Penggunaan Biometrik Tidak Selamat?

eXception mahu tergelak bila membaca kenyataan Al-Juburi mengenai penggunaan biometrik oleh SPR yang dikatakan kurang selamat, malah ada kalangan anjing-anjing kurap PR menyalak mengiyakan apa yang dikatakan melalui lidah bercabang Al-Juburi itu… Walhal mereka langsung tak nak ambik tahu jenis database apakah yang digunakan oleh SPR dan JPN… Adakah semudah itu sistem ini digodam oleh penceroboh?

Buat masa ni lah belum lagi kedengaran sistem pangkalan data jabatan kerajaan digodam. Tak kiralah JPN ke, KDN ke, Imigresen ke, JPJ ke… Sebab apa? Sebab eXception juga adalah kakitangan bahagian IT sebuah jabatan kerajaan juga… Yang banyak kedengaran yang kerap digodam ialah laman web. Sebab apa? Puncanya ialah webmaster yang tidak endah dengan tahap keselamatan laman web kerajaan dengan menggunakan template Joomla sebagai lanagkah mudah… Untuk pengetahuan semua, penggunaan Joomla adalah tidak relevan jika dibangunkan untuk laman web kerajaan, kerana sifatnya yang mudah diceroboh…

Berbalik pula soal sistem pangkalan data jabatan kerajaan, di sini eXception ingin beritahu bahawa di jabatan eXception bertugas, kami menggunakan sistem pangkalan data DB2. Kami tidak menggunakan Microsoft Access… Malah sistem komputer jabatan pula bukan menggunakan sistem operasi Windows… Tetapi menggunakan sistem operasi khas untuk mainframe yang amat sukar untuk ditembusi… Ini kerana sistem operasi tersebut sahaja, harga lesennya amatlah mahal… Malah bukan boleh main pasang macam kita pasang sistem operasi Windows atau Linux…

Mengapa PR takut sangat SPR menggunakan biometrik? Mahal? Di sini eXception senaraikan harga peranti biometrik yang berada di pasaran. Mahal ke? Tak mahal…

Ini adalah peranti pembaca cap jari yang dijual di Lelong.My. Malah sesuai digunakan oleh SPR sebab ianya bersifat ‘portable’ dan mudah dibawa kerana ianya tidak berat.

Jadi bagi mereka yang mengatakan harga satu unit peranti boleh mencapai puluhan ribu atau jutaan ringgit adalah kurang tepat. Kerana itu merupakan satu jawapan semberono orang yang BUTA IT… Korang tahu guna Facebook tak semestinya korang CELIK IT… Jadi janganlah nak berlagak pandai sangat…

Kemudian, SPR perlu menyediakan komputer (laptop). Kerana peranti ini perlu disambungkan kepada komputer. Mungkin perbelanjaan di sini agak besar yang mana perlu membeli laptop. Tetapi ianya tidak membazir kerana ianya sekali dibeli dan boleh digunakan pada masa akan datang. Berbanding dengan penggunaan dakwat kekal yang mana setiap kali hendak pilihanraya kita perlu beli dakwat tersebut.

Kemudian setiap komputer perlu dilengkapkan dengan perisian untuk membaca dan memaparkan maklumat pengundi. SPR boleh menggunakan sambungan kepada pangkalan data secara remote atau local connection. Remote adalah sambungan pangakalan data terus kepada pangakalan data di HQ SPR. Walaubagaimanapun, penyambungan dari jarak jauh masih belum dipraktikkan lagi di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mana masih belum mempunyai sambungan internet serta jaringan komunikasi mudah alih. Berkemungkinan penggunaan satelit adalah praktikal jika penyambungan dari jarak jauh dilakukan.

Manakala local connection ialah satu salinan pangkalan data telah disalin ke dalam komputer kemudian sistem boleh menyambungkan terus kepada pangkalan data tersebut tanpa perlu sambungan internet atau satelit. Kebarangkalian untuk pangkalan data tersebut dicuri sekiranya komputer tersebut dicuri amatlah sikit, kerana untuk keselamatan, setiap maklumat dalam pangkalan data perlu dienkripsi. Oleh itu sesiapapun termasuk pegawai SPR yang bertugas di kawasan pilihanraya TIDAK BOLEH mengubah maklumat di dalamnya kerana hanya sistem tersebut sahaja boleh membacanya…

Kebaikan penggunaan biometrik adalah dari segi praktikal dan tidak menyusahkan pengundi yang terpaksa menunggu dakwat kekal luntur. Malah penggunaan dakwat kekal tidak lagi relevan kerana ianya mudah diperolehi dari pasaran gelap. Semuanya tidak mustahil… Kemungkinan PR sudah bersedia sejak PRU 12 lagi dengan memborong dakwat kekal dalam kuantiti yang banyak, kemudian apabila SPR membuat keputusan saat akhir tentang penggunaan dakwat kekal, mereka menjadi marah kerana sudah melaburkan banyak wang untuk membelinya.