Lagi Pesta Mabuk-Mabuk Hanya Di Selangor

Tinggalkan komen

Lagi Pesta Mabuk-Mabuk Hanya Di Selangor

Waah!! Ada lagi rupanya pesta mabuk-mabuk kat Selangor ni rupanya…

Kali ni pesta mabuk beer pulak…

Oh ya, eXception hampir lupa… Ronnie Liu pernah mendakwa bahawa beer bukan minuman keras

Ya ke beer ni bukan minuman keras??

Maknanya beer ni serupa je la dengan air soda dalam tin tu ye?

Yang pastinya pemimpin PAS terutamanya Nasarudin Tantawi akan membutakan mata dan memekakkan telinga…

Pencacai PAS akan membuat tuli…

Bagaimana jika ianya dibuat kat negeri di bawah tadbiran Barisan Nasional…

Sudah tentu ianya akan dicanang sampai ke Israel sana…

Apapun… PAS kini sudah pandai ber TAKEBEER bersama Ronnie Liu…

Sumber:

“Okto Beer Fest” Acara Utama Dalam Kalender Pelancongan Selangor

Oktobeerfest @ Centro Mall

Advertisements

Pesta Mabuk-Mabuk Dengan Carlsberg Di Selangor

Tinggalkan komen

Pesta Mabuk-Mabuk Dengan Carlsberg Di Selangor

Dasat!! Memang dasat!! Secara terang-terangan Movida Kitchen, Bar & Club Lounge ni buat promo pesta mabuk-mabuk dalam Facebook.

Mentanglah Hassan Ali dah ditendang keluar dari kerajaan Selangor. Berpesta sakan la Ronnie Liu.

Jadi nak salahkan siapa kali ni?? Nak salahkan UMNO sebab tak tutup kilang Carlsberg walaupun PAS pernah berjanji nak tutup kilang tersebut sebelum ayam berkokok jika PR menang di Selangor??

Apa pula Exco Adat dan Sosial boleh lakukan?? Nganga sahaja lah…

Bandar Puchong – Hatyai Malaysia!?

Tinggalkan komen

Bandar Puchong – Hatyai Malaysia!?


SEORANG wanita sedang menunggu pelanggan di lorong belakang sebuah pusat hiburan di bandar Puchong, Selangor.

KUALA LUMPUR – Daerah Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa.

Tinjauan Kosmo! di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah.

Bagi sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai yang dijadikan pusat seks.

Dipendekkan kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal dengan tawaran khidmat seks.

Lebih memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di situ.

Sambutan Hari Belia Disifatkan Sebagai GAGAL!!

3 Komen

Kegagalan Sambutan Hari Belia… Semua Salah UMNO… Takdir!!

eXception ingin berterus-terang…

Tak mahu pusing-pusing keliling…

Tak mahu kelentong korang…

eXception dengan sejujurnya mengakui bahawa sambutan Hari Belia 2012 boleh disifatkan sebagai GAGAL…

eXception tak mahu membuat pujian melangit kononnya jutaan belia hadir ke sambutan tersebut…

eXception tak mahu tipu angka sebenar kehadiran belia ke sambutan tersebut…

Angka jutaan hanyalah satu angan-angan KOSONG…

Hakikatnya… Bilangan yang hadir boleh dibilang dengan bulu hidung…

Apa boleh buat… Pasti korang akan berkata… Ini semua salah UMNO…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Melihat gambar-gambar di atas… Maka sejujurnya… eXception akui….

HIMPUNAN & KONVENSYEN BELIA NEGERI SELANGOR 2012 DISIFATKAN SEBAGAI GAGAL!!

Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Negeri Selangor

Tinggalkan komen

Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Peringkat Negeri Selangor

Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia akan menganjurkan Siri Jelajah Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2012 seperti butiran berikut:

Tarikh : 5hb Jun 2012
Hari : Selasa
Masa : Pendaftaran bermula jam 7.30 pagi
Tempat : Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Adalah sukacita dimaklumkan bahawa semua pengamal media sosial Malaysia yang berminat dijemput hadir ke konvensyen ini.

Sila emelkan maklumat peribadi anda seperti di bawah, dan emelkan kepada: daftarkms1m.selangor@gmail.com

Nama penuh:
No K/P:
No Telefon:
Nama FB:
Nama Twitter:
Nama Blog:
Size baju:

500 pendaftaran online terawal akan mendapat hadiah cenderahati misteri dan begitu juga pendaftar 500 terawal pada hari konvensyen.

Pertanyaan dan keterangan lanjut boleh diperolehi dari laman ini:

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Perang Belum Bermula… Kubu Pertahanan Sudah Ditawan…

1 Komen

Perang Belum Bermula… Kubu Pertahanan Sudah Ditawan…

PRU 13 masih menjadi tanda tanya tarikhnya…

PRU 13 boleh diibaratkan sebuah perang antara parti politik…

Akan tetapi malang sekali apabila perang belum bermula, kubu pertahanan sudah ditawan…

Lihat sahaja gambar di bawah…

Bilik Gerakan Pilihanraya PAS DUN Sg Pelek telah ditawan oleh Jentera Pilihanraya Barisan Nasional…

Itu baru Bilik Gerakan…

Mungkin PRU13 nanti Selangor akan kembali ke pangkuan Barisan Nasional…

Gempar!! Kapal Perang Jepun Berlabuh Di Pelabuhan Kelang??

1 Komen

Gempar!! Kapal Perang Jepun Berlabuh Di Pelabuhan Kelang??

eXception mendapat emel dari seorang sahabat yang mengatakan sebuah kapal perang Jepun telah berlabuh di Pelabuhan Kelang… eXception tertanya-tanya, mengapakah kapal perang Jepun berlabuh di Pelabuhan Kelang? Adakah mereka menjalani latihan perang atau sememangnya Malaysia di ambang perang??

Gambar tersebut boleh dilihat dengan mengklik imej fail sulit di bawah…


Adakah kapal seperti ini yang dimaksudkannya??

Click Me!!
Klik imej di atas…

Older Entries