Isu ganti rugi RM 800 juta kepada Timbermine Sdn. Bhd. Silap siapa sebenarnya??

4 Komen

Silap siapa sebenarnya?

KOTA BHARU 1 Jan. – Kerajaan Pas Kelantan tidak boleh menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) apabila terpaksa membayar ganti rugi RM800 juta kepada syarikat pembalakan, Timbermine Sdn. Bhd. ekoran pelanggaran kontrak.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad berkata, segala keputusan yang dibuat termasuk penamatan kontrak pada 1975 dilakukan oleh kerajaan Pas yang ketika itu berada di bawah komponen BN.

Beliau berkata, Pas jangan hendak berselindung di sebalik lalang sehelai dengan tidak mengambil tanggungjawab ini apabila tewas di mahkamah.

“Kita pun mewarisi daripada dia juga dulu… apa yang BN buat adalah membetulkan keputusan yang salah pada 1964 yang memberikan kontrak kepada syarikat pembalakan ini.

“Lagi pun Menteri Besar Kelantan pada 1975 ialah Datuk Mohd. Nasir, kerajaan BN Kelantan yang diterajui oleh Pas, dia tak fahamkah kerana pada ketika itu kerajaan campuran terbentuk di Kelantan dengan Pas 22 kerusi, UMNO (13) dan MCA satu kerusi. Macam kerajaan BN di Pulau Pinang dulu diterajui oleh Gerakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan kerajaan Pas Kelantan bahawa mereka hanya mewarisi tinggalan kerajaan BN dahulu dan terpaksa menanggung beban atas warisan tersebut.

Ia disebabkan kerajaan BN pada 1975 telah membatalkan perjanjian dengan sebuah syarikat pembalakan Timbermine Sdn. Bhd. yang diberikan kuasa untuk mengeluarkan balak di kawasan seluas 204,095 hektar di Hulu Kelantan.

Pada prosiding di Mahkamah Tinggi Kota Bharu Rabu lalu, kerajaan negeri diarah membayar ganti rugi kira-kira RM800 juta kepada Timbermine kerana melanggar perjanjian.

Jumlah ganti rugi tersebut dikatakan yang tertinggi dalam kes saman sivil di negara ini.

Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata, pembatalan kontrak itu dibuat disebabkan kerajaan BN pada ketika itu mahu membangunkan kawasan tersebut dan ia terbukti dengan penubuhan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

“Tanah itu diambil balik untuk Kesedar hari ini, semua kawasan Kesedar adalah kawasan Timbermine yang diselesaikan melalui rundingan sebab itu kena bayar pampasan RM3.5 juta.

“Kawasan Hulu Kelantan hanya dibangunkan pada 1974 selepas Kesedar dibangunkan dengan Datuk Ariffin Said menjadi pengurus besar yang pertama dan mula mengambil orang miskin sebab itu pada zaman BN semuanya dah selesai dan mereka tidak saman ketika itu,” katanya.

Katanya, perjanjian pada 1964 amat longgar dan ia tidak dapat membangunkan kawasan tersebut disebabkan kontrak itu hanya untuk mengeluarkan balak serta sebagai timbal balas, Timbermine perlu menyediakan jalan bagi penduduk.

Tambahnya, sewajarnya tidak timbul soal kerajaan BN dahulu kerana berdasarkan prinsip Pas perlu mewarisi semua pusaka yang ditinggalkan sebelum ini.

“Kenapa hendak perintah hendak ambil yang baik sahaja, bila kita ambil kena ambil semua aset dan liabiliti. Macam kita kahwin takkan hendak ambil yang elok saja daripada perempuan yang bakal menjadi isteri, kita harus menerima semuanya.

“Kalau begitu alasannya, keluar sajalah dari Kota Darulnaim, Balai Islam dan JKR 10 kerana semua itu dibuat oleh BN dan peninggalan kerajaan BN.

“Pada masa yang sama, kenapa mereka tidak berunding sebelum 2004 sebab pada masa BN dulu kerajaan boleh selesai di meja rundingan,” katanya.

PAS Kelantan menuding jari kepada BN atas ganti rugi yang perlu dibayar dan mengatakan itu kesilapan dari Kerajaan BN terdahulu. Manakala BN pula mengatakan Kerajaan PAS sendiri yang membatalkan perjanjian itu semasa mula mentadbir Kelantan. Jadi salah siapa sebenarnya? Jika diikutkan fakta yang diberikan oleh Datuk Alwi Che Ahmad adalah amat kukuh. Tetapi fakta tanpa berlandaskan bukti dokumentasi dan hanya cakap-cakap mulut sahaja belum cukup memadai. Seharusnya Datuk Alwi Che Ahmad membentangkan dokumen-dokumen tersebut bagi membuktikan siapa yang benar siapa yang salah.

PAS mungkin belum tentu dapat membayar ganti rugi tersebut, kecuali terpaksa menebang seluruh balak di Kelantan mungkin dapat membayarnya. Untuk menagih simpati Anwar Al-Juburi juga bekum tentu berhasil. RM 800 juta bukan RM 800… Anwar Al-Juburi lagikan pula tersepit dengan kes liwatnya yang gagal dalam permohonan menggugurkan pertuduhan terhadapnya.

Maka PAS Kelantan juga mungkin terpaksa memperhambakan diri kepada Anwar Al-Juburi, Lim Suka Ungkit Siang-Siang dan menggadaikan maruah Agama Islam demi membayar balik hutang tersebut…

Advertisements

GMI dan PAS cuba lari dari tanggungjawab

Tinggalkan komen

Tuntut RM10 juta dari KDN, Polis

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) – Sebarang kerugian para peniaga di ibu kota, Sabtu lalu mestilah dituntut daripada pihak Kementerian Dalam Negeri dan Polis kerana mengarahkan premis-premis perniagaan ditutup, di samping mencetuskan suasana huru-hara dengan tangkapan rambang serta tindakan ganas dalam menyuraikan perhimpunan aman ISA itu.

Pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), telah memberi jaminan bahawa himpunan akan berlangsung secara aman dan memastikan para peserta tidak mengganggu dan melakukan tindakan salah sehingga menyusahkan orang awam namun keadaan bertukar kelam-kabut akibat tindakan pihak polis dan larangan KDN.

Demikian dinyatakan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli ketika diminta mengulas berhubung tuntutan RM10 juta oleh 1,000 peniaga yang mendakwa mengalami kerugian akibat demonstrasi tempoh hari.

“Jika polis dan KDN benarkan kita berhimpun secara aman, pasti Kuala Lumpur tidak lumpuh 1 Ogos lalu dan tidak timbul suasana kecoh atau peniaga rugi.

“Sehingga kini, tidak kedengaran ada laporan rompakan, ceroboh, mencuri atau barangan dirampas daripada peniaga pada hari himpunan itu. Yang ada ialah peniaga rugi kerana polis mengarahkan perniagaan kedai-kedai ditutup.

“Selain itu orang ramai, pengguna dan pelanggan bertempiaran lari bukan suka-suka tetapi ditembak gas pemedih mata dan diasak ganas polis, jadi sebarang kerugian sila tuntut kepada polis dan KDN,” katanya ketika dhubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Sementera, itu beliau menjelaskan bahawa terdapat maklumt yang diterima mana-mana para peniaga yang ‘berani’ membuka kedai, mereka mendapat keuntungan lumayan, kerana jumlah peserta yang berhimpun amat ramai sekaligus menjadi pengguna dan pembeli pada hari tersebut.

Perkara ini turut diakui oleh Pensyarah Media Universiti Malaya,Dr Abu Hasan Hasbullah dalam sebuah laporan yang menyatakan bahawa para peniaga mendapat keuntungan berlipat ganda hasil himpunan aman besar-besaran Sabtu lalu.

Dalam masa yang sama, Dr Hatta menggesa pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat taksiran kerugian dan keuntungan yang diperolehi oleh peniaga yang dibimbangi dimanipulasi dan diada-adakan oleh pihak-pihak tertentu.

“Angkanya juga dicurigai. Jika sebuah pasaraya kerugian RM300,000 selama 2 jam, berapakah untung yang diperolehi jika ianya beroperasi selama 12 jam, tentunya RM 1.8 juta…jadi LHDN sila siasat jumlah ini. Jika benar tuntut kepada pihak polis dan KDN,” katanya yang turut dikasari pihak polis pada hari tersebut.

Beliau, juga tidak terkejut apabila Pemuda Umno cuba menjadi ‘hero’ untuk mewakili para peniaga membuat tuntutan kepada pihak penganjur yang menunggu masa untuk menjejaskan imej GMI, NGO dan Pakatan Rakyat yang menentang akta zalim ISA itu.

“Kita sentiasa bersedia, jika ada tuntutan undang-undang, kita akan berhujah dan bertemu di mahkamah,” katanya mengakhiri perbualan.

Semalam tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India di sini menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas.

Persatuan terbabit ialah Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (LTAR).

Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Rosli Sulaiman berkata, ketiga-tiga persatuan peniaga bersetuju untuk mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM10 juta yang melibatkan 1,000 orang peniaga. – azm _

Sumber: HaprakDaily


Bila aku baca akhbar HaprakDaily ni, serta-merta bertambah meluat. GMI dan PAS menyarankan peniaga yang terlibat dengan penutupan premis mereka supaya menuntut ganti rugi mereka dari Kementerian Dalam Negeri dan Polis Di Raja Malaysia. Nampak sangat mereka cuba lari dari tanggungjawab. GMI dan PAS cuba lepas tangan dalam hal kerugian peniaga atas mereka sendiri yang berdegil mahu melakukan demonstrasi haram 1 Ogos lalu. Kini apabila Kerajaan Persekutuan menyarankan peniaga yang terlibat dengan penutupan premis semasa perhimpunan haram 1 Ogos lalu agar menuntut ganti rugi pada GMI.

Inikah Kerajaan Berkebajikan yang mereka war-warkan selama ini? Kebajikan para peniaga yang terlibat langsung tidak dipedulikan. Inikah pemimpin yang kita mahukan memerintah negara? Andai jika terjadi bencana alam seperti banjir, adakah mereka mahu bantu peniaga yang terlibat dengan bencana alam tersebut? Jawapannya sudah tentu tidak. Kerajaan Berkebajikan hanyalah kata-kata manis Pakatan Rakyat yang mahu memerintah Malaysia, tetapi tidak mahu mempedulikan nasib rakyat. Tengoklah apa yang terjadi pada negeri Selangor dengan kes-kes penyelewengan Exco dan ADUN.

Mahukah anda pemimpin seperti ini? Adakah anda mahu pemimpin yang mempertahankan tindakan seorang kafir harbi yang jelas bertentangan dengan undang-undang, tetapi melacurkan agama sendiri demi kepentingan kafir harbi tsb? Anda fikirkan sendiri. Tepuk dada tanya selera…