Jenayah Meningkat Salahkan BN. Tapi Mereka Sokong Penjenayah.

Tinggalkan komen

Jenayah Meningkat Salahkan BN. Tapi Mereka Sokong Penjenayah.

Bila kes-kes jenayah meningkat, Pakatan Rakyat segera menuding jari kepada Barisan Nasional…

Mereka menuduh bahawa Barisan Nasional menjadi penyebab peningkatan kes-kes jenayah…

Pakatan Rakyat cuba ‘membasuh’ pemikiran rakyat untuk membenci Polis serta Barisan Nasional…

Tetapi pada masa yang sama… Mereka bersandiwara pula dengan bersimpati dan menyokong penjenayah…









Rakyat Malaysia tak perlu terpesona dengan sandiwara Pakatan Rakyat…

Sokongan mereka terhadap penjenayah tak pernah berubah…

Malah kalangan ahli dalam PR juga terdiri daripada PENJENAYAH!!

Lihatlah apabila melayu dibunuh oleh penjenayah dari kalangan ahli PR…

Adakah mereka akan bantu keluarga mangsa??

Adakah mereka bersimpati??

Adakah mereka mengutuk pembunuh tersebut??


Mereka di bawah juga adalah mangsa penjenayah…

Mahukah korang lihat ahli keluarga korang jadi begini??

Hanya polis yang mampu membenteras jenayah…

Tetapi Pakatan Rakyat juga membencikan pasukan Polis…

Malah ada yang mahu membunuh anggota Polis…

Bagaimana jenayah hendak kurang…

Pakatan Rakyat menyokong penjenayah…

Pakatan Rakyat juga memusuhi pasukan Polis…

Hanya penjenayah sahaja takut dan bencikan Polis…

Tak perlu terpedaya lagi dengan sandiwara demi sandiwara oleh Pakatan Rakyat…

Artikel Berkaitan: PDRM – Rakan Jenayah Si Mati Dakwa Polis Lepaskan Tembakan Ala Ala Filem Koboi.

Advertisements

BNYCT Bakal Ganti UMB??

2 Komen

BNYCT Bakal Ganti UMB??

Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan melancarkan BN Youth Cyber Team pada hari Rabu ini jam 12.30 tengahari di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

Khabar-khabar angin yang sedang bertiup mengatakan tujuan BNYCT ditubuhkan disebabkan Ketua Pemuda UMNO kecewa dengan Unit Media Baru yang diselia oleh Tun F… Apa yang dikatakan menjadi punca kekecewaan beliau adalah disebabkan leader UMB masih membela blogger gila meroyan yang sampai sekarang masih berdendam dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi walaupun beliau sudah bersara. Serangan demi serangan terhadap mantan Perdana Menteri ke 5 Malaysia yang dilakukan oleh blogger gila belaaan UMB itu sedikit sebanyak membuatkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu mahu menubuhkan team cybertrooper yang baru yang bakal menggantikan UMB…

Walaupun ada kalangan blogger UMB yang menyokong penubuhan BNYCT itu. Dikatakan ianya sekadar ‘wayang’… Walaupun hakikatnya mereka rasa tercabar juga… eXception tak pasti sama ada betul atau tidak… Tapi yang pasti jika ianya benar, ianya merupakan satu tamparan hebat buat penyelaras UMB sendiri…

Jelajah #JanjiDitepati Kini Di Selangor!!

Tinggalkan komen

Siri Jelajah Janji Ditepati Kini Akan Berada Selangor!!

Siri program Jelajah Janji Ditepati kini akan berada di Selangor pada 8 Julai nanti… Ayuh datang beramai-ramai… Lokasi program jelajah ini akan diadakan di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan…

Banyak program-program menarik menanti anda di sana… Untuk mengetahui lokasinya, sila rujuk peta di bawah ini…

Haji Hadi Cakap Tak Serupa Bikin

Tinggalkan komen

Datuk Tajuddin Tempelak Haji Hadi. Haji Hadi Tak Dapat Jawab.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan kepemimpinan PAS ‘cakap tak serupa bikin’ apabila mempersoalkan penguasaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa terlalu lama memerintah negara.
Tajuddin berkata, tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap pemimpin BN ghairah memegang jawatan terlalu lama dalam kerajaan sebagai menuding jari kepada diri sendiri.
“Tadi pemimpin PAS (Abdul Hadi) menegur kerajaan BN kerana tidak senang apabila melihat BN sudah berkuasa begitu lama, bila kita memerintah lama, kita dikatakan nyanyuk.

“Bagaimana pula keadaan di Kelantan, bila pula Menteri Besarnya (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) hendak letak jawatan, ini bercanggah dengan apa yang dikatakan (oleh Abdul Hadi).

“Ini semua kita kena ingat, kalau satu jari tuding pada kita (BN), empat jari lagi tuding pada diri sendiri,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Tuanku, semalam.

Bagaimanapun, tindakan beliau tidak mendapat maklum balas daripada pemimpin pembangkang termasuk Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang yang sebelum itu mendakwa pemimpin BN memerintah negara terlalu lama.
“Apa yang berlaku dalam negara hari ini, mereka (BN) nak perintah sampai nyanyuk, nak perintah sampai kiamat. Apa yang dibimbangkan ialah gejala perpecahan dalam masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Tajuddin turut menyelar tindakan PAS menggunakan slogan ‘undi PAS, masuk syurga’ untuk meraih undi pada pilihan raya kecil sebelum ini.

Sumber: Berita Harian



Bravo kepada Datuk Tajuddin!! Haji Hadi tak dapat nak menjawab langsung apabila Datuk Tajuddin memulangkan paku buah keras kepadanya. Nampak sangat Haji Hadi sudah kehabisan modal… Nak timbulkan isu pasal hudud pun tak boleh sebab pemimpin PAS sendiri menolak hudud… Nak timbulkan pasal isu pentadbiran negara pun tak boleh sebab di Kelantan dan Kedah lagi haru-biru pentadbirannya…

Kononnya Haji Hadi menjangka soalannya itu tidak dapat ditangkis oleh BN, akan tetapi sangkaan meleset dan menyebabkan Haji Hadi tak dapat nak membalas semula… Kah kah kah kah…. Hambik nko!!


PAS Rasuah Peneroka Gua Musang??

Tinggalkan komen

Kelantan Akan Beri 2,000 Geran Tanah Kepada Peneroka

GUA MUSANG: Kerajaan negeri Kelantan akan memberi geran hak milik kepada 2,000 peneroka di Rancangan Tanah Felda termasuk di Chiku Satu dan Dua di Gua Musang yang telah menjelaskan hutang masing-masing.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata pemberian hak milik kepada individu itu akan disampaikan dalam masa terdekat ini walaupun tanah mereka dalam proses tanam semula.

“Kelantan merupakan negeri pertama memberi kelulusan hak milik kepada peneroka individu di tanah rancangan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Pemuda PAS Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Markas PAS Gua Musang, di sini, Sabtu.

Beliau berkata, walaupun kedua-dua tanah rancangan Felda itu bukan dalam kawasan DUN Galas tetapi kerajaan negeri berhak memberi geran hak milik kerana mereka telah menjelaskan semua hutangnya.

Ditanya mengenai pemilihan calon pada pilihan raya kecil DUN Galas, Husam berkata memang sudah ada calon dan perwatakannya sama seperti bekas penyandang, Allahyarham Che Hashim Sulaima.

“Pemilihan calon akan diputuskan dalam sedikit masa lagi,” kata Husam, yang juga Timbalan Pesuruhjaya 11 PAS Kelantan.Katanya parti itu yakin akan mendapat sokongan masyarakat Cina, India dan Orang Asli di kawasan itu bagi mengekalkan kerusi tersebut.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian Che Hashim, 45, dari PAS dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 4 November ini. – BERNAMA


Cheh… Nak dekat pilihanraya ajer mula lah nak bagi geran la… Itu la… Ini laa… Bila BN yang buat time pilihanraya, mereka akan berkata ianya rasuah… Tapi bila kena tang batang hidung sendiri… Boleh jadi halal pulak… Takde unsur rasuah pulak…

Inilah PAS… Orang lain tak boleh, haram… Kalau tang dia molek ajer… halalan toyyiba terus… Banyak contoh perkara haram yang dihalalkan PAS termasuklah duit KOHILAL yang kini menjadi KIROHALAL… Malah mengupah blogger sebanyak RM 4 juta semata-mata mahu menyerang keperibadian Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi PM dulu.

Bagi PAS semua boleh… Nak mencarut takpe… Nak menyerang peribadi orang boleh… Ambik duit orang tak jadi masalah… Rasuah jadi halal… Tapi bila kena tang UMNO jer… Haram selalu… Bila blogger UMNO menyerang keperibadian kepimpinan PAS… Mulalah keluar ayat Al-Quran yang entah dia copy dari mana kononnya untuk memberitahu balasan di akhirat… Bila ada pemimpin BN yang dikaitkan dengan kes rasuah… Terus serang bertalu-talu sambil tu memuji kecekapan SPRM… Bila ada pemimpin PAS yang dikaitkan dengan rasuah… Terus tuduh SPRM alat UMNO…

Inilah sikap puak-puak PAS… Mereka takkan akui silap mereka sendiri… Mereka sedaya upaya cuba menyalahkan orang lain… Sebagai contoh kalo tersepak batu, harus dimaki hamun batu tu… Padahal dia jalan menonong… Tak tengok bawah langsung…

Mengapa Kristian Masih Tetap Mahu Menggunakan Nama Allah??

4 Komen

Kristian semakin biadap…
Mereka Tamak…
Mereka ada Jesus…
Kini mahukan Allah pula…
Bukan mereka mahu menyembah Allah dan kembali ke ajaran Islam…
Tetapi mereka mahu menyamakan Allah dengan Tuhan mereka…

Patutkah kita biarkan? Mengapa PAS masih bodoh? Mengapa PKR masih bodoh? Nik Ajis bodoh jika mengatakan tak salah mereka menggunakan kalimah Allah dalam ajaran Kristian. Kenapa aku kata Nik Ajis bodoh? Sebab mereka secara berterus-terang tiada niat menggambarkan Allah itu ialah Allah, Tuhan Sekelian Alam… Mereka mahu menggambarkan Allah sebagai Tuhan kepercayaan mereka.

Tidak percaya? Bacalah surat celaka ni…

Kenapa ‘Allah’ popular kepada penganut Kristian

Ini jelas menunjukkan mereka berniat untuk menggunakan nama Allah pada Tuhan yang mereka sembah. Tuhan kepercayaan mereka. Bukan untuk memahami Islam. Jauh dari panggang dari api. Kenyataan Nik Ajis adalah kenyataan dangkal semata-mata mahu mengambil hati rakyat bukan Islam. Bagi Nik Ajis, peduli apa dengan nama Allah. Janji dapat meraih undi dari bukan Islam. Jual Islam pun dia sanggup. Kalau disuruh murtad oleh kafir pun dia sanggup jika kafir boleh beri jaminan undi akan diberikan kepada Nik Ajis and the gang…

Jadi jangan hairanlah jika suatu hari nanti Kristian mengatakan Jesus yang disalib itu Allah. Jangan pula melenting jika Kristian mengatakan begitu. Silapnya pemimpin-pemimpin Islam kita yang tamakkan kuasa politik dan menagih undi dari bukan Islam dan sanggup melacurkan agama sendiri semata-mata mahukan undi dari orang kafir.

PAS pula berdiam diri sambil mengatakan ianya permainan politik UMNO. PAS sentiasa bersikap syak wasangka. Bukankah sikap syak wasangka ini sifat syaitan? Manakala pemimpin UMNO mengambil sikap tunggu dan lihat. Apa sikap ni? Kepada pemimpin PAS, sudah-sudah lah bersikap syak wasangka dan berdendam, manakala pemimpin UMNO perlu mengajak PAS duduk semeja berbincang. Sebab hal ini berkaitan kesucian agama. UMNO juga tidak harus mengambil peluang ini menghentam PAS. Bukan semua di dalam PAS menyokong pemimpin mereka.

Jadi demi kesucian Agama Islam ambillah peluang ini berdamai. PAS tak perlu takut atau sangsi jika UMNO mengajak bermuzakarah. PAS sepatutnya lebih sangsi dengan DAP dan PKR kerana jelas menolak Islam. Walaupun UMNO menolak hudud, tetapi bukan selamanya akan menolak. Pasti suatu hari nanti dengan hasil muzakarah dan perbincangan semeja dengan PAS, UMNO dan PAS sama-sama menguatkuasakan undang-undang hudud dan qisas di Malaysia. Selagi itu PAS masih terus bersangka buruk pada UMNO sampai sudah perkara ini tidak akan selesai.

PAS patut meninggalkan PKR dan Anwar. Anwar dalang sebenar yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh Herald dan Kristian. Sedarlah Umat Islam jika terus berbalah maka jadi kucar-kacirlah macam Iraq, Palestin dan Afhganistan di mana hidup berpuak-puak.

Isu ganti rugi RM 800 juta kepada Timbermine Sdn. Bhd. Silap siapa sebenarnya??

4 Komen

Silap siapa sebenarnya?

KOTA BHARU 1 Jan. – Kerajaan Pas Kelantan tidak boleh menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) apabila terpaksa membayar ganti rugi RM800 juta kepada syarikat pembalakan, Timbermine Sdn. Bhd. ekoran pelanggaran kontrak.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad berkata, segala keputusan yang dibuat termasuk penamatan kontrak pada 1975 dilakukan oleh kerajaan Pas yang ketika itu berada di bawah komponen BN.

Beliau berkata, Pas jangan hendak berselindung di sebalik lalang sehelai dengan tidak mengambil tanggungjawab ini apabila tewas di mahkamah.

“Kita pun mewarisi daripada dia juga dulu… apa yang BN buat adalah membetulkan keputusan yang salah pada 1964 yang memberikan kontrak kepada syarikat pembalakan ini.

“Lagi pun Menteri Besar Kelantan pada 1975 ialah Datuk Mohd. Nasir, kerajaan BN Kelantan yang diterajui oleh Pas, dia tak fahamkah kerana pada ketika itu kerajaan campuran terbentuk di Kelantan dengan Pas 22 kerusi, UMNO (13) dan MCA satu kerusi. Macam kerajaan BN di Pulau Pinang dulu diterajui oleh Gerakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan kerajaan Pas Kelantan bahawa mereka hanya mewarisi tinggalan kerajaan BN dahulu dan terpaksa menanggung beban atas warisan tersebut.

Ia disebabkan kerajaan BN pada 1975 telah membatalkan perjanjian dengan sebuah syarikat pembalakan Timbermine Sdn. Bhd. yang diberikan kuasa untuk mengeluarkan balak di kawasan seluas 204,095 hektar di Hulu Kelantan.

Pada prosiding di Mahkamah Tinggi Kota Bharu Rabu lalu, kerajaan negeri diarah membayar ganti rugi kira-kira RM800 juta kepada Timbermine kerana melanggar perjanjian.

Jumlah ganti rugi tersebut dikatakan yang tertinggi dalam kes saman sivil di negara ini.

Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata, pembatalan kontrak itu dibuat disebabkan kerajaan BN pada ketika itu mahu membangunkan kawasan tersebut dan ia terbukti dengan penubuhan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

“Tanah itu diambil balik untuk Kesedar hari ini, semua kawasan Kesedar adalah kawasan Timbermine yang diselesaikan melalui rundingan sebab itu kena bayar pampasan RM3.5 juta.

“Kawasan Hulu Kelantan hanya dibangunkan pada 1974 selepas Kesedar dibangunkan dengan Datuk Ariffin Said menjadi pengurus besar yang pertama dan mula mengambil orang miskin sebab itu pada zaman BN semuanya dah selesai dan mereka tidak saman ketika itu,” katanya.

Katanya, perjanjian pada 1964 amat longgar dan ia tidak dapat membangunkan kawasan tersebut disebabkan kontrak itu hanya untuk mengeluarkan balak serta sebagai timbal balas, Timbermine perlu menyediakan jalan bagi penduduk.

Tambahnya, sewajarnya tidak timbul soal kerajaan BN dahulu kerana berdasarkan prinsip Pas perlu mewarisi semua pusaka yang ditinggalkan sebelum ini.

“Kenapa hendak perintah hendak ambil yang baik sahaja, bila kita ambil kena ambil semua aset dan liabiliti. Macam kita kahwin takkan hendak ambil yang elok saja daripada perempuan yang bakal menjadi isteri, kita harus menerima semuanya.

“Kalau begitu alasannya, keluar sajalah dari Kota Darulnaim, Balai Islam dan JKR 10 kerana semua itu dibuat oleh BN dan peninggalan kerajaan BN.

“Pada masa yang sama, kenapa mereka tidak berunding sebelum 2004 sebab pada masa BN dulu kerajaan boleh selesai di meja rundingan,” katanya.

PAS Kelantan menuding jari kepada BN atas ganti rugi yang perlu dibayar dan mengatakan itu kesilapan dari Kerajaan BN terdahulu. Manakala BN pula mengatakan Kerajaan PAS sendiri yang membatalkan perjanjian itu semasa mula mentadbir Kelantan. Jadi salah siapa sebenarnya? Jika diikutkan fakta yang diberikan oleh Datuk Alwi Che Ahmad adalah amat kukuh. Tetapi fakta tanpa berlandaskan bukti dokumentasi dan hanya cakap-cakap mulut sahaja belum cukup memadai. Seharusnya Datuk Alwi Che Ahmad membentangkan dokumen-dokumen tersebut bagi membuktikan siapa yang benar siapa yang salah.

PAS mungkin belum tentu dapat membayar ganti rugi tersebut, kecuali terpaksa menebang seluruh balak di Kelantan mungkin dapat membayarnya. Untuk menagih simpati Anwar Al-Juburi juga bekum tentu berhasil. RM 800 juta bukan RM 800… Anwar Al-Juburi lagikan pula tersepit dengan kes liwatnya yang gagal dalam permohonan menggugurkan pertuduhan terhadapnya.

Maka PAS Kelantan juga mungkin terpaksa memperhambakan diri kepada Anwar Al-Juburi, Lim Suka Ungkit Siang-Siang dan menggadaikan maruah Agama Islam demi membayar balik hutang tersebut…

Older Entries