Pakatan Biawak Takut Bubar DUN??

Tinggalkan komen

Pakatan Biawak Takut Bubar DUN??


Pakatan Biawak sudah takut dengan bayang-bayang PRU 13 yang semakin hampir

Pakatan Biawak hari ini mengumumkan untuk tidak melaksanakan pilihanraya umum serentak dengan dengan negeri-negeri lain… Bayang-bayang ajal Pakatan Biawak semakin terserlah apabila Anwar China Doll, mula menyalahkan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) yang dikatakan tidak telus walaupun SUDAH TERBUKTI bahawa Pakatan Biawak telah memenangi 5 negeri dalam PRU 12 yang lepas secara telus dan adil.

Pakatan Biawak mula merapu-rapu dan meracau-racau apabila bayang ajal Pakatan Biawak semakin hampir… Walaupun diberikan panadol serta china doll, tetapi demam kuning yang sedang melanda Pakatan Biawak semakin lama semakin parah dan menanti masa ajalnya tiba…

Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum – memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik “masalah yang tidak dapat diselesaikan” pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau
Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya.

Menurut Anwar, terdapat ratusan ribu pengundi yang diragui yang berdaftar di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang, dan pihaknya memandang berat perkara itu kerana SPR gagal memberi reaksi.

Di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS , Datuk Mustafa Ali, menteri besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

“Bagi Kedah, kita belum mendapat maklum balas daripada menteri besar,” katanya.

Sumber: MBIKINI

Advertisements

Mahfuz Bean Bodoh!! Cuba Putar Belit Kenyataan @NajibRazak

Tinggalkan komen

Mahfuz Bean Cuba Menunjukkan Kebodohannya

Nampaknya Mahfuz Bean cuba menunjuk sikap kurang cerdiknya dengan memutar belit kenyataan Datuk Seri Najib… Siapa tak kena dengan Mahfuz Bean… Bukan tahu buat kerja pun… Hanya pandai mencari populariti dengan membuat kenyataan yang BODOH dan KURANG CERDIK…

Cuba baca kenyataan sebenar Datuk Seri Najib di dalam Utusan Malaysia…

TAIPING 30 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menggunakan tempoh mandat yang ada untuk memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kebolehan serta keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya terhadap rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan Najib yang menghormati mandat lima tahun diberi rakyat untuk mentadbir negara sebelum mengadakan pilihan raya umum adalah sesuatu yang lebih baik.

“Tetapi ada kemungkinan pula, jika kerajaan beri masa yang panjang (sebelum mengadakan pilihan raya umum), desakan dan tuntutan yang bukan-bukan terhadap kerajaan akan bertambah dan mereka akan mengugut kerajaan, jika tidak bagi ini, mereka tidak akan sokong,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) kebangsaan kali ke-51 di sini hari ini.

Semalam, Najib berkata tidak timbul soal BN kurang yakin menghadapi pilihan raya umum akan datang berikutan dakwaan pembangkang yang beliau sengaja melambatkan tarikh pilihan raya.

Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN itu menegaskan, BN diberi mandat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun bagi memperlihatkan kemampuan memimpin dan mentadbir negara serta membawa kemajuan dan membela untung nasib rakyat. – BERNAMA

Jelas sekali, Datuk Seri Najib hanya menyatakan mandat rakyat terhadap Barisan Nasional… Ternyata kenyataan Mahfuz Bean adalah bersifat syok sendiri dan sekadar mencari populariti menjelang PRU 13 nanti.

Pesan eXception kepada Mahfuz Bean… Sekarang rakyat sudah bijak… Mereka takkan pilih pemimpin yang kerjanya hanya bercakap dan mencari populariti melalui kenyataan akhbar… Mereka pilih pemimpin yang bijak berkerja serta membantu rakyat…

Sumber Merapu: Rakyat beri mandat kepada Abdullah, bukan Najib

Sumber Hakiki: Guna tempoh mandat untuk yakinkan rakyat

PRU 13 dalam Musim Haji?? What A Joke!!

Ulasan Dimatikan pada PRU 13 dalam Musim Haji?? What A Joke!!

PAS Dakwa Najib Hendak Adakan PRU 13 Dalam Musim Haji, Sedangkan Najib Belum Umum Tarikh…

PAS sudah menggelabah biawak pasir… Kenyataan kononnya Datuk Seri Najib hendak membubarkan Parlimen dan sekaligus mengadakan PRU 13 dalam musim haji adalah satu kenyataan yang disifatkan sebagai TAK MASUK AKAL…

Mau tak masuk akal… Macam lah Datuk Seri Najib bodoh sangat sampai nak adakan PRU 13 dalam musim haji… Apatah lagi ketika ramai rakyat Malaysia yang mengerjakan haji… Bukan orang PAS sahaja yang mengerjakan Haji… Ada juga kalangan umat Islam dari UMNO yang mengerjakan haji… Apa… korang ingat haji tu untuk korang sahaja ke? Bodoh!! Malah lebih kelakar, Datuk Seri Najib belum umum tarikh PRU 13 pun lagi… PAs sahaja yang lebih-lebih…

Sebenarnya PAS sudah menggelabah… Sokongan terhadap mereka semakin lama semakin pudar… Rakyat Malaysia sudah bijak menilai antara pemimpin pandai bercakap tetapi tak pandai buat kerja dengan pemimpin tak banyak cakap tapi buat kerja… Apabila penyakit gelabah sawan siput bendang melanda PAS, maka mulalah meracau-racau tak tentu hala… Tanpa mereke sedar kenyataan dikeluarkan MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI…

Mereka sanggup menyeru ahli-ahli PAS yang bakal mengerjakan haji pada tahun ini supaya menangguhkan ibadah mereka untuk tahun ini dan melaksanakannya pada tahun hadapan… Apa jaminan PAS yang bakal haji pada tahun ini akan hidup pada tahun hadapan?? Apa jaminan PAS yang bakal haji pada tahun ini akan sihat walafiat pada tahun hadapan?? Apa jaminan PAS yang bakal haji pada tahun ini akan mendapat peluang menunaikannya pada tahun hadapan??

PAS mungkin tak sedar bahawa ibadah haji adalah pelengkap rukun Islam… Ianya adalah rukun yang WAJIB sekiranya berkemampuan dari segi kewangan dan fizikal… Maka hendaklah menunaikannya… Akan tetapi bagi PAS, UNDI lebih penting dari ibadah haji… Mana punya perangai Yahudi la yang PAS bawak?? Inilah dia puak syiah… Lebih mengejar perkara bersifat keduniaan… Apa la nak jadi dengan PAS sekarang ni…

Lepas Anwar, PAS Pun Takut Berdepan PRU 13??

1 Komen

Enggan Bubar DUN Serentak Dengan Parlimen. PAS Takut Berdepan Kekalahan Besar Dalam PRU 13??

ALOR SETAR – Pas kawasan Kuala Kedah mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah serentakjika Parlimen dibubarkan, selagi kerajaan tidak menunaikan tuntutan Bersih 3.0 terutama membabitkan daftar pemilih.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, Pas kawasan Kuala Kedah menyatakan pendirian itu setelah mendapat undian majoriti yang bersetuju dengan usul itu kerana berlaku pertambahan yang mendadak dalam senarai daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2012yang dibentangkan Rabu lalu.

“Kita ambil serius isu ini memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir.

“Jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, kita mahu Kedah tidak bubarkan Dun serentak kerana kita mempunyai alasan yang kukuh menolak pilihan raya diadakan serentak dengan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya, selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kuala Kedah ke-38, yang dirasmikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Hadir sama, Timbalan Yang Di Pertua, Datuk Ir Amiruddin Hamzah; Naib Yang Di Pertua, Mohd Nasir Mustafa; Ketua Pemuda Pas Kuala Kedah, Mohd Azizi Abdullah serta Setiausaha, Aris Awang.

Menurutnya, pihaknya meragui kewujudan lebih 900 pengundi baru yang didaftarkan dalam kawasan Dun Kubang Rotan bawah Parlimen Kuala Kedah, kerana ianya melebihi peningkatan sebanyak 12 peratus.

“Pertambahan ini mendadak dan terlalu banyak dalam Dun Kubang Rotan, berdasarkan pengalaman lepas, tidak mungkin pertambahan melebihi 12 peratus. Ia amat diragui dan jentera parti akan membuat semakan, seterusnya membuat bantahan jika ada keperluan,” katanya.

Phahrolrazi yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, pihaknya masih belum berpuas hati dengan daftar pemilih sedia ada kerana masih banyak timbul keraguan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui telah membuat pembersihan daftar pemilih.

“Usul ini yang juga pendirian Pas kawasan akan dikemukakan kepada Pesuruhjaya Pas Kedah yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat. Kita serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Pas Kedah untuk membuat pertimbangan,” katanya, yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.

Menurutnya, cadangan usul ini dikemukakan berikutan Pas Kedah belum menetapkan pendirian sama ada akan mengadakan PRU13 secara berasingan atau serentak, selepas Parlimen bubar.

Sementara Pengerusi Jawatankuasa Usul yang juga Ketua Penerangan Pas Kawasan Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar berkata, keahlian Pas kawasan itu mencecah lebih 7,000 ahli dan sebanyak tiga usul diluluskan dalam mesyuarat itu.

“Usul daripada Pemuda pula mencadangkan supaya dilantik golongan ulama dalam jawatankuasa pentadbiran negeri, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memberi pandangan berkaitan hukum hakam agama,” katanya.

Menurutnya, ianya supaya golongan ulama diberi peranan lebih besar dalam kerajaan, terutama dalam bidang pendidikan dan aspek keagamaan.

“Usul ketiga daripada Dewan Muslimat pula mencadangkan Kerajaan Negeri mempertimbangkan elaun khas takziah kepada balu yang kematian suami dalam tempoh edah bagi mengurangkan beban kewangan keluarga,” katanya.

Sinar Harian


Keh keh keh keh… Macam-macam alasan korang lah yer?? Sebenarnya korang takut nak berterus-terang dengan mengatakan… KORANG TAKUT BERHADAPAN DENGAN KEKALAHAN DALAM PRU 13…

Betul tak?? Kan senang cakap macam tu… Tak payah pusing-pusing keliling…

Hari tu Selangor enggan bubar DUN sekali dengan parlimen… Mula cakap berdegar…

Kata Najib takut nak bubar parlimen… Bila Najib nak umum bubar parlimen dan mengadakan PRU 13…

Pemimpin PR terkencing-kencing dalam kain…. Kesian…

Artikel Berkaitan : Siapa Yang Takut Dengan PRU?? Anwar Ke Najib??


Siapa Yang Takut Dengan PRU?? Anwar Ke Najib??

Tinggalkan komen

Benarkah Najib Takut Bila Pilihanraya Umum Diadakan??

Kalangan blogger-blogger Pakatan Rabak bersungguh-sungguh mencanang kononnya Datuk Seri Najib begitu takut untuk membubarkan parlimen sekaligus mengadakan Pilihanraya Umum ke 13… Benarkah seperti yang mereka kata?? Let us see…

Tiada sebarang penafian dari Datuk Seri Najib bahawa PRU 13 akan diadakan, malah Datuk Seri Najib sudah memberikan ‘HINT’ bahawa PRU 13 sudah semakin hampir, mungkinkah bulan Mei? Ataupun bulan Jun?

Tetapi berbeza pula dengan Anwar apabila mengetahui Datuk Seri Najib begitu komited untuk membubarkan parlimen sekaligus mengadakan PRU 13 serentak seluruh negara…

Jadi sekarang siapa sebenarnya…

YANG TAKUT DAN BACUL!!??

Sumber:

NAJIB TAK BERANI BUBAR PARLIMEN!!! Ada ahli 7 juta pun nak kena rasuah

Najib Takut Bubar Parlimen

Anwar Umum DUN Selangor Enggan Bubar Serentak PRU13.

Kesian… @Ambiga_S Dimalukan @KhairyKJ…

6 Komen

KJ ‘Budak-Budakkan’ Ambiga Di Depan Penyokong Bersih

PETALING JAYA – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjaya ‘membudak-budakkan’ Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan, di dalam majlis debat, “Spark The Debate” yang bertajuk “Electoral Reforms” anjuran akhbar berbahasa Inggeris, The Malay Mail, di sini malam tadi.

Meskipun lebih separuh dewan The Club Bukit Utama Damansara Golf Club itu dipenuhi para penyokong Bersih, Ambiga dilihat tunduk dan akur dengan hujah Khairy yang mempersoalkan kewajarannya mengadakan Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka.

Beliau berkata, Ambiga tidak sepatutnya bersikap “pre-amptive” dan prejudis dengan menyemat pemikiran di kalangan rakyat bahawa Pilihanraya Umum ke-13 adalah yang paling kotor dan tidak adil di dalam sejarah.

Menurut Khairy, beliau menghormati hak Ambiga untuk berhimpun secara aman, namun apa yang membuatkannya tidak setuju ialah pembohongan demi pembohongan fakta yang dicanang Ambiga kepada rakyat.

Beliau memberikan contoh tentang satu poster Bersih 3.0 yang menyatakan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan telah mengeluarkan sebanyak 42,000 pengundi yang kononnya ‘pengundi hantu’ yang didalangi SPR dan kerajaan.

Ambiga memulakan hujah di pentas debat dengan mendedahkan beberapa fakta hasil kajian Ong Kian Ming mengenai sistem dan pengkalan data SPR yang dikatakan agak mencurigakan.

Antara isu yang dibangkitkan Ambiga ialah mengenai tiga juta nama yang didaftar mengundi tidak mengikut kawasan alamat di dalam kad pengenalan, tindakan SPR yang mengeluarkan nama 42,000 individu dari senarai mengundi oleh SPR dan pengundi pos di luar negara.

Mula bersahaja dengan jenaka ‘memori disembur gas pemedih mata dari pasukan polis yang sama’ pada himpunan Bersih 2.0 pada Julai lalu, Khairy menegaskan kepada Ambiga bahawa beliau senada dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk memastikan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) adalah yang paling adil dan bersih yang pernah diadakan di negara ini.

Khairy menyatakan bahawa segala tuntutan Bersih telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) dan semua cadangan dari jawatankuasa itu dijangka mengambil masa untuk dilaksanakan, tapi menjelaskan bahawa ada beberapa perkara yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau itu mempersoalkan kewajaran Ambiga dengan menggunakan taktik penipuan dalam pengedaran fakta melalui risalah Bersih 3.0 yang sangat mengelirukan, palsu dan mampu menyebabkan rakyat salah faham dengan fakta yang sebenar.

Menurut Khairy yang lebih mesra dengan panggilan KJ itu menjelaskan bahawa SPR telah menyerahkan sebanyak 12.5 juta nama pengundi kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk disemak satu persatu.

Bagaimanapun, JPN mendapati bahawa sebanyak 42,051 nama pengundi mencurigakan di dalam rekod SPR di mana mereka tidak mengemaskini alamat terkini dan senarai nama tersebut telah dipamerkan selama tiga bulan di jabatan terbabit bagi perhatian atau tindakan pemiliknya.

Dalam tempoh tersebut, seramai 1,248 orang telah tampil mengemaskini maklumat terbaru mereka, sekaligus membuktikan bahawa mereka masih hidup dan nama mereka tidak patut dikeluarkan dari senarai daftar pengundi SPR.

Justeru, beliau mempersoalkan kewajaran Bersih yang sebelum ini menyebarkan cerita kononnya senarai pengundi tersebut adalah pengundi palsu sedangkan ia terbukti sebagai pengundi yang sah menurut Perlembagaan.

Hujah KJ tersebut telah menyebabkan Ambiga sedikit berang dan menyatakan bahawa SPR tidak melaksanakan tugas mengikut prosedur ditetapkan di mana Perkara 13 di dalam Perlembagaan membenarkan nama-nama tersebut dipadam begitu saja jika pemiliknya tidak membalas notis yang dihantar kepada mereka.

Ambiga menyindir KJ yang berhujah mengenai 42,000 pengundi tersebut dan tidak menyentuh tentang tiga juta pengundi yang dikatakan mengundi di luar kawasan alamat kad pengenalan mereka serta menuduh mereka juga adalah ‘pengundi hantu’.

KJ menjawab bahawa SPR tidak menggunakan akta tersebut memandangkan wujudnya kes seperti 1,248 pengundi yang tampil membuktikan mereka masih bernyawa dan berhak mengundi.

Katanya, SPR sedang bertungkus lumus mengesan pengundi-pengundi yang tidak mengemaskini alamat terkini mereka dan ada di antaranya yang gagal dikesan menerusi alamat lama.

Menurut KJ, dakwaan SPR memindahkan kawasan mengundi seramai 31,000 orang di dalam poster Bersih termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, adalah kerana sistem mengemaskini data kawasan mengikut standard “google earth”.

KJ berkata, alamat Khalid dahulu diletak di kawasan Petaling Jaya dan selepas dikemas kini kedudukan rumah tersebut yang terletak di sempadan Kuala Lumpur itu, SPR mendapati bahawa ia terletak di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, terkeluar dari Selangor.

Menurut KJ lagi, ia tidak menimbulkan sebarang isu kepada Khalid kerana beliau kini tinggal di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam, luar dari kawasan beliau mengundi dan itulah yang terjadi kepada 31,000 orang yang dikatakan Ambiga sebagai ‘pengundi hantu’ itu.

KJ menyindir kembali Ambiga mengenai Khalid yang tidak peduli untuk menukar alamat terkini beliau dan mengundi di kawasan yang sama di dalam kad pengenalannya.

Mungkin tertekan dengan jawapan KJ yang agak pedas, tepat dan tajam itu, Pengerusi Bersih itu kembali menyerang SPR serta menegaskan bahawa beliau tidak lagi percaya kepada anggota agensi pilihan raya itu dan mendesak mereka meletak jawatan serta merta.

KJ membalas, sekirnya Pengerusi Bersih itu tidak percaya kepada SPR, mengapakah beliau perlu meminta untuk bertemu agensi tersebut?

KJ mengasak lagi, sekiranya SPR tampil memberikan fakta yang benar dan kukuh, apakah Ambiga sanggup menerima dan mengakui kebenaran agensi pilihan raya itu?

Seterusnya, Ambiga terus menerus menekankan perkara yang sama menyatakan bahawa beliau tidak percaya kepada SPR, mahu mereka meletak jawatan serta merta.

Cuma, kali ini beliau menambah sedikit dengan meminta PRU13 ditangguhkan sehingga segala tuntutan Bersih 3.0 ditunaikan dan beliau sedia bertemu dengan ahli-ahli Parlimen untuk berbincang mengenainya.

Menariknya, Khairy menyindir Ambiga lagi apabila menyatakan bahawa beliau memerlukan semangat kerjasama yang kuat dari Ambiga untuk membaikpulih proses pilihan raya dengan bekerjasama dengan pihak SPR dan ahli-ahli Parlimen.

Namun, dengan mengambil sikap tidak percaya, tidak boleh bekerjasama dengan SPR, tidak boleh menerima alasan yang benar dan cepat menghukum PRU13 sebagai pilihanraya paling kotor dalam sejarah menyebabkan Khairy menegaskan bahawa beliau ragu dengan keikhlasan perjuangan Ambiga.

Tapi Ambiga membalas keraguan Khairy itu dengan menyatakan bahawa pihaknya akan hadir sekiranya SPR menjemput mereka untuk sesi penerangan mengenai proses pilihanraya itu.

Sekali lagi Ambiga dibidas Khairy yang mengingatkan Pengerusi Bersih itu bahawa beliau sebentar tadi beriya-iya tidak percaya kepada SPR dan mahu mereka meletak jawatan!

Diselang seli dengan beberapa pertanyaan dari para hadirin yang dilihat condong ke arah pro-Bersih dan hanya satu pertanyaan dari wakil Pemuda UMNO, Khairi dilihat lebih mendominasi isu sehingga berjaya membuat Ambiga terkedu dan tunduk kepada hujah-hujahnya.

Soalan-soalan dari beberapa individu pro-Bersih itu juga berjaya dijawab KJ dengan hujah yang munasabah dan berfakta menyebabkan ramai di kalangan mereka yang terpaksa akur dengan jawapan meyakinkan itu.

Akhirnya, Ambiga berjaya ditundukkan Khairy Jamaluddin apabila beliau bersetuju untuk bertemu dengan SPR serta ahli-ahli Parlimen bagi bekerjasama membincangkan lebih lanjut berkenaan hal tuntutan Bersih itu secara profesional tanpa perlu timbul sebarang provokasi. – Mynewshub.my


Alahai kesiannya Ambiga…. Kena malukan depan budak-budaknya sendiri… Disangkanya dia boleh budak-budakkan KJ, akhirnya dia yang diperbudakkan oleh KJ… Kalo eXception jadi Ambiga, petang ni jugak eXception kemas beg dan baju, pastu lari ke India… Ha ha ha ha ha ha!!

Malu siot!! Dah le kena ayam depan penyokong sendiri… Pastu dok ulang benda yang sama… Tak habis-habis dengan retorik…

Skrip Debat KJ-Ambiga

Perang Belum Bermula… Kubu Pertahanan Sudah Ditawan…

1 Komen

Perang Belum Bermula… Kubu Pertahanan Sudah Ditawan…

PRU 13 masih menjadi tanda tanya tarikhnya…

PRU 13 boleh diibaratkan sebuah perang antara parti politik…

Akan tetapi malang sekali apabila perang belum bermula, kubu pertahanan sudah ditawan…

Lihat sahaja gambar di bawah…

Bilik Gerakan Pilihanraya PAS DUN Sg Pelek telah ditawan oleh Jentera Pilihanraya Barisan Nasional…

Itu baru Bilik Gerakan…

Mungkin PRU13 nanti Selangor akan kembali ke pangkuan Barisan Nasional…