PAS KEDAH PAKAR DALAM PERTERNAKAN DAN PROSES PEMOTONGAN BABI

Tinggalkan komen


BERDASARKAN BERITA DARI HAPRAKDAILY

1. SEJAK BILA PAS KEDAH MENJADI PAKAR DALAM BIDANG PERTERNAKAN DAN PROSES PEMOTONGAN BABI SEHINGGA MENAWARKAN KHIDMAT PENERANGAN KEPADA AHLI UMNO YANG MEMBANTU MASYARAKAT MELAYU ISLAM DI KEDAH UNTUK MENGHALANG KERAJAAN NEGERI PAS KEDAH MEMBUKA PUSAT PEMOTONGAN BABI DI KAMPUNG MEREKA…???

2. SEKARANG BARU PAS KEDAH FAHAM BETAPA SUSAHNYA MENJADI PEMERINTAH DAN SEBELUM MEREKA BERJAYA MENJADI PEMERINTAH SEMUA KESALAHAN DILETAKKAN DI ATAS PUNDAK KERAJAAN PIMPINAN UMNO SEPERTI PENINGKATAN KES SAMUN UMNO YANG SALAH, ORANG HISAP DADAH UMNO YANG DIKAITKAN, ANAK LUAR NIKAH MAKA UMNO YANG DIPERSALAHKAN…. SEKARANG BARU MEREKA FAHAM…

3. PAS KEDAH MARAHKAN UMNO KEDAH KERANA MEMBANTU MEMBERI PENERANGAN KEPADA PENDUDUK MELAYU DI KAMPUNG TOK PAWANG DAN MENGADAKAN BERDEMONTRASI MENENTANG KERAJAAN NEGERI YANG MERANCANG UNTUK MEMBUKA PUSAT PEMOTONGAN BAI DI KAMPUNG MEREKA… SEBELUM INI UMNO MEMBANTU PENDUDUK MELAYU DALAM DEMONTRASI DI JABI DAN MAJLIS DAERAH PENDANG…

4. KERAJAAN PAS MENYALAHKAN UMNO PAS KERANA MEMBERI INFO YANG SALAH KEPADA PENDUDUK KAMPUNG BAHAWA KERAJAAN NEGERI MEMBERI KEBENARAN MEMBUKA PUSAT PEMOTONGAN BABI DI KAWASAN MELAYU…???

5. MENURUT PENERANGAN KERAJAAN PAS KEDAH, CADANGAN MEMBUKA PUSAT PEMOTONGAN BABI DIKEMUKAKAN OLEH PENGUSAHA DAN BUKANNYA DARI MB KEDAH…

6. MEMANGLAH CADANGAN DARI PENGUSAHA BABI TAK KANLAH DARI MB (CAKAP MACAM BUDAK-BUDAK) KEMUDIAN SETELAH DIPERSETUJUI OLEH JABATAN TERTENTU CADANGAN ITU AKAN DIBAWA KE MENTERI DI KERAJAAN PUSAT…

7. SEKARANG KERAJAAN PAS KEDAH CUBA MENGAITKAN KERAJAAN PUSAT BN DALAM KEKECOHAN ISU BABI DI KEDAH…

8. WAHAI PEMIMPIN PAS KEDAH…

9. SELAMA INI KAMU SEMUA HANYA PANDAI MELETAKKAN KESALAHAN DAN KEGAGALAN KAMU DI ATAS KEPALA ORANG LAIN… ISLAM TIDAK MENGAJAR BERKELAKUAN SEPERTI ITU…

10. SEKARANG BILA KAMU TERSEPIT DALAM ISU BABI KAMU MULA MENCARI UMNO DAN BN UNTUK DIPERSALAHKAN SEDANGKAN ISU INI ADALAH ISU DI DALAM BIDANG KUASA KERAJAAN NEGERI KENAPA NAK KAITKAN ORANG LAIN DALAM KANDANG BABI KAMU DI KEDAH…???

11. KEPADA PEMBACA FIKIRLAH DENGAN TENANG DAN NILAILAH BEGINIKAH PEMIMPIN YANG MAMPU MEMIMPIN KITA DI MASA HADAPAN???

Petikan dari blog: Tunjang Langit

Heh heh heh, biasalah PAS seboleh-boleh mahu melindungi babi. Tanpa babi, PAS akan susah. Kerana berkat dari babi, PAS mendapat sokongan dari orang cina. Tetapi PAS akan kata sokongan orang cina adalah kerana menyokong perjuangan Islam. Pirah mabuk… Penipu no satu, macam la orang cina sokong sangat perjuangan PAS tu. Mereka sokong pun semata-mata kerana PAS kamceng dan dikencing oleh DAP. PAS sanggup memenuhi kehendak DAP. So nampaknya jika lepas ni DAP ajak orang-orang PAS panggang babi, mereka tidak mempunyai masalah, kerana panggang babi bukan upacara keagamaan, itu upacara nenek moyang.

Advertisements

BUKTI KERATAN AKHBAR, MAHFUZ SANGGUP KELUAR PAS

Tinggalkan komen


Hari ni sebelum tulis entri lain, saya nak ucapkan syabas dan terima kasih kepada Megat Pisau (blog Pisau.Net) dan saudara Hambali (blog Rakyat Malaysia)kerana tidak meragui entri saya “Mahfuz Sanggup Keluar Pas” dan mereka pastekan di blog masing-masing.

Pagi tadi, selepas berhubung emel dengan rakan saya dari Terengganu tu, maka dia dengan susah payah pinjam kamera digital kawan untuk snap laporan asal dari paper Cina tersebut. inilah gambar yang membuktikan memang Mahfuz bercakap seperti yang saya tampalkan pada blog ini.

Menurut rakan saya itu, tulisan bold besar tu bermaksud, MAHFUZ:SAYA BERUNDUR DARI PAS. , manakala tulisan kecil sikit kat tepi tu pula ialah Jika Kedah Sekat Cina Makan Babi.

Memang sah, tak ada tipu-tipu lagi. semoga tercapai maksud kenyataannya itu dan semoga orang lain mencari erti dan tujuan di sebalik kenyataan tersebut.
JANGAN PREJUDIS, SEGALA YANG TERJADI ITU ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA. wasalam.

Petikan dari blog: Rakyat Malaysia

KERANA BABI MAHFUZ SANGGUP KELUAR PAS?

2 Komen

Saya tak tahu sama ada korang semua perasan tak berita ni, rakan saya dari Ganu Kite petik dari paper Cina, dasyat sungguh tajuknya – MAHFUZ: SAYA KELUAR PAS, jika Kedah sekat Cina makan babi.

Menurut rakan saya yang pernah mengaji di Wei Sin, Ganu tu kata, para pertamanya gini – Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika Kedah yang dipimpin MB Pas tidak membenarkan bukan islam atau orang Cina makan babi, beliau bersedia keluar dari Pas.

Beliau menegaskan bahawa Islam hanya haramkan umatnya makan babi tapi tidak sekat Cina makan babi. Beliau harap rakyat tidak terpengaruh dengan laporan Fulamak, yakin betul Mahfuz pada kerajaan Kedah, jangan jadi tunggang terbalik dah le, kerana babi Mahfuz hilang jawatan Naib Presiden, hilang keahlian Pas.

Tapi pastilah dia dah tanya habis-habisan dengan MB Kedah barulah berani buat kenyataan demikian. Terharu giler orang Cina kat Kedah. Tapi menurut teman saya tu, impak berita ni cukup besar kerana ia dipaparkan pada muka depan paper tersebut, tak pulak dia bagitau nama paper tu, saya pun lupa tanya.

Ramai cina memang termakan kenyataan sedemikian, lebih-lebih lagi dibuat oleh pemimpin tinggi Pas. Dah pasti juga “berita baik” ni dijaja oleh Kelab Penyokong Pas untuk raih lebih banyak sokongan bukan Islam.

Oh ya, diberitakan lagi bahawa muka depan paper Cina paling berpengaruh itu turut menjadikan kenyataan hadi sebagai berita lead dengan tajuk Kedah Akan Bina Pusat Ternakan Babi Baru.

Sama-sama kita cari kesimpulan sejauh mana berita sedemikian dapat “memujuk” hati orang Cina dan apa pula kesannya terhadap penyokong pas khususnya, selain Umno. Harap komen cikit,jangan kedekut ilham beb.

Petikan dari blog: Rakyat Malaysia

Azizan baru sedar tembelang DAP?

Tinggalkan komen

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 4 Julai – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membidas DAP Kedah kerana didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan negeri selain bertindak seolah-olah hanya parti itu sahaja yang berjuang untuk kaum Cina di negeri ini.

Malah, beliau membayangkan tindakan pemimpin DAP itu berkemungkinan sengaja mahu mencetuskan isu perkauman di samping menimbulkan perasaan kebencian pelbagai kaum terhadap beliau sebagai ketua kerajaan negeri.

Katanya, dakwaan DAP Kedah menerusi pengerusinya, Thomas Su bahawa kerajaan negeri merancang merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong Cina tidak berasas sama sekali kerana beliau sendiri tidak tahu-menahu mengenainya.

“Saya tidak kata fitnah, tapi rakyat boleh menilainya. Saya sebagai Menteri Besar Kedah sendiri tidak tahu, Setiausaha Kerajaan Negeri tidak tahu. Tiba-tiba dia boleh beritahu kepada orang.

“Mungkin lagi satu dia nak cetuskan bagi kebencian pelbagai kaum kepada saya, mungkinlah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Siswa Diploma Kelas 2009 di Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas di sini hari ini.

Menteri Besar mengulas dakwaan Thomas semalam bahawa kerajaan negeri pakatan pembangkang pimpinan Pas bukan saja merobohkan pusat penyembelihan babi tetapi merancang untuk merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong Cina.

Dalam pada itu, ditanya adakah dakwaan dan tindakan DAP Kedah itu kerana sengaja hendak menimbulkan isu perkauman, Azizan berkata:

“Mungkin juga, berkemungkinan. Sedangkan DAP mengatakan dia berjuang bukan untuk satu puak (tetapi untuk) semua rakyat Malaysia. Jadi tindakan dia kali ini nampaknya berlainan dengan dasar dia.”

Azizan turut mengingatkan DAP supaya tidak berasakan parti itu sahaja yang berjuang untuk kaum Cina tetapi parti-parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), MCA dan Gerakan turut mewakili kaum tersebut.

Sementara itu, beliau memberitahu, sejak isu mengenai DAP Kedah keluar pakatan pembangkang di negeri ini diperkatakan Rabu lalu, pihaknya belum menemui kepimpinan parti berkenaan dan hanya mengetahui perkembangannya menerusi laporan media.

Azizan menambah beliau juga tidak tahu mengenai wakil tunggal DAP di negeri ini, Lee Guak Aik mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkecuali kerana tiada sebarang mesyuarat antara mereka diadakan setakat ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Hai Azizan baru tersedar dari buaian mimpi indah pabila tidur sebantal dengan DAP. Setelah kentut DAP yang berbau seperti telur tembelang itu terburai keluar. Takkan sekarang baru sedar kot? Kenapa dari awal tak sedar?

Anwar kata lain, DAP kata lain.

2 Komen

Hai macam-macam hal terjadi pada Kera-Jaan Fuckatan Riot Kedah nih. La ni kes DAP Kedah nak keluar dari pakatan. Puncanya berkemungkinan dari isu seekor binatang yang dipanggil BABI ataupun KHINZIR ataupun TONYOK ataupun KERBAU PENDEK…. Apa-apa sahaja nama yang berkaitan, sama sahaja. Babi tetap babi. Tapi ada pulak kenyataan yang cukup menggelikan hati dari Anwar yang mengatakan isu tersebut hanya diperbesar-besarkan media. Sebenarnya Anwar cuma takut media menyiarkan kepincangan Fuckatan Riot ni. Ye lah bila dah pincang, maka tergugat lah Anwar. Kalau tak percaya sila baca berita di bawah ini:


BUKTI…Lee menunjukkan keratan akhbar isu pusat
penyembelihan babi menyebabkan beliau keluar dari Pakatan
Rakyat Kedah

ALOR STAR: Parti DAP Kedah, semalam membuat keputusan menarik diri daripada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah pimpinan Pas berikutan kecewa dengan kerajaan negeri yang didakwa tidak mengikut prinsip Pakatan Rakyat yang mengutamakan keadilan dan kebajikan rakyat.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar diadakan di sini, petang semalam dan pihaknya sudah menghantar surat berhubung perkara itu kepada Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat serta memaklumkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Sekiranya Jawatankuasa Tertinggi parti menerima keputusan itu, satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP dalam kerajaan Pakatan Rakyat Kedah iaitu Lee Guan Aik yang juga Adun Kota Darulaman akan diisytiharkan sebagai Adun Bebas.

“Selain itu, tiga ahli majlis dan 43 ketua komuniti dari DAP di negeri ini akan meletak jawatan,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Keputusan mengejutkan itu dibuat berikutan tindakan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) dan kerajaan negeri yang tidak mengendahkan rayuan mereka untuk menangguhkan kerja meroboh dan memindahkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, di sini petang semalam.

Pusat penyembelihan babi itu yang mencetuskan rasa tidak selesa di kalangan penduduk berhampiran sejak 30 tahun lalu sepatutnya diroboh awal bulan lalu ditangguhkan sebulan sehingga semalam bagi memberi peluang kepada pengusaha mencari lokasi baru.

Bagaimanapun, usaha DAP mencadangkan enam lokasi baru kepada kerajaan negeri baru-baru ini ditolak.

Malah, DAP turut kecewa apabila janji Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi untuk membawa perkara itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dalam pertemuan mereka kelmarin tidak dilaksanakan apabila ia tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Exco, semalam.

Su berkata, mereka bukan menentang kerja merobohkan pusat penyembelihan itu, malah menyokongnya kerana kawasan itu tidak lagi sesuai selain mengambil kira sensitiviti penduduk di situ.

“Apa yang kami mahukan ialah keadilan dan kebajikan 25 pengusaha yang beroperasi di pusat penyembelihan itu. Kelewatan mendapatkan lokasi baru menyebabkan mereka mengalami kerugian selain menjejaskan bekalan daging haiwan berkenaan di negeri ini.

“Ini juga bukan soal perkauman, tetapi adalah keadilan dan hak rakyat. Jika kawasan itu pusat penyembelihan lembu dan keadaannya sama seperti itu, kami juga akan bantah,” katanya.

Terdahulu, kerja meroboh pusat penyembelihan itu oleh MBAS cuba dihalang Su serta kira-kira 20 ahli DAP.

Su berkata, kekecewaan DAP Kedah terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak prihatin dengan keadilan untuk rakyat dengan pelaksanaan dasar baru pemilikan rumah iaitu kuota Bumiputera dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus dan isu perobohan kuil serta tokong di Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan Jalan Tanjung Bendahara, di sini yang didakwa sudah diluluskan MBAS.

Katanya, keputusan itu juga dibuat kerana berasakan suara DAP dalam kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dipinggirkan sejak memenangi pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Sementara itu, Azizan ketika dihubungi, berkata DAP Kedah tidak sepatutnya memutar belit isu itu dan mengaburi mata rakyat hanya untuk menutup kelemahan mereka sendiri.

Sumber: Harian Metro 3 Julai 2009

Dah terang-terang dia tunjuk kat paper tu, so apa lagi yang nak dikata? Encik Anwar, what say you atau you say aku?

Anwar salahkan media, nafi DAP Kedah keluar PR

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan DAP Kedah telah keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas Kedah.

Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar-gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

“Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya,” katanya kepada media di Lobi Parlimen, semalam.

Anwar bagaimanapun berkata, beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang.

Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Anwar berkata, beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Semalam, DAP Kedah mengumumkan keluar daripada PR kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan merobohkan satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.

Sementara itu. Pengarah pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

“Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita,” katanya.

Bagi Penasihat DAP, Lim Kit Siang, beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Sumber: Sinar Harian 3 Julai 2009