Bilik Gerakan PKR Berhantu??

Tinggalkan komen

Bilik Gerakan PKR Berhantu??

Benarkah gambar di atas ini merupakan Bilik Gerakan PKR??

Jika benar, maka yakinlah bahawa PKR menggunkan khidmat pengundi hantu…

Siapa lagi mahu duduk bersidang dalam bilik gerakan sebegini kecuali HANTU??

Selanjutnya: Bilik gerakan PKR berantu

Advertisements

Isu Pengundi Klon – Malaysiakini Kantoi Menipu Lagi

Tinggalkan komen

Wartawan Kuek Ser Kuang Keng Bikin Cerita Lagi. Rakyat Malaysia Pakat Percaya

Kecoh lagi dalam Malaysiakini kononnya terdapat pengundi klon wujud atas nama yang sama tetapi nombor MyKad berbeza… Jika tadi Badut Rakyat dah dedahkan penipuan Malaysiakini dan kebangangan mereka yang percaya bulat-bulat apa yang ditulis oleh wartawan Kuek Ser Kuang Keng, yang dah masuk ni 3 kali kantoi menipu… Tu pun masih ada lagi percaya kat penipu ni… Pelik… Zaman sekarang orang dah tak percaya kepada fakta, tetapi auta… Bentangkanlah 10 ribu fakta sekalipun tetapi tetap kalah hanya dengan satu auta sahaja, sebab rakyat Malaysia sekarang lebih percaya kepada auta… Otak rakyat Malaysia kebanyakan sudah terbali mengatakan auta itu fakta dan fakta itu auta…

Dalam laporan Malaysiakini, Lagi ‘pengundi klon’ dikesan dalam daftar pemilih, kononnya dua no MyKad ini mempunyai nama yang sama iaitu Sa’ad bin Samsudin. Mari kita buktikan… Malaysiakini dakwa no MyKad ini 380913105681 dan 510913105553 kepunyaan penama tadi.

Untuk ujian pertama eXception pergi ke laman web JPN untuk memeriksa kewujudan nombor MyKad ni… Sila masuk ke laman ini untuk menguji MyKad ini: http://www.jpn.gov.my/semakic/. eXception masukkan nombor kad pengenalan ini dahulu: 380913105681 dan hasilnya… (klik gambar untuk besarkan)

Kemudian eXception uji satu lagi MyKad bernombor 510913105553 dan menguji ia di: http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan hasilnya… (klik gambar untuk besarkan)

Jelas sekali no MyKad bernombor 510913105553 tidak wujud dalam sistem JPN… Maka ianya tak wujud sama sekali… Bagaimana dengan sistem SPR? Mari kita uji sekarang…

Mula-mula eXception masuk ke laman web ini: http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx… Untuk memeriksa daftar pemilih bagi kedua-dua no MyKad…

Kemudan eXception memasukkan no MyKad ini terlebih dahulu: 380913105681, hasilnya… (klik gambar untuk besarkan)

Sememangnya MyKad nombor 380913105681 wujud di atas daftar pemilih… Tak ada dakwa-dakwi lagi. Bagaimana dengan no MyKad ini: 510913105553? eXception sekali lagi melakukan ujian dan dapati hasilnya… (klik gambar untuk besarkan)

Tidak wujud sama sekali daftar pemilih yang dikatakan itu… Apa sudah jadi? Ianya tidak wujud langsung? Siapa yang menipu? SPR atau Malaysiakini? Jika kita ikut rekod penipuan Malaysiakini dalam isu ini sudah 3 kali kantoi menipu… Tetapi mengapa ramai yang masih percaya dengan Malaysiakini?

Jadi bagaimana pula dengan Daftar Isi Rumah pula? Sila layari laman web ini http://daftarj.spr.gov.my/semakdm/ dan periksa no MyKad ini 380913105681 dan 510913105553… Hasilnya… (klik gambar untuk besarkan)

Jelas sekali no MyKad 510913105553 tidak wujud dalam JPN apa lagi dalam SPR… Jadi mana klonnya?? Sedangkan dalam daftar pemilih tak wujud…

Jadi untuk pendedahan yang lebih mengancam… Silalah layari blog Badut Rakyat: EKSKLUSIF !!! MALAYSIAKINI KANTOI LAGI !!! KHAS UNTUK ANDA !!! BONGKAR !!!

BUKTI KEWUJUDAN PENGUNDI HANTU DI PRK HULU SELANGOR

1 Komen


BUKTI WUJUDNYA PENGUNDI HANTU DI PILIHANRAYA KECIL DI HULU SELANGOR

Seorang responden yang enggan dikenali telah menghubungi aku dan menghantar kepada aku emel beberapa keping gambar yang dipercayai pengundi hantu semasa hari pengundian bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Mulanya aku sangka responden tersebut bergurau. Setelah melihat gambar-gambar tersebut aku menggeleng-gelengkan kepala. Aku berfikir sejenak, perlukah aku menyiarkan gambar pengundi hantu tersebut?

Apapun demi keadilan semua, maka aku siarkanlah. Sebelum itu aku minta maaf banyak-banyak sebab terpaksa siarkan gambar-gambar ini. Sila klik butang untuk mengeluarkan spoiler yang mengandungi gambar-gambar pengundi hantu tersebut.

P/S; eXception tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada yang terpaksa dikejarkan ke Hopsital atau berlaku rusuhan apabila tersiarnya gambar ini…


Pengundi Hantu Ini Didapati Berlegar-Legar Di Sekitar Pusat Pembungan Undi. Yang Hairannya SPR Boleh Buat Derkk Jerr…


Yang Ni Lagi Sekor Lagi Tau Mentekedarah Jer Kat Pekan Kuala Kubu Baru. Patutlah BN Kalah Kat Kuala Kubu Baru. Dah Tu Buat Muka Tak Bersalah Lak Tu… Hampeh…

Ha… Ha… Ha… Ha… Ha… Jangan Marah… Gurau Ajerrr….

Ada hantu di Permatang Pasir?

5 Komen

Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

“Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Butterworth semalam, lapor Bernama.

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000
pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.

“Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Rohaizat Othman, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan seorang calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Penamaan calon pilihan raya kecil itu ditetapkan esok.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS yang meninggal dunia pada 31 Julai akibat sakit jantung.

Sementara itu, proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan berlangsung mulai jam 9 pagi ini.

– Malaysiakini

Wah… Kalau benar dakwaan ini, SPR harus siasat perkara ini sedalam-dalamnya. Ye lah pembangkang asyik memainkan isu pengundi hantu setiap kali pilihanraya, tetapi diorang yang angkut hantu-hantu ni sekor demi sekor sbg pengundi. Jika benar, tindakan harus diambil segera. Tetapi jika ianya tidak benar, ternyata KJ ni cuba meraih populariti murahan….