Beza Syirik Besar Dan Syirik Kecil

Tinggalkan komen

Kezaliman Besar

ALLAH Ar-Rahman wa Ar-Rahim Maha Pengampun dan sangat sukakan hamba-Nya yang bertaubat nasuha dan memohon keampunan daripada-Nya.

Ertinya, Allah SWT boleh berkompromi dengan hamba-hamba-Nya yang melakukan dosa seandainya mereka bertaubat.

Cuma satu dosa yang Allah tidak boleh berkompromi dan tidak akan ada Ar-Rahman wa Ar-Rahim-Nya iaitu dosa syirik, dosa menyekutukan-Nya.

Firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang besar. (Luqman: 13)

Rasulullah SAW ditanya tentang dosa yang paling besar.” Baginda bersabda yang bermaksud: Kamu menjadikan sekutu bagi Allah, pada hal Dia telah menciptakanmu.”

Ada dua kategori syirik, iaitu syirik akbar (syirik besar) yang boleh menyebabkan bukan sahaja pelakunya terkeluar daripada Islam tetapi juga Allah tidak akan mengampuninya jika dipohon keampunan sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. (an-Nisa’: 48)

Sama ada syirik besar mahupun syirik kecil, adalah lebih baik kita menghindarinya. Syirik besar, pelakunya adalah murtad di dunia dan kekal dalam neraka di akhirat.

Syirik jenis ini juga membuatkan segala amal pelakunya menjadi sia-sia dan tidak diterima-Nya. Taubat pelakunya juga tidak diterima oleh Allah.

Manakala syirik kecil pula, pelakunya tidak murtad di dunia dan tidak akan kekal di akhirat nanti, akan dinerakakan tetapi akan dibebaskan selepas tempoh hukuman tamat.

Pelaku syirik kecil hanya membuat sia-sia amal perbuatan yang bercampur olehnya sahaja dan akan diampuni jika bertaubat nasuha.

Apa pun adalah wajar syirik kecil dihindari daripada dilakukan kerana ia boleh membawa kepada perlakuan syirik besar. Hayati saranan Rasulullah SAW supaya dijauhi syirik melalui sabda baginda yang bermaksud: “Wahai manusia, jauhilah syirik, ia sesungguhnya dia lebih samar daripada rayapan semut.” Lalu ada yang bertanya bagaimana cara kita menghindarinya sedangkan ia lebih samar daripada rayapan semut wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Ucapkanlah, Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada mempersekutukan-Mu atas apa yang kami tidak ketahui.” (riwayat Imam Ahmad)

Empat Syirik Sebagai Dosa Besar

1) Syirik doa dan permohonan – menilik nasib, menurun nombor ekor, percaya ramalan, percaya syurga dan neraka ditentukan oleh selain Allah
2) Syirik kecintaan, iaitu mencintai sesuatu seperti mencintai Allah – taksub kepada individu atau perkara melebihi cintanya kepada Allah
3) Syirik niat, keinginan dan kehendak iaitu melakukan kebajikan untuk selain daripada Allah – melakukan sesuatu perkara dengan tujuan menunjuk-nunjuk dengan harapan menjadi perhatian atau melakukan amal jariah serta sedekah bukan niat kerana Allah Taala
4) Syirik ketaatan iaitu mentaati ulama dalam mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah – mempercayai serta patuh kepada fatwa-fatwa sesat yang menyimpang dari Islam

Dua Kategori Syirik Kecil

1) Nyata: Samaada berkaitan dengan seperti bersumpah dengan selain nama Allah, ucapan Masya Allah wa syikta = apa yang Allah dan engkau kehendaki, ucapan seandainya bukan kerana Allah dan kamu atau berkaitan dengan perbuatan seperti memakai gelang benang sebagai tangkal atau azimat untuk selamatkan diri atau tathayyar iaitu merasa sial kerana burung, lafaz atau tempat-tempat tertentu.

2) Tersembunyi: Syirik dalam niat, maksud dan keinginan seperti riak dan sum’ah

Advertisements

Ostad PAS Bocorkan Soalan Dalam Kubur??

Tinggalkan komen

Ostad PAS Bocor Soalan Dalam Kubur?? Biar Betul!!

Wahhh!! Dasat la ostad PAS ni… Mungkin dia pernah mati dan kena tanam… Lepas tu hidup balik… Kalau tak, tak mungkin dia tahu soalan bocor dalam kubur??

Hanya orang yang sudah mati sahaja akan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nankir di dalam kubur… Ini bermakna… Ostad PAS ini ialah………

ZOMBA!!!

Sotong Kurita Khurafat Akhirnya Mati

7 Komen

Sotong ‘Khurafat’ Paul Mati

Akhirnya sotong kurita yang bernama Paul yang membawa kepada kepercayaan khurafat tentang pasukan pemenang dalam perlawanan Piala Dunia telah mati.

Sotong tersebut mati di dalam akuariumnya berkemungkinan kerana stress dengan tugasnya yang selalu dipergunakan untuk melakukan perkara khurafat iaitu menilik pasukan mana yang akan menang dalam satu-satu perlawanan di dalam Piala Dunia.

Walaubagaimanapun kepercayaan khurafat terhadap sotong Paul ni telah berjangkit kepada PR terutamanya totok-totok PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi mempercayai perkara khurafat… Lihat sahaja gambar di bawah ini…

Ketaksuban melampau terhadap ‘kuasa’ sotong Paul melampaui kepercayaan terhadap kuasa Allah… Dek kerana terlalu taksub dengan sotong khurafat ini, maka direkanya gambar di atas kononnya sotong khurafat ini memilih PR… Keh keh keh keh… Ramai kalangan totok-totok PAS memuji ‘kebijaksanaan’ sotong tersebut memilih PR… Nama sahaja Islam, tetapi percaya kepada perkara khurafat…

Apapun, Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedang memikirkan bagaimana cara terbaik untuk mengenangkan jasa sotong Paul ini. Di sini aku ingin bagi satu idea yang bernas kepada Pusat Hidupan Laut Oberhausen cara untuk mengenang sotong khurafat ini, sila lihat gambar di bawah….

Di atas adalah cadangan paling bernas dari aku… ‘Kebumikan’ sahaja sotong ini di dalam kuali, jadikannya sambal sotong. Dek keenakan sambal sotong ini aku percaya ramai yang akan ‘mengingati’ keenakan sambal Paul, si sotong khurafat, jika di makan bersama nasi lemak dan kopi o…

PAS semakin lama semakin sesat

2 Komen

Korang tengok la gambar kat atas tu… Sah memang dah hanyut dan sesat geng-geng PAS ni… Sanggup terhangguk-hangguk depan gambar Teoh dan colok… Kononnya memberi penghormatan terakhir… Macam ni ke cara Islam? Anwar terhangguk-hangguk, Azmin ikut, PAS pun ikut… Anwar hanyut, Azmin pun hanyut, PAS pun hanyutt… Tak tahulah apa nak jadi dengan geng-geng Erdogan ni… Korang tengok lak klip video ni lak… Kalo tadi gambar, orang-orang PAS boleh buat spekulasi. Dalam video ni Salehudin Ayub pun ikut tunduk depan gambar Teoh dan colok… Amacam Nik Aziz, berilah komen sket…


Embed Code:

Inilah agaknya Islam yang dilaungkan-laungkan PAS, boleh sembah colok… boleh pegang lilin… boleh maki orang… boleh buat fitnah…

Candlelight vigil: Bukan sunnah Rasul

3 Komen

From Wikipedia, the free encyclopedia

A candlelight vigil is an outdoor assembly of people carrying candles, held after sunset. Such events are typically held either to protest the suffering of some marginalized group of people, or in memory of lives lost to some disease, disaster, massacre or other tragedy. In the latter case, the event is often called a candlelight memorial. A large candlelight vigil will usually have invited speakers with a public address system and may be covered by local or national media. Such vigils may also have a religious or spiritual purpose. On Christmas Eve many churches hold a candlelight vigil.

Apapun maksudnya, candlight vigil ini bukanlah cabang ajaran Islam. Malah ianya bukan sunnah Rasulullah SAW. Jadi mengapa Nizar dan ahli-ahli PAS Perak mengikut upacara ini? Bukankah candelight vigil ini merupakan cabang dari budaya agama Kristian? Adakah Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming mengatakan ianya tak salah di sisi Agama Islam? Nampak sangat Nizar mengikut telunjuk dua ekor DAP tak guna tu. Taubatlah Nizar… Bertaubatlah sebelum pintu taubat tertutup apabila nyawa sudah berada di tenggorok.

VIGIL BUKAN SEBAHAGIAN DARI AJARAN ISLAM!!!