Biar Betul!! Kes Liwat Anwar Di Tutup!?

eXception baca Utusan Online tadi dan terbaca satu artikel mengatakan kes liwat Anwar ditutup!? Biar betul!!

Rileks… Rileks… Jangan cepat gembira dulu Mr Anwar… eXception tak habis cerita lagi… Ni kat bawah ni eXception siarkan beritanya…

Pihak pendakwaan tutup kes liwat

KUALA LUMPUR 24 Mac – Pada saat-saat akhir sebelum pihak pendakwaan menutup kesnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terdesak untuk mengetepikan tuala kecil Good Morning, berus gigi dan satu botol minuman mineral daripada dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapinya.

Ia dapat dilihat apabila Ketua Pembangkang itu memfailkan permohonan pada pagi ini supaya Mahkamah Tinggi di sini menyemak semula keputusannya semalam yang menerima ketiga-tiga barang diperoleh dari lokap yang menempatkannya semalaman pada 16 Julai 2008 sebagai bahan bukti.

Bagaimanapun usahanya gagal apabila permohonan itu ditolak oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah selepas selesai mendengar hujah peguam bela utamanya, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan.

Dalam penghakiman ringkasnya, hakim itu dengan tegas menyatakan bahawa tiada alasan untuk beliau mengubah semula keputusan yang dibuatnya semalam.

Anwar mengemukakan permohonan itu dengan alasan keputusan mahkamah semalam tidak berdasarkan hujah berhubung pelanggaran peraturan yang tidak membenarkan tahanan lokap dibawa keluar antara pukul 6 petang hingga 6 pagi dan keterangan petugas lokap yang mendakwa mereka dilarang menyentuh barang-barang dalam lokap yang menempatkan Anwar.

Mohd. Yusof dalam hujah balasnya menyatakan bahawa permohonan itu tidak berasas kerana peraturan lokap tidak menetapkan bahawa setiap tahanan perlu sentiasa berada dalam lokap dalam tempoh tersebut dan barang-barang terbabit bukan diperoleh daripada Anwar tetapi diambil dari lokap tersebut.

Hakim Mohamad Zabidin pada 8 Mac lalu menolak ketiga-tiga barang tersebut dijadikan bahan bukti semasa bicara dalam perbicaraan (TWT) setelah mendapati bahawa ia diperoleh dengan cara yang tidak sah.

Beliau bagaimanapun dalam keputusannya semalam menjelaskan bahawa keputusan pada TWT itu dibuat bersandarkan keterangan pada masa itu dan tanpa keterangan pegawai penyiasat yang tidak dipanggil sebagai saksi dalam prosiding tersebut.

Sebaik sahaja permohonan itu ditolak, perbicaraan diteruskan dengan dua saksi pendakwaan dipanggil semula iaitu bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan dan ahli kimia, Nor Aidora Saedon bagi mengesahkan ketiga-tiga barang itu untuk ditanda sebagai bahan bukti.

Satu laporan kimia yang dikemukakan oleh Nor Aidora yang sebelum ini ditanda sebagai ‘ID’ (bahan yang belum dijadikan bukti) turut ditukar menjadi bahan bukti.

Nor Aidora dalam keterangannya pada 23 Februari lalu memberitahu bahawa profil asid deoksiribonukleik (DNA) yang ditemui pada ketiga-tiga barang itu adalah sepadan dengan profil DNA Lelaki Y yang ditemui di bahagian dalam dubur pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Selesai kedua-dua saksi itu memberi keterangan, Mohd. Yusof memaklumkan bahawa pihaknya menutup kes pendakwaan dan menawarkan 71 saksi kepada pasukan pembelaan sekiranya tertuduh dipanggil membela diri.

Hakim Mohamad Zabidin kemudian menetapkan 18 April ini untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujah di akhir kes pendakwaan sebelum menentukan sama ada Anwar akan diperintah membela diri atau dibebaskan.

Anwar, 64, dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu yang berusia 26 tahun di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Beliau pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 sebelum kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atas permohonan pihak pendakwaan.

Pada peringkat awal, kes berprofil tinggi itu kerap tertangguh ekoran pelbagai permohonan dikemukakan oleh Anwar sebelum perbicaraan bermula pada 3 Februari tahun lalu.

Sepanjang perbicaraan selama 57 hari di Mahkamah Tinggi, sebanyak 26 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dengan saksi pertama dan utamanya ialah Mohd. Saiful Bukhari.

Turut dipanggil memberi keterangan ialah ketiga-tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008; ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong; dan pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira.

Supritendan Ahmad Taufek Abdullah yang menangkap Anwar pada 16 Julai 2008 merupakan saksi pendakwaan terakhir yang selesai memberi keterangan pada 11 Mac lepas.


Laa… rupa-rupanya pihak pendakwaan sahaja menutup kes tersebut setelah mahkamah membenarkan bukti yang diperolehi dari lokap Anwar (boleh dikatakan banglo mewah Anwar masa di penjara)… So are happy with this news Mr Anwar??

Ha ha ha ha… Takde jalan lagi ke Mr Anwar? Kesiaannnn… Apa kata kalau Mr Anwar lari ke Kedutaan Amerika Sykt dan buat lakonan tahap Oscar kononnya ada orang nak bunuh Mr Anwar… He he he he he… Jangan marah…

Advertisements