Panas!! Menteri Tukar Profession Jadi Tukang Kipas??

Tinggalkan komen

Panas!! Menteri Tukar Profession Jadi Tukang Kipas??

Al-kisahnya… Nak dijadikan cerita…

Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dikatakan telah menukar professionnya…

Benarkah ura-ura yang sedang bertiup kencang ini??

Petang tadi eXception menyaksikan sendiri…

Datuk Seri Ismail Sabri, telah menukar profession sebagai tukang kipas…

Apa kes Datuk Seri?? Dah boring ke jadi menteri??

Jom terjah!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sebenarnya Datuk Seri Ismail Sabri membuat lawatan ke Bazar Ramadhan di Presint 2, Putrajaya. Sambil melawat tu, beliau mengambil kesempatan beramah-mesra dengan peniaga dan pengunjung bazar Ramadhan ini…

Kebetulan semasa hendak membeli juadah untuk berbuka, eXception terserempak dengan Datuk Seri Ismail Sabri. Maka kesempatan yang ada, eXception rakamkannya…

Advertisements

Rakyat Malaysia @ Bazar Ramadhan

5 Komen

Gelagat Rakyat Malaysia Di Bazar Ramadhan : Selera VS Nafsu

Sebagai dijanjikan eXception dalam komentar artikel yang disiarkan dalam blog House PK: PANAS BERAPI! BENARKAH KUASA MEMBELI RAKYAT MALAYSIA BEGITU TERUK SEKALI?, di sini eXception siarkan gambar-gambar gelagat rakyat Malaysia di bazar Ramadhan di lokasi Presint 2, Putrajaya…

eXception tiba di sana dalam jam 16.45 PM, bagi mengelakkan sesak, memandangkan semalam (1 Ogos 2011) dalam jam 6 petang, bazar Ramadhan di sana sudah mulai sesak… Lihatlah gelagat rakyat Malaysia di bazar Ramadhan ini… Bebas membeli apa yang berkenan dengan tekak… Janji dalam dompet, duit mesti ada… Ada juga yang datang cuci mata…

Kita boleh lihat di sini adakah ‘KUASA MEMBELI’ rakyat Malaysia begitu teruk seperti yang didakwa saudara House PK? Apa yang saudara House PK dakwa ada kebenarannya… Ramai kalangan rakyat Malaysia yang membeli melampaui selera mereka… Nafsu sahaja lebih, lepas berbuka mungkin banyak kuih-muih yang tidak terhabis sebab terlalu kenyang… Maka akibat terlalu kenyang, sampai rasa malas pula hendak terawih… Hai macam-macam…

Apapun, jika kita lihat di sini jelas menunjukkan bahawa keadaan ekonomi kita sangat stabil berbanding dengan dakwaan sesetengah pihak yang baru jadi bidan terjun dalam hal ehwal ekonomi mendakwa kononnya ekonomi Malaysia sangat teruk… Jika ekonomi Malaysia teruk, maka tidak terlihat keadaan seperti dalam gambar ini…

Jika di negara-negara Somalia, Rwanda… Ramai yang mati sebab tak cukup makan, tetapi di Malaysia ramai yang mati sebab terlebih makan… Maka ramailah yang meninggal dunia akibat kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, sakit buah pinggang dan macam-macam jenis penyakit lagi yang berpunca dari makan…

Suka di sini eXception ingin memetik satu komen dalam blog House PK yang amat kena dengan sikap rakyat Malaysia ketika ini…


Bila difikirkan,orang yg mengeluh sana- sini menentang demo bagai nak rak, kalau ditelek dan diteliti, orang2 ni juga:

1. Yang tiap2 hari sibuk beli juadah berbuka kat Pasar Ramadhan (tak masak kat rumah)

2. Yang genggam handphone Blackberry, iPhone,tapi kalau barang naik gula naik spluh sen dua posen menjerit terpekik sana-sini.

3. Yang pakai keta besar2 tapi bila minyak naik sploh sen dua posen pun dah macam org gila meroyan.

3. Yang ada TV besar (LCD 42 inci, 32 inci) tapi bila letrik naik, marahnya sampai nak melompat ke siling.

4. Yang ada rumah besar tapi sibuk nak air free (yang rumah kecik macam flat pakai meter pukal takde pulak dapat)

5. Yang belajar pakai duit kerajaan, loan biasiswa tapi bazir duit beli handphone mahal/ beli motor.

6.Yang sibuk nak kerja kerajaan (jadi cikgu ke dan sebagainya) tapi kutuk kerajaan kejam, zalim…

Banyak manusia kufur nikmat tapi tak sedar2.

Semoga di bulan Ramadhan datanglah hidayah dan keberkatan kepada mereka2 yang disebutkan diatas..

Apapun, bagi eXception tak salah membeli, tetapi biarlah kena pada tempat dan masa. Takut nanti jadi pembaziran pula… Selain sikap pembeli, sikap peniaga juga eXception ingin sentuh… Ramai kalangan peniaga mengambil kesempatan dengan meletakkan harga sesuka hati semata-mata mengejar untung berganda… Malah ada juga yang sanggup menipu seperti menjual makanan yang telah basi dan rosak dan menjual makanan lebihan jualan semalam. Sikap ini yang eXception tidak gemar, kerana mencemarkan kesucian Ramadhan…

Apapun, sebelum membeli ingin eXception pesan di sini… Tepuk Dada, Tanyalah Selera… Bukan tanya nafsu yaa??

Selamat Berbuka Puasa dan Selamat Mengerjakan Ibadah Terawih…

Assalamualaikum…