Najib Belanjakan Berbillion Ringgit Untuk Siapa??

Tinggalkan komen

Najib Bagi Sepuluh Sen, Belanja Berbilion Untuk Rakyat… Nuar Diberi Seringit, Berbillion Lesap…

Kerajaan Barisan Nasional, bagi sepoloh sen (10 sen), Kerajaan Barisan Nasional belanja berbilion RM nak bantu rakyat..

Kerajaan Pakatan Pembangkang bagi sehengget (RM1.00) kat Anwar Ibrahim, Kerajaan Pakatan Pembangkang merugi wang rakyat lagi.. Pasir hilang.. duit berjuta di rembat.. Nak bagi air pun.. air lombong.. itu ker dinamakan ‘air free’ yeop.. Alahai..

DIKALA negara serantau terutama Indonesia menaikkan harga minyak, negara kita yang tercinta ini mengekalkan harga produk petroluem tersebut dengan menambah 10 sen bagi setiap satu liter. Jumlah itu nanti di darabkan lah dengan jumlah keseluruhan liter penggunaan minyak dalam negara kita.

Silap-silap kosnya mau memakan bilion.

Sudah tentu pembangkang akan kata tindakan ini untuk memancing undi – macamlah yang depa janji segala bulan dan bintang dalam buku Jingga dan luar buku Jingga itu bukan sebab nak pancing undi. Pancing undi juga tapi sebab depa yang buat, taklah mahu digambarkan begitu.

Pedulilah pancing undi atau tidak, yang penting kerajaan BN sekarang laksana apa yang dia janji dan cakap, sementara puak-puak pakatan harami ini janji, buatnya belum tentu. Kalau Selangor dijadikan contoh, dari 31 janji manifesto 2008, yang baru dilaksanakan hanya 1, itupun sedang mengalami banyak masalah sekarang ini.

Dari bekalan yang hampir tidak cukup, sehingga kepada pemberian yang tidak menyeluruh (rumah pangsa tak dapat).

Keupayaan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menguruskan ekonomi dengan baik inilah yang rakyat perlu timbang dan ambil berat. Disebalik segala macam pemberian yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2011, Oktober tahun lepas, kerajaan masih berjaya mengekalkan pemberian subsidi dan manfaat sedia ada.

Kalau kerajaan bagi BR1M tapi kurangkan bantuan penerima dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) umpamanya, itu cerita lain, masalahnya sekarang ini BR1M beri juga, wang bantuan dibawah JKM tak kurang sesen pun.

Jangan kita baca apa pembangkang tulis, semua pun rugi, semua pun tak jadi, penyelewengan sana sini dan sebagainya.

Itu kata mereka tapi rakyat boleh nilaikanlah sendiri macam mana kebolehan dan kebijakan kerajaan BN ini menguruskan kewangan negara dengan baik.

Memang penulis akui, minyak kita tidak akan kekal selamanya murah seperti sekarang, itu adat. Sama juga, tidak akan ada sesiapa pun yang rela gajinya sama setelah bertahun-tahun berkhidmat. Sampai satu masa kerajaan akan mengkajinya semula tapi percayalah kerajaan akan memastikan rakyat mempunyai wang untuk menampung kenaikan tersebut.

Pembangkang pun tak berani nak janji harga minyak akan kekal selamanya pada paras mana yang mereka janjikan sekarang. Kalau depa berani, dah lama disebut dalam buku Jingga yang harga minyak akan dikekalkan pada paras sekian-sekian, selama mereka jadi kerajaan.

Tak berani nak janji pun, gebang sementara belum dapat bolehlah.

Yang penting, ekonomi perlu ada keseimbangan dan keseimbangan itulah yang berjaya diuruskan dengan baik oleh kerajaan BN sekarang. Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang dibawah DAP, negeri itu hampir menjadi Singapura kedua kerana tanahnya yang terlalu mahal, tidak mampu dibeli orang tempatan melainkan rakyat dari republik tersebut.

Sedangkan BN, walaupun mengakui orang yang ada duit berhak membeli hartanah yang bersesuaian dengan pendapatan masing-masing, tapi hak rakyat yang kurang berkemampuan tidak diketepikan. Ini yang penulis sebutkan keseimbangan. Itu baru mengambil rumah sebagai contoh, yang lain lagi?

Adakah kerja ini mudah? Sudah tentu tidak tapi kerajaan BN berjaya mengawalnya dengan baik. Maka itu, undilah BN, tolak PAS, DAP dan PKR.

Kredit: Gerbang Tempur Puteri

Sumber: Tambah Subsidi Minyak, Bukti Kerajaan Tidak Bankrap

Advertisements

Kenaikan Harga Petrol Dan Kesannya Terhadap Sokongan BN

1 Komen

Harga Petrol Naik 5 Sen. Sokongan Rakyat Terhadap BN Dijangka Akan Menurun?

Sewaktu dunia belum pulih dari kelembapan ekonomi. Sewaktu rakyat Malaysia masih belum ada yang melepasi garis kemiskinan. Sewaktu gaji kakitangan awam masih lagi berada ditahap cukup makan. Sewaktu peniaga-peniaga tamak menaikkan harga barangan sesuka hati. Dan pada ketika itulah DS Najib mengumumkan sesuatu yang bakal memberi implikasi terhadap sokongan rakyat terhadap beliau.

Pengumuman tentang kenaikan harga petrol, gula dan gas memasak sedikit-sebanyak berjaya membuatkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan DS Najib yang mulanya semakin meningkat dijangka akan mula merosot.

Walaupun kenaikan harga petrol hanya 5 sen, tetapi ianya tetap memberi kesan terutamanya terhadap rakyat yang masih belum keluar dari belenggu kemiskinan. Sepatutnya sewaktu ini DS Najib perlu membantu rakyat keluar dari garis kemiskinan. Akan tetapi ketika rakyat bergelut dengan kenaikan harga barang, kekurangan bekalan gula dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Malah dengan kadar gaji kakitangan awam yang masih belum cukup untuk menampung keperluan kos sara hidup yang semakin tinggi. Maka keputusan DS Najib dijangkakan pasti akan memberi kesan terhadap sokongan rakyat terhadap beliau. Isu ini pastinya akan dimainkan dan diputarkan oleh pembangkang untuk menghentam DS Najib. Sama-sama kita nantikan…