Terima Kasih Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz

Tinggalkan komen

Terima Kasih Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz

eXception mengucapkan syabas dan terima kasih atas kemurahan hati Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah atas sumbangan 5000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia kepada penyokong bola sepak Kelantan di Tanah Merah.

Malah beliau juga turut menyediakan bas untuk membawa para penyokong Kelantan serta sedikit duit poket. Selain itu Datuk Ikmal Hisham juga turut menaja makan dan minum bagi penyokong yang menonton di skrin besar di kampung-kampung sekitar Tanah Merah.

Kemurahan hati Datuk Ikmal Hisham mengagumkan eXception. Diharap pada masa akan datang Datuk Ikmal Hisham terus dipilih untuk berkhidmat kepada penduduk Tanah Merah. eXception juga doakan semoga Datuk Ikmal Hisham tercalon menjadi calon Barisan Nasional bagi mewakili penduduk Tanah Merah.

Jika dibandingkan kemurahan MB Kelantan menaja peserta BERSHIT, kemurahan hati Datuk Ikmal Hisham lebih menjadi sanjungan penduduk Tanah Merah. Tahniah Datuk Ikmal Hisham!! Teruskan berkhidmat demi rakyat… Semoga Allah memberikan rezeki berlipat kali ganda kepada Datuk Ikmal… Amin…

Berita Yang Harakah Sembunyikan Sampai Bila-Bila!!

1 Komen

Berita Yang Harakah Sembunyikan Sampai Bila-Bila!!

Maklumat di atas adalah Laporan Pemberian Sebenar Kepada Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2010 dan 2011…

Sudah pasti maklumat di atas akan disembunyikan dari pengetahuan rakyat Kelantan…

Ye lah… Selama ini pencacai DAP dalam PAS dok gebang satu kampung kononnya Barisan Nasional menganaktirikan Kelantan…

Selama ini depa dok gebang konon Kerajaan Pusat tak pernah salurkan peruntukan kewangan kepada Kelantan…

Tahun 2010 sahaja lebih RM 283 Juta peruntukan disalurkan…

Manakala 2011 pula lebih RM 286 Juta peruntukan disalurkan…

Ini tidak termasuk lagi peruntukan khas bekalan air bersih lebih RM 549 Juta…

Wang ihsan dari Petronas lebih RM 41 Juta…

Pembiayaan telaga tiub dan bekalan air luar bandar lebih RM 300 Juta…

Jika dicongak jumlah… Sudah mencecah ribuan juta ringgit Malaysia…

Ribuan juta tu dah kira banyak…

Tapi hairan… Mana duit tu semua pergi??

Jika korang rasa angka di atas adalah tipu, sila rujuk dengan Jabatan Audit Negara…

Oh ya… Jangan lupa, tanya sekali berapa banyak duit hasil derma ceramah yang diaudit oleh Kerajaan Negeri Kelantan yaa??

Malah PAS Kelantan tanpa segan dan silu mengaku projek jejambat di Bandar Kota Bhari adalah hasil inisiatif mereka…

Sedangkan ianya adalah hasil inisiatif Barisan Nasional semasa Pak Lah memegang jawatan Perdana Menteri…

Malulah sket… Hidung tak mancung… Pipi tersorong-sorong!!

Shame on you!!

Cuba Korang Teka… Apa Benda Ni??

Tinggalkan komen

Cuba Korang Teka… Apa Benda Ni??

eXception tak tahulah menatang apa kebendenya ni…

Nak kata rendang… Tak macam gaya rendang…

Nak kata kari… Tak gaya macam kari…

Nak kata kuah kacang… Lagi la tak nampak gaya macam kuah kacang…

Cuba korang teka… Apa kebendenya ni??

Haaaaa…. Kalo korang nak tahu…

Inilah hasil dari kerajaan berkebajingan PAS Kelantan…

Ini namanya selut…

Inilah yang terhasil pada penapis air selepas 11 hari membersihkan air paip di Kelantan…

Menarik bukan??

Di sini eXception ingin membuat cabaran terbuka kepada mana-mana pencacai PAS…

Cabarannya ialah…

Korang makan selut ni sampai licin…

Gangguan Bekalan Air Mulai 11 Malam Ini

Tinggalkan komen

Gangguan Bekalan Air Mulai 11 Malam Ini

KOTA BHARU – Kira-kira 5,000 akaun pengguna bekalan air bersih di sini serta Bachok dijangka mengalami gangguan bekalan air bermula pukul 11 malam ini.

Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) melalui satu kenyataan media memberitahu, masalah itu ekoran operasi di Loji Rawatan Air Chicha akan tergendala buat sementara waktu.

“Operasi loji ini terhenti berikutan kerja kecemasan pencucian telaga air mentah di loji. Gangguan bekalan air dijangka sehingga pukul 4 pagi esok.

“Justeru orang ramai dinasihat supaya menyimpan air mencukupi dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi PINTAS di talian 1300-88-2572,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kawasan yang dijangka terjejas di Kota Bharu termasuk Kampung Tok Ku, Kampung Cherang, Taman Aisyah, Taman Sri Binjai, Taman Sri Permai, Taman Sri Panji, Kampung Lubuk Pukul dan kawasan Sabak.

Manakala antara kawasan di Bachok yang dijangka mengalami gangguan bekalan air bersih adalah Peringat, Perol, Melor, Kok Lanas, Tegayung, Demit dan Panji, kata kenyataan itu lagi. – mynewshub.my

Kepada penduduk yang terlibat. Sila pastikan anda menyimpan air yang mencukupi untuk keperluan anda. Sekiranya ada saudara-mara atau keluarga anda berada dalam kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air, harap segera dimaklumkan kepada mereka untuk kemudahan dan persiapan.

Antara Royalti Minyak Dan Air Bersih. Mana Pilihan Rakyat Kelantan??

Tinggalkan komen

Antara Royalti Minyak Dan Air Bersih. Mana Pilihan Rakyat Kelantan??

Isu royalti minyak sentiasa dibangkitkan PAS walaupun mereka sedar hakikatnya mereka tidak layak menuntutnya dari segi perundangan.

Malah PAS telah menjaja kononnya royalti minyak ini adalah hak rakyat…

Bukan sahaja PAS, malah Ku Li pun turut tumpang sekaki seronok mengencing rakyat Kelantan…

Tapi hakikatnya yang naaaakkkk sangat royalti tu bukan rakyat Kelantan…

Tetapi yang naaakkkk sangat ialah pemimpin PAS Kelantan umumnya…

Mereka sudah tidak boleh mengharapkan duit hasil balak lagi sebagai dana menampung kempen PRU 13 nanti…

Malah duit dari hasil tabung derma pun banyak disonglap oleh pemimpin-pemimpin PAS…

Lihat sahaja pemimpin PAS semuanya mewah… Ada yang mampu memandu kereta Mercedes, Alphard dan BMW…

Yang kemaruk duit royalti minyak tu diorang sahaja…

Tetapi sungguh menghairankan PERKARA YANG PALING PENTING SEPATUTNYA MEREKA LAKUKAN…

Iaitu menyediakan bekalan air bersih yang secukupnya kepada rakyat Kelantan…

Mereka gagal melakukannya… Tetapi mereka cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada royalit minyak…

Bijak bukan??

Bagi mereka isu air bersih perlu diketepikan… Mereka mahukan duit royalti minyak…

Duit tu nanti bukan disalurkan terus kepada rakyat, tetapi akan melalui kerajaan PAS Kelantan jugak…

Derma untuk pembinaan lebuhraya sudah mencapai jutaan ringgit…

Tapi bayang jentera untuk membina lebuhraya rakyat tak kelihatan langsung…

Yang boleh kedengaran nun dalam hutan ialah bunyi gergaji berantai yang rakus membaham batang kayu…

Semua hasil balak masuk ke dalam poket pemimpin PAS…

Ada ke kerajaan PAS Kelantan agih-agihkan duit balak tu kat rakyat??

Sorry naik lori la kalau nak diberi kat rakyat…

Jadi kepada rakyat Kelantan… Pilihan di tangan anda…

PRU 13 nanti pakat undi Barisan Nasional…

Biar Barisan Nasional kembali mentadbir Kelantan…

Jangankan air bersih… Royalti minyak pun kerajaan boleh bagi terus kepada rakyat…

Tak perlu risau ianya disonglap oleh pemimpin PAS lagi…

InsyaAllah!!

Kelantan. Serambi Mekah Zaman Jahiliah??

1 Komen

Kelantan. Serambi Mekah Zaman Jahiliah??

Sebut pasal tajuk atas mungkin ramai puak PAS yang BUTTHURT dan hangin satu badan… Keh keh keh keh… Apsal korang nak hangin pulak?? Apa yang aku cakap ni FITNAH ke?? Tak percaya tengok Kelantan…

Berapa banyak masjid di bina kat Kelantan sepanjang pemerintahan PAS?? Berapa banyak pula berhala yang dibina?? Berhala lebih banyak dibina dari masjid… Seolah-olah jika kita jejakkan kaki kat Kelantan seperti jejakkan kaki ke Mekah sewaktu zaman jahiliah sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW… Yang mana ketika itu orang Arab Quraisy menyembah banyak berhala…

Maka selayaknya Kelantan digelar sebagai Serambi Mekah Zaman Jahiliah…

Panas!! Dikir Versi Serabut!!?? Ada Ke??

Tinggalkan komen

Dikir Versi Serabut!!?? Ada Ke?? Lu Layan La Sendiri…

Setahu eXception tak pernah lagi dengar dikir serabut…

Dikir barat tu pernah laa…

Ha ha ha ha ha… Kalau nak tahu camne rupa ‘DIKIR SERABUT’ tu…

Apa kata kita layan video di bawah…

Apa yang pasti…

Jika nak cari dikir serabut atau dikir dangdut ni…

Toksah nak serabut perut…

Mudah sahaja…

DIKIR SERABUT ONLY AVAILABLE IN KELANTAN WEH!!

Muktamad!! Hudud Tidak Akan Dilaksanakan!!

3 Komen

Muktamad!! Hudud Tidak Akan Dilaksanakan??

HULU TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan
negara.

Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).

“Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.

“Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.

“Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.

“Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam. – Bernama


Hai… bila dah bagi green light untuk laksanakan hudud, macam-macam pulak dalihnya… Gaji minimum la… Pengangguran laa…

Masalahnya sekarang, pengangguran di Kelantan paling teruk… Sampai anak muda Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki…

Paling memelikkan… hudud ni boleh pilih-pilih plak… kepada siapa nak dilaksanakan… Bukankah hukum ini keadilan menyeluruh?? Maka Islam atau bukan Islam WAJIB dihukum jika melakukan jenayah, menggunakan undang-undang ini. Mana boleh pilih-pilih…

PAS bila dipersoalkan bila nak laksanakan hudud, diorang akan cakap berpusing-pusing… Tengok sahaja video di bawah… Dalam sidang DUN Kelantan…

Muktamad!! Hudud Tidak Akan Dilaksanakan!!

Tinggalkan komen

Muktamad!! Hudud Tidak Akan Dilaksanakan??

HULU TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan
negara.

Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).

“Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.

“Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.

“Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.

“Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam. – Bernama


Hai… bila dah bagi green light untuk laksanakan hudud, macam-macam pulak dalihnya… Gaji minimum la… Pengangguran laa…

Masalahnya sekarang, pengangguran di Kelantan paling teruk… Sampai anak muda Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki…

Paling memelikkan… hudud ni boleh pilih-pilih plak… kepada siapa nak dilaksanakan… Bukankah hukum ini keadilan menyeluruh?? Maka Islam atau bukan Islam WAJIB dihukum jika melakukan jenayah, menggunakan undang-undang ini. Mana boleh pilih-pilih…

PAS bila dipersoalkan bila nak laksanakan hudud, diorang akan cakap berpusing-pusing… Tengok sahaja video di bawah… Dalam sidang DUN Kelantan…

Ostad PAS Bantai Zul Nordin Isu Hudud PAS

2 Komen

Ostad PAS Bantai Zul Nordin Isu Hudud PAS

Ni lah dia ostad ghapla kepala donga… Cuba memutar belitkan isu yang dibangkitkan Zulkifli Nordin dalam Parlimen tidak lama dahulu… Lihat video di bawah, rakaman semasa Zul Noordin membangkitkan isu ini di Parlimen tidak lama dahulu…

Bagi yang tak faham apa yang disampaikan oleh Zulkifli Nordin ini biar eXception terangkan…

Di bawah ini adalah dua kandungan hudud PAS. Satu untuk Kelantan dan satu lagi untuk Terengganu…

Ramai pencacai PAS tanpa usul-periksa menyerang Zulkifli Nordin kerana tak faham beza antara hudud, qisas dan takzir…

Persoalannya… Ini bukan berkenaan beza hukuman liwat…

Tetapi yang jadi isu ialah TAKRIFAN LIWAT di dalam draf hudud PAS itu…

Jika korang baca betul-betul kandungan draf Hudud PAS ni iaitu dalam draf Hudud PAS Kelantan pada Perkara 16 Kanun Jenayah Syariah 11 dan draf Hudud Terengganu pada Perkara 14 Enekmen Kesalahan Jenayah Syariah, di mana menyatakan:

Liwat adalah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur

Adalah ayat di atas ada menyebut soal hukuman liwat?? Tidak…

Ianya menyebut takrifan LIWAT…

Bermakna di dalam draf hudud PAS menyatakan menyetubuhi isteri melalui dubur… BUKAN DINAMAKAN LIWAT…

Habis tu… Jika BUKAN LIWAT… Apa namanya!!??

Inilah apa yang Zul Nordin cuba sampaikan… Tetapi juak-juak PAS buat-buat tak faham…

Kemudian diorang dok putar benda lain… Aparaaaa!!!

Yang ostad PAS ni pun satu… Main pakat dengar… Cuba baca betul-betul draf hudud PAS dulu…

Ini soal TAKRIFAN ATAU DEFINISI LIWAT bai…. BUKAN SOAL HUKUMAN!!

Older Entries