Al-Fatihah – Tan Sri Azizan Razak Meninggal Dunia

Tinggalkan komen

Al-Fatihah – Tan Sri Azizan Razak Meninggal Dunia

Mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi tadi di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Allahyarham merupakan Menteri Besar Kedah yang ke-10 selepas Datuk Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah.

Allahyarham menjadi Menteri Besar pada 9 Mac 2008 selepas kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum Malaysia 2008.

Pada 16 Julai 2008, Allahyarham telah dikurniakan pingat Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri. Kemudian pada 1 Jun 2013 Allahyarham telah menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri. Allahyarham merupakan satu-satunya pemimpin PAS yang menerima gelaran Tan Sri.

Semoga roh Allahyarham dirahmati Allah dan mendapat tempat di kalangan hamba-hambaNya yang beramal soleh… Al-Fatihah…

Advertisements

Mahkamah Putrajaya Tangguhkan Kes Rayuan Kalimah Allah

Tinggalkan komen

Mahkamah Putrajaya Tangguhkan Kes Rayuan Kalimah Allah

PUTRAJAYA – Mahkamah rayuan sebentar tadi menangguhkan perbicaraan kes rayuan kerajaan Malaysia berhubung kes penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan ini dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bersama Datuk Abd Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh.

Dengan keputusan itu,rayuan Kerajaan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri berhubung keputusan mahkamah tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman akan didengar pada hari yang ditetapkan.

Terdahulu, peguam Porres Royan mewakili Gereja Roman Katolik sementara empat orang mewakili sembilan perayu diketuai Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan pula dari pihak Kerajaan Malaysia.

-MySuara.Net









Kalimah Allah: Rayuan Kerajaan Diperdengar Di Mahkamah

Tinggalkan komen

Kalimah Allah: Rayuan Kerajaan Diperdengar Di Mahkamah

Sekitar 400 hingga 500 orang berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman pagi ini bagi memberikan sokongan moral kepada barisan peguam yang berjuang mempertahankan kalimah Allah dalam pendengaran kes rayuan Kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh Herald.

eXception yang turut berada di sana, sempat snap beberapa gambar bagi menggambarkan keadaan di sana. Amat mengecewakan sekali, tidak nampak seorang pun ahli PAS mahupun pemimpin PAS. Nampak sangat pemimpin PAS merestui penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.


Sebahagian dari ahli Persatuan Muka Buku Pulau Pinang yang turut hadir



Antara blogger-blogger dari team Nadi Rakyat turut hadir membuat liputan.

Kain rentang dari UMNO yang menyatakan pendirian mempertahankan kalimah Allah.





Sebahagian rombongan Persatuan Muka Buku Pulau Pinang berada di perkarangan mahkamah.
ISMA Seberang Perai turut mengedarkan risalah tentang ‘Ancaman Agenda Asing Terhadap Islam’

Ahli PERKIM juga turut hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya



Ahli PERKASA turut hadir menyatakan pendirian mempertahankan kalimah Allah.

Tok Him turut bersama-sama ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa yang lain di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Barisan peguam yang sedang berusaha mempertahankan kalimah Allah. Semoga Allah memberikan kemenangan besar kepada kita. Amin.

Perbicaraan ditangguhkan dan disambung semula jam 2:15 petang nanti. Lebih banyak maklumat akan dikeluarkan nanti.

Transformasi Rumah Sampah Ala Pakatan Rakyat

Ulasan Dimatikan pada Transformasi Rumah Sampah Ala Pakatan Rakyat

Transformasi Rumah Sampah Ala Pakatan Rakyat

Transformasi Rumah Sampah Ala Pakatan Rakyat? Apa kejadahnya tu? Apa yang dimaksudkan dengan ‘Transformasi Rumah Sampah Ala Pakatan Rakyat’, ialah transformasi yang dilakukan pada perkara yang tak sepatutnya dilakukan transformasi… Iaitu… Transformasi dari ini…


Menjadi ini…




Inilah salah satu cara bijak cara Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah sampah yang tidak berkutip, dengan mentransformasikan rumah sampah menjadi premis perniagaan…

Tapi kenapa perkara ini tidak menjadi satu isu seperti mana isu pelajar sekolah Sri Pristana yang makan di dalam bilik persalinan diperbesar-besarkan?

Sumber: http://ondscene.my/isuanalisis/rumah-sampah-jadi-kedai-makan

RON 97 Naik 15 Sen Siapa Punya Kerja?

Tinggalkan komen

RON 97 Naik 15 Sen Siapa Punya Kerja?

Ramai yang tertanya-tanya mengapa kerajaan tidak mengumumkan kenaikan petrol RON 97 pada 4 September yang lalu. Ini kerana, kenaikan petrol RON 97 bukan di bawah bidang kuasa kerajaan lagi. Jadi, siapakah yang bertanggungjawab menaikkan harga RON 97 ini? Jawapannya ialah…

Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia

PDAM (Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia) dikatakan cuba menangguk di air yang keruh apabila Datuk Seri Najib mengumumkan kenaikan bahan api petrol RON 95 dan Diesel apabila subsidi 20 sen ditarik. Tidak pasti apa niat PDAM, adakah mahu merosakkan imej Datuk Seri Najib atau ada niat lain?

Jika diikutkan RON 97 sudah beberapa kali naik sejak kebelakangan ini. Menyebabkan ramai pengguna beralih kepada oetrol RON 95 yang lebih murah.

Blogger UMNO Dipecat Keahlian Kerana Kritik Presiden?

Tinggalkan komen

Blogger UMNO Dipecat Keahlian Kerana Kritik Presiden?

Dikatakan kununnya beberapa cybertrooper UMNO telah dipecat keahliannya di dalam UMNO serta-merta kerana telah mengkritik Presiden UMNO.

Mereka didapati telah mengkritik Presiden UMNO selaku Perdana Menteri Malaysia mengenai isu kenaikan harga minyak dan isu-isu berbangkit yang lain seperti isu PEMANDU, Penasihat dan PM seolah-olah melebih-lebihkan kaum cina.

Korang percaya ke dengan cerita atas ni?? Aku letak ‘KUNUNNYA’ pun korang boleh percaya? Jangan samakan UMNO macam PAS, PKR dan DAP… Dalam PAS, PKR dan DAP jika kritik pemimpin boleh dipecat… Sebagai contoh…

Jika dibandingkan dengan DAP yang so called DEMOCRATIC ACTION PARTY… UMNO lebih DEMOKRATIK… Pemimpin UMNO masih boleh menerima kritikan, asalkan ianya tidak keterlaluan dan menyerang keperibadian pemimpin… Kritikan ini adalah bukti menandakan kami para blogger masih sayangkan parti ini dan mahu pemimpin yang alpa segera sedar… Inilah bukti UMNO lebih demokratik berbanding PAS, PKR dan DAP…

RON 97 Pula Naik 15 Sen Bermula Tengah Malam Ini

Tinggalkan komen

RON 97 Pula Naik 15 Sen Bermula Tengah Malam Ini

KUALA LUMPUR: Harga minyak RON97 akan dinaikkan 15 sen kepada RM2.85 seliter mulai tengah malam ini. Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman mengesahkan kenaikan harga itu dalam temu bual Bernama hari ini. – Bernama

Baru sahaja beberapa hari kita merayakan dan meraikan kenaikan harga Petrol RON 95 dan Diesel sebanyak 20 sen, hari ini diumumkan giliran Petrol RON 97 pula naik 15 sen 1 liter. Waah… Syukurlah minyak Malaysia masih murah dari negara luar kan? kan? kan? kan?

Apa lagi, jom esok kita pakat-pakat buat parti untuk meraikan kenaikan harga minyak… Korang bawak la petrol korang sendiri… Pakat tonggang semua sampai mamposss… Minyak Malaysia masih murah der…

Older Entries