Bukti PAS Kuat Fitnah

2 Komen

PAS Fitnah YB Kamalanathan Untuk Menutup Kurap Sendiri

Jika korang tengok gambar kat atas ni, tentu ada yang kata gambar RE-AL… Tapi sedarkah korang bahawa gambar di atas merupakan salah satu fitnah jahat PAS untuk menutup pekung sendiri dan memburukkan UMNO kononnya membenarkan YB Kamalanathan memberi ceramah di dalam masjid.

Korang lihat gambar sebenar di bawah ini. Sebenarnya gambar di atas adalah diedit semula berdasarkan gambar di bawah ini. Kononnya nak menunjukkan YB Kamalanathan berceramah di dalam masjid. Sedangkan apa yang berlaku sebenarnya beliau hanya berceramah di perkarangan masjid, bukan di dalam masjid.

Fitnah ini heboh diperkatakan hingga Malaysiakini juga turut mengiktiraf fitnah ini. Sudah sememangnya Malaysiakini kaki fitnah… Malah beberapa blog pencacai PAS tanpa segan silu menyiarkan cerita fitnah ini.

Fitnah ini direka sendiri oleh Arc Bishop Kristian Selangor iaitu Father Khalid Gereja A.K.A Khalid Beer… Korang tengoklah link di bawah…

UMNO, Kura-Kura dan Perahu

BONGKAR: ‘Ustaz Kamal’ masuk masjid – Pukulan maut buat penyokong totok Umno!

‘Ustaz Kamal’ MIC pula didakwa masuk masjid

Aku cabar semua penyokong PAS sekelian agar membawa hal ini kepada MAIS dan JAIS… Jangan banyak beralasan…

Pautan blogger lain yang turut mengutuk fitnah PAS ini:

Fitnah Khalid Samad terhadap Kamalanathan kantoi , terbukti PAS kaki fitnah !!

GEMPAR! KHALID GEREJA KANTOI MENIPU!

Hakikatnya… PAS MEMANG KAKI PENIPU NOMBOR WAHID!!!

Advertisements

BUKTI KEWUJUDAN PENGUNDI HANTU DI PRK HULU SELANGOR

1 Komen


BUKTI WUJUDNYA PENGUNDI HANTU DI PILIHANRAYA KECIL DI HULU SELANGOR

Seorang responden yang enggan dikenali telah menghubungi aku dan menghantar kepada aku emel beberapa keping gambar yang dipercayai pengundi hantu semasa hari pengundian bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Mulanya aku sangka responden tersebut bergurau. Setelah melihat gambar-gambar tersebut aku menggeleng-gelengkan kepala. Aku berfikir sejenak, perlukah aku menyiarkan gambar pengundi hantu tersebut?

Apapun demi keadilan semua, maka aku siarkanlah. Sebelum itu aku minta maaf banyak-banyak sebab terpaksa siarkan gambar-gambar ini. Sila klik butang untuk mengeluarkan spoiler yang mengandungi gambar-gambar pengundi hantu tersebut.

P/S; eXception tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada yang terpaksa dikejarkan ke Hopsital atau berlaku rusuhan apabila tersiarnya gambar ini…


Pengundi Hantu Ini Didapati Berlegar-Legar Di Sekitar Pusat Pembungan Undi. Yang Hairannya SPR Boleh Buat Derkk Jerr…


Yang Ni Lagi Sekor Lagi Tau Mentekedarah Jer Kat Pekan Kuala Kubu Baru. Patutlah BN Kalah Kat Kuala Kubu Baru. Dah Tu Buat Muka Tak Bersalah Lak Tu… Hampeh…

Ha… Ha… Ha… Ha… Ha… Jangan Marah… Gurau Ajerrr….

KEPUTUSAN PENUH PRK HULU SELANGOR – BN MENANG!!!

Tinggalkan komen



KEPUTUSAN PENUH PRK HULU SELANGOR


BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN RASMI PRK HULU SELANGOR

BN : 24997


PKR : 23272

MAJORITI BN 1725 UNDI

TAHNIAH KEPADA YB (YANG BERKHIDMAT) P. KAMALANATHAN… TAHNIAH JUGA KEPADA SEMUA JENTERA BN!! TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENDUDUK HULU SELANGOR YANG MEMASTIKAN KEMENANGAN BN!!




Apabila Kanak-Kanak Dijadikan Hamba Kempen Pilihanraya

8 Komen

Pakatan Reban Mempergunakan Kanak-Kanak Sebagai Hamba Kempen Pilihanraya

Kasihan betul dengan kanak-kanak yang tak tahu hujung pangkal dengan isu politik Malaysia terpaksa terjebak dengan permainan politik disebabkan kebodohan mak-bapak… Mereka yang sepatutnya duduk di rumah menelaah pelajaran terpaksa diheret oleh ibu-bapa yang tak bertanggungjawab ke Hulu Selangor untuk berkempen.

Apa dosa kanak-kanak ini hingga terpaksa diheret semata-mata untuk menjadi hamba kempen pilihanraya? Mak-bapak diorang ni takde otak ke? Mak-bapak diorang ni memang tak sedar dek untung apabila Allah berikan mereka zuriat supaya dijaga dengan elok, diberoi didikan sempurna tetapi terpaksa menjadi hamba kempen pilihanraya… Terpaksa mengusung poster ke hulu dan ke hilir di tengah-tengah khalayak ramai…

Apa akan terjadi sekiranya kanak-kanak ini mengalami kecederaan atau terbunuh sekiranya berlaku rusuhan serta huru-hara ketika berkempen. Apa akan terjadi jika kanak-kanak ini terdedah kepada jangkitan virus selsema H1N1? Siapakah harus dipersalahkan??

Nak salahkan kerajaan BN lagi? Kerajaan pun tak pernah galakkan kanak-kanak dipergunakan seperti ini. Jadi nak salahkan siapa jika kecelakaan berlaku terhadap anak-anak mereka sendiri? Sepatutnya mak-bapak macam mereka ni sepatutnya diheret ke mahkamah kerana mempergunakan anak-anak sendiri demi kepentingan politik.

Ingatlah Allah berikan kita zuriat bukan sebagai alat untuk kempen politik. Bukan sebagai perisai yang digunakan dalam rusuhan… Inilah akibatnya jika mak-bapak terlampau bahalol dan bengap… Mereka sanggup mengorbankan anak sendiri demi kepentingan politik… Inilah sikap zaman jahiliah yang kini sudah kembali…

Pembangkang mengutuk dengan keras dalam isu penderaan kanak-kanak, tetapi pada masa yang sama mereka bersikap lidah bercabang… Membenarkan (bukan secara lisan) kanak-kanak menjadi hamba politik… MasyaAllah…

Di sini eXception mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan kanak-kanak di dalam sebarang kempen politik serta perhimpunan jalanan… Menteri yang berkaitan jangan senyap sahaja, sila bertindak… Jangan bila ada nyawa kanak-kanak yang melayang, barulah hendak bertindak… Dakwa ibu-bapa kanak-kanak yang tak bertanggungjawab ini…

Anwar Mulai Mengencing Penduduk Hulu Selangor

3 Komen

Anwar Mengencing Penduduk Hulu Selangor Dengan Isu Minyak Antara Malaysia dan Iran

Jika korang baca artikel di dalam Malaysian Insider mengenai modal si Al-Juburi mengenai kononnya Malaysia menarik balik pengeksportan minyak ke Iran di sebabkan oleh PM kita tunduk kepada Obama…


Anwar sedang mengelepet penduduk Hulu Selangor dengan cerita reka-fitnahnya

Sila baca di sini: Pakatan guna isu KL henti bekal Iran minyak, tunduk tekanan Obama

Adalah satu perkara yang paling melucukan di dalam dunia ini di mana sebuah negara yang merupakan ahli kepada Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mahu mengimport minyak dari Malaysia yang sumber minyaknya tak seberapa….

Untuk pengetahuan korang Iran merupakan antara negara yang mengeluarkan minyak terbesar. Untuk apa Iran mahu import minyak dai Malaysia? Cuba korang fikir?

Kepada penduduk Hulu Selangor janganlah anda terpedaya dengan tipu daya Al-Juburi, sememangnya sikap Al-Juburi ini suka menabur fitnah keliling kampung. Mula-mula pasal Altantuya, pastu pasal APCO, pastu pasal minyak… agaknya lepas ni apa modal Al-Juburi…

Anda boleh merujuk senarai negara ahli OPEC di sini: Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum

Di sini pula adalah kenyataan Datuk Seri Najib bagi menangkis fitnah yang dijaja oleh Al-Juburi: Laporan Mengenai Penghentian Bekalan Minyak Ke Iran Tidak Betul, Kata Najib

Apabila Masjid Dijadikan Macam Hotel

8 Komen

Pengikut PAS & PKR Kurang Ajar. Jadikan Masjid Tak Ubah Macam Hotel & Rumah Tumpangan

Beginilah rupanya keadaan Masjid Kuala Kubu Baru. Apabila puak-puak PAS & PKR menjadikan rumah Allah yang suci ini tak ubah seperti rumah tumpangan. Boleh buat sesuka hati mereka. Inikah Islam PAS? Ini baru penamaan calon. Belum lagi pilihanraya yang sebenar. Aku Pasti ramai lagi pengikut-pengikut HAM-PAS akan menyerang masjid-masjid sekitar Hulu Selangor dan dijadikan rumah tumpangan mereka…

MasyaAllah… Macam ni ke rupanya orang yang dikatakan memperjuangkan Islam. Tetapi pada masa yang sama menghina Rumah Allah… Alangkah sedihnya apabila melihat keadaan masjid sebegini…

Kepada Tok Garu Nick Ajisz, aku nak tanya… Berdosakah hukumnya jika mengotorkan dan menghina rumah Allah sebegini? Aku pasti Nick Ajisz akan senyap sambil bukak kitab Karut-Marut sambil cuba mencipta fatwa-fatwa yang memesongkan akidah…

Khalid Gagap, mengapa tak disediakan rumah tumpangan kepada pencacai-pencacai nko? Tak mampu ke?? Ataupun rumah-rumah tumpangan serta hotel adalah untuk mereka yang berpengaruh sahaja?

Wahai pencacai PAS sekelian. Buka mata korang semua… Buka hati… Tengoklah… Ini bukan gambar super impose… Ini bukan rekaan…

P/S: Terima kasih kepada Shamsul Azra