Peserta Himpunan Penutup Botol Oren Bukan Majoriti Warga Felda??

Tinggalkan komen

Peserta Himpunan Penutup Botol Oren Bukan Majoriti Warga Felda??

Dikatakan Himpunan Penutup Botol Oren semalam adalah terdiri dari warga Felda…

Tapi mengapa PAS perlu mengerahkan ahli-ahli mereka pula??

Sepatutnya PAS perlu mengerahkan warga Felda…

Bukan mengerahkan ahli PAS seluruh negara…

Kesian PAS… Demi undi sanggup menipu…

Advertisements

Sah Ke Solat Diorang Ni??

Tinggalkan komen

Sah Ke Solat Diorang Ni??

Himpunan ahli PAS ni sah ke solat diorang??

Tak ke korang rasa pelik, apsal arah kiblat saf hadapan tak sama dengan saf belakang?

Mengapa semua saf tidak rapat?

Bukankah di dalam solat jemaah diwajibkan memenuhkan saf?

Jadi mengapa ada jarak antara saf hadapan dan belakang??

Adakah mereka solat berlainan imam??

Adakah satu saf solat menghadap Baitullah dan satu saf lagi menghadap Baitulmuqaddis??

Sah ke solat tu tanpa alas dan sejadah??

Tidak kotor ke padang itu??

Benarkah mereka ini solat atau sekadar PROPA sahaja??

Mazhab manakah mereka ini pakai??

Mazhab As-Syafie ke… Mazhab Al-Nik Azizi takpun mungkin Mazhab Al-Juburi??

Apapun… Semua salah UMNO… Takdir…

Ahli Kariah Mengamuk!! Masjid Dirampas Di Seri Kembangan!!

Tinggalkan komen

Ahli Kariah Mengamuk!! Masjid Dirampas Di Seri Kembangan!!

Selepas solat Jumaat petang tadi, eXception segera bergegas ke Taman Equine, Seri Kembangan dari Masjid Sultan Mizan, di Putrajaya.

Tujuan eXception ialah Masjid Al-Muttaqin, di mana satu sidang media diadakan oleh ahli kariah Masjid Al-Muttaqin bagi membantah campur tangan parti politik dalam jawatankuasa masjid…

Ketika eXception tiba di sana, sidang media sudah pun bermula… eXception ambil kesempatan untuk mengambil beberapa gambar semasa sidang media berlangsung… Kelihatan wartawan TV3, Sinar Harian berada di sana… Wartawan lain eXception tidak dapat mengecam mereka, kerana eXception mengecam berdasarkan kenderaan media berkenaan.

Apa sebenarnya yang berlaku??

Sebenarnya Ahli Jawatankuasa Masjid yang lama, telah mengisytiharkan keluar dari PAS sejak kemenangan Mat Sabu dalam parti kemudian, hari ini Masjid mereka ‘dirampas’. Ahli Jawatankuasa Masjid yang baru dilantik tidak mengikut prosedur malah kalangan Ahli Jawatankuasa Masjid baru bukan dari ahli kariah masjid tersebut. Mereka adalah dari ahli kariah luar yang di bawa masuk secara HARAM.

Tujuan sidang media ini dilakukan ialah untuk menerangkan kepada media tentang perkara sebenar yang berlaku di dalam masjid tersebut. Satu memorandum telah dibuat dan akan dihantar terus kepada Sultan Selangor nanti tanpa melalui mana-mana badan atau organisasi dalam Kerajaan Negeri Selangor hatta JAIS sekalipun…

Berikut adalah sebahagian dari gambar-gambar semasa sidang media sedang berlangsung…

Di bawah ini ialah Surat Perlantikan Pegawai Masjid Dan Jawatankuasa Kariah

Dokumen ini menyatakan ada ahli jawatankuasa yang dilantik adalah dari luar kariah dan ada yang jarang kelihatan di masjid. Malah ada juga ahli jawatankuasa yang dilantik tanpa persetujuannya dan membantah perlantikannya. Kebanyakan yang dilantik merupakan ahli PAS dan bukan dari kariah tersebut.

Ini adalah buku Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 yang mengandungi peraturan, prosedur dan tatacara perlantikan ahli jawatankuasa masjid.

Ini pula ialah memorandum yang akan dihantar kepada Sultan Selangor…

Di bawah ini pula antara bukti bergambar penglibatan Imam 1, Setiausaha, AJK masjid dalam Perhimpunan Bersih serta majlis anjuran PAS…

Di bawah ini pula adalah gambar antara ahli kariah yang hadir untuk turut membantah rampasan Masjid Al-Muttaqin…

Pakatan Reput Selangor Cuba Mencabar Kewibawaan Sultan Selangor

Tinggalkan komen

Pakatan Reput Anggap Sultan Selangor Tak Berfikir?

Pemuda Pas desak Pengerusi Mais, Pengarah Jais undur

SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas Selangor, semalam menyerahkan memorandum menuntut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi meletakkan jawatan.

Timbalan Ketuanya, Zaidy Abdul Talib berkata, tuntutan dibuat selepas pihaknya kecewa kerana Mohamad Adzib dan Mohammed Khusrin gagal melaksanakan tugas dengan baik semasa berdepan isu kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang, baru-baru ini.

“Kedua-dua mereka gagal menasihati dan memberikan penerangan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung hukum Islam yang sebenar terutama keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharuskan golongan bukan Islam masuk ke dalam surau dan masjid.

“Akibatnya, Sultan Selangor seolah-olah telah terlibat dan berpihak dalam politik kepartian dan tindakan mereka menjejaskan nama baik Tuanku dan istana,” katanya.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin di Pejabat Menteri Besar.

Pakatan Reput Selangor nampaknya cuba mencabar kewibawaan DYMM Sultan Selangor. Mereka menganggap Sultan Selangor tak boleh berfikir menentukan mana yang bathil mana yang benar.

Malah mereka meminta pegawai-pegawai yang dilantik oleh Sultan Selangor sendiri supaya meletakkan jawatan. Sedarkah apa yang mereka lakukan? Pegawai MAIS atau JAIS adalah di bawah lantikan Sultan Selangor. Hanya Baginda Sultan sahaja mempunyai hak memecat atau meminta pegawai tersebut meletakkan jawatan.

Tindakan melulu Pakatan Reput Selangor ini dipercayai didalangi oleh Parti Chauvinist DAPig. Malah aku percaya, tindakan mereka adalah untuk membodek DAPig. Ianya berikutan perintah Sultan Selangor supaya tidak lagi membenarkan orang bukan Islam menjejaki masjid sejak pendedahan mengenai MP Serdang, memberi tazkirah kepada para jemaah. Bagi yang belum mengetahui cerita tersebut, anda boleh melihatnya di sini: PAS Sesat!!. Kafir Harbi Dibiar Mencemar Kesucian Rumah Allah…

Tujuan Sultan Selangor, ialah untuk mengelakkan masjid serta surau menjadi gelanggang politik serta medan fitnah-memfitnah… Akan tetapi arahan Sultan kurang disenangi oleh Pakatan Reput Selangor terutamanya PAS yang banyak menguasai masjid-masjid serta surau-surau sekitar Selangor. Malah pada pendapat mereka, Sultan Selangor tak pandai selok-belok agama, hanya mereka sahaja pandai…

Kepada Pakatan Reput Selangor… Teruskanlah usaha anda, nantikan kemurkaan Sultan Selangor… Apa sahaja boleh terjadi jika kewibawaan Sultan dicabar…


PAS Selangor jatuhkan air muka Nik Aziz

5 Komen


SHAH ALAM 23 Okt. – Pas Selangor menolak cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi membincangkan kedudukan beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, cadangan sedemikian tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahu pun di negeri itu ketika ini.

“Pada pandangan saya, tidak perlu ada EGM kerana dalam Pas pusat termasuk di Selangor, tidak nampak sebarang pergolakan atau masalah di peringkat kepimpinan parti.

“Sebaliknya, Pas sama ada di peringkat pusat atau negeri kini pada tahap yang terbaik daripada segi kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP,” katanya ketika dihubungi ketika diminta mengulas cadangan Nik Abdul Aziz menerusi laman blognya, http:// http://www.blogtokguru.com/ supaya diadakan muktamar agung khas bagi membolehkan perubahan dilakukan terhadap kepimpinan parti itu di peringkat Pas pusat.

Menurut Nik Abdul Aziz, keperluan muktamar khas atas nama ‘tajdid’ (pembaharuan) itu harus diadakan ekoran wujud ‘beberapa kerat’ pemimpin dalam parti itu yang dikatakannya ‘bermasalah’.

Malah, Nik Aziz turut membayangkan perubahan terhadap jawatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang perlu diputuskan dalam mesyuarat berkenaan selain kedudukan Hassan serta Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dikatakannya tidak habis-habis menyuarakan isu kerjasama Pas-UMNO serta pembentukan kerajaan perpaduan.

Nampaknya PAS Selangor mula melawan Tok Garunya… Tok Garu yang kini dok tergaru-garu kepalanya yang beruban sedang memikirkan sebab musabab mengapa cadangan yang yang sebernas beras Bernas itu ditolak mentah-mentah tanpa direbus atau digoreng terlebih dahulu oleh PAS Selangor…. PAS Selangor telah ‘drop Tok Garu’s water face’… Begitu kecewa Tok Garu apabila saranannya telah ditolak. Nampaknya PAS Selangor sudah mula tidak mahu mengikut telunjuk Tok Garunya. Tahniah kepada PAS Selangor kerana ketegasan anda menolak Tok Garu…