Muktamad!! Hudud Tidak Akan Dilaksanakan!!

3 Komen

Muktamad!! Hudud Tidak Akan Dilaksanakan??

HULU TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan
negara.

Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).

“Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.

“Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.

“Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.

“Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam. – Bernama

Hai… bila dah bagi green light untuk laksanakan hudud, macam-macam pulak dalihnya… Gaji minimum la… Pengangguran laa…

Masalahnya sekarang, pengangguran di Kelantan paling teruk… Sampai anak muda Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki…

Paling memelikkan… hudud ni boleh pilih-pilih plak… kepada siapa nak dilaksanakan… Bukankah hukum ini keadilan menyeluruh?? Maka Islam atau bukan Islam WAJIB dihukum jika melakukan jenayah, menggunakan undang-undang ini. Mana boleh pilih-pilih…

PAS bila dipersoalkan bila nak laksanakan hudud, diorang akan cakap berpusing-pusing… Tengok sahaja video di bawah… Dalam sidang DUN Kelantan…

Advertisements

Muktamad!! Hudud Tidak Akan Dilaksanakan!!

Tinggalkan komen