Memperingati Peristiwa 13 Mei 1969

9 Komen

Ulang Tahun Ke-41 Peristiwa 13 Mei 1969

Hari ini genaplah 41 tahun selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang mragut banyak nyawa dek kerana gagal mengawal emosi dan provokasi yang melampau. Insiden yang bermula di Kg Baru tercetus apabila orang-orang melayu sekitar Selangor (ketika itu Kuala Lumpur masih di dalam Selangor) berkumpul di hadapan rumah Menteri Besar Selangor (ketika itu) Dato’ Harun Idris bagi membalas tindakan provokasi melampau kaum cina dan india yang ketika itu merayakan kemenangan besar DAP dan Gerakan dalam pilihanraya.

Disebabkan provokasi-provokasi melampau kaum cina dan india serta cercaan terhadap orang-orang melayu, orang-orang melayu bertindak untuk membalasnya dan bersiap-sedia dengan parang panjang dan pedang. Rusuhan tercetus apabila terdapat berita yang mengatakan seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi. Malah terdapat juga berita mengatakan terdapat pembunuhan orang melayu di Setapak.

Maka kemarahan orang-orang melayu tidak lagi dapat dibendung telah mencetuskan peristiwa berdarah ini. Pelbagai spekulasi misteri disebalik peristiwa ini di mana ada yang mengatakan peristiwa ini dirancang oleh Tun Abdul Razak yang kononnya tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman. Akan tetapi dakwaan tersebut masih menjadi misteri kerana tiada bukti yang kukuh bagi menguatkan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun dakwaan orang-orang cina yang membawa penyapu gergasi yang simboliknya bermaksud mahu menyapu terus orang melayu ke laut. Malah terdapat bukti bergambar di mana mereka berarak sambil membawa penyapu gergasi.

Terdapat juga cerita yang mengatakan pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan

Apapun harus diingatkan kepada semua bangsa melayu sekelian. Ambillah tragedi ini sebagai pengajaran agar perlu mengawal emosi. Malah kepada orang cina dan india, hormatilah hak orang melayu. Jangan dipersoalkan hak dan keistimewaan kami di sini, kerana anda semua bernasib baik kerana Tunku Abdul Rahman membenarkan nenek-moyang anda semua tinggal di Tanah Melayu selepas mendapat kemerdekaan dari British. Nenek-moyang anda datang ke Tanah Melayu juga sebab di bawa masuk oleh British. Jadi ukurlah baju di badan sendiri. Kerana kami orang melayu sudah bertapak lama di sini…

Al-Fatihah buat semua pejuang bangsa dan askar melayu yang terkorban di dalam peristiwa ini… Jasa dan pengorbanan anda akan terus kami kenang… Amin…

Sumber:

Peristiwa 13 Mei

Kronologi Peristiwa 13 Mei

Anwar sudah tidak relevan lagi?

5 Komen



Beberapa jam sebelum 13 Mei 1969, orang-orang Melayu yang prihatin di Kg. Baru memenuhi rumah Datuk Harun Idris, berkumpul untuk bersatu hati, menghadapi ancaman DAP yang mahu meMalaysiankan Malaysia.

Di Johor Bahru, pasukan Selendang Merah sudah bersedia ke Kuala Lumpur untuk jihad mempertahankan agama Islam dan tanah air daripada kerakusan DAP yang ketika itu didalangi oleh PAP. Perarakan demi Perarakan yang dibuat oleh DAP di segenap jalan di Kuala Lumpur menidakkan Ketuanan Melayu ketika itu, bandar Kuala Lumpur ketika Perarakan DAP itu sudah umpama bandar Hong Kong dan Singapura.

Penamatnya, dengan berkat perpaduan bangsa Melayu yang kemudiannya menyatukan pula Tun Razak dengan Datuk Asri, maka terselamatlah bangsa Melayu & umat Islam daripada tersingkir, dihina dan diusir daripada tanah airnya sendiri.

Ketika itu di mana Anwar? Anwar sibuk membuat demonstrasi membantah Papan Tanda dan Iklan di Kuala Lumpur yang dipenuhi oleh tulisan Cina & bahasa Inggeris. Hari ini kenapa Anwar tidak membantah isu Tulisan Jawi, Bahasa Melayu yang dipermain-mainkan oleh Teresa Kok dan DAP?

Anwar juga sibuk membuat memorandum bantahan kerana Pencerobohan Russia ke atas Afghanistan. Hari ini Amerika menceroboh Iraq, Israel menceroboh Palestin dan Lubnan, Amerika nak serang Syria dan Iran…mana Memorandum bantahan daripada Anwar Ibrahim? Sanggupkah Anwar membuat Demostrasi menentang Keganasan & Pencerobohan Amerika di Iraq, Israel di Palestin dan Lubnan?

Yang mana pilihan Anwar, menyakiti hati rakan-rakan Amerikanya atau menyakiti hati umat Islam di Iraq,Iran, Syria, Lubnan dan Palestin. Dan…Kenapa Anwar Ibrahim hadir dalam Perjanjian Mienapollis tentang penjajahan di Iraq dan Timur Tengah oleh Amerika? Apakah nak tunjuk sokongannya kepada Yahudi Amerika terhadap dasar-dasar Yahudi Amerika di Timur Tengah? Bacalah buku ” Mereka Berani Bersuara” oleh seorang mantan ahli Republikan Amerika tentang peranan Yahudi Amerika (American Jewish) di seantero benua, termasuklah J. Biden yang menyokong Anwar baru-baru ini.

Tatkala Haji Hadi Awang dan Nik Aziz (Kepimpinan Ulama) Menentang Forum Memeluk Islam, kenapa Anwar memilih jalan SongSang menyokong Forum itu? Adakah Irene Fernandez yang pernah menjemput Anwar dalam satu Forum IFC (agama semua sama rata) telah mengikat suara Anwar daripada mempertahankan kesucian agama Islam. Apa perasaan anda jika dalam forum itu ahli forum bertanya kepada ahli panel benda-benda yang sensitif terhadap hukum hakam, halal haram , dosa pahala,dan sebagainya. Siapa lebih berkredibeliti soal agama Islam, kenyataan Anwar atau Kenyataan Hj Hadi/Nik Aziz? Anwar ulamakah?

Anwar tahun 1970 dengan Anwar tahun 1980 amat jauh berbeza, jika Muzakarah UMNOPAS 1986 Allahyarham Hj Fadhil Nor mengatakan Anwar penyebab utama Menggagalkan Muzakarah itu? Muzakarah UMNOPAS 2008 tatakala Hj Hadi sudah bersetuju dan Kepimpinan Ulama PAS dah bersetuju, orang kuat Anwar dalam PAS Kamarudin Jaafar dan Husam menentang keras. Dan amat memalukan Ketua Penerangan PAS memohon ampun dan maaf, tidak pernah dalam sejarah PAS! Betapa cacamerbanya PAS sekarang.

Anwar tahun 1990 dengan Anwar tahun 2008 sangat jauh berbeza, malah Anwar tahun 1970 dengan Anwar tahun 2008 sangat jauh berbeza, sudah tiada Roh Islam (tak kisah menyokong Forum Memeluk Islam ) walaupun Haji Hadi/Nik Aziz dan majoriti orang Islam membantah, sudah tiada Roh Melayu (DEB hapuskan dan tukar kepada AEM). Anwar yang ada hari ini sangat kaya raya, sangat berbeza dengan zaman demonstrasi kemiskinan Baling dahulu. Apakah kita nak gadaikan seluruh kepentingan bangsa dan agama kita untuk menjayakan cita-cita orang yang kaya raya nak jadi PM?

Kesimpulannya, mari kita pandang 20 tahun akan datang. Dengan keadaan dan tekanan dari dalam dan luar, bangsa Melayu dan umat Islam semakin tersepit di tanah air ini. Anwar sudah lebih 60 tahun, Anwar sudah tidak Relevan lagi. Mari kita cari Pemimpin baru yang lebih Relevan untuk memimpin negara ini. Pemimpin yang boleh mengembalikan rasa hormat-menghormati antara kaum (Cina/India/Melayu ) tanpa merampas hak-hak masing-masing.

Suara Politik
Taminsari

Petikan dari blog: Belantan

Anwar hanya bercita-cita nak jadi PM sahaja. Dia sanggup lakukan apa sahaja termasuk menggadai maruah negara sendiri, melacurkan agama sendiri dan menikam orang yang tidak menjilat juburnya…