Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 1 Malaysia

Tinggalkan komen

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
Tahun 1433H/2012M

 Bil  Negeri ZON
 1  MELAKA SELURUH NEGERI MELAKA
 2  JOHOR ZON 1 – PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2 – DAERAH JOHOR BAHRU, KOTA TINGGI, MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3 – DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4 – BATU PAHAT, MUAR, SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR
 3  PERAK ZON 1 – TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIMZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON 3 – PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4 – TEMENGOR DAN BELUM
ZON 5 – TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON 6 – SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7 – BUKIT LARUT
 4  SARAWAK ZON 1 – LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2 – NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3 – TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4 – IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5 – MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6 – KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7 – SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8 – KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATANZON KHAS
 5  SABAH ZON 1 – BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM
ZON 2 – BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3 – BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4 – BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5 – (BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6 – GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M) 
ZON 7 – (BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8 – BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU 
ZON 9 – BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PASIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
 6  TERENGGANU ZON 1 – KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2 – BESUT DAN SETIU
ZON 3 – HULU TERENGGANU
ZON 4 – KEMAMAN DAN DUNGUN
 7  KELANTAN ZON 1 – JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2 – JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM
 8  SELANGOR ZON 1 – DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
 9  PAHANG ZON 1 – PULAU TIOMAN ZON 2 – KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAHZON 3 – TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERAZON 4 – RAUB, BENTONG DAN LIPISZON 5 – GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGIZON 6 – CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND
 10  WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA
 11  WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
 12  PERLIS SELURUH NEGERI PERLIS
 13  NEGERI SEMBILAN ZON 1 – JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2 – SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU
 14  KEDAH ZON 1 – DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON 2 – DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3 – DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4 – DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5 – DAERAH LANGKAWI
ZON 6 – PUNCAK GUNUNG JERAI
 15  PULAU PINANG SELURUH NEGERI PULAU PINANG
Advertisements

Rakyat Malaysia @ Bazar Ramadhan

5 Komen

Gelagat Rakyat Malaysia Di Bazar Ramadhan : Selera VS Nafsu

Sebagai dijanjikan eXception dalam komentar artikel yang disiarkan dalam blog House PK: PANAS BERAPI! BENARKAH KUASA MEMBELI RAKYAT MALAYSIA BEGITU TERUK SEKALI?, di sini eXception siarkan gambar-gambar gelagat rakyat Malaysia di bazar Ramadhan di lokasi Presint 2, Putrajaya…

eXception tiba di sana dalam jam 16.45 PM, bagi mengelakkan sesak, memandangkan semalam (1 Ogos 2011) dalam jam 6 petang, bazar Ramadhan di sana sudah mulai sesak… Lihatlah gelagat rakyat Malaysia di bazar Ramadhan ini… Bebas membeli apa yang berkenan dengan tekak… Janji dalam dompet, duit mesti ada… Ada juga yang datang cuci mata…

Kita boleh lihat di sini adakah ‘KUASA MEMBELI’ rakyat Malaysia begitu teruk seperti yang didakwa saudara House PK? Apa yang saudara House PK dakwa ada kebenarannya… Ramai kalangan rakyat Malaysia yang membeli melampaui selera mereka… Nafsu sahaja lebih, lepas berbuka mungkin banyak kuih-muih yang tidak terhabis sebab terlalu kenyang… Maka akibat terlalu kenyang, sampai rasa malas pula hendak terawih… Hai macam-macam…

Apapun, jika kita lihat di sini jelas menunjukkan bahawa keadaan ekonomi kita sangat stabil berbanding dengan dakwaan sesetengah pihak yang baru jadi bidan terjun dalam hal ehwal ekonomi mendakwa kononnya ekonomi Malaysia sangat teruk… Jika ekonomi Malaysia teruk, maka tidak terlihat keadaan seperti dalam gambar ini…

Jika di negara-negara Somalia, Rwanda… Ramai yang mati sebab tak cukup makan, tetapi di Malaysia ramai yang mati sebab terlebih makan… Maka ramailah yang meninggal dunia akibat kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, sakit buah pinggang dan macam-macam jenis penyakit lagi yang berpunca dari makan…

Suka di sini eXception ingin memetik satu komen dalam blog House PK yang amat kena dengan sikap rakyat Malaysia ketika ini…


Bila difikirkan,orang yg mengeluh sana- sini menentang demo bagai nak rak, kalau ditelek dan diteliti, orang2 ni juga:

1. Yang tiap2 hari sibuk beli juadah berbuka kat Pasar Ramadhan (tak masak kat rumah)

2. Yang genggam handphone Blackberry, iPhone,tapi kalau barang naik gula naik spluh sen dua posen menjerit terpekik sana-sini.

3. Yang pakai keta besar2 tapi bila minyak naik sploh sen dua posen pun dah macam org gila meroyan.

3. Yang ada TV besar (LCD 42 inci, 32 inci) tapi bila letrik naik, marahnya sampai nak melompat ke siling.

4. Yang ada rumah besar tapi sibuk nak air free (yang rumah kecik macam flat pakai meter pukal takde pulak dapat)

5. Yang belajar pakai duit kerajaan, loan biasiswa tapi bazir duit beli handphone mahal/ beli motor.

6.Yang sibuk nak kerja kerajaan (jadi cikgu ke dan sebagainya) tapi kutuk kerajaan kejam, zalim…

Banyak manusia kufur nikmat tapi tak sedar2.

Semoga di bulan Ramadhan datanglah hidayah dan keberkatan kepada mereka2 yang disebutkan diatas..

Apapun, bagi eXception tak salah membeli, tetapi biarlah kena pada tempat dan masa. Takut nanti jadi pembaziran pula… Selain sikap pembeli, sikap peniaga juga eXception ingin sentuh… Ramai kalangan peniaga mengambil kesempatan dengan meletakkan harga sesuka hati semata-mata mengejar untung berganda… Malah ada juga yang sanggup menipu seperti menjual makanan yang telah basi dan rosak dan menjual makanan lebihan jualan semalam. Sikap ini yang eXception tidak gemar, kerana mencemarkan kesucian Ramadhan…

Apapun, sebelum membeli ingin eXception pesan di sini… Tepuk Dada, Tanyalah Selera… Bukan tanya nafsu yaa??

Selamat Berbuka Puasa dan Selamat Mengerjakan Ibadah Terawih…

Assalamualaikum…