Al-Fatihah – Husni Mohd Rawi (Bob Kuman) Kembali Ke Rahmatullah

Selebriti yang tidak asing lagi dengan nama komersial Bob Kuman atau nama sebenar, Husni Mohd Rawi kembali ke rahmatullah jam 4.38 petang semalam. Allahyarham yang juga dikenali sebagai seorang pelakon komedi yang serba-boleh dan terkenal dengan aksi komedi di dalam rancangan Maharaja Lawak Mega dan slot Gitu-Gitu Apek di Astro.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norma Ibrahim yang baru dikahwininya pada 8 April lalu, iaitu perkahwinan keduanya.

Jenazah Allahyarham akan dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor sebelum dibawa ke rumah keluarga arwah di 1763 Kampung Sega Tengah, 71200 Rantau Negeri Sembilan. Sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Sega Tengah ini, selepas solat Jumaat hari ini.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham… Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para solihin… Al-Fatihah…

Bob Kuman Meninggal Dunia

Errr…. Apa kes ni Pok Nik???