Update Keadaan Banjir Pantai Timur

Sebenarnya aku tak tahu nak update apa, sumber maklumat pun tak boleh pakai satu sen pun… Biasanya aku bergantung kepada maklumat dari portal infobanjir JPS, portal bencana Majlis Keselamatan Negara dan portal bencana alam Jabatan Kerja Raya…

Akan tetapi portal infobanjir tidak memaparkan kemaskini terkini paras air sungai serta kadar hujan yang turun sejak 2 Disember yang lepas. Tak tahulah apa masalah dengan Jabatan Pengairan dan Saliran ni… Mungkin Pengarahnya tidur… Manakala portal bencana Majlis Keselamatan Negara pula mengalami masalah bandwidth yang tepu dan menyukarkan akses ke portal tersebut kerana terlalu lembab untuk loading. Manakala portal bencana Jabatan Kerja Raya pula, baru hari ini dapat dibuka…

Apa yang aku dapat beri di sini ialah infografik tentang keadaan banjir di Pantai Timur…