#Bajet2013 – Kerajaan BN Zalim!! Bagi Bonus Tiga Kali Kat Kakitangan Awam!?

Tinggalkan komen

Bajet 2013 – Kerajaan BN Zalim!! Bagi Bonus Tiga Kali Kat Kakitangan Awam!?

Satu lagi KEZALIMAN TERBESAR Kerajaan Barisan Nasional terpaksa eXception dedahkan. Sebagai kakitangan awam, eXception cukup marah dengan penganiayaan yang dilakukan terhadap kakitangan awam. Mana tak marah… Dapat bonus setengah bulan gaji sebanyak tiga kali pulak tu… Siapa tak hangin!! Ini dah membebankan kakitangan awam!!

Kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan memberikan bonus setengah bulan gaji sebanyak tiga kali, iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan Disember depan dan bulan Januari tahun depan, ini sudah cukup menaikkan darah kakitangan awam.

Apakah ini balasan Kerajaan Barisan Nasional kepada segelintir kakitangan awam yang selama ini langsung TAK PERNAH MENYOKONG BN?? Bagi eXception balasan sebegini cukup zalim… Lagi zalim dari Firaun…

Apa yang pasti… Sebagai menunjukkan protes dan kemarahan eXception terhadap KEZALIMAN ini… eXception bersumpah… Pada PRU 13 nanti… eXception tidak sekali-kali akan memangkah… Logo BULAN… Logo MATA SATU… Logo ROKET… Ataupun logo-logo lain… Selain logo DACING…

eXception hanya akan memangkah LOGO DACING PUTIH BERLATAR BELAKANG WARNA BIRU… Jika kezaliman ini yang Kerajaan Barisan Nasional lakukan terhadap kakitangan kerajaan… Nanti sahajalah PRU 13 nanti… eXception akan menunjukkan kuasa sebagai pengundi…

eXception akan mempengaruhi keluarga dan saudara mara untuk tidak memangkah mana-mana logo selain logo DACING sahaja pada PRU 13 nanti… Kita tunggu!! PRU 13 kita akan pastikan parti selain yang ada logo DACING PUTIH BERLATAR BELAKANG WARNA BIRU… TUMBANG!!!

Ingat ya!! Kita pastikan TIDAK akan memangkah parti SELAIN dari parti yang mempunyai logo di bawah ini…

Advertisements

#Bajet2013 – Kerajaan BN Zalim. Bagi Bonus. Naikkan Pencen Pesara.

Tinggalkan komen

Bajet 2013 – Kerajaan BN Zalim. Bagi Bonus. Naikkan Pencen Pesara.

Apa punya kerajaan la… Zalim sungguh!! Dah la pencen pesara dinaikkan… Pastu nak bagi bonus sebanyak RM 500… Sepatutnya pencen pesara tidak perlu dinaikan, ianya akan menambahkan lagi beban pesara. Bonus pun jangan bagi… Lagi tambah beban pesara… Kesian pesara…

eXception pasti, kenaikan pencen untuk pesara kerajaan, yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun, daripada RM 720 kepada RM 820 dalam Belanjawan 2013, membuktikan kerajaan Barisan Nasional sememangnya zalim.

Malah pemberian bonus RM 500 kepada pesara juga adalah tidak wajar… Hanya kerajaan yang ‘ZALIM’ sahaja akan beri bonus… Sekiranya pencen tidak dinaikkan dan tidak diberikan bonus kepada pesara, sudah tentu kalangan pemimpin Pakatan Biawak akan memuji-muji keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional terhadap pesara.

Sekarang apabila Kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kenaikan pencen serta pemberian bonus kepada pesara, para pemimpin Pakatan Biawak sudah mula menggelabah biawak… Mereka seolah-olah tidak berpuas hati dengan ‘kezaliman’ Kerajaan Barisan Nasional yang mahu membebankan pesara dengan peruntukan Bajet 2013 itu.

Sebagai pengajaran atas ‘kezaliman’ tersebut. Pada PRU 13 nanti, eXception akan pangkah ‘Kerajaan Zalim’ ini lagi!! Tungguuuuu!! Taulah nanti!! eXception akan pastikan ‘Kerajaan Zalim’ ini MENANG BESAR dalam PRU 13… Allahuakbar!!

Alhamdulillah!! Bonus Masuk Hari Ini…

Tinggalkan komen

Alhamdulillah!! Bonus Masuk Hari Ini…

Hari ini semua kakitangan awam seluruh Malaysia telah menerima bayaran bonus setengah bulan gaji seperti mana yang diumumkan oleh kerajaan pada minggu yang lepas.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana menganugerahkan pemimpin negara yang memahami kehendak rakyat. Walaupun cuma setengah bulan dah dikira alhamdulillah syukur… Terima kasih Datuk Seri Haji Najib kerana menjaga kebajikan kami kakitangan awam…

Walaupun begitu masih ada yang tak tahu bersyukur dengan pemberian ini… Bagi yang tak reti nak bersyukur tu, bagi je la kat eXception duit bonus korang tu… Pastu korang pi la tadah buntut kat Anwar tu lagi bagus…

Jadi… Bagaimana pula dengan kakitangan awam di bawah Kerajaan Negeri Selangor?? Sudahkah korang menerima bonus yang dijanjikan Menteri Besar Selangor tu?? Ataupun hanya sekadar JANJI DITABURI!?? Belum kedengaran lagi yang dapat bonus dari kerajaan negeri?? Apa sudah jadi?? Kwang! kwang! kwang! kwang!!!

Duit Raya Untuk Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan

Tinggalkan komen

Datuk Seri Najib Umum Pemberian Bonus Raya Kepada Kakitangan Awam Serta Insentif Untuk Pesara Kerajaan

KUALA LUMPUR 25 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. – BERNAMA


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT… Terima kasih Datuk Seri Najib atas pemberian bonus raya untuk kami semua kakitangan awam… Malah pemberian insentif raya kepada pesara kerajaan juga amat dialu-alukan…

Inilah sebenar-benarnya kerajaan berkebajikan yang menepati janjinya… Tidak seperti kerajaan PR yang hanya pandai menabur janji tapi banyak yang tidak ditepati… Semoga Allah memberikan berkali-ganda rahmat kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib dan keluarga…

Kebodohan Melampau Pencacai Pakatan Rakyat

Tinggalkan komen

Anjing Pakatan Tak Senang Duduk Dengan BR1M

Bacalah kenyataan bodoh di atas… Kenyataan bebal seekor anjing dari Pakatan Rakyat… Ha ha ha ha ha ha!! eXception pakat gelak berguling-guling bila baca mende ni…

Adakah dengan menerima bantuan RM 500 itu kita akan dikenakan cukai pendapatan?? Sedangkan sudah jelas ianya merupakan bantuan kewangan diberi oleh kerajaan…

Kenyataan bodoh ini jelas sekali terlalu dangkal dan semberono tanpa mengkaji dan membaca betul-betul… Jika benar begitu, maka bonus untuk kakitangan awam yang diberi oleh kerajaan bulan ini juga bakal dikenakan cukai pendapatan juga lah… Ha ha ha ha ha…

Kenyataan di atas merupakan rentetan kenyataan-kenyataan bebal termasuk kenyataan PAS yang mengatakan duit bantuan tersebut HARAM… Padahal… Puak-puak lahanat dan musibat ni lah yang hari pertama lagi dah hantar borang… Muka tak tahu malu!!

Malah kenyataan dangkal musibat dari PAS juga mendakwa bantuan yang disifat sementara itu juga tidak membantu memandangkan rakyat terus menanggung kenaikan haraga barang… Mungkin musibat ini tak sedar bahawa musibat kafir harbi yang selalu disanjung-sanjung adalah dalang kenaikan harga barang… Kerajaan dah memperkenalkan Kedai Rakyat 1 Malaysia, Menu Rakyat 1 Malaysia dan yang terbaru Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia… Yang mana menjual produk-produk pada harga yang lebih murah dari yang dijual di kedai-kedai runcit…

Akan tetapi musibat kafir harbi yang merupakan sahabat sebantal PAS pula berterusan menyerang KR1M bertujuan untuk menyabotaj KR1M… Lihatlah sahaja kenyataan Tony Pua dan Nurul Izzah… Hingga kini laporan kononnya produk susu dari Kedai Rakyat 1 Malaysia mengandungi bakteria e-coli tidak dikemukakan… Apabila ditanya, mereka akan mengelak untuk menunjukkan laporan tersebut… Inilah manusia yang bersifat dengki dan iri hati dan pada masa yang sama membelakangkan kepentingan rakyat demi survival politik…

Artikel Berkaitan:

BABI PUNYA PAKATAN!!! BORANG BR1M DIPALSUKAN SUPAYA BN DIBABIKAN!!!

Nota: Dengar khabar ada orang yang menjual borang BR1M di Kedah… Borang yang sepatutnya diberi percuma tetapi dijual dengan harga RM 20.00

Panas!! Ringkasan Intipati Belanjawan 2012

4 Komen

Ringkasan Intipati Belanjawan 2012

Berikut adalah ringkasan pembentangan belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib semalam… Apa yang eXception boleh kata… Syukur alhamdulillah… Ada kenaikan gaji kakitangan awam serta bonus setengah bulan gaji…

1. Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam ditingkatkan mengikut gred antara RM 80 – RM 320.

2. Tambahan bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam minimum RM 500. Akan dibayar bulan Disember 2011.

3. Pelarasan pencen pesara sebanyak 2 peratus bermula 2013 serta bayaran khas sebanyak RM 500.

4. Melanjutkan usia persaraan kakitangan awam kepada 60 tahun.

5. Pemansuhan yuran tambahan sekolah bermula tahun 2012, pemberian bantuan RM100 kepada semua pelajar daripada tahun satu hingga tingkatan lima, selain baucar buku RM200 kepada semua pelajar warga Malaysia daripada tingkatan enam hinggalah ke universiti.

6. Peruntukan RM1 bilion yang diwujudkan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan juga boleh membantu sekolah terutama di luar bandar dan pedalaman untuk membaiki infrastruktur yang sedia ada.

7. Pemberian sumbangan RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis khas, polis tambahan, duda dan balu mereka yang semuanya berjumlah 62,000 orang.

8. Pengecualian golongan warga emas daripada membayar caj pendaftaran pesakit luar di hospital atau klinik kerajaan.

9. Pemberian suntikan Human Papilloma Virus (HPV) percuma kepada kaum wanita.

10. Melanjutkan pengecualian duti import dan duti eksais bagi kenderaan hibrid/elektrik.

11. Skim Amanah Rakyat Malaysia untuk isi rumah berpendapatan RM 3000 ke bawah.

12. Peruntukkan RM400 juta bagi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kawasan-kawasan Felda yang terpilih.

13. Bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa.

14. Peruntukan khas sebanyak RM 200j dan RM 442j untuk menaik taraf perkhidmatan dan perbelanjaan pembangunan PDRM.

15. Peruntukkan RM500 juta di bawah program Army Care untuk menaik taraf dan menyelenggarakan kem dan kuarters tentera di seluruh negara.

16. Insentif sebanyak RM 50j untuk pesara tentera menceburi bidang perniagaan.

17. Meningkatkan pengeluaran makanan seperti beras, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.

18. Langkah mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga barang, kerajaan akan menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia ke seluruh negara, membuka 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat di seluruh negara bagi memasarkan produk pertanian dan barangan berjenama 1Malaysia, memperluaskan penjualan produk 1Malaysia di semua kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), kedai Felda dan kedai serbaneka stesen minyak seluruh negara dan memperluas dan mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pakej menu makanan popular pada harga yang berpatutan iaitu maksimum RM 2 bagi sarapan pagi dan RM 4 bagi makan tengah hari.

19 Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM 1.2 bilion untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA yang merangkumi bantuan kepada warga emas miskin sebanyak RM300 sebulan, bantuan kanak-kanak miskin RM100 sebulan, dengan had maksimum RNM450 sebulan serta bantuan dan elaun kepada Orang Kurang Upaya (OKU) antara RM 150 hingga RM 300 sebulan.

20. Penambah baikkan Skim Rumah Pertamaku, kerajaan mencadangkan had maksimum harga rumah dinaikkan daripada RM 220,000 kepada RM 400,000. Penambahbaikan ini boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012.

21. Kerajaan telah menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA sebagai satu agensi tunggal yang berperanan untuk membangun dan menyelenggarakan perumahan mampu milik berkualiti khusus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana.

22. Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara dengan membina lebih 75,000 unit rumah mampu milik di bawah RMK10. Bagi tahun 2012, RM 443 juta diperuntukan bagi membina hampir 8,000 unit PPR disewa dan lebih 7,000 unit PPR dimiliki.

23. Peruntukkan RM15 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM 1.8 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, melibatkan pembinaan dan menaik taraf hospital termasuk di Bera, Kuala Krai, Dungun, Sri Aman dan Tuaran serta menambah baik blok bersalin di Hospital Putrajaya. Kerajaan juga akan menambah baik 81 klinik kesihatan luar bandar di seluruh negara dan membuka 50 klinik 1Malaysia.

24. Peruntukan sebanyak RM 350j untuk menaiktaraf perkhidmatan dan penambahan bangunan baru untuk Hospitak Kuala Lumpur.

25. Elaun Khas Waktu Bekerja Fleksi sebanyak RM 600 sebulan berkuat kuasa 1 September 2011 serta kenaikan elaun on-call semalaman antara RM 30 hingga RM 80 berkuat kuasa pada tarikh yang sama, khusus untuk pegawai perubatan dan doktor.

26. Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

27. Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan, pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik, pemansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian, pemberian subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi baru buatan tempatan. Skim pinjaman ini yang diuruskan oleh BSN akan ditawarkan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Januari 2012. Pemberian bantuan RM 3,000 bagi melupuskan teksi lama yang berusia melebihi tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun. Bagi teksi yang berusia 10 tahun dan ke atas, bantuan RM 1,000 akan diberikan. Bantuan ini ditawarkan bagi pembelian kereta baru buatan tempatan untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari 2012.

Itu sahaja yang termampu eXception catatkan, selebihnya korang boleh rujuk dalam akhbar Harakah atau Suara Keadilan… Ha ha ha ha ha… Ye lah… Takkan nak baca Utusan kot? Korang jugak kata Utusan ni fitnah… Jadi carilah paper yang eXception sebutkan tu… Kalo ada…

– Sumber: Utusan Malaysia (Paper yang korang kata banyak buat fitnah tu)

P/S: Kepada rakan-rakan kakitangan awam yang lebih cenderung kepada pembangkang, anda diminta meletakkan jawatan anda seberapa segera dan sila isi borang untuk jawatan kosong kerajaan Selangor, Kedah dan Pulau Pinang… Itupun kalo ada… Selagi korang masih berada dalam kerajaan dan pada masa yang sama menyokong pembangkang… Anda layak digelar…. ANJING!!! Sebab kebiasaan perangai ANJING yang akan menggigit tangan tuannya yang memberikannya makan… Jika korang tak nak digelar sebegitu, elok letak la jawatan ya?

Gaji Kakitangan Awam Dijangka Akan Dinaikkan?

Tinggalkan komen

Gaji Kakitangan Awam Naik? Siapa Paling Gembira?

KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.

Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.

Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.

Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.

Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini… sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.

Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.

Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.

Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.

Sumber: Berita Harian


Pasti kalangan kakitangan awam gembira mendengar berita ini termasuk eXception juga. Dengan kenaikan gaji ini di harap dapat menampung hidup seiring dengan peningkatan kos sara hidup. Walaupun ianya hanya jangkaan tetapi kita masih boleh mengharapkan ianya menjadi kenyataan lebih-lebih lagi menjelang PRU 13 nanti.

Walaupun begitu disebalik kegembiraan kakitangan awam, ada lagi yang lebih gembira apabila mendengar khabar ini… Iaitu… Kalangan pemborong, pembekal dan peruncit yang terdiri dari kalangan kaum cha ya nun alif…

Older Entries