoi berkhalwat atau meliwat… Jangan segan-segan mengatakan ianya konspirasi UMNO ya??

Apapun ‘Konspirasi Terancang UMNO’ hanyalah khayalan kalangan cybertrooper PR sahaja… Tidak wujud konspirasi seperti didakwa… Jika tidak sudah ramai pemimpin PR yang kantoi ketika di dalam bilik hotel…

A.B.O – ASALKAN BINI ORANG

Advertisements

Dr Asri tegur sikap PAS cerca orang lain kerana perbezaan pendapat

Tinggalkan komen

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menegur parti PAS agar tidak terus mencerca orang lain hanya disebabkan perbezaan pendapat.

Menurut beliau, PAS yang memperjuangkan Islam sepatutnya tahu bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan diadili oleh Allah di akhirat kelak.

“Perkataan Islam disebut dalam PAS, adakah mereka lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat.

“Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?,” katanya kepada mStar Online.

Dr Asri juga menyifatkan isu ‘Kerajaan Perpaduan’ adalah satu contoh yang menunjukkan PAS bukan hanya mencerca pihak lain malah pemimpin-pemimpin mereka yang menyokong konsep tersebut turut menerima nasib yang sama.

“Sehingga kepada sesama sendiri pun dicerca dan dihina. Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu ‘Kerajaan Perpaduan’,” katanya.

Tegasnya, ada pihak dalam PAS sendiri yang menghalalkan cercaan itu dengan memberikan alasan ‘orang lain’ lebih teruk.

“Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?

“Apa akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki’,” ujar belia lagi.

Dr. Asri juga tidak menolak kemungkinan PAS akan bertindak menghina beliau selepas kenyataannya ini dikeluarkan.

“Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

“Mereka maki Tan Sri Harussani (Mufti Perak) apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya… dulu, mereka juga pernah memaki saya,” katanya.

Dr. Asri menjelaskan, beliau bukan bermusuh kepada PAS tetapi ia hanya sebagai teguran seperti mana yang pernah dilakukannya terhadap parti Umno.

Beliau berharap pemimpin tertinggi PAS dapat menasihati ahli-ahli mereka terutama yang menjadikan laman blog sebagai medium untuk mencerca orang lain supaya lebih berakhlak.

Jelasnya, generasi muda pada masa ini semakin bijak menilai bahawa budaya politik maki hamun dan carut-marut hanya kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam.

Sumber: mStar Online

Nampaknya Dr Asri akan kena serang lagi oleh orang-orang PAS. Macam serangan yang lepas-lepas. Anda boleh lihat video ceramah Badrul Amin (tak layak digelak Ustaz langsung) yang menggelarkan Dr Asri Bapak Setan

Anda boleh saksikan klip ceramah Badrul Amin di sini:
http://exception2008.blogspot.com/2009/07/video-perjuangan-yang-terpesong.html