Mesti Baca!! Kisah Lucu Penganjuran Konvensyen Belia Negeri Selangor

Tinggalkan komen

Mesti Baca!! Kisah Lucu Penganjuran Konvensyen Belia Negeri Selangor

Mendapat perkhabaran dari seorang rakan PeBT (Penggerak Belia Tempatan) yang turut terlibat secara langsung dalam penganjuran Himpunan & Konvensyen Belia Negeri Selangor 2012 pada 26 Mei 2012 yang lepas.

Perancangan untuk mengadakan Himpunan Belia ini dikatakan telah lama dirancang namun kerana timbul masalah yang tidak diduga seperti peruntukan dan sebagainya maka tarikh 26 Mei di ambil sebagai final date. Ia juga untuk menarik belia Selangor supaya jangan datang ke Hari Belia Negara 2012 yang dianjurkan pada hari yang sama.

Maka persiapan semua telah disiapkan dalam masa sebulan sahaja. Lebih RM100,000 telah diperuntukkan untuk konvensyen ini kerana penyertaan dijangka lebih 2,000 orang belia seluruh Selangor akan berhimpun di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.

Penganjur menarik nafas lega pada pagi pukul 9 kerana dua buah bas yang membawa pemuda PAS Kuala Langat iaitu kawasan YB Dr. Yunus Khairi telah menghantar wakil bagi memeriahkan acara. Manakala selebihnya yang lain adalah dari pemimpin PeBT kawasan yang juga bertindak sebagai urusetia majlis. Maka jika dicampur semua bolehlah kita kira penyertaaan dalam 150orang sahaja.

Memang banyak makanan yang berlebihan kerana kurang peserta. Di dalam dewan semasa sesi dialog yang Adam Adli sebagai panel hanya sekitar 15 orang sahaja. Kemana yang 150 orang tadi pergi?? Rupanya 1 bas telah pergi ke Putrajaya untuk bersama-sama belia Malaysia lain dalam sambutan Hari Belia Negara. Mereka yang seramai 40 orang telah turun di perkarangan Kompleks Belia Shah Alam hanya untuk mengambil sijil kemudian mereka naik balik ke atas bas dan terus menghala ke Putrajaya. Kelakar pun ada. hehehe…

Akibat kegagalan pihak penganjur menarik peserta, Khalid Gagap dan Anwar Juburi agaknya malu hendak hadir kerana peserta ketika ucapan perasmian hanya sekitar 50 orang sahaja. MC telah mengumumkan kehadiran Anwar Juburi tapi terpaksa ditarik balik kerana dikatakan silap informasi. Akhirnya YB Dr. Yunus, Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan Selangor dengan rasa tersipu-sipu merasmikan juga konvensyen tersebut.

Hingga malam tiba pula giliran penganjur bersama iaitu Frinjan yang glamour dengan Pekan Frinjan yang menampilkan kumpulan-kumpulan pemuzik underground untuk beraksi di pentas Dataran Karyawan. Masa ini barulah meriah sedikit dengan kehadiran penuntut UiTM dan Unisel yang memang mengikuti Pekan Frinjan sejak dari penganjuran pertamanya satu masa dahulu.

Apa-apa pun, penganjuran event ini boleh dikatakan fiasco atau gagal totally dengan tiada mendapat sambutan dari belia Selangor dan PeBT yang lain. Belia Selangor bersama siapa??? Fikirkan.

Sumber: JAWA BERNAM: HOT!! KISAH BENAR PENGANJURAN KONVENSYEN BELIA NEGERI SELANGOR!! BERANI KERANA BENAR!!!

BERSHIT 3.0 – REMPUHAN DIMULAKAN POLIS?? WHAT A JOKE!!

1 Komen

Bukti Rempuhan Yang Dimulakan Oleh Demonstran Ke Atas Anggota Polis

Di atas adalah antara gambar-gambar yang menjadi BUKTI keganasan yang dilakukan oleh DEMONS-tran BERSHIT 3.0.

Inilah BUKTI bahawa mereka yang mula merempuh sekatan yang dilakukan oleh anggota Polis… Malah banyak lagi gambar-gambar yang menunjukkan serangan ke atas anggota Polis diambil.

Ini ialah wajah sebenar DEMONS-tran BERSHIT 3.0. Bukan Polis SB yang menyamar ya…

Wartawan TV Al-Hijrah juga tak terkecuali terkena BADI BERSHIT 3.0…

Oh ya… Ada satu gambo paling lawak yang disebarkan cybertrooper Pakatan Anak Haram Jadah… Korang tengok je la hasil PHOTOSHOP yang GAGAL!!

Errr… sah ke solat tu?? Siap pakai kasut solat… Errr… ambik wudhu’ pakai air sungai Kelang ker?? Ke pakai tayamum guna pasir sungai yang berkeladak tu?? He he he he he… Betul ke arah kiblat tu?? Main redah jer… Niat tu betul ke… Kerana Allah Ta’ala… Atau kerana AMBIGA??

Selanjutnya pasal isu solat ini: Solat jemaah tak berimam…atau solat propaganda Anwar ?

#BERSIH3 GAGAL!! DATARAN MERDEKA GAGAL DITAWAN!! TAHNIAH @PDRMsia… TAKZIAH… @Ambiga_S

Tinggalkan komen

Dataran Merdeka Gagal Ditawan. Bersih 3.0 Disifatkan Sebagai GAGAL!!

KUALA LUMPUR – Anggaran yang diletakkan sekretariat Bersih 3.0 sebelum ini ialah 500,000 orang akan tampil untuk menyertai demonstrasi berkenaan.

Namun, pihak pembangkang sendiri hari ini hanya mampu menyebut 35,000 orang sahaja. Dengan meluahkan harapan lebih ramai akan tampil pada saat-saat terakhir.

Kemudian timbul pula angka 75,000 dan beratus-ribu. Kalau beratus ribu sudah pasti Datarn Merdeka dapat ditakluk.

Mengikut sumber polis, hampir 25,000 sahaja peserta demonstrasi yang memenuhi sekitar kawasan Dataran Merdeka.

Ambil angka yang mana sekali pun, baik 35,000 mahupun 15,000 atau 75,000, maka semuanya mencerminkan kegagalan Bersih 3.0.

Menurut wartawan kami di lokasi, sehingga pukul 2 tadi, kawasan-kawasan sekitar Masjid India berhampiran Dataran Merdeka tidak ‘semeriah’ perhimpunan sebelum ini.

Kawasan di hadapan bangunan Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) pun hanya dipenuhi sekitar 2,500 peserta sahaja.

“Kalau cecah jumlah 500,000 orang, sudah tentu kawasan-kawasan ini semua penuh dengan peserta,” katanya.

Mungkin disebabkan jumlah yang datang tidak seperti yang dijangka, maka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memulakan langkah untuk merempuh Dataran Merdeka bagi menarik perhatian semua pihak ke arah Bersih 3.0.

Itu memang kepakaran Anwar Ibrahim. Dengan adanya aksi gas pemedih mata dan meriam air, ia umpama memberikan slot debaran dan penuh aksi kepada Bersih 3.0. Slot seperti ini boleh menghangatkan suasana dan perhatian anggota masyarakat.

Jika tiada rempuhan ke Dataran Merdeka siang tadi, apakah Bersih 3.0 akan mendapat lebih banyak perhatian daripada sekarang? Pastinya tidak, menyedari hakikat itu, Anwar mula membakar sentimen peserta sebaik menjejakan kaki ke kawasan berhampiran dataran itu.

Anwar berjaya mewujudkan senario rakyat (sedangkan semuanya hanyalah penyokong pembangkang) telah bangun membantah kezaliman kerajaan.

Namun apakah dengan melakukan tindakan provokasi seperti itu maka ia mampu menzahirkan Bersih 3.0 telah berjaya?

Ya, mungkin berjaya…tetapi dalam konteks menimbulkan huru-hara dan kontroversi semata-mata. Objektif asal yang kononnya berkaitan dengan reformasi sistem pilihan raya di negara ini entah ke mana.

Mereka tentu gembira bila pihak polis terpaksa melepaskan tembakan, membuat tangkapan dan kalau boleh mahu ada yang mengalami kecelekaan agar cerita mengenainya tersebar di seluruh dunia.

Malang sekali, PDRM bukanlah badan yang boleh diperkotak-katikkan dengan begitu mudah.

Mereka telah dilatih untuk menangani permasalahan ini, bukannya seperti peserta perhimpunan yang muncul sekali-sekala itu. Kali ini nyata pasukan polis tidak melatah sama sekali. Mereka lebih cool dan lebih bijak.

Tinjauan wartawan kami di lokasi secara jelas menunjukkan di antara kesan-kesan buruk demonstrasi haram Bersih 3.0 ialah mengganggu keamanan dan ketenteraman masyarakat, merosakkan iklim perdagangan dan perniagaan khususnya tempat berlakunya perhimpunan, menjatuhkan imej negara, menjejaskan industri pelancongan, menjejaskan kredibiliti sesebuah pemerintahan sehingga mengakibatkan kestabilan politik terganggu, pergaduhan, kerosakan harta benda, kesesakan lalu-lintas dan pelbagai perkara buruk lagi.

Soalnya, sanggupkah penganjur perhimpunan itu membayar pampasan dan kerugian kepada golongan peniaga ini?

Atau, adakah pihak penganjur akan sekali lagi bersikap lepas tangan dan menyalahkan pihak berkuasa sekiranya berlaku rusuhan dan kerosakan harta benda awam akibat kedegilan dan kerakusan kumpulan berkenaan.

Jangan lupa fakta ini, Malaysia memerlukan lebih 6 bulan untuk pulih sepenuhnya akibat demonstrasi haram Bersih sebelum ini.

Melalui pengamatan kami, perhimpunan seumpama ini telah mengundang terlalu banyak impak buruk kepada negara apabila demonstrasi dijalankan di jalanan.

Pihak yang berkepentingan tentunya tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam hal ini.

Sama ada suka atau tidak, kita terpaksa akui – Bersih 3.0 gagal sama sekali.

MyNewsHub


Takziah kepada Ambiga, Anwar, Nurul Izzah, Azizah, Azmin, Nik Aziz, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan lain-lain… Dukacita dimaklumkan bahawa DEMONSTRASI BERSIH 3.0 bertemakan DUDUK BANTAH adalah GAGAL… Sebab anda semua gagal mendidik DEMONS-trantor supaya DUDUK dan BANTAH… Tetapi anda biarkan mereka melakukan HURU-HARA… Takziah sekali lagi… Kerana apa yang anda lakukan telah DISAKSIKAN oleh JUTAAN RAKYAT MALAYSIA… Anda semua yakin akan mendapat sokongan dalam PRU 13 nanti?? Satu sahaja jawapan eXception….

DREAM ON!!

Dikhabarkan juga bahawa seorang anggota Polis berada di dalam ICU akibat cedera dibelasah oleh DEMONS-trantor semasa kereta peronda melalui kawasan yang dipenuhi oleh para DEMONS-trantor Bersih 3.0…

Mudah-mudahan anggota Polis tersebut selamat… Di bawah adalah video di mana saat kereta peronda Polis tersebut dibaling dengan botol dan batu, kemudian diserang…

Apapun terimalah hakikat bahawa BERSIH 3.0 telah GAGAL SAMA SEKALI…

Epic Fail! Cabaran Kepada Hacker Tamat Hari Ini!

1 Komen

Hacker Gagal Godam Blog Dalam Masa 7 Hari

Cabaran 7 hari yang eXception berikan kepada hacker-hacker taik hanjing untuk hack blog ini, telahpun tamat tepat jam 12 tengah malam tadi… Jelas menggambarkan bahawa mereka borak sahaja lebih… Habuk pun takde… Kesian…

Lihatlah komen-komen yang mereka berikan… Tak lebih sekadar masuk bakul angkat sendiri… eXception hanya guna hosting Blogspot sahaja itupun masih gagal untuk menggodam blog ini… Aparaaa!!

Jadi… Bagaimana hacker-hacker sekelian?? Masih perlukan lagi 7 hari untuk hack blog ni?? Atau nak extend sampai 1 bulan?? Kalo dah gagal tu mengaku sahaja… Tak payah nak gebang lebih-lebih…

Perangai hacker dengan perangai totok PAS lebih kurang jer… Mereka merasakan tindakan mereka itu BETUL untuk MEMBETULKAN KEADAAN… Tapi malangnya… mereka tak lebih sekadar memperjuangkan slogan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA… Mereka seboleh-boleh menganggap hacking itu HALAL… Mereka anggap menceroboh laman web orang lain itu HALAL… Mereka beri bermacam-macam alasan, sebagai contoh rumah yang tidak berkunci… Adakah mereka mempunyai HAK untuk menceroboh masuk mana-mana premis tanpa disedari dan tanpa izin Tuan Rumah walaupun alasan mereka, rumah itu tidak berkunci? Apabila eXception mempersoalkan apa HAK mereka menceroboh masuk laman web orang lain, mereka pusing cerita yang lain pulak… Serupa sahaja dengan totok-totok PAS… Selalu dok pusing-pusing…

Kepada hacker-hacker sekelian… Tak perlulah korang dok pusing cerita… Mengaku sahaja KEGAGALAN korang…. JUST ADMIT IT… YOU ALL TOTALLY LOOSER!!

Rujuk Artikel Ini: DragonForce – Kumpulan Hacker Takde Otak

Nota: Next… eXception akan berikan tutorial untuk secure blog korang dari hacker… Very easy… Nantikan ya??