Borang SPR Habis Pun Nak Meroyan!! Hapekebendalaa!!

Tinggalkan komen

Kuciwa Borang SPR Di Pejabat Pos Habis. 15 Anak Muda Ancam Menari Bogel Depan Anwar.

Seramai 15 orang anak muda mendakwa hak mereka untuk mendaftar sebagai pengundi baru telah dinafikan oleh Pos Malaysia Berhad.

Wakil kumpulan berkenaan, Tengku Arief Tengku Hamid berkata, dia bersama-sama 14 rakannya telah pergi ke pejabat pos cawangan Pandan Indah namun ketika mereka meminta borang untuk mendaftar sebagai pengundi, pegawai yang bertugas memaklumkan cawangan tersebut telah kehabisan borang.

“Saya dan rakan-rakan saya telah pergi ke pejabat pos cawangan Pandan Indah pada pukul 2.30 petang pada hari Jumaat, 8 Jun yang lalu untuk mendaftar sebagai pengundi. Apabila kami tiba di sana borang yang diperlukan tiada.

“Seorang pegawai wanita yang bertugas di kaunter 2 pejabat pos berkenaan memaklumkan bahawa borang telah habis. Kami bertanya kembali di manakah cawangan paling hampir untuk kami mendaftar namun agak memeranjatkan apabila pegawai tersebut berkata kemungkinan pejabat pos yang lain juga tiada borang.

“Dia menyarankan kepada kami supaya pergi ke pejabat Umno bahagian yang berhampiran untuk mendaftar sebagai ahli..itu lebih mudah,” katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkam bahawa rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi belum mendafar sebagai pemilih, masih berpeluang mengundi sekiranya mereka mendaftar sebelum 30 Jun ini sekiranya pilihan raya umum (PRU) ke-13 diadakan selepas Ogos.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dipetik sebagai berkata, bulan Jun adalah detik paling sesuai untuk mereka mendaftar sebelum senarai pemilih diwartakan pada Ogos depan.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, pengumuman SPR itu telah menyebabkan ramai golongan muda yang belum mendaftar berpusu-pusu dan menyerbu pejabat pos untuk mendaftar sebagai pemilih pada saat-saat akhir.

“Sebelum ini saya telah menggesa SPR menyediakan borang daftar pemilih secukupnya di semua pejabat pos dan agen-agen yang dilantik. Ini kerana tidak mahu perkara yang sama terjadi sebelum ini di mana borang-borang ini turut habis dan akhirnya menyebabkan anak-anak muda ini kecewa,” katanya.

Beliau mendakwa apa yang berlaku menunjukkan SPR tidak serius dalam usaha menambah jumlah pengundi baru ini.

Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau menyarankan kepada Arief dan rakan-rakannya membuat aduan rasmi kepada SPR dan pihak polis dalam tempoh terdekat.

“Saya minta Tengku Arief pergi ke pejabat pos berkenaan untuk mengenal pasti siapa pegawai wanita berkenaan untuk kita buat laporan polis. Hal ini bagi mengelakkan tidak ada salah guna kuasa yang digunakan orang pihak tertentu dalam jabatan kerajaan,” katanya.

Ketua Biro Undang-Undang PKR, Latheefa Koya pula menggesa SPR dan Pos Malaysia memberi penjelasan berhubung perkara tersebut kerana telah menafikan hak rakyat Malaysia mendaftar sebagai pemilih.

Dalam perkembangan lain, Arief bersama-sama 14 rakannya yang lain turut menyerahkan borang untuk menyertai PKR.

Borang tersebut diserahkan kepada Zuraida yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.

-Mstar-


Hualaaweyyy!!! Borang SPR habis pun lu nak kecoh!! Pekebendeeelaaaa mentaliti puak PR ni… Aku heran laa…!! Nak buat camne kalo dah habis!! Dah SPR bekal borang pun bukan banyak, terhad untuk setiap pejabat pos… Kenalah faham!! Pos Malaysia cuma bertindak sebagai ejen… Diulangi… Pos Malaysia cuma ejen sahaja la bunguks!!

Memandangkan 30 Jun tarikh akhir mendaftar, sudah tentu ramai yang ambil kesempatan mendaftar… Pikir la wei!! Ada otak pakai!! Ada akal pakai!! Tapi lu ada bijak… Lu kasi gadai!!

Memang bahalol tahap longkang tersumbat 15 orang anak muda ni… eXception pasti, ini semua gimik Makl Lampir ZUraidah nak buat kecoh… Macam la takde pejabat Pos lain dalam KL… Takkan Pandan Indah satu jer pejabat pos yang ada dalam Lembah Kelang!!?? Bongok!! Ptuih!! Aku ludah ko Mak Lampir!!

Bersih 3.0: Contoh Tahap Kebodohan Pencacai Pakatan Rabak

Tinggalkan komen

Bersih 3.0: Contoh Tahap Kebodohan Pencacai Pakatan Rabak

Bersih 3.0 yang dijangka diadakan pada April ini, jelas menggambarkan betapa kotornya dan bodohnya akal pencacai Pakatan Rabak…

Seperti mana yang dituntut dalam Bersih 2.0 yang lepas, Suruhanjaya Pilihanraya telah pun meluluskan beberapa perkara yang penganjur Bersih 2.0 mahu, iaitu antaranya termasuklah penggunaan dakwat kekal dalam PRU 13 nanti… Itu pun masih nak anjurkan lagi perhimpunan haram….

eXception cukup hairan, mengapakah mereka mahu memilih Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan ini, tidak di Stadium Shah Alam… Tidak di Stadium Batu Kawan… Setelah melakukan bedah siasat terhadap otak seorang pencacai tegar Pakatan Rabak, maka gambaran seperti di bawah eXception perolehi…

Imej di atas jelas menunjukkan contoh mentaliti bodoh pencacai Pakatan Rabak yang melanggar apa sahaja segala amaran dan larangan…

Mereka peduli apa… Sebab otak mereka sudah rosak dan tidak boleh berfikir secara waras lagi…

Panas!! Pemimpin PR Akan Adakan Mesyuarat Tergempar!!??

Tinggalkan komen

Pemimpin Pakatan Rakyat Mungkin Akan Adakan Mesyuarat Tergempar Hari Ini??

Apa punya majal la Papa Gomo… Selalu buat orang tua ni naik angin… Dah la banyak kali kantoikan orang tua ni pasal video seks dengan China Doll… Kali ni video apa pulak lah yang Papa Gomo bikin…

eXception yakin, kemungkinan barisan kepimpinan Pakatan Haram Jadah akan melakukan mesyuarat tergempar dek video yang disiarkan oleh Papa Gomo ni… Entah apa pulak plan diorang nak pusing cerita… Ha ha ha ha ha!! Apapun korang layanz dulu video bawah ni…


Al kisahnya video ini berkaitan dengan salah satu tuntutan BERSHIT… BERSHIT ini adalah kumpulan NGO-NGO yang boNGOk… Yang mahu kerajaan Malaysia membatalkan penggunaan biometrik dalam pilihanraya akan datang dan menukar kepada penggunaan dakwat kekal… Kebanyakan mereka yang berada di dalam BERSHIT ini adalah sekumpulan manusia yang tak pernah basuh berak… Maka tak hairanlah mereka yang berada di dalam BERSHIT ni busuk… Mulut busuk… Hati busuk… Kaki busuk… Termasuklah Babiga yang badannya berbau minyak bijan dan minyak sapi…

Apakah sebenar tujuan sebenar mereka hendak menggunakan dakwat kekal? Mengapa mereka tidak mahu menggunakan biometrik yang baru diperkenalkan dan akan digunakan pada PRU13 nanti? Mengapa mereka memilih cara kuno berbanding cara elektronik yang lebih selamat dan tepat?

Persoalan tersebut akan terjawab jika korang baca blog Papa Gomo…

Ekslusif – Video Konspirasi PAS, DAP & PKR Dalam Penggunaan Dakwat Kekal

Artikel berkaitan:

Benarkah Penggunaan Biometrik Tidak Selamat?

Rahsia Disebalik Serangan Siber 24 Oktober 2011

Nota: For sure… Video ni mungkin akan disiarkan di dalam Buletin Utama malam nanti… Tungguuuuuuu!!!

Isu Pengundi Klon – Malaysiakini Kantoi Menipu Lagi

Tinggalkan komen

Wartawan Kuek Ser Kuang Keng Bikin Cerita Lagi. Rakyat Malaysia Pakat Percaya

Kecoh lagi dalam Malaysiakini kononnya terdapat pengundi klon wujud atas nama yang sama tetapi nombor MyKad berbeza… Jika tadi Badut Rakyat dah dedahkan penipuan Malaysiakini dan kebangangan mereka yang percaya bulat-bulat apa yang ditulis oleh wartawan Kuek Ser Kuang Keng, yang dah masuk ni 3 kali kantoi menipu… Tu pun masih ada lagi percaya kat penipu ni… Pelik… Zaman sekarang orang dah tak percaya kepada fakta, tetapi auta… Bentangkanlah 10 ribu fakta sekalipun tetapi tetap kalah hanya dengan satu auta sahaja, sebab rakyat Malaysia sekarang lebih percaya kepada auta… Otak rakyat Malaysia kebanyakan sudah terbali mengatakan auta itu fakta dan fakta itu auta…

Dalam laporan Malaysiakini, Lagi ‘pengundi klon’ dikesan dalam daftar pemilih, kononnya dua no MyKad ini mempunyai nama yang sama iaitu Sa’ad bin Samsudin. Mari kita buktikan… Malaysiakini dakwa no MyKad ini 380913105681 dan 510913105553 kepunyaan penama tadi.

Untuk ujian pertama eXception pergi ke laman web JPN untuk memeriksa kewujudan nombor MyKad ni… Sila masuk ke laman ini untuk menguji MyKad ini: http://www.jpn.gov.my/semakic/. eXception masukkan nombor kad pengenalan ini dahulu: 380913105681 dan hasilnya… (klik gambar untuk besarkan)

Kemudian eXception uji satu lagi MyKad bernombor 510913105553 dan menguji ia di: http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan hasilnya… (klik gambar untuk besarkan)

Jelas sekali no MyKad bernombor 510913105553 tidak wujud dalam sistem JPN… Maka ianya tak wujud sama sekali… Bagaimana dengan sistem SPR? Mari kita uji sekarang…

Mula-mula eXception masuk ke laman web ini: http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx… Untuk memeriksa daftar pemilih bagi kedua-dua no MyKad…

Kemudan eXception memasukkan no MyKad ini terlebih dahulu: 380913105681, hasilnya… (klik gambar untuk besarkan)

Sememangnya MyKad nombor 380913105681 wujud di atas daftar pemilih… Tak ada dakwa-dakwi lagi. Bagaimana dengan no MyKad ini: 510913105553? eXception sekali lagi melakukan ujian dan dapati hasilnya… (klik gambar untuk besarkan)

Tidak wujud sama sekali daftar pemilih yang dikatakan itu… Apa sudah jadi? Ianya tidak wujud langsung? Siapa yang menipu? SPR atau Malaysiakini? Jika kita ikut rekod penipuan Malaysiakini dalam isu ini sudah 3 kali kantoi menipu… Tetapi mengapa ramai yang masih percaya dengan Malaysiakini?

Jadi bagaimana pula dengan Daftar Isi Rumah pula? Sila layari laman web ini http://daftarj.spr.gov.my/semakdm/ dan periksa no MyKad ini 380913105681 dan 510913105553… Hasilnya… (klik gambar untuk besarkan)

Jelas sekali no MyKad 510913105553 tidak wujud dalam JPN apa lagi dalam SPR… Jadi mana klonnya?? Sedangkan dalam daftar pemilih tak wujud…

Jadi untuk pendedahan yang lebih mengancam… Silalah layari blog Badut Rakyat: EKSKLUSIF !!! MALAYSIAKINI KANTOI LAGI !!! KHAS UNTUK ANDA !!! BONGKAR !!!

Rahsia Disebalik Serangan Siber 24 Oktober 2011

1 Komen

Rahsia Disebalik Serangan Siber 24 Oktober 2011

Di dalam artikel sebelum ini eXception ada memberi amaran mengenai serangan siber yang bakal dilancarkan pada 24 Oktober 2011 nanti. Serangan tersebut bakal mensasarkan laman web-laman web kerajaan serta mana-mana laman web yang menyokong gagasan 1 Malaysia. Seolah-olah gagasan ini begitu menakutkan…

Melihat dari niat dan corak serangan nanti, eXception beranggapan bahawa penggodam yang menggelarkan diri mereka Anonymous ini merupakan ‘anjing-anjing kurap’ upahan Pakatan Rakyat. Kita boleh lihat ketakutan mereka pada gagasan 1 Malaysia dan berniat mahu menyerang mana-mana laman web yang menyokong gagasan 1 Malaysia… Serta berniat mahu menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib.

Malah ianya juga merupakan sebahagian kempen untuk memerangi niat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk menggunakan sistem biometrik bagi menggantikan penggunaan dakwat kekal. Mengapa eXception berkata sedemikian?

Apabila serangan tersebut berjaya, ianya berjaya memberikan persepsi yang buruk terhadap penggunaan biometrik yang pada anggapan mudah digodam walaupun hakikatnya amat sukar. Apabila persepsi buruk didedahkan, maka mudahlah Pakatan Rakyat mengacum rakyat yang mengatakan sistem yang bakal digunakan oleh SPR nanti mudah digodam dan tidak selamat.

Apabila itu berlaku, maka rakyat akan was-was dengan penggunaan biometrik. Ini kerana ramai dikalangan rakyat masih tidak faham dengan penggunaan biometrik ini. Terutama sekali dikalangan penduduk luar bandar. Mereka ini mudah sahaja ditipu dengan bermacam helah Pakatan Rakyat bagi memburuk-burukkan penggunaan sistem biomterik.

Maka inilah sebenarnya tujuan penggodam ini melancarkan serangan, kerana penggodam ini bukan bergerak sendirian tetapi telah ditaja oleh seseorang… Siapa? Cubalah teka… Siapa lagi yang tidak menyukai gagasan 1 Malaysia? Siapa yang bencikan Datuk Seri Najib? Dan siapakah yang tidak menyukai penggunaan biometrik oleh SPR?

Apapun, harapan eXception kepada personel IT Jabatan Kerajaan agar mengambil langkah pencegahan lebih awal dari bertindak apabila ianya sudah terlambat. Maruah jabatan berada di tangan anda, jika anda bertindak sambil lewa maka tercalarlah imej jabatan.

Hackers set Oct 24 for fresh attacks

Benarkah Penggunaan Biometrik Tidak Selamat?

Tinggalkan komen

Penggunaan Biometrik Tidak Selamat?

eXception mahu tergelak bila membaca kenyataan Al-Juburi mengenai penggunaan biometrik oleh SPR yang dikatakan kurang selamat, malah ada kalangan anjing-anjing kurap PR menyalak mengiyakan apa yang dikatakan melalui lidah bercabang Al-Juburi itu… Walhal mereka langsung tak nak ambik tahu jenis database apakah yang digunakan oleh SPR dan JPN… Adakah semudah itu sistem ini digodam oleh penceroboh?

Buat masa ni lah belum lagi kedengaran sistem pangkalan data jabatan kerajaan digodam. Tak kiralah JPN ke, KDN ke, Imigresen ke, JPJ ke… Sebab apa? Sebab eXception juga adalah kakitangan bahagian IT sebuah jabatan kerajaan juga… Yang banyak kedengaran yang kerap digodam ialah laman web. Sebab apa? Puncanya ialah webmaster yang tidak endah dengan tahap keselamatan laman web kerajaan dengan menggunakan template Joomla sebagai lanagkah mudah… Untuk pengetahuan semua, penggunaan Joomla adalah tidak relevan jika dibangunkan untuk laman web kerajaan, kerana sifatnya yang mudah diceroboh…

Berbalik pula soal sistem pangkalan data jabatan kerajaan, di sini eXception ingin beritahu bahawa di jabatan eXception bertugas, kami menggunakan sistem pangkalan data DB2. Kami tidak menggunakan Microsoft Access… Malah sistem komputer jabatan pula bukan menggunakan sistem operasi Windows… Tetapi menggunakan sistem operasi khas untuk mainframe yang amat sukar untuk ditembusi… Ini kerana sistem operasi tersebut sahaja, harga lesennya amatlah mahal… Malah bukan boleh main pasang macam kita pasang sistem operasi Windows atau Linux…

Mengapa PR takut sangat SPR menggunakan biometrik? Mahal? Di sini eXception senaraikan harga peranti biometrik yang berada di pasaran. Mahal ke? Tak mahal…

Ini adalah peranti pembaca cap jari yang dijual di Lelong.My. Malah sesuai digunakan oleh SPR sebab ianya bersifat ‘portable’ dan mudah dibawa kerana ianya tidak berat.

Jadi bagi mereka yang mengatakan harga satu unit peranti boleh mencapai puluhan ribu atau jutaan ringgit adalah kurang tepat. Kerana itu merupakan satu jawapan semberono orang yang BUTA IT… Korang tahu guna Facebook tak semestinya korang CELIK IT… Jadi janganlah nak berlagak pandai sangat…

Kemudian, SPR perlu menyediakan komputer (laptop). Kerana peranti ini perlu disambungkan kepada komputer. Mungkin perbelanjaan di sini agak besar yang mana perlu membeli laptop. Tetapi ianya tidak membazir kerana ianya sekali dibeli dan boleh digunakan pada masa akan datang. Berbanding dengan penggunaan dakwat kekal yang mana setiap kali hendak pilihanraya kita perlu beli dakwat tersebut.

Kemudian setiap komputer perlu dilengkapkan dengan perisian untuk membaca dan memaparkan maklumat pengundi. SPR boleh menggunakan sambungan kepada pangkalan data secara remote atau local connection. Remote adalah sambungan pangakalan data terus kepada pangakalan data di HQ SPR. Walaubagaimanapun, penyambungan dari jarak jauh masih belum dipraktikkan lagi di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mana masih belum mempunyai sambungan internet serta jaringan komunikasi mudah alih. Berkemungkinan penggunaan satelit adalah praktikal jika penyambungan dari jarak jauh dilakukan.

Manakala local connection ialah satu salinan pangkalan data telah disalin ke dalam komputer kemudian sistem boleh menyambungkan terus kepada pangkalan data tersebut tanpa perlu sambungan internet atau satelit. Kebarangkalian untuk pangkalan data tersebut dicuri sekiranya komputer tersebut dicuri amatlah sikit, kerana untuk keselamatan, setiap maklumat dalam pangkalan data perlu dienkripsi. Oleh itu sesiapapun termasuk pegawai SPR yang bertugas di kawasan pilihanraya TIDAK BOLEH mengubah maklumat di dalamnya kerana hanya sistem tersebut sahaja boleh membacanya…

Kebaikan penggunaan biometrik adalah dari segi praktikal dan tidak menyusahkan pengundi yang terpaksa menunggu dakwat kekal luntur. Malah penggunaan dakwat kekal tidak lagi relevan kerana ianya mudah diperolehi dari pasaran gelap. Semuanya tidak mustahil… Kemungkinan PR sudah bersedia sejak PRU 12 lagi dengan memborong dakwat kekal dalam kuantiti yang banyak, kemudian apabila SPR membuat keputusan saat akhir tentang penggunaan dakwat kekal, mereka menjadi marah kerana sudah melaburkan banyak wang untuk membelinya.

KEPUTUSAN RASMI PRK PARLIMEN SIBU

1 Komen



KEPUTUSAN RASMI PRK PARLIMEN SIBU : DAP MENANG

BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN RASMI P212 SIBU

BN : 18,447


DAP : 18,845


BEBAS : 232

MAJORITI DAP 398 UNDI

TAHNIAH KEPADA CALON ULTRA KIASU DAP ATAS KEMENANGAN DALAM PILIHANRAYA KECIL KALI INI… KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI SIBU YANG MENGUNDI DAP, TAHNIAH DIUCAPKAN JUGA… KEPADA BARISAN NASIONAL JUGA TAHNIAH, KERANA JANJI-JANJI KOSONG PEMBANGUNAN ANDA MEMAKAN DIRI… APAPUN… ANGGAPLAH KEKALAHAN KALI INI SEBAGAI SATU PENGAJARAN AGAR BARISAN NASIONAL TERUTAMANYA UMNO TIDAK TERLALU IKUT TELUNJUK BANGSA CINA HINGGA MENGABAIKAN BUMIPUTERA…

BUKTI KEWUJUDAN PENGUNDI HANTU DI PRK HULU SELANGOR

1 Komen


BUKTI WUJUDNYA PENGUNDI HANTU DI PILIHANRAYA KECIL DI HULU SELANGOR

Seorang responden yang enggan dikenali telah menghubungi aku dan menghantar kepada aku emel beberapa keping gambar yang dipercayai pengundi hantu semasa hari pengundian bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Mulanya aku sangka responden tersebut bergurau. Setelah melihat gambar-gambar tersebut aku menggeleng-gelengkan kepala. Aku berfikir sejenak, perlukah aku menyiarkan gambar pengundi hantu tersebut?

Apapun demi keadilan semua, maka aku siarkanlah. Sebelum itu aku minta maaf banyak-banyak sebab terpaksa siarkan gambar-gambar ini. Sila klik butang untuk mengeluarkan spoiler yang mengandungi gambar-gambar pengundi hantu tersebut.

P/S; eXception tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada yang terpaksa dikejarkan ke Hopsital atau berlaku rusuhan apabila tersiarnya gambar ini…


Pengundi Hantu Ini Didapati Berlegar-Legar Di Sekitar Pusat Pembungan Undi. Yang Hairannya SPR Boleh Buat Derkk Jerr…


Yang Ni Lagi Sekor Lagi Tau Mentekedarah Jer Kat Pekan Kuala Kubu Baru. Patutlah BN Kalah Kat Kuala Kubu Baru. Dah Tu Buat Muka Tak Bersalah Lak Tu… Hampeh…

Ha… Ha… Ha… Ha… Ha… Jangan Marah… Gurau Ajerrr….

Apabila PKR menyuarakan tentang ketidakadilan, apakah keadilan terhadap Saiful harus dinafikan?

17 Komen

Sebat Kartika hampiri syariah: PKR

Polemik yang melanda negara mengenai isu hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang sedang hebat diperkatakan sekarang ini menampakkan dengan jelas kekeliruan banyak pihak – orang Islam dan bukan Islam – mengenai prinsip keadilan Islam dalam melaksanakan syariah.

Isu ini hendaklah dilihat dalam satu perspektif yang tepat dan holistik. PKR berpandangan bahawa ia bukan berpunca dari keraguan kepada keadilan syariah Islam, tetapi ia lebih disebabkan oleh lunturnya kepercayaan ke atas integriti sistem pentadbiran dan pelaksanaan syariah itu sendiri.

Sebagaimana integriti sistem kehakiman negara yang terhakis lantaran pelbagai gejala skandal, maka perkara yang hampir sama jugalah terjadi kepada pelaksanaan hukum syariah kita.

Jelasnya, ia telah dicemari oleh pengaruh sistem politik negara masakini yang dibarahi dengan pelbagai penyelewengan dan gejala rasuah.

Maka akibatnya, kita melihat pelbagai ketempangan dan ketidakadilan berlaku dalam pelaksanaan hukum Islam di negara ini.

Banyak kes yang melibatkan golongan atasan dan berpengaruh tidak diadili dengan seadilnya dan akhirnya mereka dibebaskan daripada sebarang tindakan undang-undang syariah.

Memadailah kami memberikan dua contoh berikut:

Mufti Selangor yang dipecat lantaran mempertahankan tindakan undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri tersebut.
Kegagalan pihak berkuasa agama Wilayah Persekutuan bertindak segera menyiasat aduan fitnah liwat yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Amat ketara, agensi pelaksana hukum syariah tidak mampu melaksanakan keadilan kerana tekanan dari parti yang memerintah. Akibatknya, mereka dilihat gagal menangani pelbagai isu secara tuntas, menyeluruh dan seadilnya tanpa mengira status dan gender.

Hasilnya, kredibiliti agensi-agensi ini akan sentiasa dipandang rendah dan tidak meyakinkan rakyat.

Fenomena yang sama sedang dialami dalam kes jenayah arak. Ia hanya melibatkan hukuman terhadap orang awam yang lemah, rakyat yang miskin dan kaum wanita.

Pihak berkuasa dilihat gagal untuk bertindak dan menghukum para usahawan, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang industri arak ini.

Dalam kes Kartika Dewi, PKR berpandangan bahawa dalam keadaan para ulama sendiri berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan, hukuman yang dijatuhkan (terhadap wanita ini) “mendekati” hukuman Islam.

Namun begitu, sikap Kartika yang mengakui dan menyesali kesalahannya, serta tidak membantah hukuman yang dikenakan amatlah dipuji.

Ia menampakkan, sebahagian daripada matlamat pelaksanaan hukuman syariah telah tercapai maksudnya.

Kita juga berpandangan bahawa Kartika berhak mengemukakan rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya dan pihak bertanggungjawab wajib mempertimbangkan rayuannya itu.

Sehubungan hal di atas, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada sepotong ayat al-Qur’an yang bermaksud:

“Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melaksanakan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ma’idah: 38-39)

Sebagai jalan keluar, dalam usaha ke arah mengakhiri permasalahan di atas untuk jangka pendek PKR ingin mencadangkan langkah-langkah berikut:

– Kartika Dewi perlu diberi peluang untuk membuat rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya.
– Semua pihak berkuasa termasuk pemimpin-pemimpin politik hendaklah memberi kebebasan kepada autoriti perlaksanaan syariah bagi melaksanakan tugas mereka secara professional.
– Mengiktiraf hakikat kuasa mentadbir hukum syariah adalah milik seutuhnya umat Islam.

Untuk jangka panjang, agensi pelaksana hukum syariah hendaklah diperkasakan melalui:

– Program-program tarbiyyah mendidik masyarakat Islam supaya mengelakkan diri dan meminum arak hendaklah dilancarkan secara besar-besaran oleh semua pihak –agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan NGO.
– Latihan-latihan yang lebih professional dalam pelbagai bentuk berkaitan.
– Usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman hukuman syariah segera dilakukan diseluruh negara.
– Rakyat perlu mempastikan wujudnya barisan kepimpinan negara yang berilmu pengetahuan dalam hal-hal keagamaan dan berintegriti.
– Selagi sistem politik negara gagal dirobah dan direformasikan, maka selagi itulah perjalanan mahkamah syariah kita tidak akan dapat berjalan dengan seadilnya. Kegagalan melaksanakan Islam secara adil akan menjadikan Islam terus dipandang lemah oleh orang bukan Islam dan di mata masyarakat antarabangsa.

Artikel ini kenyataan Dr Muhammad Nur Manuty, bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), kini pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR
-Malaysiakini

Dr Muhammad Nur Manuty, diharap anda dapat menasihatkan kepada Anwar Bin Ibrahim alias Al-Juburi alias Wal-Liwati alias Pengkhianat Negara. Apakah bentuk keadilan yang Anwar Ibrahim tegakkan sekarang? Di sini aku senaraikan prinsip keadilan yang Anwar agung-agungkan sekarang.

1) Mengelak tuduhan liwat dari Saiful dengan cuba menggugurkan kes
2) Memuji-muji mahkamah, SPR dan SPRM jika menyebelahi pihak mereka, tetapi mengutuk dan mencaci jika tidak memihak.
3) Memuji-muji Raja-Raja Melayu jika menyebelahi kepentingan mereka, tetapi mengutuk serta mencaci jika sebaliknya.
4) Memuji-muji Ulama jika menyebelahi fatwa mereka, tetapi mengutuk serta mencaci jika menentangnya.
5) Memuji-muji tindakan PDRM jika menghalang orang-orang UMNO melakukan perhimpunan tanpa permit, tetapi mengutuk PDRM jika PDRM menghalang mereka melakukannya.
6) Langsung tidak memuji kejayaan PDRM membenteras jenayah, tetapi mengangkat dan memuja penjenayah.

Jika inilah prinsip keadilan yang dipegang oleh Anwar Ibrahim. Maka tidaklah layak Parti Keadilan Rakyat mengulas soal KEADILAN!!!

Dr Muhammad Nur Manuty, tuduhan liwat terhadap Anwar BUKAN FITNAH!!! Tapi ianya KEBENARAN!! Hanya mereka yang bersalah takut akan kebenaran… Terimalah hakikat bahawa pemimpin yang anda agung-agungkan ini sebenarnya tak lebih sekadar sampah.

Ada hantu di Permatang Pasir?

5 Komen

Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

“Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Butterworth semalam, lapor Bernama.

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000
pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.

“Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Rohaizat Othman, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan seorang calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Penamaan calon pilihan raya kecil itu ditetapkan esok.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS yang meninggal dunia pada 31 Julai akibat sakit jantung.

Sementara itu, proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan berlangsung mulai jam 9 pagi ini.

– Malaysiakini

Wah… Kalau benar dakwaan ini, SPR harus siasat perkara ini sedalam-dalamnya. Ye lah pembangkang asyik memainkan isu pengundi hantu setiap kali pilihanraya, tetapi diorang yang angkut hantu-hantu ni sekor demi sekor sbg pengundi. Jika benar, tindakan harus diambil segera. Tetapi jika ianya tidak benar, ternyata KJ ni cuba meraih populariti murahan….